Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Selasa, 30 Mac 2010

Senarai Lagu Untuk Pelajar AF8 - Konsert Ketiga

PEREMPUAN :

1-FEMININ-KINI
2-NIKKI-CANTIK
3-ARNI NAZIRA-CINTA ANTARA BENUA
4-EVA-BULAN CINTA
5-ELYANA-KAU ATAU AKU

LELAKI :

1-JAYJAY-PERMAISURIKU
2-NEYO-SO SICK
3-TAUFIK BATISAH-SESUATU JANJI
4-ANANG-SEPARUH JIWAKU PERGI
5-JAMAL ABDILLAH-DERITA CINTA

Isnin, 29 Mac 2010

Konsert Kedua AF8 Happening & Hebat




Alhamdulilah,aku akhirnya dapat nengok jugak buat pertama kalinya aku menyaksikan siaran langsung (live) Konsert Kedua AF8…wahhh…..happynya aku…Aku dapat menyaksikan konsert ini kerana diberikan tiket percuma oleh pihak pengurusan Iwan FC

Jom kita komen pasal persembahan pelajar malam itu :


EMA (PAKAI BUANG)
  • Minggu ini Ema telah membuka persembahan konsert minggu kedua AF8 dengan lagu Pakai Buang yang penyanyi asal iaitu Juara AF6,Stacy.Persembahan Ema ok Cuma bagi saya pernafasan dan kawalan vocal Ema masih boleh diperbaiki lagik.
  • Penilaian : 4/10


DAUS (MENATAP MATAMU)
  • Daus pada minggu ini membawakan lagu yang berentap ala-ala manja gitu..hak2..lagu tersebut ialah lagu Menatap Matamu.Lagu ini merupakan lagu penyanyi asal iaitu pengacara Trek Selebrtiti Musim ke-7 sekarang iaitu Aril.Persembahan Daus yang bersahaja membuatkan dier relax jer menyanyi….Cuma Daus kena cari x-factor untuk membuatkan sesuatu persembahan dier kedababom setiap minggu.Boleh dikatakan Daus ni Nampak jujur sangat…hak2…
  • PENILAIAN : 5.5/10


NAD (AKU WANITA BIASA)
  • Nad agak kaku la time nyanyi lagu ni.Lagu AKu Wanita Biasa ni sangat bermain emosi,namun Nad haruslah bermain emosi dengan penonton,biar sampai penonton rasa cam ada emosi,mungkin Nad perlu belajar lagik dalam kelas persembahan bersama cg Que Haidar..
  • PENILAIAN : 4/10


ALIF (……………tak tahu tajuk lagu)
  • Lagu omputih ni memang dashyat gak alif bawak,kekadang alif Berjaya menghayati sesebuah lagu dan membuatkan persembahan best.Minggu ini,Alif melakukan persembahan terbaik.
  • PENILAIAN : 6.5/10


FARINA (KETENTUAN)
  • Farina minggu ini memang paling tidak Berjaya dan gagal dalam persembahan nyanyian malam itu.Farina telah mendendangkan lagu Ketentuan daripada Ramlah Ram.Lagu meang best namun Farina tidak dapat menghayati dengan sebaiknya…sayang Farina….
  • PENILAIAN : 3/10


IWAN (MENCARI KONKLUSI)
  • Persembahan Iwan antara pelajar lelaki yang mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada semua peminat yang berada dalam dewan itu,memang happening biler Iwan menyanyikan lagu trsebut,Cuma Iwan haruslah berhati-hati dengan pernafasan ek..takut semput jer…but overall semua besh….antara persembahan terbaik pada malam itu.Iwan tidak pernah sesekali mengecewakan peminatnya dan juri2…congrat Iwan.
  • PENILAIAN : 8/10


ANUM (SEKADAR DI PINGGIRAN)
  • Anum minggu ini telah mendendangkan lagu yang berlainan daripada fav genrenya.lagu ni agak yang bermain emosi,namun disebabkan Anum yang agak kaku dan tidak menunjukkan sebarang expresi mukanya,menyebabkan persembahannya gagal.
  • PENILAIAN : 4/10


MAULANA (….tak tahu tajuk…)
  • Maulana telah mebuatkan peminat af8 terhibur dan sekali gus menjadikan beliau pelajar terbaik pada malam itu.Tahniah Maulana,kerana beliau dapat membawakan lagu ibunya sendiri dengan baik sekali.Cuma kalau Maualana memperkemaskan lagik pasti gempak..apa-apa pun inilah pelajar terbaik pada malam ini.
  • PENILAIAN : 10/10


AIN (HAPPY)
  • Aku tidak tau apa dah jadi dengan Ain,Ain sangat mengecewakan semua peminatnya dengan persembahan yang kurang bagus pada malam itu.Ain sepatutnya menyanyi dengan comel dan cute namun dengan vocal yang seolah2 macam nak marah itu telah mencacatkan persembahannya.
  • PENILAIAN : 4/10


SHAHIR (JANGAN NAKAL)
  • Inilah pelajar lelaki yang paling pemalu la dikatakan dalam AF8 kali ini,Shahir seharusnya membuat persembahan yang gempak kerana lagu yang dinyanyikan itu lagu yang popular iaitu Lagu Jangan Nakal daripada Alif Satar,namun Shahir tidak menggunakan emosi sepenuhnya dan terlampau slow sangat….
  • PENILAIAN : 5/10


ADIRA (KU PERCAYA ADA CINTA)
  • Adira sememangnya tidak mengecewakan setiap konsert,minggu ini dier Berjaya membuatkan peminat terpukau dengan kehebatan vokalnya dan Berjaya mengajak peminat serta juri bermain emosi dan melodi yang dinyanyikan.Lagu yang dinyanyikan pada malam itu bertajuk Ku Percaya Ada Cinta daripada Dato Siti Nurhaliza.Adira merupakan pelajar wanita yang Berjaya dan sentiasa konsisten setiap minggu.Tahniah Adira
  • PENILAIAN : 10/10



** thanks to Akademi Fantasia 8 Facebook coz sudi melampirkan gambar-gambar knsert AF8 (minggu kedua)..thanks a lot......**

Ahad, 28 Mac 2010

EMA tersingkir Konsert MInggu ke-2

EMA atau nama sebenarnya ................................ daripada Sabah juga merupakan kakak kepada pelajar AF8 juga iaitu Adira telah meninggalkan AF8 setelah beliau gagal menarik pengundi untuk mengundi beliau.Beliau tersingkir apabila mendapat undian paling terendah bersana dengan 2 orang kawan lagik iaitu Ain dan juga Maulana.Namun nasib tidak menyebelahi Ema kerana tidak ramai yang mengundi beliau.

Kita imbas kembali detik Ema semasa berada dalam akademi dan persembahan dalam konsert.Pada pembukaan konsert akademi fantasia 8 iaitu konsert Tirai AF8 Ema telah memberanikan diri membawa lagu Tiada Lagi Tangisan iaitu daripada penyanyi lama kita Aishah.Namun Ema dikritik kerana lagu tersebut kurang menyerlah kehebatan vokalnya.

Dan pada konsert pertama Ema telah diberikan tugasan dengan menyanyikan lagu daripada Marsha iaitu Yang Terbaik.Ema bagaimanapun dapat membawakan lagu tersebut,Cuma kekadang terdengar suara2 yang seakan2 mirip penyanyi asal…ermmm….

Pada minggu kedua pula Ema telah diberikan tugasan untuk membawa lagu Pakai Buang daripada JUARA AF6 iaitu Stacy.Dari segi tarian ok la…Cuma pernafasan dan vocal haruslah diperbaiki lagi untuk memperhebatkan lagi persembahannya.

Namun Ema juga dkritik hebat pada malam itu.

Apa-apa pun peminat sudah membuat keputusan yang Ema tidak layak untuk berada lagik di akademi dan meneruskan pengajiannya disana….

Jumaat, 26 Mac 2010

komen : LAGU KONSERT KEDUA AF8

**********************************************

Shahir - JANGAN NAKAL (Alif Sattar)

Iwan - MENCARI KONKLUSI (Hujan)
Daus - MENATAP MATAMU (Aril AF
Alif -
Maulana -
Ema - PAKAI BUANG (Stacy AF6)
Nad - AKU WANITA BIASA (Krisdayanti)
Adira - KU PERCAYA ADA CINTA (Siti Nurhaliza)
Farina - KETENTUAN (Ramlah Ram)
Anum - SEKADAR DI PINGGIRAN (Francisca Peter)
Ain – LAGU HAPPY (Amy Mastura)

***********************************************


Berikut adalah senarai lagu yang akan dibawa oleh 11 pelajar AF8 untuk konsert kedua AF8 nanti.

Wow..itulah yang dapat aku katakan kerana kesemua lagu sedap-sedap didengari n latest belaka..Tahniah n thanks pihak pengurusan Astro kerana bagi lagu yang terbaik ini kepada semua pelajar.

Aku akan komen skit mengenai lagu yang diberikan oleh setiap pelajar pelajar AF8 untuk konsert minggu kedua ini.

Kita akan memulakan dengan pelajar lelaki dahulu.

SHAHIR (JANGAN NAKAL)
– Minggu ini Shahir telah diberikan lagu yang lain sedikit dari genre yang biasa kita dengar Shahir nyanyi.Berbeza dengan genre lagu yang disampaikan masa konsert TIRAI AF8 dan juga konsert pertama AF8 minggu lepas.Pada kali ini,lagu yang diberikan oleh cg berbeza sedikit dri genre seperti yang dibawakan oleh Shahir.Kali ini Shahir akan menyanyikan lagu yang dipoularkan oleh ALif Satar.Lagu yang menjadi siulan remaja sekarang iaitu Jangan Nakal sememangnya lagu yang bergenre Pop. Mampukah Shahir membawakan lagu Jangan Nakal ini dengan versi beliau sendirik.Nantikan konsert pada minggu depan ini….

IWAN (MENCARI KONKLUSI)
– Tahniah Iwan kerana menjadi pelajar terbaik pilihan tenaga pengajar.Iwan sememangnya pelajar yang Berjaya membuatkan persembahannya sentiasa konsisten dan menjaga suaranya dengan baik sekali.Kita imbas balik,Iwan telah menyanyikan lagu Coba nyanyian Faizal Tahir semasa konsert Tirai AF8 dan Berjaya menarik hati semua peminat dan hati juri untuk memberikan komen yang terbaik untuknya.Tidak terlalu over mengatakan yang beliau pelajar lelaki yang paling menyerlah semasa konsert TIRAI AF8 itu.Pada konsert pertama AF8 pula,beliau telah diberikan lagu Inggeris yang bertajuk Havent Met You Yet nyanyian Michael Buble.Memang persembahan yang mantap sehinggakan ramai yang meramalkan Iwan bakal melangkah ke final walaupun tinggal 9 konsert lagik.Begitu juga Edrie Abdul Halim yang mengatakan kepada Iwan supaya meminta Iwan mintak MC dengan doctor dan dating perform masa final nanti…hik2….wow..satu pujian yang hebat tuh…Pada konsert kedua ini,Iwan telah diberikan cabaran untuk membawakan lagu Mencari Konklusi nyanyian band indie yang popular kat Malaysia ini iaitu Hujan.Ramai yang dan anggar yang Iwan mungkin akan membawakan lagu Mencari Konklusi kerana suaranya sesuai untuk bawak lagu tersebut,namun mampukah Iwan mengalas tugas ini.Harap-harap dapat…biar dapat persembahan terbaik pula….

DAUS (MENATAP MATAMU)
– Ha..inilah salah seorang pelajar AF8 dari Sarawak…kitak Sarawak nok…hak2…Daus ni merupakan salah seorang pelajar yang pemalu…diam jer dalam kelas ketika siaran Diari Harian AF8 yang disiarkan dalam astro Ria tuh.Daus telah melakukan percaturan yang kurang berkesan ketika mendendangkan lagu Bye Bye Bye daripada kumpulan Inggeris yang popular ketika dahulu iaitu Nysnc.Lagu itu tidak matching dengan suara beliau kerana lagu itu terlalu rancak dan keadaan vocal Daus pula agak slow sedikit.Ini sekali gus mencacat cela kan lagu tersebut sehinggakan barisan pengkritik mengkritik persembahannya dan merasakan Daus salah memilih lagu tersebut.Untuk konsert pertama pula,Daus telah diberikan tugas untuk membawa lagu Cari Jodoh daripada band popular di Malaysia dan juga Indonesia iaitu Wali Band.Lagu Cari Jodoh tersebut telah menjadi siulan ramai remaja sekarang terutama kanak-kanak yang semakin ingat part bahagian “ ibu-ibu bapak bapak……”errmmm..Namun persembahan Daus pada malam itu agak biasa sahaja tiada apa yang menarik.Ramai yang beranggap mungkin Daus akan membuat yang terbaik dengan lagu tersebut,namun dengan bantuan penari2 pelajar lelaki dalam persembahan tersebut kurang Berjaya untuk membuatkan Daus melakukan persembahan yang hebat.Untuk minggu kedua pula,Daus telah diberikan lagu daripada pemenang tempat ketiga AF7 dan juga pengacara TREK SELEBERITI yang baru iaitu Aril dengan lagu Menatap Matamu.Lagu ini agak besh..dan melodinya sangat bagus..namun mampukah Daus membawakan lagu ini pada konsert kedua nanti…Atau lagu ini juga akan menjadi mangsa seperti lagu Cari Jodoh..apa-apa pun saksikan nanti konsert kedua AF8 yang akan dsiarkan siaran langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil.

ALIF (????????)
- Minggu ini Alif akan mendendangkan lagu inggeris..tapi gue xtahu tajuk per…sorry ek untuk fanAlif AF8.Pada minggu lepas,Alif telah mendendangkan lagu Kau Aku daripada Aizat.Beliau dapat membawakan lagu tersebut dengan baik sekali,namun sikap Alif apabila berada di akademi dan di pentas mungkin tidak Nampak seperti Jantan tulen (ermmm.paham2 je la apa yang aku cakap tu ek..kang cakap lebih2 lak…nt kena sound…hahahaaa…) Apa-apa pun..gud luck Alif…Tapi yang aku x suka about Alif ni coz dier buat2 jer sore dier time nyanyi……

MAULANA (??????)
– Akhirnya Maulana akan mendendangkan lagu favourite ibunya..Haaa…pasti korang ternanti2 persembahan beliau.Pada minggu lepas,Maulana telah memberikan persembahan yang mantap dengan mendendangkan lagu daripada band Indie iaitu Bunkface dengan tajuk lagu “Extravaganza”.

Berbalik pula kepada pelajar perempuan :::

ADIRA (KU PERCAYA ADA CINTA)
– Ha…pada minggu lepas,Adira telah mendapat pelajar terbaik bersama Iwan.Beliau dapat memberikan persembahan yang mantap dan hebat.Adira telah membawa lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal oleh Jaclyn Victor dengan begitu baik sekali..tetapi kekadang time dier jerit..tu high pitch yang tinggi..cam menjerit lak aku nengoknya…bukannya menyanyi… hhahaa…apa-apa pun minggu ini,Adira akan diberikan tugasan untuk membawa lagu daripada diva no.1 Malaysia dan juga penyanyi no.1 Malaysia iaitu Dato’Siti Nurhaliza dengan lagu Ku Percaya Ada Cinta.Lagu tersebut memang best apabila kita menghayati baris-baris lirik dan elemen muzik yang diciptakan..Namun mampukah Adira membawakan lagu tersebut dengan versinya tersendirik..Apa-apa pun..jangan ikut suara Dato Ct dah ler….jangan ikut gaya Dato Siti k

AIN (LAGU HAPPY)
– Ain bagaimanapun telah mengecewakan saya dan peminat-peminatnya pada minggu lepas kerana persembahan yang kureng best dalam konsert lepas,Ain yang telah membawakan lagu Hey Ladies dalam konsert pertama tidak Berjaya menarik hati peminat untuk mengundi beliau dan juga hati juri untuk memberikan komen yang terbaik.Sekali gus telah menghampakan semua orang yang mana beranggapan yang Ain akan membuat persembahan yang terbaik pada minggu lepas.Mungkin Ain tidak suka lagu yang terlampau rancak dan fast…So..kawalan sore dier agak lemah sekali time menyanyikan lagu tersebut.Namun pada minggu ini,Ain sekali lagi diberikan tugasan dengan lagu yang agak fast juga daripada penyanyi kecil molek iaitu Amy Mastura dengan lagu Lagu Happy.Lagu Happy merupakan lagu yang sangat fast n best kalau kita dengar betul2…lagu yang memang betul2 happy….memang sesuai la dengan tajuk lagunya itu….Apa-apapun.Good Luck Ain….

ANUM (SEKADAR DI PINGGIRAN)
– Ha……minat bersuara rock ini akan mendendangkan lagu daripada penyanyi popular 90’an iaitu Fransisca Peter dengan lagu hitsnya “Sekadar Di Pinggiran”.Anum telah Berjaya mendendangkan lagu Aku Tak Percaya Cinta daripada Liyana Jasmay,namun Anum masih lagi boleh belajar untuk cara mengawal suara agar tidak sumbang time nyanyi….

EMA (PAKAI BUANG)
– Kali ini,Ema diberikan lagu fast iaitu lagu daripada Juara AF6 iaitu Stacy dengan lagu “Pakai Buang”.Lagu Pakai Buang memang fast n tempo yang laju …so mampukah Ema mendendangkan lagu Pakai Buang itu pada konsert kedua nanti…kita sama-sama saksikan yer..kalau Berjaya.. alhamdulilah..kalau tak..so tadah la telinga dengan kritikan pedas juri tuh…Minggu lepas,Ema telah mendendangkan lagu daripada Marsha yang bertajuk Yang Terbaik.Overall persembahan yang baik la..Cuma sesekali tu dengan suara cam penyanyi asal jugak….

FARINA (KETENTUAN)
– Kasihan Farina pada minggu lepas kerana dihentam dengan kritikan yang agak pedas daripada Adlin Aman Ramlli….memang kesian aku nengoknya..namun betul juga apa yang dicakapkan oleh Adlin tu,persembahan Farina pada malam itu agak lemah dan tidak Berjaya..Beliau seolah2 tidak menghayati dengan betul-betul lagu tersebut.Farina pada minggu lepas telah mendendangkan lagu hot n latest daripada penyanyi sohor Barat iaitu Lady Gaga dengan lagu Paparazzi.Sayangnya..lagu sedap..Cuma penyanyi yang mendendangkan pada malam itu kureng…hik2..sorry for fan Farina…..Pada minggu ini pula,Farina telah diberikan tugasan untuk membawakan lagu Ketentuan daripada Ramlah Ram..Memang lagu nih favourite aku nih..sedap nak dgr…..sayang ar kalau beri bad performance pada malam tu…hopely…good performance lak ek….

NAD (AKU WANITA BIASA)
– Nad juga dikritik hebat oleh barisan juri pada minggu lepas setelah mendendangkan lagu daripada Farah Asyikin yang bertajuk ERT.Lagu tersebut merupakan lagu soundtrack daripada filem Pisau Cukur.Namun,kegagalan Nad bermain dan menunjukkan watak mengoda dalam persembahan beliau itulah dikritik hebat oleh juri terutama Adlin.Adlin merasakan yang Nad agak tidak sesuai mendendangkan lagu tersebut jika dibandingkan dengan perwatakan yang sedikit tomboy itu,Namun minggu ini,Nad diberi tugasan untuk mendendangkan lagu yang very-very famous sekarang iaitu Aku Wanita Biasa dendangan asal daripada Kris Dayanti.Lagu tersebut memang slow melodynya…namun..mampukah Nad membawa lagu ini dengan versinya tersendiri..nantikan konsert kedua nanti…

Telenovela : SHE-WOLF ; The Last Sentinel

Ha...hari ni aku nak update pasal citer terbaru kat TV3 nih.Citer ini telah menggantikan Lalola dalam slot Telenovela iaitu setiap Hari Isnin hingga Khamis pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang di TV3.

Slot ini telah memperkenalkan sebuah drama bersiri baru bagi menggantikan drama Lalola yang telah pun berakhir pada hari Isnin lepas.

Dalam usaha meningkatkan rating penonton untuk terus melekatkan diri menghadap tv nih,TV3 mengambil inisatif untuk menyiarkan sebuah drama yang berkualiti untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan memberikan pengajaran terhadap sesebuah drama yang disiarkan.

Akhirnya TV3 menayangkan sebuah drama daripada Flilipna yang sememangnya menjadi pilihan peminat untuk menyaksikan drama dari negara itu.Drama Filipina merupakan salah satu drama terbaik pilihan penonton selain daripada Drama Indonesia...

Drama Filipina yang dimaksudkan adalah drama bertajuk SHE-WOLF : The Last Sentinel.Drama tersebut adalah terbitan ABS-CBN Broadcasting Corporation membariskan pelakon-pelakon berbakat dari Filipina seperti Angel Locsin, Piolo Pascual, Shaina Magdayao, Ryan Eigenmann, Pilar Pilapil, Agot Isidro dan ramai lagi.

Ekoran sambutan yang luar biasa di Filipina, “SHE – WOLF” telah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Piolo Pascual) di Star Awards for Television 2008. “SHE – WOLF” juga dipilih sebagai program TV yang paling digemari di Anugerah Anak TV Seal 2008 dan dinobatkan Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Gawad Tanglaw 2008. Selain itu, “SHE – WOLF” juga terpilih sebagai Telenovela Terbaik di Festival BANFF World Televisyen 2009 yang merupakan satu-satunya pencalonan drama bersiri dari Filipina yang bertanding dengan 800 pencalonan dari 29 buah negara lain.

Pelakon wanita utamanya, Angel Loscin pula berjaya dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Emmy ke -37.

Drama bersiri selama 60 episod ini mengisahkan tentang Lyka, seorang gadis jelita yang memulakan kerjayanya sebagai pembantu peribadi kepada pereka fesyen yang tersohor, Lady Elle. Noah ialah seorang Leftenan yang bijak dan mahir dalam peperangan. Noah menjalani misi penyamaran sebagai pengawal peribadi kepada Lady Elle untuk menyiasat operasi House of Elle dan organisasi gelap ‘Waya’.

Lyka dan Noah telah bertemu dan jatuh cinta. Namun, takdir mereka bakal memisahkan dua hati muda yang tulus ini. Sebenarnya, Lyka berasal daripada keturunan serigala jadian dan dia akan mengalami transformasi menjelang hari jadi yang ke 21. Malah, Lyka juga perlu akur kepada takdir dan amanat dari keturunannya yang menuntut Lyka sebagai pengawal dan penyelamat kepada keturunan serigala jadian. Noah pula terpaksa menyertai organisasi Luna dalam pelaksanaan misi menghapuskan serigala jadian.

Adakah Lyka dan Noah akan meneruskan percintaan mereka meskipun pelbagai rahsia, pengkhianatan dan kejahatan yang menyelubungi mereka? Sampai bilakah mereka sanggup menghadapi takdir yang ingin memisahkan mereka? Ikuti Telenovela ‘She -Wolf the Last Sentinel’ mulai 23 Mac 2010, setiap Isnin hingga Khamis, 3.00 petang di TV3.

always support Iwan AF8 - AFUNDI IWAN


always support IWAN ek.....n buat peminat...jangan lupa jom borak kat FB Iwan dan juga blog rasmi Iwan..

Selasa, 23 Mac 2010

Eksklusif buat Peminat IWAN AF8

khas buat peminat-peminat IWAN......

jangan lupa yo...


AFUNDI IWAN

Shah - Pelajar Pertama Tersingkir AF8

SHAH merupakan pelajar lelaki yang pertama tersingkir dalam program reality tv no.1 Malaysia iaitu Akademi Fantasia musim kelapan ini.Shah telah diumumkan oleh Sarimah yang beliau telah tersingkir daripada meneruskan perjuangan didalam akademi ini.Selain Shah,pelajar yang berada dalam bottom 3 juga ialah Alif dan juga Maulana.

Mereka berdua terselamat untuk minggu ini kerana Shah berada paling bawah sekali.Apa-apa pun Sha mencipta sejarah dalam AF kerana beliau merupakan pelajar lelaki yang pertama tersingkir awal di konsert pertama.Seperti yang kita tahu,setiap tahun AF masuk musim baru dan untuk minggu pertama sudah pasti pelajar wanita menjadi mangsa undian sms terendah.

Namun pada musim ini,pelajar lelaki mencipta sejarahnya tersendirik….huhuhu… Shah yang membawakan lagu Bengang nyanyian asal Akim AF7 bagaimanapun tidak Berjaya memikat hati pengundi untuk mengundi beliau.Mungkin dari segi personality memang Shah kalah,namun dari segi vocal Shah ok kira dier terbaik juga.

Mungkin pengundi mahu pelajar yang betul-betul ada pakej yang tersendirik untuk meneruskan perjuangan dalam AF8 itu.Apa-apa pun.tinggal 11 lagik pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka dalam AF8 itu…siapakah yang pula yang akan mengikut jejak Shah…nantikan Debaran AF8 nanti….

Ahad, 21 Mac 2010

Kedudukan Persembahan Terbaik Konsert Pertama AF8

  1. ADIRA
  2. IWAN
  3. ANUM
  4. SHAHIR
  5. MAULANA
  6. AIN
  7. SHAH
  8. EMA
  9. ALIF
  10. DAUS
  11. NAD
  12. FARINA

REVIEW@KONSERT PERTAMA AF8

Alhamdulilah setelah satu jam 30 minit bertapa di depan TV untuk menyaksikan siaran langsung KONSERT PERTAMA AKADEMI FANTASIA 8 akhir Berjaya…

Ermm…..nampaknya secara keseluruhan agak hambar gak la..cam konsert TIRAI AF8 minggu lepas..Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang Berjaya menambat hati juri semasa membuat persembahan di konsert tersebut.

Okeylah.aku akan memulakan proses kritik n komen aku pasal persembahan pelajar ini :

MAULANA (Extravaganza)
  • Maulana telah diberikan tugas agak berat gak untuk membawakan lagu daripada indie band kita iaitu Bunkface.Maulana telah pun membawa lagu Extravangza ini dengan baik sekali.Permulaan yang agak bagus,namun setelah masuk part bahagian tengah,seolah-olah Maulana sudah hilang arah,namun pergerakan permulaan persembahan agak kureng sedikit.Sepatutnya Maulana harus bijak menguasai pentas dan tarian…jangan hanya duk lompat-lompat jer…Apa-apa pun pembukaan konsert AF8 ini besh gak…
  • PENILAIAN : 6/10

ADIRA (Bertamu Di Kalbu)
  • Adira sememangnya mempunyai vocal yang agak mantap jugak dalam kalangan pelajar perempuan AF kali ini.Adira seolah-olah Berjaya menarik hati juri untuk memberikan kritikan yang agak baik n sedap di dengar.Mungkin ketika part nyanyian yang ditarik n teriak selalu itu membuatkan bulu roma pengkritik kita meremang…Apa-apa pun aku suka dengan persembahan Adira malam ini kerana berjaya membuatkan aku terpegun dengan vocalnya
  • PENILAIAN : 9/10

SHAHIR (Khatimah Cinta)
  • Shahir bermula agak besh la…aku dgr cam suka n sedih lak dgr time Shahir nyanyi lagi daripada 6ixth Sense nih..Permulaan yang agak menarik..kira Shahir berdrama dalam lagu..perghh..memang syahdu giler dgr lagu nih…suka…tapi masapart baling mic stand tu aku x berapa berkenan sgt la…..Sama ar seperti Adlin cakap..ko jangan baling la mic stand tu..ko budak baru lagik…ermmm
  • PENILAIAN : 7/10

NAD (Ert)
  • Aku kasihan tengok si Nad menyanyi lagu nih…dier seolah2 tidak enjoy dengan persembahannya ini.Aku merasakan karakter yang ditunjukkan dalam persembahan Nad ini tidak bersesuaian dengan lagu.Aku rasa Nad perlu lebih gedik dan cathy lagik dengan pergerakannya itu.Mungkin dengan persembahan yang biasa telah membunuh dan mencacatkan persembahan beliau.Apa-apa pun Nad sudah memberikan komtimen untuk menyampaikan lagu tersebut..Namun..Gagal..Sorry Nad..
  • PENILAIAN : 4/10

ALIF (Kau Aku)
  • Kali ini aku nengok si Alif ni agak enjoy dengan lagu yang diberikan oleh pengetua itu,namun aku merasakan vocal dan suaranya agak lain ketika dier bercakap.Kalau bercakap bunyi lain,kalau menyanyi bunyinya lain…ermmm..agak x sedap didengar la…macam suara iklan kata Pak Nil kita…Aku kureng sangat ngan vocal ALif nih…..jarang aku dgr sore besar camnih...
  • PENILAIAN : 5/10

FARINA (Paparazzi)
  • Inilah persembahan yang paling kurang baik dalam persembahan Konsert AF8 malam ini.Farina sudah pun gagal membawakan lagu ini dengan baik kerana beliau sememangnya tidak matching perwatakan dan juga vocal untuk membawa lagu ini.Lagu yang dibawakan oleh Farina pada malam itu adalah lagu daripada penyanyi kontroversi “LADY GAGA”. Yang bertajuk Paparazzi.Mungkin dengan karakter Farina yang agak lemah lembut itulah mebuatkan persembahannya gagal terus….memang kurang la malam itu Farina..Sampaikan Si Adlin cakap ni lagu Paparazzi ker lagu Cindai..baik nyanyi lagu Cindai…ermmm
  • PENILAIAN : 3/10

DAUS (Cari Jodoh)
  • Lagu yang diberikan oleh pelajar yang bernama Daus sememangnya hot di MALAYSIA.Lagu Cari Codoh merupakan lagu famous ar..sampaikan budak kecik pun thu nak menyanyi.Maybe dengan perwatakan Daus yang agak biasa dan vocal yang disampaikan menerusi lagu tersebut agak mengecewakan..Dengan dibantu oleh kawan-kawan mereka dalam menarik lagu itu,Daus agak kurang berkesan dan agak mengecewakan semua juri..Agak menyedihkan kerana lagu yang popular dan menjadi siulan orang ramai ini berharap agar ada kejutan yang luar biasa yang ditunjukkan dalam persembahan Daus,namun tiada yang istimewa dalam persembahan itu.Biasa…
  • PENILAIAN : 5/10

ANUM (Aku Tak Percaya Cinta)
  • Maybe dengan berbekalkan sore yang rock mungkin agak tidak sesuai la si Anum ini menyanyikan lagu dari Liyan Jasmay ini.Lagu ini merupakan lagu cathy dan rancak..namun pergerakan Anum haruslah dipuji kerana beliau dapat buat dengan terbaik Cuma dari segi vocal agak biasa sahaja
  • PENILAIAN : 7/10

AIN (Hey Ladies)
  • Ain bagaimanapun agak mengecewakan ramai peminat-peminatnya kerana persembahan yang tidak konssiten dalam nyanyian tersebut.Seperti yang kita tahu,lagu Hey Ladies ini merupakan lagu yang agak rancak,namun kehebatan vocal Ain bagaimanapun tercalar sedkit kerana beliau sememangnya agak kurang selesa sangat dengan lagu Hey Ladies itu.Ain agak mengecewakan semua juri dimana persembahan Ain minggu lepas adalah lebih baik daripada persembahan ini
  • PENILAIAN : 6/10

SHAH (Bengang)
  • Biasa sahaja………(x sempat nak komen apa-apa) coz aku tak dpt nengok persmebahan Shah..Apa-apa pun Shah dah buat yang terbaik…
  • PENILAIAN : 6/10

EMA (Yang Terbaik)
  • Permulaan agak baik si Ema ketika menyanyikan lagu Yang Terbaik daripada Marsha.Lagu ini agak biasa jer..namun…persembahan Ema mungkin sedikit terganggu apabila Shah digandingkan atau kira prop untuk persembahan si Ema itu…nyanyian semakin baik
  • PENILAIAN : 6/10

IWAN (Havent Met You Yet)
  • Iwan menjadi pelajar terakhir membuat persembahan.Namun persembahan Iwan agak biasa sahaja pada minggu ini.Iwan masih lagi berasa malu di atas pentas,sepatutnya beliau haruslah buang sifat tersebut jika mahu membuat persembahan yang terbaik.Dari segi vocal memang tak dinafikan memang sedap…dan antara terbaik dalam kalangan pelajar lelaki..Iwan membuat persembahan yang agak baik juga sehinggakan si Edrie Abdul Halim mengatakan suruh Iwan amik MC dari doctor n dating masa final n perform…wahh…..
  • PENILAIAN : 8/10

BLOG RASMI IWAN AF8



Haa....assalamualaikum dan salam sejahtera semua..apa kahabr..hopely semua sihat belaka ek...sejak dua menjak ni aku asyik posting about AF jer..hik2..biasa la..aku kan minat AF nih..seronok nengok AF nih...macam-macam ada kat AF ni...drama pun ada..nyanyian pun ada..kira ada semua lah..memang mantop af nih..

Okeylah...kalau dalam setiap AF..mesti korang ada favourite student masing-masing..macam aku gak..dalam musim kelapan nih..aku memilih AIN dan juga IWAN sebagai favourite student AF8 kali ini.aku rasa mereka bleh pergi jauh dan kira ada pakej nak jadi artis la..n penghibur.

Memandangkan korang ada fav.student masing2..aku kat sini only promote my favourite af8 student je k...so..kalau korang nak..korang wat la sendirik...hik2..jangan marah...nt kena jual (pinjam ayat- allayarham tan sri p.ramlee),.....

Bagi peminat setia AF8,ini kalau anda minat IWAN dan AIN..apa tunggu lagik..jom la undi..mereka..mereka memang berbakat....bagus bah...

Disini aku nak citer about Iwan..Iwan ni berasal dari Seremban...org N9......kira penyambung kepada si Nubhan tu la.....Apa-apa pun...congrat n gud luck Iwan...aku sokong 200% kat ko...haaaa...

Okeylah...kat sini aku dah lampirkan website blog si IWAN AF8..so korang yang minat tuh leh la rajin2 surf laman web ini k...kepada yang minat...layan..kalau yang x minat...layan gak..hik2..

OKAY...aku chow dulu..bububye....

Khamis, 18 Mac 2010

gi Bukit Cerakah (T.P.M) Shah Alam

Ha...last month...aku n mok su sekeluarga bertandang la ke Bukit Cerakah atau dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia.Lokasi Bukit Cerakah ini adalah di Seksyen 7 Shah Alam...sok kepada sesiapa yang nak pergi..boleh la pergi tuh..memang satu hari x cukup nk pusing satu taman tuh..memang memenatkan...tpi besh oooiiii..

Kat sana pelbagai tumbuhan ada...termasuklah pokok herba,rempah ratus,sayur-sayuran,pokok bunga dan juga terdapat haiwan2...memang x cukup la satu hari korang nak tgk...kenaspend 2 day utk lawat Taman Pertanian Malaysia nih...

Okeylah..kat sini aku nak lampirkan gambar-gambar yang sempat aku amik masa gi kat sana tuh..malas ar aku nak citer panjang2...korang tgk jer la...ek...

semoga terhibur...











SERONOK BEB...rugi korang tak gi...hik2....

Rabu, 17 Mac 2010

Eksklusif Menuju Konsert Pertama AF8


Pelajar : Alif
Lagu : Kau Aku
Penyanyi Asal : Aizat


Pelajar : Daus
Lagu : Cari Codoh
Penyanyi Asal : Wali Band


Pelajar : Iwan
Lagu : Havent Met You Yet
Penyanyi Asal : Michael Bubble


Pelajar : Maulana
Lagu : Ekstravangza
Penyanyi Asal : Bunkface


Pelajar : Shah
Lagu : Bengang
Penyanyi Asal : Akim AF7


Pelajar : Shahir
Lagu : Khatimah Cinta
Penyanyi Asal : 6ixth Sense


Pelajar : Adira
Lagu : Bertamu di Kalbu
Penyanyi Asal : Jaclyn Victor


Pelajar : Ain
Lagu : Hey Ladies
Penyanyi Asal : Rossa


Pelajar : Anum
Lagu :Aku Tak Percaya Cinta
Penyanyi Asal : Liyana Jasmay


Pelajar : Ema
Lagu : Yang Terbaik
Penyanyi Asal : Marsha


Pelajar : Farina
Lagu : Paparazzi
Penyanyi Asal : Lady Gaga


Pelajar : Nad
Lagu : ERT
Penyanyi Asal : Farah Asyikin

Selasa, 16 Mac 2010

Tugasan Pelajar di Konsert Pertama AF8

Ha..hari ni sempat aku laying Diari AF8 episod ke-2 nih…Kul 7.30 ptg tadik…Seronok gak tengok si Jimmy Shanley ni mengacarakan program tersebut..Memang sesuai gitu…Overall okay semua..

Dalam sedutan diari hari ini iaitu bersamaan Hari Selasa bertarikh 16/03/2010 pelajar-pelajar telah diberikan lagu-lagu yang akan mereka dendangkan pada KOnsert Pertama Akademi Fantasia musim kelapan nanti.Mereka akan mendendangkan lagu masing-masing yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Astro dan telah disampaikan oleh Pengetua af8 iaitu Norman Abdul Halim disamping tenaga pengajar yang lain.

Sebanyak 12 lagu telah diberikan kepada seluruh pelajar-pelajar AF8 untuk didendangkan pada konsert pertama nanti dan satu lagu bonus yang akan didendangkan pada program “DEBARAN AF8”.Berikut adalah lagu-lagu yang akan didendangkan oleh setiap pelajar pada konsert pertama nanti :

LELAKI
  1. SHAH – Bengang (Akim)
  2. ALIF - Kau Aku (Aizat)
  3. SHAHIR – Khatimah Cinta (6ixth Sense)
  4. IWAN – Havent Met You Yet (Micheal Buble)
  5. MAULANA – Extravaganza (Bunkface)
  6. DAUS – Cari Jodoh (Wali)
WANITA
  1. AIN – Hey Ladies (Rossa)
  2. FARINA – Paparazzi (Lady Gaga)
  3. ANUM – Aku Tak Percaya Cinta (Liyana Jasmay)
  4. NAD – ERT (Farah Asyikin)
  5. EMA – Yang Terbaik (Marsha)
  6. ADIRA – Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

LAGU BONUS : Jangan Ada Benci (CaseY) – Semua Pelajar AF8

Isnin, 15 Mac 2010

Profil Pelajar AF8 - Iwan


AFUNDI IWAN

Nama Penuh: Emirza Azwan B. Zulazrin Chew

Tarikh Lahir: 21 April 1990

Tempat Lahir: Hospital Besar, Seremban

Umur : 20 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Melayu

Agama: Islam

Tinggi : 170cm Berat : 55kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Menganggur

Pendidikan Tertinggi: SPM

Adik Beradik: 4 orang (kedua)

Hobi: Menyanyi, berjalan bersama kawan, makan.

Gambar Peribadi: Pemalu, ceria dan kadang kala agak membosankan bila dalam masalah.

Profil Pelajar AF8 - Ain


AFUNDI AIN

Nama Penuh : Nadiawati Ainul Basir

Tarikh Lahir: 25 Jun 1986

Tempat Lahir: Hospital Duchest of Kent, Sandakan

Umur : 23 tahun

Jantina: Perempuan

Bangsa : Suluk/Dusun

Agama: Islam

Tinggi : 161cm Berat : 45kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Beautician (On Job Training), Luyang, Kota Kinabalu

Pendidikan Tertinggi: SPM

Adik Beradik: 8 orang (kedua)

Hobi: Menyanyi, main gitar, karaoke, mekap dan melukis

Gambar Peribadi: Mudah bergaul dan suka menyakat orang.

Negara Pelawat Blog


free counters