Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label UUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UUM. Papar semua catatan

Khamis, 12 April 2012

Berita Yang Tak DiDuga

Tadi lebih kurang dlm pukul 5 kot aku dpt panggilan dari kwn aku (Amy Shamira) yang mengatakan kwn kitorang iaitu Umai (Noorain Umairah) mengalami kemalangan jalan raya di Tanjung Karang , dan sekarang di rawat di hospital Sungai Buloh , Selangor. 

Aku tak mampu nk cakap apa-apa sebab terkejut giler biler dpt tau berita ni..siyes aku nak nangis kot biler dpt tau Umai excident. Dye excident dengan adiknya dengan menaiki motorsikal asenya. Dan kwn aku juga ckp yang diorang jadi mangsa kemalangan langgar lari..

Ya Allah..hanya doa kami sentiasa mengiringi sahabat baik kami dan juga adiknya

Aku harap semua ok belaka, dan aku doakan kesihatan Umai dan adiknya baik..Buat keluarga Umai tabahkan hati yer dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT..Insyallah semua akan baik..Doa kami disini sentiasa mengiringi Umai dan adiknya

Semoga cepat sembuh yer...

Khamis, 29 Mac 2012

Mac 2012 Bulan Paling Sibuk


Alhamdulilah , akhirnya dapat jugak aku post kat blog rasmi aku nih..Dah hampir nk msuk 1 bulan aku tak post sebarang info kat blog aku nih..Maklum la..aku bussy ckit n then tiada masa nk bukak blog..Kalau bukak FB tu memang dh bernasib kot sebab aku memang siyelsy takde masa nk type n then idea padahal byk nk citer p cuma masa je tidak mengizinkan..huhuhu

Sorry yer sumer..hehehe..t ad msa aku post kat FB ni tau...muahhh..syg korang

Selasa, 14 Februari 2012

KPO SRM 2012

Alhamdulilah,akhirnya dapat lagi aku meneruskan dalam penulisan blog aku ini.Sudah lama aku tidak postkan benda kat cni..maklum la..aku kan busy..hahaha..minggu lepas baru sahaja balik dari Kuala Lumpur..Aku g sna pon coz g umah kakak aku yang tengah sarat mengandung..maybe akhir bulan ni akan melahirkan anak..hehehe.wah x sabar nk jadik bapa saudara.hehehe..

Okey, skrg ni tepat pada pukul 9.47PM aku sedang menaip dengan lajunya di SME BANK..iaitu DPP yang famous kat KACHI..hahaha...DPP SME BANK ni salah satu DPP UUM..selain SME BANK, BANK RAKYAT juga menjadi DPP KACHI..hahaha..kira DPP ni luar kampus...x mcm MAS , TNB, TRADEWIND , EON , PROTON n yang lain-lain duk dalam kampus..So skrg aku terpaksa bermalam kat sni kerana pagi esok (15/02/2012) aku akan bergerak ke KUALA NERANG tuk KURSUS JATI DIRI (KPO) SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA..

Aku sebagai KETUA EXCO RAKAN SIBER telah dipilih tuk ke KPO HEP UUM , namun aku terpaksa menolak mentah-mentah..ye la..dh la 10 hari kot kat UUM..n cmpur lagi BTN Kat Pulau Pinang asenya..hahaha..xmo aku..aku dh alami masa semester kedua bru ni.hahaha..x snggup aku nk hadapi kali kedua..hahaha.

Aku dan EXCO lain termasuk MT SRM UUM 2012/2013 akan bergerak ke KUALA NERANG esok tuk kursus Jati Diri tersebut..ermmm..mcm mna la nasib esok ek..hehehe..neves2..hahaha..

Okeylah..t aku akan update citer-citer yg menarik kat sna yer..hahaha.jgn lupa teruskan follow blog aku ea...syunk korangg....

Salam..

potpet :: teringat KEM KARISMA kat KEM ETNOBOTANI , Gua Musang...

Khamis, 26 Januari 2012

Kenangan Semester 3 - AGM SRM 2012

kenangan sewaktu ANNUAL GRAND DINNER SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2012 di EDC Hotel , UUM

Jumaat, 20 Januari 2012

Cuti Semester Ketiga....

Alhamdulilah...akhirnya cuti semester ketiga telah pon bermula..dah nampaknya dah 3 semester aku meneruskan pengajian aku d Universiti Utara Malaysia ini. Aku bersyukur ke hadirat illahi kerana dengan limpahNya dapat lagi meneruskan hidup dan menjadi khalifah di muka bumi Allah ini :)

Nampaknya , apabila tibanya exam..masing-masing busykan diri utk study..pastu bila tibanya akhir exam, masing-masing segera busyKAN diri untuk kemaskan dan balik bercuti..hehehe..sama la cm aku nih..sebelum nak balik tu aku trus je packing dan kemas2 simpan barang dalam storr..hahaha...memang best kot..x sabar asenya nk balik umah..nk keje ngan ayah..dapat duit leh berjoli kan..ish2..x baek tau berjoli..hahaha..

Aku telah pon tempah tiket ngan POKSU TRAVEL...aku memang suka kot naik bus POKSU TRAVEL ni coz bus dye bus baru n lagipon waktu timing dye memang sharp gilerrr..jarang kot nk tgk bus catar yang sharp cmni..hehehhee...apa-apa pon janji smpai umahhhh..

okeylah, sebelum nk undur diri ini , aku ingin memohon maaf utk semua yer...sepanjang aku kenal korang semester ini...

aku nk chow dulu..tido ngtok..penattttt...

Assalamualaikum..

pesanandarihati :: cuti paling best dalam hidup???

Isnin, 9 Januari 2012

Tension Teramat....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



aku stress n tension

sekian,terima kasih

pesanandarisaya :: aku nk balik umah....takmau exammm....

Isnin, 12 Disember 2011

selesai add/drop SEMESTER Ke-4


HAPPY

Alhamdulilah..akhirnya dapat jugak aku meng ADD/DROP paper tuk semester keempat nanti..

Aku amik masa lebih kurang 3 minute je tuk add drop paper tuk semester keempat tu..hahaha..dahsyat kan..hahaha..xyah sakit kepala dah aku duk pikir pasal add/drop nih..

Sabtu, 10 Disember 2011

Berakhir Sudah Ko-K (Semester Ketiga)



Alhamdulilah, berakhir sudah ko-k untuk semester ketiga bagi semester pertama 2011/2012.Gembira tak terkata asenya bila dah berakhir ko-k untuk semester ini. Mana taknya , takdelah pasni nk bangun tuk pergi ko-k..pasni ayat keramat " APA ITU KO-K " dh leh guna tuk aku..hehehe..walaupun ad satu semester lagik..hihihi..

Jumaat, 11 November 2011

Khamis, 23 Jun 2011

4 Jenis Universiti di Malaysia !!!!

Universiti-universiti awam di Malaysia dibahagikan kepada empat:

1. Apex University
  • Universiti Sains Malaysia [USM]
  • Penubuhan Universiti Apex (Accelerated Programme For Excellence) telah ditubuhkan selaras dengan hasrat murni Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewujudkan IPT yang setanding dengan universiti terbaik di dunia.

2. Research University

  • Universiti Malaya [UM]
  • Universiti Sains Malaysia [USM]
  • Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM]
  • Universiti Putra Malaysia [UPM]
  • Universiti Teknologi Malaysia [UTM]
  • Ciri-ciri Universiti Penyelidikan:
  • Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan, Kemasukan kompetitif, Pensyarah berkualiti, Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50

3. Focus University



  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  • Universiti Malaysia Perlis
  • Universiti Malaysia Terengganu
  • Universiti Malaysia Pahang
  • Universiti Sains Islam Malaysia
  • Universiti Darul Iman Malaysia
  • Universiti Malaysia Kelantan
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Universiti berfokus ialah universiti awam yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang - bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan. Antara ciri-ciri universiti berfokus ialah :
Bidang pengajian berfokus, Kemasukan kompetitif, Pensyarah berkualiti, Nisbah siswazah dan pasca siswazah 70 : 30


4. Comprehensive University




  • Universiti Teknologi MARA
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Malaysia Sarawak
Antara ciri-ciri Universiti Komprehensif ialah :
Pelbagai Bidang pengajian, Kemasukan kompetitif, Pensyarah berkualiti, Nisbah siswazah dan pasca siswazah 70 : 30



p/s : kredit from blog AdrianAizat (thanks a lot for the information....dan aqu nk pamerkan lam blog aku tuk info korang sumer..thanks for the info yer Adrian...hohhoooo..thanks you...)

Jumaat, 3 Jun 2011

hari pertama : Summer Camp UUM - TNB 2011

hari pertama summer camp UUM-TNB 2011 agak busy dan rush sedikit.mana x nya..masing2 kalut dengan tugas masing2.dan ada juga berlaku konflik dan pertengkaran...ermmmm...biasa la..tuttttttttt....malas dh aku nk citer pasal nih..lagipun....malas nk mengumpat2 nih..hahahahah..aku kan budak baik...blerkkkkkkkkk (kononnya...baik la sgt...)

pagi :::::

okeylah..pada hari pertama,kami mulakan dengan majlis pendaftara dan juga pengenalan kepada pihak v.i.p dengan pelajar2 yang terlibat dalam Summer Camp UUM-TNB 2011.so,kami menunggu kehadiran pelajar-pelajar sekolah dari Pulau Pinang.agak lama jugak untuk kami menunggu kehadiran,tapi akhirnya beliau sampai jugak... :)

setelah sampai,kami pun menyuruh semua pelajar-pelajar yang terlibat dengan summer camp ini mendaftar diri dan mendapatkan kunci bilik masing-masing.selepas itu,pelajar dminta ke dewan terbuka TNB untuk diberikan penerangan tentang summer camp uum-tnb 2011.setelah itu,semua pelajarp un bergerak ke sana.setelah diberikan penerangan dengan baik oleh Ketua Biro Aktiviti iaitu Tarmimin (Ketua MOFAS TNB) dan semua pelajar dibenarkan letakkan beg dalam bilik dan dibenarkan turun ke bawah (kafe TNB ) untuk makan tengahhari.

Dengan menu tengahhari pada hari itu adalah nasi ayam (Kak Eila),nampaknnya,semua peserta khusyuk menikmati makanan yang telah disediakan oleh saya selaku KETUA BIRO MAKANAN.

petang :::

setelah habis makan,diorang dibenarkan pulang ke bilik masing-masing untuk menyegarkan diri dan memakai pakaian utk aktiviti ICE BREAKING...setelah itu,mereka pun melakukan aktiviti LDK yang telah disediakan oleh BIRO AKTIVITI.

setelah berakhir aktiviti LDK,mereka dibenarkan utk turun ke padang senget (TNB punyer padang) untuk aktiviti Sukaneka.hohoho....

setelah selesai,mereka dibenarkan untuk makan malam pulak..so menu makan malam adalah NASI AYAM PEDAS..hehehe...

lepas jer siap semua,mereka dibenarkan balik ke blik dan mempersiapkan diri untuk solat maghrib dan isyak di Bilik Audi..

malam :::

aktiviti waktu malam pulak adalah..aktiviti yang penuh dengan LDK...

dan satu yang tertarik pada malam itu adalah PERMAINAN BURUNG HANTU...hohohoho..seronok...pastu bawa pula pelajar ni round2 Universiti Utara Malaysia.

setelah habis jer semua,mereka pun dibenarkan minum malam dan pulang ke bilik masing-masing untuk menrehatkan diri...hehehe..

hanya itu sahaja utk hari pertama Summer Camp UUM-TNB 2011....

(bersambung..................................

Jumaat, 13 Mei 2011

blackberry curve 3g


assalamualaikum semua...

apa khbr..hopely semua sihat belaka ek (arap2 sihat tau..xmo sakit2..t tak pat nk baca blog nih lak.....xleh nak on9 facebook dan macam-macam lagik...hohoho)

ermmm..apa motif aku hari ni ek...tetibe jer aku tunjuk gambar di atas..hehehe..tentu korang pelik kan,.....hehehe..jangan pelik..yang itu benar tau..hohoho...

okeylah...gambar diatas tentu korang tau kan..al-maklumlah..sekarang pergi mana-mana pun orang dh bawak benda nih..bukan orang kaya..orang sederhana kaya dan miskin pun dapat guna tau benda nih..hehehe.inilah dier..phone yang menjadi favourite aku tau..

BLACKBERRY.....


hahaha...actually aku sudah pun berjaya mencapai impian aku untuk mendapat phone Blackberyy..sebenarnya aku nak BLAKCBERRY model BOLD 9780...p mahal doe...harganya lebih kurang dalam rm1560...perghhh..mahalnya...terbeliak mata aku bila aku tau harga tuh..hehehe...so aku terpaksa lupakan phone model tersebut...tetiba aku pun..dengan niat terbuka aku pun amik la phone BLACKBERRY jugak tetapi model CURVE 3G yang paling latest buat masa sekarang....

aku telah pun membeli phone tersebut iaitu BLACKBERRY 3G CURVE...wow..harganya lebih kurang dalam RM1040..wow...mahalnyer..hehehe...p aku nak jugak guna..so aku terpaksa korbankan telefon aku yang satu lagi itu iaitu NOKIA E72 hehehe..aku terpaksa trade-in telefon itu dan menambah sedikit lagi duit aku utk dapat phone tersebut...

aku telah pun beli phone tersebut di SENTOSA mall dekat bandar ALOR STAR,KEDAH..perghhh..sambil jalan2..aku pun pat tgk gak phone BLACKBERRY ..hohoh.. sukernyer......hehehe...

akhirnya cari punya cari..akhirnya dapat jugak cari...phone BLACKBERRY...

walaupun aku dapat CURVE.namun aku happy dapat juga guna BB 3G CURVE walaupun CURVE..aku tak kisah..hehehe...heppy go lucky tau...hehehe

Sabtu, 7 Mei 2011

botak oh botak !!!



BOTAK..OH BOTAK....!!!!

haaaa..inilah gambar terbaru aku..hahaha..inilah rupakku biler aku botak..kan smart kan nampak..heheeh.,.cam budak JUVANA je aku nengokknya..hahah...cam budak lepas baru kuar penjara..lalalalalalaaa...

aku telahpun dibotakkan oleh seroang tukang gunting di kedai Tanah Merah,hahaha,,aku dengan niat akhirnya dapat juga botakkan kepala aku..sudah lama aku tidak botak..hehehe..dah masuk 2 tahun lebih aku tidak botakkan kepala aku nih..hehehe..seronok botakkan kepala nih..al-maklumlah lah..biler botak,macam2 besh...mana taknyer..selain best time mandi..ia juga dapat jimatkkan duit utk beli
  • syampu (kalu pakai syampu rambut ler..)
  • sikat (selama ni aku x rajin lagi sikat rambut guna sikat)
  • minyak rambut (kekadang jer aku guna minyak rambut)
hahaha..so dengan aku botak,dapat aku savekan duit aku sikit...hehehe

aku suka dengan imej aku sekarang nih..botak..cam MAWI..hehehe

Rabu, 4 Mei 2011

jadual exam semester kedua 2010/2011

alhamdulilah..hari sabtu ni bermulalah pertarungan aku mengharungi ujian dan pahit getir dalam peperiksaan akhir untuk semester kedua 2010/2011.

hari ni aqu nak update pasal jadual exam yang baru aku dapat...(maybe aku lambat dapat kot..padahal ia dah terpapar kat portal student uum..) lambat tul la aku nih..hahaha

okeylah..hari ni aku nak update jadual exam..

peperiksaan pertama aku akan hadapi nanti ialah ASAS KEUSAHAWANAN.exam ni akan berlangsung pada 7hb Mei 2011 iaitu hari Sabtu ini di Dewan Tun Sri Othman (TSO) Universiti Utara Malaysia.bagi aku paper ni agak senang nk score coz aku pernah amik Pengajian Perniagaan (PP) pada form 6 dulu.so aku ada sedikit basic mengenai Keusahawanan itu.alhamdulilah aku paham jugak apa yang diajar oleh Encik Sufli ketika kuliah (walaupun aku asyik on9 dalam kelas....Facebook...)

peperiksaan kedua pula ialah ENGLISH COMUNICATION II.Exam ini akan diadakan pada 9hb Mei 2011.Iaitu hari Isnin..9HB Mei 2011 iaitu tarikh lahir aku iaitu genap aku berumur 21 tahun..Alhamdulilah...syukur aku masih dikurniakan kesihatan yang baik..Okeylah..memandangkan hari lahir aku aku exam,so aku akan lebih bersemangat untuk jawab nanti..insyallah..arap2 dapat result yang GEMPAK punyer...

peperiksaan ketiga & keempat pula ialah pada 12hb Mei 2011 iaitu paper INFORMATION SYSTEM IN ORGANIZATION (STID) dan juga PRINCIPLE OF MARKETING.Hari ni aku terpaksa menghadapi dua paper..perghhh..naik pecah kepala aku nak baca 2 subjek dalam 2 hari sebelum exam...ermmmmmm..risau aku..dah la paper STID tu aku x berapa nak paham...waaaa..camner nih...aku berharap aku dapat jawab dengan baik.Okeylah..paper STID aku akan exam pada pukul 9.00pagi di Dewan TSO manakala Princple of Marketing pada pukul 2.30pm di Dewan Muadzam Shah (D'Mas)

peperiksaan kelima pula adalah MANAGERIAL MATHEMATICS.Exam ini akan diadakan pada 14hb Mei 2011.perghhh..Math..waaaa..i don't like...hahaha...Exam ini akan diadakan di Dewan Mas..

peperiksaan keenam pula adalah ORGANIZATIONAL BEHAVIOR (OB),exam ini diadakan pada 17hb Mei 2011.dan tempat exam pula adalah di Dewan Mas.

dan peperiksaan terakhir pula adalah PRINCIPLE OF ECONOMI...waaaa..ni satu subjek yang aku x minat...x suke...exam Economi ni aku akan exam pada 21hb Mei 2011...

waaa...lepas tu merdeka..merdeka..merdeka...

P/S : wish me gudluck yerrrrr.....hehehe..thanks..

Sabtu, 30 April 2011

keBORINGan

salam sejahtera semua...

apa khabar...hopely semua cihat-cihat belaka ek hendaknya...

ermm....tahu tak..yang aku sekarang telah dilanda..................BORING...

BORING tahap CIPAN dah asenya nih.... ermmm.aku taktahu naper...padahal aku dh ad kat umh...so..nak kata BORING...memang boring... ermmm.pelik la ngan aku nih..memang pelik bin ajaib...

aku alami tahap keBORINGan ni setelah aku sampai di rumah utk menghabiskan STUDY WEEK aku sebelum aku berangkat ke UUM pada 5hb nanti...ermmmm...aku taktahu nak watper..taktahu nak g maner....taktahu nakk....apaa2.....hahaha

aktiviti aku tiap2 hari :
  • makan (mesti yang nih..kalu nk stay hidup)
  • FB (perkara wajib.......mesti on9 setiap masa)
  • solat (wajib utk semua umat Islam....)
  • tido (my favourite activity..hohohoho)
  • lepak (second fav.activity)
  • tgk tv (third fav.actvitiy)
ha...itulah yang aku selalu buat duk kat umah...erghhhhhhhh

BOSAN kan..ermmmm.beshnyer..kalu dapat g Bandar...terutama BANDAR KL..leh g jalan-jalan..tgk wayang...main bowling.snuker..karoake...n macam2 lagi...ermmm..tapi apakan daya...xdpt....huaaaaahuaaaaa

tapi aku terpaksa bertahan la...sampai aku balik UUM nanti.....

Rabu, 27 April 2011

kandid Konsert Simfoni Diraja 2011

haa..inilah dier kandid-kandid yang sempat aku amik masa berlangsungnya konsert simfoni diraja 2011 yang diadakan di Dewan Muadzam Shah,Universiti Utara Malaysia pada 15 April 2011 lepas.Konsert ini diadakan sempena Hari Pengasasan Universiti yang ke-27.Oleh itu,pengurusan UUM telah mengadakan satu konsert simfoni diraja 2011 bagi meraikan hari pengasasan tersebut.Konsert ini dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi terkenal Malaysia iaitu Ana Rafali bersama Suhaimi Meor Hassan,Faizal Tahir,dan Najib Hanif.

Selain itu,koonsert ini juga dihiburkan oleh kumpulan Bidasari UUM serta gabungan kumpulan tarian UKM.Owhhh..sebelum terlambat,konsert ini dihandle oleh kumpulan orkestra UKM.So..Datuk Johari Salleh dan pembantunya.Selain itu,konsert ini juga dihiburkan oleh artis-artis budaya UUM iaitu Sukiena,Raynold Thomas,Chin,Fazli Awang dan sebagainya.

Konsert ini dihadiri oleh tetamu diraja iaitu Sultan Kedah merangkap Canselor Universiti Utara Malaysia,Sultanah Kedah,Tunku Bendahara Kedah dan tetamu VIP.

Konsert ini bermula pada pukul 9.00mlm dan berakhir pada pukul 11.00mlm.

Ha..ini lah dier kandid yang sempat aku amik....hohohohoo












Ahad, 24 April 2011

STUDY week vs ENJOY week

STUDY vs ENJOY
WEEK


haaaa..yang mana satu pilihan korang...ermmm..mestilah pilihan STUDY bagi budak2 yang suka study dan pilihan ENJOY untuk budak2 yang suka enjoy & malas study...ermmm..bagi aku...kalau kita asyik study kan memang memboringkan..so..kita patut enjoy jugak la..tapi enjoy tu mestilah berpada-pada..jangan enjoy sampai x ingat dunia laak..huhuhu..

okeylah..posting blog kali ni nak citer pasal minggu study week..ermm..minggu belajar or STUDY WEEK agak sinonim dengan budak-budak U..so dalam setiap sem,mereka akan ada study week,so mereka akan study dalam minggu ini sebelum melangkah ke final exam..

bagi aku,minggu study week,biasa jer.sama jer..cuma kekadang study week ni ramai yang akan pulang ke rumah masing-masing,kononnya nak study kat umah..kat u pun x study,inikan pula kat rumah..hahahaa....cam aku jugaklah..kononnya,time study week bawak balik buku,tapi x pernah sentuh pun...ciotttttt...

tapi sem ni aku berAZAM untuk ubah perangai aku...aku akan lebih rajin
  • nak tumpu pada pelajaran
  • nak tumpu pada final exam
  • nak tumpu pada program kat U
Insyallah,aku arap aku dapat ubah sikap aku ini...

Okeylah,memandangkan budak UUM akan memulakan minggu belajar or STUDY WEEK pada minggu hadapan,namun aku sudah pun menjejak kaki ke kampung halaman..errrmmm.begitu awal sekali aku pulang untuk study...ceyhhhh...hehehe..aku akan bercuti selama 2 minggu di KELANTAN dan akan kembali ke UUM pada 5hb.Mei nanti...

sampai disini coretan kali ini,aku akan posting dan update lagi yer.....

salam semua...

Khamis, 13 Januari 2011

keputusan semester PERTAMA


alhamdulilah..setelah beberapa hari aku x mengePOSkan blog aku ini,so banyak benda yang aku nk share ngan koorang semuaaaa...

fisrtly dh sah2 tajuk kat atas tu pasal keputusan peperiksaan semester PERTAMA aku di UUM.ermmm..seperti yang korang tahu,result sudah pun keluar untuk semua student UUM bagi peperiksaan semester lepas.masing-masing sudah lepas daripada degupan jantung yang tak terhenti2 berdebar sementara menanti jawapan apa yang tersirat nanti.

sama la ngan aku nih...dap dup..dap....aku rasa risau sgt coz masa sem lepas aku main-main dan tak tumpu langsung dalam semster lepas.aku banyak lepak dan main-main.

tapi aku dh nekad untuk baiki dan ubah sikap aku untuk lebih rajin lagi..insyallah

setelah susah payahnya aku nak masuk portal..memang ramia giler la yang berduyung-duyung masuk PORTAL UUM untuk mengCHeckkan diorang punya result..kekadang geram jugak aku....rasa nk bom jer PORTAL tuh.....

last2..aku dapat jugak masuk..punya la terketar-ketar nk check result aku..hahaha...n then nak masukkan NO.MATRIK n PASSWORD punya la takut......pastu..kena tekan lak kat KEPUTUSAN PEPERIKSAAN..waduhhhhhhhhh...takutnya...last2....tekan jer..

jejejengggg....terpampang lah keputusan result aku semester ni....

errrrmmmm...what ??????? only 2.74...aku ingat ada la sasar dlm 3.0 ke atas...cheettt..bencinya aku.....ni gara-gara MATH la puncanya....ngok betul la....ergghhhhhh

Selasa, 28 Disember 2010

JPM DPP TNB

ALHAMDULILAH....

Syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpah dan kurnia,dapat lagi aku posting blog aku ini.

Hari ni aku nak bercerita mengenai JPM.Apa itu JPM...tentu korang ingat JABATAN PERDANA MENTERI,apa kaitan dengan aku..ermmm..itu JPM Malaysia.yang aku nak ceritakan ini adalah mengenai JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.JPM ini adalah organisasi yang telah ditubuhkan untuk menghandle student-student baru masuk UUM.Kira dioranglah yang akan mengHANDLE untuk minggu orrientasi/suaikenal.

Okeylah...JPM akan mewakili setiap DPP iaitu Dewan Penginapan Pelajar di Universiti Utara Malaysia.

So.memandangkan aku duk DPP TNB..so..JPM DPP TNB..

Aku telah memohon untuk jawatankuasa PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM) untuk DPP TNB bagi 2011.Aku telah diterima untuk ditemuduga di pejabat utama DPP TNB.temuduga tersebut telah diadakan dan bersama ahli panel penemuduga iaitu terdiri daripada PENGETUA DPP TNB iaitu Dr.Amlus Ibrahim,Felo TNB Encik Zaki,Sekteriat Pejabat DPP TNB iaitu Che Yah dan juga terdiri daripada beberapa ahli JPM yang tertinggi.

Alhamdulilah..aku dan member aku sorang lagi,iaitu Azwan telah berjaya menemuduga untuk JPM tersebut.

Setelah beberapa bulan berikutnya...akhirnya aku telah dipanggil untuk mengikuti kursus KEPIMPINAN ORGANISASI JPM 2011 untuk DPP TNB.Kursus tersebut akan diadakan pada 2hb Januari 2011 di DPP SME BANK UUM.

Aku menerima dengan hati terbuka walaupun berat hati mau pergi...

Jumaat, 17 Disember 2010

best friend



ha..hari ni aku nk citer ckit pasal best friend..ermmm..mesti korang pun ada ramai best friend kan.al-maklumlah..kalau takder kawan susah gak..tapi kekadang kalau ada kawan yang tak best pun x leh gak.buat sakit jiwa asenya.okeylah.disini aku senaraikan kawan-kawan yang best friend time kat UUM.sorrylah kalau mana ada yang best freiend aku tu tak tersenarai dalam list ni ea..coz gambar korang xder lam laptop aku...


Nama Sebenar : AMIRUL ASYRAFF
Nama Gelaran : Mieyo
Asal : Perak
Perwatakan : memang kelakar giler,happening,suka meLAZERkan orang,kawan yang sempoi,kekadang kuat merajuk jugak.


Nama Sebenar : MOHAMAD AZUDDIN
Nama Panggilan : Judin
Asal : Kelantan
Perwatakan : perangai yang gila-gila,baik,main cakap lepas jer...hehehe..apa2pun kawan sejak sekolah menengah lagik sampai la U


Nama Sebenar : SAIRUL ZAMRI
Nama Panggilan : Makbie
Asal : Johor
Perwatakan : Lembut - baik hati - periang - suka menyanyi - happening - mulut Lazer


Nama Sebenar : MUHAMMAD HAZEEM
Nama Panggilan : Ajim
Asal : Kelantan
Perwatakan : mulut LAZER - suka sakit hati orang - baik hati - kelakar - pemalu


Nama : AHMAD SURFIYADI
Nama Gelaran : Aul
Asal : Sabah
Perwatakan : seorang yang lembut tapi baik hati - merupakan roomate aku -dah berhenti U - kelakar - mulut LAZER


Nama Sebenar : MUHAMMAD ZAMRI
Nama Panggilan : Ijam
Asal : Melaka
Perwatakan : baik hati - kelakar - sporting - suka tarik bulu kaki orang - happening


Nama Sebenar : MOHAMAD RUZAIDI
Nama Panggilan : Jedy
Asal : Kelantan
Perwatakan : happening - sporting - kelakar - relax


Nama Sebenar : AZWAN
Nama Panggilan : Juan
Asal : Kelantan
Perwatakan : relax - mudah mengaju/merajuk - happening - baik hati


Nama Sebenar : AHMAD KHALIS
Nama Panggilan : Chong
Asal : Kelantan
Perwatakan : relax - kelakar - sporting - baik hati

Negara Pelawat Blog


free counters