Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Jumaat, 26 Februari 2010

Result STPM


Ha....hari ni tepat kul 1.00 petang aku ketahui keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2009 (STPM)...Alhamdulilah..syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat sama-sama memperolehi keputusan STPM yang cemerlang ini.

Akhirnya...debaran dalam hati aku pun sudah dikeluarkan...wah2....korang nak tahu tak..aku dah hampir seminggu tak lena nak tido....makan tak lalu duk pikir pasal result STPM nih...wisau ar beb...

Alhamdulilah..aku dapat memperolehi keputusan pepepriksaan melalui check SMS...aku check jer..cepat skit...lagipun aku tak leh nak balik coz cuti x approve....So aku leh check melalui MSJ jer la....tut2..aku dpt result tu...berdebar gak masa nak hantar tu n terima mesej tu...

Akhirnya...dapat keputusan STPM;;;;;

Inilah keputusan STPM yang selama ni aku belajar 1 tahun setengah :

PENGAJIAN AM - B+
BAHASA MELAYU - B-
GEOGRAFI - B+
SEJARAH C-
PENGAJIAN PERNIAGAAN - C+


Kira punya kira...akhirnya aku dapat 2.91 jer......okey dah tuh...U dalam gengaman aku skrg nih....Amin....target aku nak g UPSI...tapi........

continue.....

Selasa, 23 Februari 2010

Lirik Lagu Nadiku by Sabhi Saddi


Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melena ku
Pada aroma syurga kita

Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

(korus)
Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikanku
Walau sezarah air mata

Biar ku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku

(ulang korus)

RESULT STPM 2009 - 25/02/2010

STPM 2009

wa...first time aku dapat tahu RESULT akan kuar daripada member kelas Aku..terkejut beruk aku dapat tahu result nak kuar...mengigil aku mendengar nya...

mulai daripada tu aku jenis yang sentiasa nervous sgt2...tak tahu naper

maybe duk pikir RESULT STPM ni kot...

memang berdebar la skrg nih...

tido pun xlena lonih..

Sabtu, 20 Februari 2010

KELATE jadi DESTINASI PILIHAN JOM HEBOH 2010

Alhamdulilah setelah sekian lama yang diimpikan oleh rakyat Kelate untuk mengadakan Jom Heboh di Negeri Cik Siti Wan Kembang jadi kenyataan.Program Rakyat & Hiburan terbitan TV3 ini telah mengambil keputusan menyenaraikan negeri Kelantan dalam senarai negeri-negeri yang bakal dijelajah dalam Jom Heboh 2010 ini.

Selain Kelantan,Terengganu juga buat pertama kali menerima kunjungan Jom Heboh 2010.Wa...nampaknya mentaliti pemikiran rakyat sudah terbuka di mana ada ura-ura mengatakan yang Jom Heboh membawa maksiat.Memang la tak dinafikan,dalam program ini byk yang perkara2 yang tak ingin berlaku namun kalau kita dapat cegah pasti bagus..

Nantikan Kemunculan MALAYSIAN TOP HOST 2010

Ha..nampaknya program realiti tv akan membuka tirainya.seperti kehadiran yang dinantikan 'Malaysian Top Host' terbitan TV3.Pihak TV3 telah berjaya menghasilkan ramai pengacara dan juga pemberita seperti Nurul Shuhada Nurul Ain (Majalah 3),Saiful Nizam (Pembaca Berita Utama/Terkini) dan ramai lagik...
Menyambung kesinambungan,pihak TV3 mengorak langkah dengan sekali lagik meneruskan pencarian TOP HOST untuk musim 2010.

Malaysian Top Host 2010 akan memulakan siarannya pada 3 Mac nanti di kaca TV anda..so jangan lepaskan peluang anda untuk saksikan bakat-bakat baru dalam bidang pengacaraan ini.Malaysian Top Host 2010 akan dikendalikan oleh pengacara serba boleh iaitu Ally Iskandar.Program realiti tv ini akan bersiaran setiap hari Rabu pada pukul 10.00mlm.

Nantikan...kemunculannya.....

Jumaat, 19 Februari 2010

Fanatik Filem James Bond

Perghh..aku lah orang yg paling HAPPENING dalam dunia ni coz akhirnya aku dapat tgk gak sekuel citer-citer James Bond bermula daripada citer World Is Not Enough hinggalah Casino Royale.Actually aku ucapkan ribuan terima kasih bebanyak3 kat RTM2 coz sudi siarkan filem-filem James Bond.Aku happy sangat2..dah lama aku nantikan filem-filem James Bond terutama citer “Die Another Days,Golden Eye,Casino Royale n lain-lain.

Aku ni boleh dikatakan memang fanatic filem-filem aksilah…tak kira lah kisah apa pun..janji filem tu siarkan adegan lasak n aksi yang banyak..memang aku minat giler la kalau ada filem camtue..

Korang nak tahu tak (bg yang lum tahu….kalau dah tahu….buat tahu jer la…k)….sebanyak 6 hero Hollywood sudah memegang jawatan (cyehhh…wah…Jawatan tu…he2..)..takdelah…kira pegang hero James Bond.

Antara nama-nama yang sudah pegang title James Bond 007 ialah :

  • Sean Connery
  • George Lazenby
  • Roger Moore
  • Timothy Dalton
  • Pierce Brosnan
  • Daniel Craig
Mereka diantara hero-hero Hollywood yang bertuah untuk memegang gelaran James Bond or Mr.Bond…

Wa..aku dah tak sabar nak tgk filem terbaru James Bond iaitu Bond 23 – Property Of A Lady yang akan dilancarkan pada November 2010 nanti….wah……bestnyer..Heronya masih kekal iaitu Daniel Craig sebagai James Bond…nantikan filem tersebut di pawagam anda…

Nanti aku akan update pasal filem terbaru James Bond : Bond 23 – Property Of A Lady kat dalam blog aku nih k….tunggu..

Okeylah..tanpa membuang masa lagik..kat sini aku ada siarkan n lampirkan poster-poster filem James Bond…memang mantoplah hero-hero James Bond (Pierce Bronsnan & Daniel Craig) dan heroin-heroin filem James Bond….biler nak kuar lates James Bond nih….

Selamat menatap….matamu....melihat poster James Bond...layan...






::::: Coming Soon :::::

The Property Of A Lady (Nov' 2010)

Rabu, 17 Februari 2010

CARTA HOT : PILIHAN PENGRITIK AF8


Hj Aznil Hj Nawawi
  • merupakan pengacara yang paling popular di Malaysia
  • telah memegang tittle sebagai PENGACARA AF selama 5 musim iaitu dari AF1 hingga AF5
  • berupaya mengkritik membina terhadap pelajar AF8 nanti.

Fauziah Dato Ahmad Daud (Ogy)
  • merupakan seoang pelakon/penyanyi terkenal dahulu
  • merupakan JURI tetap AF sejak bermula AF4 hingga AF6
  • merupakan JURI AF yang sensasi,hebat,lazer dan sbgnya


Adlin Aman Ramlie
  • merupakan pelakon/pengarah terkenal
  • merupakan JURI tetap AF pada musim 4,5,6,7


Adibah Noor
  • seorang penyanyi terkenal
  • pernah menjadi PENGKRITIK AF pada musim ketujuh

Farihin
............................................akan ditulis...............


Paul Moss
  • pernah menjadik juri dalam sebuah program realiti tv "Malaysian Idol" & OIAM
  • pernah digandingkan bersama Syafinaz Selamat sebagai JUDGE "Malaysian Idol" & OIAM


Ramli MS
  • pernah memegang jawatan sebagai PENGETUA AF selama dua musim iaitu AF2 & AF6
  • merupakan seorang ahli muzik yang hebat
  • berpengetahuan luas dalam bidang muzik


Roslan Aziz
  • pernah memegang jawatan sebagai PENGETUA AF untuk 1 musim AF5
  • merupakan seorang ahli muzik
  • berpengetahuan dalam bidang muzik

Datuk Sheila Majid
  • seorang penyanyi Jazz terkenal di Malaysia

Syafinaz Selamat
  • seorang guru vokal
  • merupakan salah seorang JUDGE dalam Malaysian Idol & OIAM

perhatian : kalau korang nak baca dialog yg aku ciptakan kan tuh...korang leh klik pd gambar tu...

Khamis, 11 Februari 2010

JoM BaLiIK Kg...

Balik Kg...wooo...ooo Balik Kg.....hati girang...

perghh...teringat lak cam nak balik raya sempena Hari Raya Puasa or Raya Haji...tapi ni nak balik coz dpt cuti sempena Gong Xi Fa Chai......yahooo...bestnyer......dapat cuti 4 hari jer untuk tahun nih...xper..janji dapat cuti gak.....hik2...

gua dah xsbr nak jumpa family nih...nk jumpa umi abah,adik n kengkawan yang lain...korang sumer tunggu kehadiran dan kepulangan aku nih....

gua maybe bertolak balik kelate mlm esok (jummat malam)....ye..ye xsbr nih...

aku sure mesti jem giler la jalan mlm esk n bermulalah malam nih...warga kota akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing....istimewa kepada pengguna lebuhraya..dimana PLUS kan dah bgtahu terdapat beberapa tol akan diberikan diskaun cam kat LPT dan Tol Bentong akan diberikan secara percuma bermula pada pukul 11.00 malam hingga kul 4.00 pagi keesokkannya......hu2....

aku engak (tidak) sabar nak balik nih...kena tunggu sehari lagik....pergh...

Rabu, 10 Februari 2010

BARISAN TENAGA PENGAJAR & PENGACARA AF8


Nama : SARIMAH IBRAHIM
Jawatan : Pengacara Konsert Mingguan AF8 & Debaran AF8


Nama : JIMMY SHANLEY
Jawatan : Pengacara Konsert Mingguan AF8 & Diari Harian AF8


: BARISAN TENAGA PENGAJAR AF8 :


Nama : NORMAN ABDUL HALIM
Jawatan : Pengetua AF8


Nama : ADNAN ABU HASSAN
Jawatan : Guru Vokal Persembahan


Nama : SITI HAJAR ISMAIL
Jawatan : Guru Teknik Vokal


Nama : FATIMAH ABU BAKAR
Jawatan : Guru Bahasa Inggeris & Kaunselor


Nama : LINDA JASMINE
Jawatan : Guru Tari


Nama : QUE HAIDAR
Jawatan : Jurulatih DRAMA

AF8 : Teka-Teki Sudah Pun Terjawab

AF8

Teka-teki untuk mengisi jawatan or kerusi Pengetua AF8 telah pun diumumkan oleh pihak pengurusan Astro.Nama Norman KRU yang sebelum ini telah diwar-warkan akan memegang jawatan Pengetua AF8 nampaknya menjadi dan mana-mana yang teka...bagus anda memang ahli nujum yang pandai...ha2...Tahniah Abg Norman Kru coz berjaya mendominasi tittle Pengetua AF8..so sekarang korang takyah la nak sibuk2 nak tahu saper n teka pengetua AF8..dah ada...korang jgn nak komen2 lak ek...

Bukan itu sahaja,pihak pengurusan Astro juga telah mengumumkan senarai tenaga pengajar yang akan bersama-sama menerajui AF8 bersama dengan Pengetua baru..hu2...

Inilah dier barisan tenaga pengajar yang akan bersama-sama dalam AF8 nanti :

PENGETUA : NORMAN ABD HALIM
GURU VOKAL PERSEMBAHAN : ADNAN ABU HASSAN
GURU VOKAL TEKNIKAL : PN SITI HAJAR ISMAIL
GURU BAHASA INGGERIS & KAUNSELOR : PN FATIMAH
GURU TARI : PN. LINDA JASMINE
JURULATIH DRAMA : QUE HAIDAR

nama-nama diatas sememangnya power dan hebat-hebat belaka dalam AF sebelum ini cuma satu tenaga pengajar yang khas or baru diadakan iaitu JURULATIH DRAMA ala...kira ganti GURU DRAMA..Dah la guru tari telah diisi oleh Pn.Linda Jasmine iaitu isteri beliau..ha..sapa lagi kalau tak bukan si Que Haidar nih...hik2...hopely Que dapat ajar peserta2 AF8 nanti berdrama dengan mantop...hu2

Tak sah kalau tak tahu saper pengacara AF8 nih...setelah teka-teki terjawab dimana AC telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada penglibatan AF untuk musim kali ini disebabkan komitmen kerja yang ingin diuruskan bersama syarikat beliau sendirik...baguslah kalau AC ada komitmen camtue....Untuk kali ini,AF8 menampilkan sedikit kelainan dimana konsert AF8 (konsert mingguan) yang akan diadakan setiap hari sabtu ini akan dikendalikan oleh dua pengacara yang hot dan vazzzz gitu iaitu pengacara diari af musim lalu iaitu Sarimah Ibrahim dan juga bekas pengacara tREK sELEBriti iaitu Jimmy Shanley.Kedua-dua pengacara ini memang sesuai digandingkan..memang mantop lah konsert nanti...pasti/sure 100% gempak punya konsert af8 kali nih....(hopely)...

Okeylah..berbalik kepada pengacara.Sarimah akan mengendalikan Konsert Mingguan AF8 bersama dengan Jimmy Shanley dan juga akan mengacarakan Debaran AF8.Manakala si Jimmy Shanley pula akan mengacarakan Konsert bersama Kak Sarimah kita...ha2...dan juga akan mengacarakan Diari Harian AF8...nampaknya..tekaan aku untuk Jimmy pegang pengacara diari Harian AF8 nampaknya menjadik la....hu2..

Bagi format AF8 kali ini,astro membuat satu perubahan yang baru dimana ingin mengadakan af lain dari yang lain..tidak seperti tujuh musim sebelum ini.AF8 kali ni akan segar sikit dari format yang agak sama seperti tahun2 lepas..

Bagi konsert AF setiap minggu akan dikendalikan oleh Sarimah dan Jimmy...konsert tersebut akan berlangsung tanpa ada PENYINGKIRAN...maksud saya,ada penyingkiran tetapi bukan selepas konsert itu berakhir..,kira pengundi or peminat AF8 masih ada satu hari untuk mengundi pelajar favourite korang masing2...kira hari Ahad baru ada pelajar yang akan terkeluar/tersingkir.Pelajar yang akan tersingkir akan diumumkan dalam program DEBARAN AF8 yang akan disiarkan siaran langsung setiap hari Ahad 9.00 malam..

So sekarang nih,,,,tengah menunggu pengumuman dari ASTRO berapa banyakkah pelajar AF8 kali ini...adakah 12,14,or 16...nantikan pengumuman Astro yer....

Negara Pelawat Blog


free counters