Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label Januari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Januari. Papar semua catatan

Ahad, 5 Februari 2012

Muzik-Muzik 27

Akhirnya berkesempatan jugak aku nk update pasal rancangan tv yang memang dh famous dan ketahui orang laen iaitu MUZIK-MUZIK. Muzik-Muzik telah pon dah masuk musim ke-27 dah.Wah.sudah lama Muzik-Muzik ini di ke udara yer..ish2... (saje je....)

Sabtu lepas , aku berkesempatan tuk tengok first episod Muzik-Muzik ke-27. Aku dah tau pengacara baru diorang sebab si FBI (Faizal Bin Ismail) ad update status kat FB yang dye ckp dye dh x amik port sbg pengacara Muzik-Muzik dan diberikan kepada orang lain. Dan kali ini Cheryl Samad juga tidak menjadi pengacara Muzik-Muzik. Ia digantikan dengan pengacara baru iaitu Faiz dan juga Chad.

Anyway banyak kot dye ubah format program ni , ye la dulu satu jam diorang berON air tapi sekarang ni dah setengah jam sudaahhh...hahaha..cm best je..xdela lama-lama sgt..Manakala pencalonan muzik pula just sekejap je diorang nyanyi..hahaha..mantoppp..

Selain itu, byk jugak infor-info menarik yang ditunjuk dalam Muzik-Muzik 27 yang ditayangkan selama setengah jam itu.Memang menarik gak..pengacara pon buleh tahan..hehehe..

Apa-apa pon..teruskan enjoy setia melekat kat tv3 yer tuk tengok MUZIK-MUZIK 27 nih.. :)

Setiap Sabtu , pukul 5.00ptg-5.30ptg di TV3

potpet :: teringin nk tengok Fara Fauzana dan Ally Iskandar jadi pengacara Muzik-Muzik :0

Isnin, 30 Januari 2012

AJL26 milik AWAN NANO

Alhamdulilah akhirnya ANUGERAH JUARA LAGU ke-26 telah pon melabuhkan tirainya dengan kemenangan kepada AWAN NANO selaku LAGU TERBAIK AJL26 kali ini. AWAN NANO telah pon mengalahkan 11 lagu yang lain seperti Beribu Sesalan , Kisah Hati , Sedetik Lebih , Wanita Seluruh Dunia , Cinta Muka Buku , Kalau Berpacaran , Penakut , Gadis Semasa , dan akhir sekali Karma.

Selain itu , HAFIZ juga merangkul 2 tahun berturut-turut selaku VOKAL TERBAIK AJL. Tahun lepas dengan berbekalkan lagu NOKTAH CINTA dan tahun ini sekali lagi menjadi pemenangan VOKAL TERBAIK bagi lagu AWAN NANO. Sememangnya sudah ramai yang menjangkakan kemenangan beliau. Ini kerana kekuatan lagu dan lirik dan juga vokal HAFIZ yang menang tidak dapat dinafikan lagi. AWAN NANO merupakan ciptaan daripada KOMPOSER DATUK M.NASIR dan BUDDI HIEKAYAT selaku PENULIS LIRIK. Apa yang membuatkan lagu AWAN NANO ini menenang adalah disebabkan kekuatan pada liriknya. Lagu ini lain dari yang lain.

Dengan kemenangan itu , HAFIZ membawa pulang sebanyak RM45,000. Bagi pemenang tempat kedua lagu terbaik pula telah pun dimenangi oleh 3 SUARA iaitu JACLYN VICTOR, NING BAIZURA dan SHILA HAMZAH menerusi lagu BERIBU SESALAN. Trio ini membawa pulang hadiah sebanyak RM20,000. Hasil ciptaan daripada KEVIN CHIN.

Bagi pemenang tempat ketiga pula jatuh kepada FAIZAL TAHIR menerusi lagu KARMA. Lagu ini menjadi favourite orang ramai dan ramai yang menjangka akan memenangi AJL namun nasib tidak menyebelahi FAIZAL TAHIR. Ia sekadar menduduki tangga ketiga. Faizal Tahir membawa pulang rm15,000.

Persembahan terbaik pula dimenangi oleh ALYAH menerusi lagu kISAH HATI. Lagu ini memang kegemaran orang ramai namun tidak berjaya menduduki posisi tiga terbaik. Sekadar menduduki PERSMEBAHAN TERBAIK dimana memang wajar beliau memenangi kategori ini kerana costum dan persembahannya memang terbaik dari yang lain. Dengan kemenangan itu , ALYAH membawa pulang sebanyak RM10,000.

AJL26 ini telah bersiaran langsung dari STADIUM PUTRA BUKIT JALIL dan pengacara tidak lain tidak bukan lagi FAIZAL ISMAIL danj uga CHERYL SAMAD.AJL26 ini membawa tema air..memang gempak asenya…dengan pembukaan daripada JAMAL ABDILLAH , AWIE dan juga RATU JAZZ kita iaitu DATUK SHIELA MAJID. Dan akhir AJL26 sebelum pengumuman pemenang , penonton dihiburkan oleh HAZAMA , BLACK dan AZLAN menerusi tribute ALLAHYARHAM DATUK SUDIRMAN dengan membawakan lagu HIDUP SEDERHANA (BASIKAL TUA) , BALIK KAMPUNG , CHOW KIT ROAD dan akhir sekali SALAM TERAKHIR.

AJL26 ini dibawakan khas oleh CELCOM

pesanandarimulut :: suke giler tengok performance ALYAH & HAFIZ

Khamis, 26 Januari 2012

Kenangan Semester 3 - AGM SRM 2012

kenangan sewaktu ANNUAL GRAND DINNER SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2012 di EDC Hotel , UUM

Selasa, 24 Januari 2012

Vanilla Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah , akhirnya ad msa gak tuk aku posting terbaru kat blog aku nih..Ermm..mlm ni aku nk citer pasal drama slot LESTARY kat TV3 tu...ala citer yg tajuk VANILLA COKLAT..ermm..bunyi cm sedapkan..p jalan citer dye lagi best asenya..memang menarik kot aku rasanya....(padahal baru 1 episod tengok....) hahaha..dah pandai buat andaian...

Okeylah , nk dijadikan citer , aku tengah bengang kot nk tgk ASTRO..dh la kena cuttt....tension gue asenya..biler ASTRO dh kena CUT..semua jadi lumpuh..xleh tengok citer lainnn...wuaaaaaaa :( nk tengok RIA , PRIMA n yg laen pon xpat..huk2..sedih..xperlah..hopely esok technician dtg baiki aku punya ASTRO..asyik rosak je..hahaha..

asal aku melalut nih..okeylah..meh aku nk citer serba ringkas pasal VANILLA COKLAT..ermm..citer ni cm citer komedi cinta yang lain..cm pasangan kekasih dipaksa berkahwin tidak rela , bergaduh , last2 akhir nk bersama gak..hahaha..aku dh pham dh plot citer cmne..hahaha..

aku suka nengok heroin dye..kelakar kot..selama ni tengok asyik bwk watak agresif je.;.ha..amek ko jdi watak agresif gak p bercinta dengan lelaki yg xsuka..hahaha..

apa-apa pon..hopely korang enjoy ea tgk citer nih..hahaha..aku enjoy giler2..hahaha

pesanandarimulut :: teringat Lestary " Cinta Elyssa " x sempat nk tengok akhir episod :(

Isnin, 23 Januari 2012

Al-Fatihah


Al-Fatihah

Salam takziah buat keluarga Khairil Izwan Pilus atau dikenali sebagai Izwan Pilus diatas pemergian anak tersayangnya IZWAN PILUS ke rahmatullah. Allahyarham Izwan Pilus menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6.20 petang pada 20 Januari 2012 di Hospital Ampang. Beliau yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection).

Jenazah selamat dikebumikan di kampung kedua ibubapanya di Melaka

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Amin...

Jumaat, 20 Januari 2012

Cuti Semester Ketiga....

Alhamdulilah...akhirnya cuti semester ketiga telah pon bermula..dah nampaknya dah 3 semester aku meneruskan pengajian aku d Universiti Utara Malaysia ini. Aku bersyukur ke hadirat illahi kerana dengan limpahNya dapat lagi meneruskan hidup dan menjadi khalifah di muka bumi Allah ini :)

Nampaknya , apabila tibanya exam..masing-masing busykan diri utk study..pastu bila tibanya akhir exam, masing-masing segera busyKAN diri untuk kemaskan dan balik bercuti..hehehe..sama la cm aku nih..sebelum nak balik tu aku trus je packing dan kemas2 simpan barang dalam storr..hahaha...memang best kot..x sabar asenya nk balik umah..nk keje ngan ayah..dapat duit leh berjoli kan..ish2..x baek tau berjoli..hahaha..

Aku telah pon tempah tiket ngan POKSU TRAVEL...aku memang suka kot naik bus POKSU TRAVEL ni coz bus dye bus baru n lagipon waktu timing dye memang sharp gilerrr..jarang kot nk tgk bus catar yang sharp cmni..hehehhee...apa-apa pon janji smpai umahhhh..

okeylah, sebelum nk undur diri ini , aku ingin memohon maaf utk semua yer...sepanjang aku kenal korang semester ini...

aku nk chow dulu..tido ngtok..penattttt...

Assalamualaikum..

pesanandarihati :: cuti paling best dalam hidup???

Ahad, 1 Januari 2012

Happy New Year 2012



to all my reader....Happy New Year 2012....

luv you korangggg....

Minggu Exam [A111]

Alhamdulilah,akhirnya dapat jugak aku mengUPDATE blog ini setelah lama sudah aku tidak UPDATE..biasa la aku busy sgt kot dengan assignment..minggu study week n skrg pon tengah menghadapi FINAL exam.so aku tidak dapat sangat nk update dalam blog ini.

Khamis, 13 Januari 2011

keputusan semester PERTAMA


alhamdulilah..setelah beberapa hari aku x mengePOSkan blog aku ini,so banyak benda yang aku nk share ngan koorang semuaaaa...

fisrtly dh sah2 tajuk kat atas tu pasal keputusan peperiksaan semester PERTAMA aku di UUM.ermmm..seperti yang korang tahu,result sudah pun keluar untuk semua student UUM bagi peperiksaan semester lepas.masing-masing sudah lepas daripada degupan jantung yang tak terhenti2 berdebar sementara menanti jawapan apa yang tersirat nanti.

sama la ngan aku nih...dap dup..dap....aku rasa risau sgt coz masa sem lepas aku main-main dan tak tumpu langsung dalam semster lepas.aku banyak lepak dan main-main.

tapi aku dh nekad untuk baiki dan ubah sikap aku untuk lebih rajin lagi..insyallah

setelah susah payahnya aku nak masuk portal..memang ramia giler la yang berduyung-duyung masuk PORTAL UUM untuk mengCHeckkan diorang punya result..kekadang geram jugak aku....rasa nk bom jer PORTAL tuh.....

last2..aku dapat jugak masuk..punya la terketar-ketar nk check result aku..hahaha...n then nak masukkan NO.MATRIK n PASSWORD punya la takut......pastu..kena tekan lak kat KEPUTUSAN PEPERIKSAAN..waduhhhhhhhhh...takutnya...last2....tekan jer..

jejejengggg....terpampang lah keputusan result aku semester ni....

errrrmmmm...what ??????? only 2.74...aku ingat ada la sasar dlm 3.0 ke atas...cheettt..bencinya aku.....ni gara-gara MATH la puncanya....ngok betul la....ergghhhhhh

Isnin, 10 Januari 2011

tolong ingatkan aku..AJL25



Ha...inilah dier gaya seorang JUARA AJL25 untuk keseluruhannya.Lagu "Tolong Ingatkan Aku" berjaya menarik hati juri dan telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-25 kali ini.Lagu yang telah disampaikan oleh penyanyi baru yang semakin meningkat naik namanya iaitu Ana Raffali telah pun berjaya mengalahkan 13 finalis AJL25 dalam merebut gelaran Juara Lagu 25.

Sememangnya lagu ini ramai yang tak jangka untuk memenangi kategori Juara Lagu,dan ramai yang beranggapan bahawa lagu DRAMA KING bakal menjadi Juara atau HANYUT oleh Faizal Tahir bakal memenangi kategori tersebut.Namun,segala-galanya ditangan juri,keputusan adalah muktamad dan tak leh nk pinda2 dah.

" MENANG buat CARA MENANG...KALAH buat CARA KALAH....."

kepada finalis yang lain,korang cuba la lagi tahun depan yer...hehehe...itupun kalu dapat masuk AJL lagi..insyallah...

okeylah,aku sememangnya menjangkakan DRAMA KING jadi JUARA LAGU,namun lagu tersebut tersandung ketempat kedua/Naib Juara AJL25.manakala lagu tempat ketiga pula dimenangi oleh penyanyi berbakat besar dari program realiti TV Astro,Akademi Fantasia untuk musim kelima iaitu HAFIZ telah pun berjaya membawa lagu Noktah Cinta dan sekali gus menjadi juara tempat ketiga AJL25.Sungguhpun tidak disangka,Hafiz juga berjaya mengalahkan bekas pemenang VOKAL TERBAIK tahun lepas iaitu BLACK menerusi lagu AKU RINDU SAYANG KAMU,untuk merampas kategori VOKAL TERBAIK dan sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi..wah bestnyerrrrr....

Untuk PERSEMBAHAN TERBAIK pula,pada tahun lepas telahpun dimenangi oleh AIZAT,namun pada tahun ini,Aizat tidak berjaya melayakkan diri ke final AJL25 menerusi lagu SUSUN SILANG KATA.Dan pada tahun ini,Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut telah pun berjaya mengondol bagi kategori PERSEMBAHAN TERBAIK untuk AJL kali ini.Memang aku dh prospek lama si Faizal Tahir bakal memenangi kategori ini coz persembahan dier memang mantap doe..memang hebat..siap berenang dlm air lagi..wah2...ganaszzzz tu..xpernah dibuat orang..hehehe..namun..segala usaha & penat lelah duk dalam sangkar n terjun dlm air membuah hasil apabila memenangi wang tunai RM10,000 menerusi kategori PERSEMBAHAN TERBAIK.Cayalah..superman Malaysia....

Mungkin aku nk komen sedikit melalui pengacara pada malam itu,seperti yang kita tahu,tahun lepas pun TIGA ORANG ini juga iaitu FAIZAL ISMAIL,CHEYRL SAMAD dan ALLY ISKANDAR telah pun diamanatkan sebagai pengacara AJL24,AJL25 juga turut mereka lakukan.Namun sedikit kebosanan melihat gelagat mereka,sepatutnya lebih happening sedikit.Bagi aku,aku mahu pengacara diangandingkan diantara FARA FAUZANA,ALLY ISKANDAR & FAIZAL ISMAIL.mungkin hebat kottt..baru hottt....ataupun just panggil pengacara jemputan (bekas2 juara AJL)....okey x cadangan aku..hehehe

Khamis, 6 Januari 2011

Poster-Poster Finalis AJL25











*** sorry for the group Bukface x sempat nk posting dier punya poster....sorryyy...***

# nak tgk lebih BESAR korang leh klik di WALLPAPER setiap ARTIS itu....

countdown AJL25 : lagu mana yang hebat ???



okeylah..memandangkan..AJL25 tinggal 3 hari lagi sebelum berlangsung anugerah yang berprestij setiap tahun ini.jom kita bergosip-gosip dan bercerita mengenai lagu-lagu yang bakal dipertandingkan nanti di AJL25.

x sabar aku nak tgk AJL25 nanti pada 9hb Januari 2011 yang bakal ditayangkan di TV3 pada pukul 9.00 malam siaran langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil.

jom kita perkatakan lagu-lagu mana yang hebat yang akan berentak di malam final AJL25 nanti.ini hanyalah pandangan aku sendirik ea mengenai lagu yang bakal di pertandingkan.

1. CINTA SEMPURNA by YUNA (8.5/10)
<> lagu ni memang best gileer..iramanya sangat mendayu-dayu dan juga liriknya agak menarik sekali untuk didengar.tambah-tambah lagi apabila si Yuna membawakan lagu ini dengan gitar fav. nanti di pentas AJL25.
<> lagu ini mampu memberikan saingan sengit kepada finalis-finalis lain kerana lagu ini sepenuhhnya ciptaan dirinya sendiri dan seperti tahun lalu beliau juga mengondol anugerah lagu kedua terbaik d AJL24.
<> mampukah Yuna mengulangi kejayaan ini balik pada AJL25 nanti. (mungkin kot....)

2. NOKTAH CINTA by HAFIZ (8/10)
<> wah..this is my fav.song...i like this song
<> lagu ni memang happening giler la..aku suka lagu nih coz arrangement muzik yang berbeza dan sesuai dengan sore si Hafiz ni...gempak ar mamat nih..
<> seperti tahun lalu,AJL24 dimana Hafiz tidak berjaya memenangi sebarang kategori yang dipertandingkan menerusi lagu Masih Jelas,namun pada tahun ini,beliau sekali lagi terpilih untuk ke final AJL25 menerusi lagu Noktah Cinta.
<> kombine pencipta & penulis lirik juga amat menarik dan hebattttt....

3. SELAMAT MALAM by FAIZAL TAHIR (9.5/10)
<> wahhh..mamat ni fav.singer male aku nih
<> setiap ada AJL nih mesti mamat nih sapu punyer kategori yang dipertandingkan.
<> tahun lalu berjaya mengondol kategori TEMPAT KETIGA LAGU TERBAIK
<> tahun ini juga,FAIZAL TAHIR berjaya membawa 2 lagu ke pentas akhir
<> lagu SELAMAT MALAM & HANYUT
<> mampukah FAIZAL TAHIR mengulangi kejayaan sepertti tahun lepas,dan mungkinkah beliau akan menjadi JUARA LAGU AJL25 nanti..sama-sama kita nantikan yerrrr...

4. BERLARI by TOMOK (6/10)
<> lagu ini best bagi aku coz irama yang fast dan kekuatan vokal yang mantap yang ditonjolkan oleh Tomok.
<> lirik yang penuh drama dan sesuai untuk didengar

5. KU ADA KAMU by ADIRA (6/10)
<> yahoo..ada juga wakil student AF8 masuk AJL25 selain SHAHIR
<> lagu ini memang best dan liriknya sangat menarik untuk didengar
<> kedua-dua lagu tersebut memang beshhhh & i like it

6. TOLONG INGATKAN AKU by ANA RAFALI (9/10)
<> pertama kali masuk AJL...
<> aku suka lagu ni coz very simple & nice
<> mungkin bakal menang salah satu kategori kot...
<> saingan sengit YUNA,ADIRA,STACY

7. PELITA by A.P.I (7/10)
<> lagu ni aku x pernah dgr sgt kat corong radio so xleh nk komen byk sgt...
<> maybe menang kot (heheheeh.......)

8. SOFEA JANE by BLACK (8/10)
<> wahh....vokal lelaki yang mantap...
<> pemenang vokal terbaik AJL24
<> mampukah mengulangi kejayaan seperi tahun lepas
<> lagu & kombinasi lirik yang menarik

9. MENCARI KONKLUSI by HUJAN (9/10)
<> lagu fav. aku...
<> band fav.aku..
<> lagu & lirik yang best & memang menarik bagi aku...
<> mampu memberikan saingan sengit kepada peserta lain

10. EXTRAVANGZA by BUNKFACE (8/10)
<> lagu terbaik dari Bunkface
<> memang gempak & happening
<> band mampu memberikan saingan sengit kepada Meet Uncle Hussein,Hujan,& A.P.I

11. DRAMA KING by BLACK ft MEET UNCLE HUSSIEN (10/10)
<> lagu yang bakal disebut2 sebagai juara AJL25
<> kombinasi antara Black & Meets Uncle Hussein yang mantap & terbaik lah...
<> aku sokong 100% menang AJL25 nanti...

12. KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN by SHAHIR (7/10)
<> fav.singer aku nih
<> lagu fav.aku nih....seronoknya leh masuk AJL...hahaaha
<> mampu memberikan saingan sengit & mungkin menang lagu ke-2 or ketiga kot...
<> cayalah SHAHIR...

13. JAHAT by STACY (7/10)
<> persembahan yang sentiasa dinantikan oleh peminat
<> kelincahan dalam membuat persembahan mampu memberikan persembahan terbaik nanti.
<> persembahan & vokal yang terbaik oleh STACY

14. HANYUT by FAIZAL TAHIR (10/10)
<> lagu yang bakal memenangi sama ada kategori JUARA/NAIB JUARA/KETIGA
<> lirik yang penuh bermakna & besttttttt

good luck to all finalis AJL25....buat persembahan theeeee bestttt punyerrrrr...

Selasa, 28 Disember 2010

JPM DPP TNB

ALHAMDULILAH....

Syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpah dan kurnia,dapat lagi aku posting blog aku ini.

Hari ni aku nak bercerita mengenai JPM.Apa itu JPM...tentu korang ingat JABATAN PERDANA MENTERI,apa kaitan dengan aku..ermmm..itu JPM Malaysia.yang aku nak ceritakan ini adalah mengenai JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.JPM ini adalah organisasi yang telah ditubuhkan untuk menghandle student-student baru masuk UUM.Kira dioranglah yang akan mengHANDLE untuk minggu orrientasi/suaikenal.

Okeylah...JPM akan mewakili setiap DPP iaitu Dewan Penginapan Pelajar di Universiti Utara Malaysia.

So.memandangkan aku duk DPP TNB..so..JPM DPP TNB..

Aku telah memohon untuk jawatankuasa PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM) untuk DPP TNB bagi 2011.Aku telah diterima untuk ditemuduga di pejabat utama DPP TNB.temuduga tersebut telah diadakan dan bersama ahli panel penemuduga iaitu terdiri daripada PENGETUA DPP TNB iaitu Dr.Amlus Ibrahim,Felo TNB Encik Zaki,Sekteriat Pejabat DPP TNB iaitu Che Yah dan juga terdiri daripada beberapa ahli JPM yang tertinggi.

Alhamdulilah..aku dan member aku sorang lagi,iaitu Azwan telah berjaya menemuduga untuk JPM tersebut.

Setelah beberapa bulan berikutnya...akhirnya aku telah dipanggil untuk mengikuti kursus KEPIMPINAN ORGANISASI JPM 2011 untuk DPP TNB.Kursus tersebut akan diadakan pada 2hb Januari 2011 di DPP SME BANK UUM.

Aku menerima dengan hati terbuka walaupun berat hati mau pergi...

Isnin, 27 Disember 2010

Filem "KHURAFAT" - 13 Januari 2011



“KHURAFAT – Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang berkerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT – Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada Januari 2011.

“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendapatkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)” (Surah Yunus:106)

Allahu wa’lam.

Negara Pelawat Blog


free counters