Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Jumaat, 29 Januari 2010

SemuaNya No.1

PEMAIN BADMINTON LELAKI NO.1 DUNIA - Datuk Lee Chong Wei


PEMAIN SQUASH WANITA NO.1 DUNIA - Datuk Nicol Ann David


DRAMA NO.1 PILIHAN PENONTON DI MALAYSIA - Nur Kasih (TV3)


TALKSHOW TERBAIK DI ASIA & NO.1 DI MALAYSIA - Macam-Macam Aznil


PERKHIDMATAN INTERNET & BROADBAND NO.1 DI MALAYSIA - TM Net Streamyx.


STESEN TV NO.1 DI MALAYSIA - TV3


KARNIVAL HIBURAN NO.1 DI MALAYSIA - Jom Heboh (TV3)


RADIO NO.1 DI MALAYSIA - Hot Fm


AKHBARBAHASA MELAYU NO.1 DI MALAYSIA - Harian Metro


PENYANYI WANITA NO.1 MALAYSIA - Dato'Siti Nurhaliza


PENGACARA NO.1 DI MALAYSIA - Haji aZNIL hAJi Nawawi


REALITI TV NO.1 DI MALAYSIA - Akademi Fantasia (Astro)


Jom Heboh di Kota Bahru ?


Bulan lepas (Disember 2009) pihak TV3 menyatakan hasrat untuk membawa Karnival Jom Heboh TV3 ke Kota Bharu. Hasrat itu dinyatakan kepada Dato’ Hj. Takiyuddin Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan.

Mungkin kerana melihat kejayaan TV9 mengadakan karnival Suarasa pertengahan tahun lalu, TV3 seperti tidak menyangka bahawa Kelantan membenarkan program seperti itu.

Mereka terlebih dahulu menyatakan acara konsert ditiadakan. Mereka sekali lagi seperti tiada maklumat, bahawa Kelantan tidak menyekat aktiviti hiburan, mahu pun konsert asal ia bertepatan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan.

Karnival Jom Heboh yang pernah difatwakan haram oleh Mufti Perak kerana terdapat aktiviti-aktiviti mungkar dalam persembahan konsert, dijangka bakal bertandang ke Kota Bharu pada Febuari depan.

Kita mengharapkan akan terbit idea bagaimana untuk mengislamisasikan program tersebut dengan menekankan elemen-elemen dakwah dan Islam daripada sudut objektif dan falsafah Jom Heboh Kota Bahru.

Kerajaan perlu mewujudkan suatu kumpulan (task force) yang memantau perjalanan program tersebut secara berterusan. Kumpulan sukarelawan juga boleh digerakkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti ke arah dakwah dan mendorong pengunjung agar tidak terlibat dengan aktiviti yang membawa unsur kemaksiatan. Kumpulan sukarelawan ini diberi suatu khemah khusus yang membolehkan mereka juga melaksanakan aktiviti sisipan seperti mini pameran, acara interaktif dan penyebaran risalah.

Landskap Jom Heboh Kota Bahru boleh dijelmakan dalam bentuk sebuah perkampungan karnival Islam dengan merekabentuk khemah dan dekorasi yang mengangkat seni serta syiar Islam.

Sebuah khemah besar yang menempatkan ruang solat perlu diwujudkan. Kalau boleh ia tidak terlalu disudutkan dan berada di tengah lapangan karnival. Lantik imam dan bilal khusus untuk mengetuai waktu solat dan kuliah (jika ada).

Suatu maskot boleh dicipta dengan menampilkan ikon yang memakai kostum watak sinbad atau aladdin. Ia pasti akan mengamit pengunjung terutama kanak-kanak dengan pemberian halawa (gula-gula) dan sebagainya.


p/s : copy paste form :ansru.wordpres....(thanks ek...)

komen aku pasal tajuk ni :

pergh...ni lah first time Kota Bharu menerima kedatangan JOM HEBOH...aku sure ramai yang akan bertandang nanti....ha2...gempak la kali ni....tak sabar nak pergi n nak tahu pengumuman tarikh kat Kota Bharu...hu2..

Khamis, 28 Januari 2010

GOSIP TERHANGAT...

Erm....biasa la dalam dunia hiburan ni kalau takder gosip yang vazz dan meletup tak sah..kira tak der seri la dalam dunia hiburan ni....erm...macam-macam...aku pun rasa mcm tu jugak..kalau takder gosip....boring gak....kira nak jadikan cerita....GOSIP penting untuk seseorang artis bagi menaikkan namanya or menjatuhkannya....

okeylah..hari ni aku nak kongsi ngan korang pasal gosip terhangat...

1.FAHRIN vs LINDA ONN

- ermm..apa dah nak jadi skrg ni ek ngan si Abg Macho Fahrin Ahmad ngan pengacara n penyampai radio wanita Suria FM iaitu Kak Linda Onn..mereka sekarang ni agak tegang disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kak Linda dalam akhbar .......... & ............ (sorry ek..aku tak sebut nama akhbar tu....kot2..aku tersilap...tak pasal-pasal aku lak kena SUE...).okeylah...Kak Linda dlm kenyataan itu mengatakan "....................................................."....so si Abg Macho Fahrin pun naik angin la dengan kenyataan si Kak Linda ni...maybe dah lama kot si Abg Macho Fahrin ni simpan n pendam perasaan yang agak lama dan mengambil keputusan untuk berdiam diri...tapi apa yang jadi apabila dier berdiam diri...so kali ni Abg Fahrin ambil keputusan mendapatkan khidmat peguam dimana memberikan notis kepada Kak Linda untuk memohon maaf dan menarik balik kata-kata yang dilemparkannya dan seterusnya berjanji tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan Abg Fahrin....

p/s : nasihat aku lak.....untuk Abg Fahrin...banyak2 kanlah berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT dan kuatkan segala iman untuk menempuhi dugaan yang Allah berikan ni..pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku...jangan biarkan peritiwa ini menghantui Abg Fahrin dan teruskan berjuang dalma bidang hiburan anda ini....ok...you can do it...Fahrin....apa-apa pun aku tak sangka si air mata jejaka macho (org kata lar...he2).....akhirnya air mata si Fahrin menitis kerana wanita....korang jgn sesuka ati ek..nak komen2 apa-apa ek....ermm..Fahrin gud luck...all the best....

bgi kak Linda lak....terima la dugaan yang berlaku ini.....aku arap kak linda n Abg Fahrin dapat berbaik semula..kalau tak terima sebagai kawan...terima sebagai kekasih...(eh silap....he2..jgn marah)....ingat jangan biarkan ini menjadi punca korang nk saman menyaman n gaduh k....hopely korang dapat berbaik semula.

Rabu, 20 Januari 2010

KONSERT SATU SUARA


terlebih dahulu thanks coz kredit gmbr poster Konsert Satu Suara dari Facebook Dato'Siti Nurhaliza Official....thanks a lot Dato Siti..

first time aku tgk gmbr poster ni memang menarik minat aku untuk menyaksikan Konsert Satu Suara ini yang akan berlangsung pada 12,13,14 Februari 2010 di Panggung Sari,Istana Budaya.Satu kelainan yang diciptakan oleh pengurusan Siti Nurhaliza Production menerbitkan dan mengarah sebuah konsert yang bakal menemukan penyanyi favourite Dato Siti iaitu Aizat dan juga penyanyi popular Faizal Tahir.Kedua-dua artis ini berjaya menarik hati Dato Siti untuk menggabungkan mereka berpadu suara dalam Konsert tersebut.

Sememangnya pemilihan artis seperti Aizat memang pilihan yang terbaik.Hal ini kerana,Aizat merupakan penyanyi lelaki yang semakin popular dalam kalangan industri muzik Malaysia sekarang tambah-tambah dengan kemenangan semasa berlangsungnya ANUGERAH JUARA LAGU KE-24 yang menobatkan lagu PERGI nyanyian beliau sebagai Juara Lagu Ke-24.Selain itu,Aizat juga turut memenangi kateogri Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku..memang terbaekkkk....Aizat...kasi gegar (ingat dulu..trademark dier time dier berisi dulu...hik2)...

Bagi penyanyi popular lelaki iaitu Faizal Tahir pula agak serasi bila bersama dengan Dato Siti...maksud aku serasi paduan suara k....jangan korang salah anggap lak....hu2...Aku memang salute ar kat Faizal Tahir coz vokalnya yang mantap dan besthh.....aku memang minat sungguh dengan lagu yang dinyanyikan oleh beliau..terutama lagi Maha Karya Cinta,Sampai Syurga,Coba,dan yang terbaru Becinta..lagu Becinta merupakan pemenang lagu tempat ke-3 bagi Anugerah Juara Lagu Ke-24...thaniah Abg Faizal....go luck...saya doakan abg cepat-cepat sembuh dan berharap leh perform masa Konsert Suara nanti dengan terbaeek...dan hebat...

Okeylah...sampai disini dulu nukilan aku yer...lain kali aku akan tulis lagik....

K....aku chow....dulu...bubuy......bye.....bye...

Selasa, 19 Januari 2010

CADANGAN : AKADEMI FANTASIA 8

AKADEMI FANTASIA 8

Warna Latar : Biru + Putih
#- asyik guna warna merah jer untuk musim-musim lepas....acu try tukar lak warna dier...gempak skit n baru ada perubahan.

Pengacara :

Bagi konsert mingguan : SARIMAH IBRAHIM
# -cipta kelainan apabila pengacara wanita pula mendominasi AF8 nant...selama ni asyik tgk pengacara lelaki jerk.....kekdang bosan gak....find new something to have AF8 is among the best...

Bagi rancangan diari harian : JIMMY SHANLEY (TREK SELEBRITI)
#- sesuai dengan perwatakan Jimmy ni coz dier leh suspen,kelakar,serius n banyak lagik..so kena gantikan tempat yang pernah diduduki oleh Sarimah Ibrahim kepada Jimmy Shanley

Bagi rancangan Diari EXT (itu pun kalau ada diari tambahan ini.....) : REZA MOHAMAED
#- kewibawaan n keupayaan beliau pernah membawakan rancangan Diari EXT ditonton oleh peminat AF...so kalau leh kekalkan dier....baru mantap skit...

Prop & Pentas :

Kalau leh biar luas skit...n nampak canggih...baru ler hebat....tak macam AF musim lepas....sempit sngat...nak nari pun susah...

Pengetua & Tenaga Pengajar :

PENGETUA

- Ramli MS
#- beliau memang sesuai memegang tittle Pengetua ni coz dia banyak ilmu muzik yg harus diajar kepada budak-budak AF nanti

or

- Anita Sarawak
#-.......nothing to say....

TENAGA PENGAJAR

Pemuzik : Aubrey Suwito
Guru Vokal : Adnan Abu Hassan & Siti Syafizawati
Guru Vokal & Teknik : Pn.Siti Hajar
Guru Seni Persembahan : Fauziah Nawi
Guru Tarian & Koreografer : Linda Jasmin & Shazlan
Guru Bahasa Inggeris : Pn.Fatimah Abu Bakar
Perunding Imej :.....
Kaunselor/Motivator : Dr.Fazley

PESERTA :

10 or 12 orang

#- bagi aku kalau ramai sangat pelajar AF ni akan menyemak jer dalam AF..bukannya nak bersungguh-sungguh...nak main-main...
#- kalau leh aku syorkan Astro amik just 10 or 12 orang jer.....jangan la sampai amik 14 orang....menyibuk jer....ramai-ramai...
# - kalu sikit pelajar..leh la cikgu nak contrate nak ajar budak-budak
#- yang 10/12 orang,biar la memang berbakat.....
#- lakukan perubahan.....

Sabtu, 16 Januari 2010

PENGETUA AF8

Ramli MS
- keupayaan Ramli MS mengendalikan program realiti tv "Akademi Fantasia" memang tidak disangkalkan lagik.Hal ini kerana..Ramli MS pernah menjadi pengetua AF untuk musim ke-2,ke-6.
- keupayaan beliau mengajar pelajar AF tentang muzik memang hebat.Kalau diberikan sekali lagi untuk memegang tittle PENGETUA untuk musim kelapan kepada Ramli MS agak bagus n sesuai untuk melahirkan lagi ramai bakat-bakat baru dalam dunia hiburan ini.Apa-apa pun segalanya ditangan pihak pengurusan Astro untuk memilih siapa yang layak duk kat kerusi PENGETUA itu...hu2

M.Nasir
- Nama sifu M.Nasir memang tak lekang di bibir peminat AF untuk menyuruh beliau memegang tittle PENGETUA AF8.
- M.Nasir pernah menjadi pengetua untuk musim ketiga dimana berjaya melahirkan banyak bintang berbakat seperti Bintang Paling Popular AF iaitu Mawi.
- seorang yang relax n sempoi biler jadi pengetua

Anita Sarawak
- keupayaan Anita Sarawak untuk memegang jawatan PENGETUA AF8 memang hebat
- beliau pernah jadik tenaga pengajar AF pada musim keenam
- seorang yang versatile
- boleh digantikan dengan selepas kemunculan Datin Tiara selepas memegang PENGETUA AF7
- ada potensi untuk pegang tittle PENGETUA AF8

Dato Sheila Majid
- ratu jazz Malaysia
- kalau diberikan peluang memang gempak...
- banyak ilmu dunia muzik yang bakal dicurahkan oleh beliau

Selasa, 12 Januari 2010

MESTI TENGOK....

Hai..semua.....hu2....tujuan aku posting n update blog ari ni nak update pasal gambar yang lucu giler ni...hik2...first time aku tgk....ha2...memang kreatif giler la yang tolong edit gambar ni...he2..

Nanti korang nilai la sendiri n ketawa la terbahak-bahak......

Mr Bean ala Harry Potter...

Mr.Bean ala Captain Jack Cruise (Pirates Of The Caribeans)

Mr.Bean ala Presiden Bush....

Mr.Bean...ala...(aku pun tak tahu gambar asal saper ni...)

Mr.Bean ala Angelina Jolie dalam citer Tom Raider..

Wow...fantastik.....Mr Bean dalam Titanic....hik2

Isnin, 11 Januari 2010

AJL24 MILIK AIZAT "PERGI"



Ha...pasti korang sumer dah tahu keputusan yang telah diumumkan oleh pengacara Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) semalam untuk Juara Lagu,Vokal,Persembahan Terbaik...Pasti yang ramai dah teka siapa pemenangnya...and pasti ada yang buat ramalan kat artis tu akan menang...sekali lagik aku nak ucapkan kepada yang teka or ramal artis yang betul tepat pada kategori itu tahniah-tahniah......korang memang ahli nujum terbaik punya....hik2...termasuklah aku yang teka or ramal memang kena....cuma satu jer salah ramalan aku....tapi takper....dah nama ramalan.....mesti la...ada yang silap kot....

Okeylah.....penguasaan AJL24 kali ini telah dikuasai oleh penyanyi solo berbanding pada tahun lepas/sebelumnya dimana band or kumpulan indie telah membolot Juara Lagu seperti Estranged,Meet Uncle Hussien...so tahun ni giliran penyanyi solo lak menang....hu2...Kebanyakkan pada tahun ini...finalis-finalisnya merupakan penyanyi yang berbakat n muncul daripada realiti tv seperti :
  • Black - Mentor 3
  • Hafiz - Akademi Fantasia 7
  • Akim - Akademi Fantasia 7
  • Stacy - Akademi Fantasia 6
  • Aizat - Akademi Fantasia 5
  • Tomok - OIAM
Memang hebat jugak ek.....si finalis yang masuk final AJL24 ni...korang memang hebat di antara yang lain-lain...

Berbalik kepada keputusan AJL24...Tajuk Lagu " PERGI" ciptaan Pete Teo n penulis lirik Amran Omar telah diumumkan dan dinobatkan Juara Lagu Ke-24..Lagu Pergi dendangan penyanyi berbakat n sentiasa memberikan saingan hebat iaitu AIZAT telah merangkul JUARA LAGU KE-24 sekali gus membawa pulang wang bernilai RM45000 (RM35000 - Juara Lagu + RM10000 - Persembahan Terbaik)....wow.....banyaknya...hik3....

Aizat berjaya mengalahkan nama-nama yang sering disebut yang bakal menang JUARA LAGU seperti Misha Omar (Cinta Adam & Hawa),Faizal Tahir (Becinta),Yuna (Dan Sebenarnya),Bunkface (Situasi) dan Alyah (Tak Mungkin Kerna Sayang)..Sekali gus juga Aizat membawa kemenangan bagi kateogri Persembahan Terbaik dimana dapat menyangkal pendapat orang yang mengatakan bahawa Stacy (Pakai Buang) akan mengondol Persembahan Terbaik...Namun nama Aizat telah diumumkan....hu2...

Aizat yang membawa dengan penuh syahdu lagu Pergi memang patut layak digelar Juara coz lagu ni memang kena n besh.......aku sedih dengar lagu ni bila kenang kat Allahyarham Yasmin Ahmad.....sobs...sobs....... :-(...................

Apa-apa pun Aizat..saya ucapkan tahniah/congratulations coz berjaya menambat hati juri pada malam itu dan sekali gus mengondol JUARA LAGU KE-24 dan PERSEMBAHAN TERBAIK....memang terbaik punya....

Bagi pemenang Naib Juara telah dimenangi oleh Yuna iaitu penyanyi solo Indie yang mana telah disebut-sebut akan memenangi anugerah yang berprestij ini...Tak dapat disangkal oleh tekaan orang ramai..memang lagu yang dibawakan oleh Yuna (Dan Sebenarnya) memang telah menambat beberapa hati juri pada malam itu...Apa-apa pun Yuna tahniah coz kamu dapat menyangkal dakwaan yang kamu seorang yang takkan menang..tapi hakikatnya kamu dah berjaya....go girl......teruskan nyanyian mu..biler nak kuar single baru....he2..

Tempat ketiga pula telah dimenangi oleh penyanyi favourite Malaysia iaitu Faizal Tahir.Faizal Tahir pada malam itu menyampaikan lagu Becinta ciptaan Audi Mok dan penulis lirik iaitu beliay sendiri....Memang hebat n memukau persembahan Faizal semalam....walaupun keadaan kesihatan Faizal Tahir masih lemah..namun beliau masih ingin meneruskan menyanyi di atas pentas AJL24 itu...memang kamu kuat Faizal....apa-apa pun..Faizal ku doakan kamu supaya cepat sembuh......

Vokal Terbaik dimenangi oleh BLACK.....Ha.2...aku dah agak dah..pasti kategori ni dimenangi oleh penyanyi kelahiran Realiti TV "MENTOR3' dan juga anak didik Mas Idayu ini..Memang orang dah jangka kemenangan Black coz memang vokal Black pada malam itu (malam semi final pun dah agak dah)...memang powerrrr........ko memang hebat ar bro....

Apa-apa pun tahniah kepada semua pememang...kepada yang tidak menang...teruskan lagik..tahun depan ada lagik...korang wat la lagu yang terbaik n sedap didengar...biar juri terpegun dengan ciptaan anda....

okay...aku chow...dulu...

bye.........

assalamualaikum....

Tekaan Aku Tepat Jugak

Fuh....mujur la tepat gak aku teka dalam posting ramalan Anugerah Juara Lagu Ke-24..He2...ramalan kali ini berjaya sungguh..pergh...

Semalam syok giler la aku tgk AJL24...Memang besh...kesemua finalis-finalis AJL24 memang hebat belaka....

Berikut ramalan aku AJL24 yang aku posting hari Ahad petang :

JUARA LAGU : AIZAT (Pergi)
NAIB JUARA : MISHA OMAR (Cinta Adam & Hawa)
TEMPAT KE-3 : FAIZAL TAHIR (Becinta)
VOKAL TERBAIK : BLACK or MISHA OMAR
PERSEMBAHAN TERBAIK : STACY (Pakai Buang)


he2..cuma untuk Naib Juara jer aku salah teka......tekaan aku salah.....hik2

Ini pula keputusan rasmi AJL24 :

JUARA LAGU : AIZAT (Pergi)
NAIB JUARA : YUNA (Dan Sebenarnya)
TEMPAT KETIGA : FAIZAL TAHIR (Becinta)
VOKAL TERBAIK : BLACK (Aku Rindu Sayang Kamu)
PERSEMBAHAN TERBAIK : AIZAT (Kau Aku)

Ahad, 10 Januari 2010

KISAH SERAM DARI PENJARA....

kisah ni btul2 trjadi.....takut beb....patut la penjara tu cm mnyeramkn.......huh!!!!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ' hehehehehee........ ......... ..... time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca........

p/s:- aku pun terkena...so apa salahnya aku foward kat korang... huah...huah... huah... huahhhhhhhhhhh.

RAMALAN AJL24


ANUGERAH JUARA LAGU KE-24

Saksikan siaran langsung yang akan disiarkan di TV3 pada pukul 9.00mlm dan tak lupa juga Hot FM yang menjadi radio rasmi AJL24 ini...

Ha....aku kat sini nak ramal siapa la pemenang untuk malam ini...Hik2...nak jadi tukang ramalan jap....

JUARA LAGU : AIZAT (Pergi)
NAIB JUARA : MISHA OMAR (Cinta Adam & Hawa)
TEMPAT KE-3 : BECINTA (Faizal Tahir)
VOKAL TERBAIK : BLACK or MISHA OMAR
PERSEMBAHAN TERBAIK : STACY (Pakai Buang)


Ha...korang pun leh la nak teka......jom kita sama-sama kita ramal apa yang bakal berlaku nanti....

Sabtu, 9 Januari 2010

benci !!!

fuh....aku benci giler la hari semalam nhari ni....dah berkali-kali aku telefon tapi takder seekor orang pun nak jawab...apa kejadahnya nak jadi operator telefon....bengang betul...

aku turut marah la...aku geram giler..dah la aku nak cepat....

begini citernya...

semalam..aku nak telefon la astro kat no 1300823838...masa tu...automatik operator jawab...kemudian aku pilih no.2 nak tahu keadaan bill aku sekarang coz astro kat umah aku kena potong....sedih giler la....takleh la aku nak tgk citer favourite aku Dyesebel...hik2....pastu...dier pun sambungkan....namun dah dekat 15 or 20 minute aku tunggu.....bengang betul...takder orang jawab.....korang ni keje ker or mengulor ker......eeeer....baik takyah keje kalau nak mengelour...

benci ar....aku nak tahu keadaan bill n nak cakap la ngan operator astro...

apa-apa pun ...aku memang kurang puashati ngan perkhidmatan khidmat pelanggan ASTRO...very2 bad...sorry ek...kalau korang ada yang terasa....saper yang makan cili....dier la rasa pedasnya......ha2....

Jumaat, 8 Januari 2010

Komen utk Finalis AJL24

Tajuk Lagu : Pergi
Penyanyi : Aizat

Komen : Lagu Pergi ni merupakan lagu soundtrack dari filem hebat Allahyarhamah Yasmin Ahmad.So lagu ni memang mengasyikkan dan sangat best..First aku dengar lagu ni..sedih gak…coz tajuk lagu pun Pergi n then teringat lak kat arwah Yasmin Ahmad yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya..Lagu ini telah direkakan khas untuk Aizat coz lagu ni agak sesuai dengan voice Aizat..memang mengasyikkan dengan lagu ni..Lagu ini dicipta oleh Pete Teo..Namun mampukah Aizat menawan vokalnya untuk memenangi AJL24 nanti..Sama-sama kita saksikan..

Vote : 9/10

Tajuk Lagu : Cinta Adam dan Hawa
Penyanyi : Misha Omar

Komen : Lagu ni agak besh ckit.dah tajuk pun membuatkan orang nak dengar.Lagu ini merupakan ciptaan yang terbaik oleh Azmeer dan lirik pula ditulis oleh Allahyarham Rosli Kamis (Loloq).Memang paduan kerja dua composer dan penulis lirik ini memang kena..,Memang best la…Vokal Misha dalam lagu Cinta Adam dan Hawa ini agak mantap disamping dengan arrangement music yang kuat..Mampukah Misha Omar meraih kejayaan lagi dalam AJL24 seperti yang telah dilakukan olehnya pada tahun sebelumnya yang telah mengangkatnya sebagai Juara AJL (tak ingat ke berapa) dengan lagu Bunga-Bunga Cinta..Memang masa tu..tengah meletop lagu tu…famous gak..penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang…

Vote : 9/10

Tajuk Lagu : Pakai Buang
Penyanyi : Stacy

Komen :Lagu Pakai Buang ini telah pun direka khas oleh Edry KRU untuk Stacy…memang tak dapat disangkal lagi…Irama muzik yang cipta oleh Edry KRU memang suitable lah ngan vocal power si Stacy tu..Bertambah lagik ngan cara dier melakukan pergerakan tarian yang mantap,,,power beb..Lagu Pakai Buang ni memang besh n sesuai untuk peringkat umur..Memang mantop sungguh arrangement music Pakai Buang ini…So adakah Stacy mempunyai harapan untuk memenangi AJL24 nanti….Ini kali kedua Stacy masuk AJL coz tahun lepas Stacy telah mempertaruhkan lagu Aku Stacy masa ka final tu…Tapi kalah…tak per…..kali ni wat yang terbaek punya……

Vote : 7/10

Tajuk Lagu : Kau dan Aku
Penyanyi : Aizat

Komen : Lagu Kau & Aku ini merupakan lagu favourite semua orang coz..lagu ini telah mendapat perhatian semua orang…so…ada harapan lagu ni nak menang…Memang besh…lirik pun ok gak…takyah nak pening2 nak paham lirik tu…memang power la sore Aizat ni….

Vote : 6/10

Khamis, 7 Januari 2010

PEMENANG BIGGEST LOSER



Their Trainers :


Bob Harper Kim Lyons Jilian


Winner of The Biggest Loser - Season 1 : Ryan Benson


Winner of The Biggest Loser - Season 2 : Matt


Winner of The Biggest Loser - Season 3 : Erik


Winner of The Biggest Loser - Season 4 : Bill


Winner of The Biggest Loser - Couple 1 : Ali


Winner of The Biggest Loser - Families : Michelle


Winner of The Biggest Loser - Couple 2 : Helen

PILIHAN PENGETUA AF8 ?

Ha…nampaknya Demam AF (Akademi Fantasia) sudah datang…he2…Kehangatan AF akan dirasai nanti..Akademi Fantasia sudahpun masuk musim yang kelapan akan bakal menjelma tidak lama lagi..Kat astro pun dah siarkan lokasi untuk ujibakat AF8 dan senarai lagu yang akan dinyanyikan bagi mana-mana yang ingin masuk AF…

Wah..pasti ramai giler la nak masuk AF ni coz ni la platform seseorang nak famous…ikut la kalau nak jadi artis,penyanyi,pelakon,pengacara n macam-mcam lagik..

Apabila masuk jer AF..pasti korang tertunggu saat dimana pengumuman tenaga pengajar dan terutama yang akan menerajui sesebuah musim AF iaitu PENGETUA.Sesebuah program AF setiap musim pasti akan mempengaruhi PENGETUA..Kita tengok senarai pengetua-pengetua AF musim lepas :

AF1 – Fredie Fernandez
AF2 – Ramli MS
AF3 – M.Nasir
AF4 – Ramli Sarip
AF5 – Ramli MS
AF6 – Ramli MS
AF7 – Datin Tiara Jacquliena
AF8 - ????

Siapakah yang bakal menerajui pengetua AF8 ?...Pasti korang timbul tanda Tanya dalam fikiran korang..siapa la dapat pegang title PENGETUA AF8…adakah wanita atau sememangnya tradisi setiap tahun lelaki pegang title Pengetua…

Sememangnya pengetua AF sesebuah musim pasti akan menjadi perhatian…

Sekarang dah ada gossip yang mengatakan yang bakal menerajui AF8 ialah Norman KRU atau penyanyi no.1 di Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza…Kecoh sana-sini nak berdebat saper la nak pegang title pengetua AF8 nanti…

Bagi aku..korang takyah la nak sibuk-sibuk berdebat…nantikan wat sakit hati jer…mesti nak gaduh…

Nanti tunggu jer pengumuman daripada astro nanti…hu2

Isnin, 4 Januari 2010

BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA

okeylah...aku nak kongsi ngan korang dimana berikut adalah senarai 10 bangunan yang paling TINGGI di dunia....
  1. BURJ DUBAI (INDIA) : Ketinggian - 636m
  2. MENARA PEMANCAR KVLY-TV (AMERIKA SYARIKAT) : 628.8m
  3. MENARA CN (KANADA) : 553.3m
  4. MENARA SEARS (AMERIKA SYARIKAT) : 527.3m
  5. TAIPIEI 1O1 (TAIWAN) : 509.2m
  6. PUSAT KEWANGAN DUNIA SHANGAI (CHINA) : 492m
  7. MENARA BREN (AMERIKA SYARIKAT) : 462m
  8. PEMANCAR VLF (AMERIKA SYARIKAT) : 458.11m
  9. MENARA BERKEMBAR PETRONAS (MALAYSIA) : 452m
  10. STESEN JANAKUASA GRES (KAZAKHTAN) : 419.7m

Tonton RACE



Ermm..semalam aku takder wat apa-apa just tgk tb/tv...

aku amik jer remote n tgk info kat astro....balik-balik pastu aku tgk la citer RACE kat pakej astro MUSTIKA dalam saluran B4U..Memang film hindustan kat situ lum pernah lagik aku tgk..

pastu aku tgk kat info pada kul 8.30 malam...aku tgk citer RACE...bunyi cam hebat jer...mesti best ni..

aku pun tunggu n tukar siaran bila kul 8.30 kepada saluran B4U (saluran 133)..memang tak dinafikan memang gempak citer dier...

walau bagaimanapun...citer ni asalnya aku ingat race lumba kereta tapi ini race kuda,race kehidupan n banyak lagik...kira ok jugak jalan penceritaan cerita RACE ini..



hero bagi film RACE ini ialah pelakon kacak n bergaya iaitu si SAIF ALI KHAN..Beliau memegang watak sebagai Ranvir iaitu abang kepada Rajiv yang wataknya dipegang oleh Akhsay Khana..Mereka ni adik beradik tiri...biasa la..kalau ada jer title tiri mesti salah seorang ni jadi anak emas n pilihan keluarga...kira dendam ada ler....hu2..

bagi heroin pula ia dilakonkan oleh BIPASHA BASU yang memegang watak Sonia..memang gempak ar si Bipasha ni...seksi giler...mantop pulak tu...

kira permulaan citer ni agak besh....kisah kat lumba kuda.....pastu berlaku persaingan....memang banyak perkara yang tak dapat kita jangka....

kisah perebutan polisi insurans yang bernilai 100 juta...memang besh....berlakulah pembunuhan yang telah dilakukan oleh adik tiri Ranvir iaitu Rajiv....adakah Ranvir mati dalam pembunuhan yang dirancang oleh adik tirinya ?.......saksikan dengan lebih lanjut dalam filem RACE....

okeylah...aku malas nak citer ngan lebih lanjut lagik...lenguh dah tangan aku ni..he2...korang leh dapatkan vcd/dvd citer RACE kat kedai-kedai cd k....dapatkan yang original...baru best...

okeylah....bye...bye...

Ahad, 3 Januari 2010

Negara Pelawat Blog


free counters