Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Sabtu, 27 Ogos 2011

Bila Syawal Menjelma....

Assalamualaikum dan Salam buat semua...

sudah lama aku tidak mengUDPATE blog aku nih..maklumlah..aku busy kot...busy la sgt..kejenya tido,makan,relax kat umah..tu jer keje aku..so...takde apa yang hendak buat..so,aku amik inisiatif untuk merehatkan badan aku dengan tdo..

Ermmm...nampaknya hari ni sudah pun masuk hari ke-27 kita berpuasa. Alhamdulilah, syukur sangat-sangat..apa yang pasti tinggal 3 hari lagi untuk kita meraikan hari kemenangan setelah hampir sebulan kita berpuasa iaitu meraikan Hari Raya AidilFitri.

Bila sebut jer pasal Syawal..hahahaha..dalam fikiran kita pasti akan teringat tentang duit raya , kuih raya , yang penting baju raya..kalau takde baju raya alamak xbest kot raya..semua serba baru la biler hari raya nih..hehehe..apa apa pun.hari ni aku nak kupaskan ckit isu BILA SYAWAL MENJELMA....

Isnin, 22 Ogos 2011

Tukar Layout Baru

alhamdulilah..akhirnya siap jugak layout terbaru aku nih...

punyalah nk patah tengok aku duk siapkan layout ni..yang mengambil masa lebih kurang 6 HOUR..perghh..lama giler..maklumlah..aku nak yang terbaik...memang rumit kot asenya nak buat nih.....aku sanggup bersengkam mata semata-mata untuk siapkan blog aku nih...hehehe..apa apapun inilah hasilnya..t korang bagi la komen-komen yang menarik or x menarik..t aku akan improve lagi aku punya blog ini

aku chow n mau tido dulu ek.....gudnite..hehehe..

assalamualaikum....

KPOP : SS501

Ha..hari ni aku nk update pasal group KPOP dari Korea nih yang popular kot..asenya popular dari aku lagi kot..hahaha..malu seyh....

Group SS501 ni terdiri daripada 5 orang anak muda..bukan anak2 tua yer..hahaha...jom..baca dengan selanjutnyer...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Mutiara Hati : Ikhlas Bersedekah

Sedekah..apa itu sedekah..sedekah itu besar pengertiannya dari segi Islam. Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Arab: صدقة‎) yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.

Adakah kita betul-betul paham dengan sedekah itu ?????

Sedekah umumnya terbahagi dua iaitu sedekah wajib (zakat) dan sedekah sunat. Ditekankan di sini ialah sedekah sunat dipandang ringan sesetengah pihak, tetapi sebenarnya ia memberikan manfaat yang besar, seperti dapat meringankan beban dan penderitaan si penerima, khususnya di kalangan orang fakir, miskin dan anak yatim.


Khamis, 18 Ogos 2011

Top Facebook & Twitter Selebriti Dunia



ha..bercakap pasal laman sosial nih,tentu korang expert nak tahu saper la artis yang menjadi top 10 terhebat dunia dalam dunia social networking ni (Facebook & Twitter). Sekarang saper x kenal Facebook memang pelik kot..hahaha..maklumlah FB nih dh famous oooo..budak kecik pun dh ada FB ..mahupun orang tua..so,takkan kita yang muda ni xde akaun FB ag...maybe yang xsuka n x berminat dalam sosial networking tu maybe ada alasan dye tersendiri.

okeylah..jom kita cerita-cerita pasal FB selebriti nih.hahaha..memang korang terkejut kot..ad artis tu smpai akaun kena ad dua coz terlalu ramai kot fan diorang yang LIKE..kan best kalu jadi artis dan fan2 like semua page kita..memang hebat r..mantopppp....yang kau tau kat Malaysia ni RATU FACEBOOK ialah LISA SURIHANI..yang telahpun mencecah 1 juta peminat.. woottt..ramai ooo...cayalah....apa apa pun memang hebat r Lisa nih...dah la cantik...dapat gelaran RATU FACEBOOK Lagi..hahahaha..

untuk artis seluruh dunia,kira bercakap pasal selebriti luar negara nih,aku ad survey kat satu laman nih,kira laman ni just edit2 fan page Facebook artis,so diorang akan udpate dari semasa ke semasa mana artis yang hebat dalam Facebook..dan akhirnya aku pun telah mengCOPYkan dan posting kat blog aku nih :)

so korang tgk la sendiri ek...alangkah bestnya kalau kita cmni..hehehe

Sabtu, 13 Ogos 2011

Official FACEBOOK Kim Bum

Ha..tentu korang kenal mamat di atas tuh..baig yang x kenal..meh aku kenalkan..ceyh..cam pegawai peribadi lak nak kenal2kan..okeylah..mamat diatas tu nama die KIM BUM..nama penuh aku xtau...(x amik peduli pun..) mamat nih pernah berlakon dalam citer yang menjadi kegilaan orang ramai iaitu BOYS OVER FLOWER..citer tuh gabungan ngan group diorang iaitu F4..memang popular kot kumpulan tu..p aku xpernah dgr group tu n bru aku kenal setelah menonton drama bersiri BOYS OVER FLOWER.. (time kat UUM layan citer KOREA...k-POP la katakan..hahaha.ureweeekkkk)

Selasa, 9 Ogos 2011

Resepi :: Tart Nenas

Ha..nampaknya sudah pun masuk hari kesembilan kita berpuasa,tinggal 21 hari lagi untuk kita menghabiskan puasa untuk tahun ini.Sudah pasti bagi ibu-ibu sibuk mengsiapkan juadah untuk berbuka setiap hari dan ada juga sibuk mensiapkan tempahan biskut raya.Haa..bercakap pasal biskut raya ni,menu yang wajib ada setiap hari raya coz orang dtg nk beraya nk makan per..hahaha..so,terciptalah biskut raya untuk dimakan pada hari raya nanti.

so,bagi kau biskut raya yang paling best dan favourite aku ialah TART NENAS. Tart Nenas merupakan biskut kegemaran aku dulu dan selama-lamanya. Aku memang suka giler biskut ni coz terasa gebu bila makan...nyummmmm..sedap ooo...setiap kali menjelang raya, aku mesti buat punya biskut ni, mula-mula buat memang tak jadi sangat coz keras la,x jadi cm tart la..xpat nk gulung la..hahaha..macam2..pastu lama-lama dh jadi dah...

so,seminggu nk raya aku buat la biskut raya ni...hehehe..aku teror tau..jangan pandang sebelah mata denganku..haahahaha :p

okeylah..kat sni aku nk share ngan korang resepi biskut raya TART NENAS untuk korang cuba dan bagi yang sudah cuba mesti best kan korang buat hehehehehe...

t dah buat pos la kat aku ckit..hehehehe...

==============================================================

Ahad, 7 Ogos 2011

BUTTER GOLDEN CHURN


YA ALLAH...SUBHANAHUWATAALA.....

Aku terkejut bila mendapat berita yang butter kat atas iaitu GOLDEN CHURN CREAMERY memang tidak boleh digunakan oleh umat Islam kerana butter tersebut telah mengandungi DNA BABI/KHINZIR/PIG..tergamam aku kejap....

RAMADAN BAGI KU

Alhamdulilah,semalam selesai aku mengerjakan ibadah puasa untuk hari ke-enam..nampaknya tinggal 24 hari lagi untuk meraikan hari yang penuh bermakna iaitu Hari Raya AidilFitri.sape la xnak raya,ramai yang nak raya daripada puasa ni...tapi bagi aku saat yang ditunggu adalah puasa kerana puasa la mengajar aku erti kesabaran,kawal emosi marah dan macam-macam lagik...tapi bagi kanak-kanak mungkin agak sukar ckit untuk memenuhkan puasa mahupun berpuasa.Ye lah..bagi diorang HARI RAYA lagi best dari puasa..kerana puasa LETIH...kalau RAYA..dapat baju raya mahupun kasut baru dan semua lah BARU...

bagi aku RAMADAN kali ini mungkin bermakna bagi aku kerana tahun ni aku sempat berbuka puasa dan bersahur bersama dengan family aku.Tidak seperti tahun lepas kerana RAMADAN tahun lepas aku berpuasa dan bersahur bersama kengkawan di Universiti Utara Malaysia kerana melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang PEMASARAN.so aku menggunakan peluang ini sebaik2nya untuk berpuasa dengan family aku.

Kalau di UUM,maybe aku jarang bersahur kot..coz kat sana pun tido lebih kurang pukul 2..so memang mengantuk giler la kalau bangun pastu..bertambah pulak nak bangun sembahyang SUBUH..memang tak terbangun..last2..bangun time nak g kelas :)

Tapi kat umah,my lovely mom tolongkan kejutkan untuk bersahur dan bersahur sekali dengan family.Memang happy dan best sangat2..aku suka bersahur bersama dengan family :) dapat makan banyak2 time bersahur (banyak ker...ker mengantuk banyak..leh tido...hihihihii)

Pasal solat terawih pula..hehehe..dulu aku sempat solat selama 2 minggu di UUM..pastu x g dah..n then sambung kat umah seminggu selepas pulang dari UUM..sehinggalah berakhirnya solat terawih dan menyambut AidilFitri.

Apa-apa pun..satu jer aku ingin ucapkan..SYUKUR..kerana dapat berpuasa bersama family yang tercinta....

So,korang yang berpuasa di perantauan,puasa elok2 ea..hehehe..jangan ponteng puasa lak :p

Salam Ramadan.....

Rabu, 3 Ogos 2011

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH


Ha..inilah dia..kelebihan bagi orang yang mengerjakan solat terawih, dan banyak ganjaran yang bakal diperolehi kepada sesiapa yang mengerjakan solat terawih ini setiap malam ketika bulan Ramadan.Hayatilah malam solat Terawih ditempat anda dan lakukan ibadat ini dengan ikhlas :)

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
=> Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
=> Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
=> Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
=> Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
=> Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
=> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
=> Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
=> Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
=> Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
=> Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
=> Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
=> Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
=> Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
=> Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
=> Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
=> Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
=> Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
=> Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
=> Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
=> Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
=> Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
=> Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
=> Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
=> Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
=> Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
=> Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
=> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
=> Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
=> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
=> Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

PROGRAM TV RAYA 2011 ASTRO


Alhamdulilah,nampaknya kita sudah pun memasuki bulan Ramadan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini. Hari ni sudah masuk hari pertama kita menghadapi puasa pertama , insyAllah diharap kita dapat menyempurnakan sebulan puasa di bulan Ramadan ini. Okkeylah hari ni MyAPIH nak citer pasal program tv Raya 2011 oleh Astro. So,bila time raya,macam2 la program tv raya diadakan untuk menarik orang rmai duduk di depan tv sambil makan kuih raya, makan ketupat,rendang dan juga melayan tetamu yang datang. Astro tidak ketinggalan dalam menyiarkan program TV Raya 2011.Disini saya sertakan info yang menarik untuk dikongsikan senarai program TV/Drama/Filem mahupun Muzikal sepanjang menjelang tiba Syawal hinggalah Raya kelapan nanti.

Jangan lupa saksikan drama/filem dan muzikal menarik daripada Astro tuk korang sumer yer…enjoy di hari lebaran…..

----------------------------------------------------------------------------------------
MALAM RAYA (29/08/2011)


FILEM ZOO
ASTRO RIA (104)
9.00MLM-11.00MLM
Sinopsis : Filem ini mengisahkan seorang penjaga zoo yang boleh bercakap denganhaiwan dan menghalang daripada berlaku kekecohan merompak haiwan lain.Jangan lupa saksikan kami dalam filem ZOO ya ! Saksikan juga aksi nakal Lisa Surihani , Bob Lokman dan juga Lan Pet Pet.

KONSERT REUNION AKHIR AF
ASTRO RIA (104)
11.00-1.00PAGI
Sinopsis : Konsert reunion terakhir ini mengembalikan nostalgia anda dengan kehadiran alumni-alumni daripada Akademi Fantasia 1 hingga 9

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA PERTAMA (30/08/2011)

XIAN ISTIMEWA RAMADAN SYAWAL
ASTRO OASIS (106)
10.30PAGI
Sinopsis : Ayuh terbang ke Xian bersama Farah dan rasai sendiri kemariahan Ramadan dan Syawal di sana.

SILAT FUTSAL
ASTRO RIA (104)
10.00 PAGI
Sinopsis : Apakah strategi yg digunakan anggota Senario dalam kejohana futsal ? Berjayakah mereka menjuarai kejohanan tersebut dan berhari raya dengan hadiah kemenangan ?

FANTASTIKA RAYA IMPIAN
ASTRO RIA (104)
12.00TGHARI
Sinopsis : Sebuah drama muzikal berkonsep raya di kampong yang menggabungkan alumni-alumni Akademi Fantasia 1 hingga 9


FILEM MAGIKA
ASTRO CITRA (131)
1.00PTG
Sinopsis : Sebuah filem muzikal pertama yang menggabungkan artis-artis yang hebat di Malaysia seperti Mawi,Ziana Zian,Ning Baizura,Adibah Noor,M.Nasir dan ramai lagi serta temui watak-watak mitos dan lagenda yang dilakukan oleh para pelakon dalam filem Magika ini.

KIAH BERAYA SOLO
ASTRO WARNA (132)
4.00PTG
Sinopsis : Saksikan bagaimana Kiah lakonan Rozita Che Wan berhari raya secara solo ???? kenapa ???

IMAM MUDA RAYA
ASTRO OASIS (106)
3.00PTG
Sinopsis : Raikan kejayaan Ramadan yang berlalu dengan episode khas Imam Muda di Hari Raya ini


FILEM EVOLUSI KL DRIFT 2
ASTRO RIA (104)
9.00MLM
Sinopsis : Saksikan kesinambungan filem Evolusi KL Drift lakonan hebat dari Syamsul Yusof,Farid Kamil,Scha Al Yahya dan ramai lagi

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KEDUA (31/08/2011)

BALIK KAMPUNG
ASTRO RIA (104)
10.00PG
Sinopsis : Kesinambungan telefilem Silat Futsal..Kali ini mereka telah berjaya dalam kejohanan futsal tetapi berhadapan masalah kehabisan tiket balik kampunglah pula…Kasihan…

ASTANA AIDILFITRI 2011
ASTRO RIA (104)
12.00TGHHARI
Sinopsis : Sebuah program menerjah rumah-rumah atau kediaman mewah edisi raya bersama dengan pengacara Anita Sarawak

MARI BERDANSA AIDILFITRI
ASTRO RIA (104)
5.00PTG
Sinopsis: Dari Sehati Berdansa ke Mari Menari, bertemu Awal dan Lisa serta para peserta di lantai tari. Memang tidak sempurna lebaran ini , andai tidak menonton Mari Berdansa AidilFitri

OPOCOT!
ASTRO RIA (104)
4.00PTG
Sinopsis : Rancangan ini menghimpunkan golongan selebriti “kaki latah” bersama pengacara anda AC MIZAL dan dibantu oleh kumpulan Jambu “Apa pun tak boleh ! “

RAYA SAKAN NABIL
ASTRO RIA (104)
6.00PTG
Sinopsis : Ayuh beraya bersama dengan Nabil. Anda hanya perlu mencuba permainan yang disediakan..Abang Bil akan berikan anda duit raya sebagai habuan ! “ Best Bro ! “


FILEM SEMERAH CINTA STILLETO
ASTRO RIA (104)
9.00MLM
Sinopsis : Filem hebat lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KETIGA (01/09/2011)

SAYA TAHU APA AWAK BUAT RAYA LALU
ASTRO RIA (104)
10.00PG
Sinopsis : Perjalanan pulang sekumpulan pemuda ke kampong halaman untuk menyambut lebaran terganggu oleh kejadian misteri menggeletek hati

STYLISTA RAYA SI MANJA
ASTRO RIA (104)
4.00TG
Sinopsis : Bagaiamanakah busana AidilFitri si cilik hasil gabungan idea selebriti dan pereka fesyen terkenal ?


KONSERT ATAS NAMA CINTA..ROSSA
ASTRO RIA (104)
5.00PTG
Sinopsis : Saksikan konsert hebat dari penyanyi dari seberang sana iaitu Rossa dengan mendendangkan lagu-lagu menarik dan juga berduet bersama arits undangannya…jangan lupa saksikan yerrr..cutenya..Rossa… :p

SUDIR DI MATA AZNIL
ASTRO RIA (104)
6.00PTG
Sinopsis : Dir, meskipun pergimu tidak kembali..Namun tidak sesekali kami lupakan gemersik suaramu. Imbau moment-moment indah itu bersama Aznil dan selebriti tempatan


FILEM V3 SAMSENG JALANAN
ASTRO RIA (104)
9.00MLM
Sinopsis : Saksikan kehebatan lakonan Farid Kamil,aQAsha ,Intan Ladyana,Lisa Surihani dan ramai lagi dalam file mini.Filem ini bergenre aksi pasti hebat punya

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KEEMPAT (02/09/2011)

MAHARAJA LAWAK RAYA
ASTRO WARNA (132)
3.00PTG
Sinopsis : Semarakkan hari raya keempat lebaran dengan jenaka tak kering gusi dairpada peserta Maharaja Lawak seperti SEPAH,NABIL,JOZAN,JAMBU,dan ramai lagi

AKUSTIK RAYA 2011
ASTRO RIA (104)
6.00PTG
Sinopsis : Saksikan kehebatan akustik daripada penyanyi tempatan untuk hiburan anda di hari lebaran ini


FILEM PENUNGGU ISTANA
ASTRO CITRA (131)
11.00MLM
Sinopsis : Jejak misteri yang terdapat di Istana Bilah,istana tua yang terbiar di Perak

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KEENAM (04/09/2011)


FILEM NGANGKUNG
ASTRO CITRA (131)
9.00MLM
Sinopsis : Apakah kejadian yang menimpa tiga suami yang taksub dengan aktivit Ngangkung ???

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KETUJUH (05/09/2011)


FILEM MUALAF
ASTRO RIA (104)
9.00mlm
Sinopsis : Sebuah filem hebat dari pengarah hebat Allahyarham Yasmin Ahmad

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KELAPAN (06/09/2011)


DUA HATI SATU JIWA
ASTRO RIA (104)
4.00PTG
Sinopsis : Kisah pasangan kembar siam iaitu Lana dan Lina yang mengambil keputusan melakukan pembedahan memisahkan anggota badan yang tercantum

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KESEMBILAN (07/09/2011)


FILEM TALENTIME
ASTRO RIA (104)
7.00MLM
Sinopsis : Sebuah filem hebat dari pengarah hebat Allahyarham Yasmin Ahmad

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KESEPULUH(08/09/2011)


FILEM LAGENDA BUDAK SETAN
ASTRO RIA (104)
9.00MLM
Sinopsis : Sebuah filem hebat lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani yang diadaptasi daripada novel “Lagenda Budak Setan”

----------------------------------------------------------------------------------------

BINTANG :: OPERA VAN JAVA

OVJ atau dikenali sebagai OPERA VAN JAVA adalah merupakan sebuah sketsa komedi daripada saluran Bintang (141) yang hangat bersiaran di saluran tersebut. OVJ ini merupakan sketsa komedi yang paling popular kat Indonesia dan Berjaya menarik minat orang Malaysia untuk menyaksikan sketsa muzikal komedi ini.

First time MyApIH tgk OVJ ni memang hebat dan gempak,mana taknya lakonan yang sporting dan memang kelakar habis biler mereka berlakon sambil berlawak.Hahahaha..kekadang sakit perut dengan lakonan mereka kerana asyik ketawa sahaja daripada permulaaan hinggalah penamatnya. OVJ ini laen ckit dri yang laen kerana setiap episod ia merungkai sebuah cerita yang pendek untuk kita tgk dan pengajaran yang leh kita amek setelah saksikan penghabisan OVJ ini.Lakonan mereka juga mantap dan setiap episod ada lain-lain pelakon dalam OVJ ini membuatkan kita tak jemu untuk menyaksikan dan tertunggu OVJ bersiaran.Dalam OVJ ini apa yang lain jugak adalah TOK DALANG, TOK DALANG ini lah menjadi pencerita sesebuah cerita setiap episode dalam OVJ.

Pada ada yang belum saksikan sketsa komedi OVJ ini jangan lupa saksikan OVJ dalam saluran BINTANG (141) memang gempak habisssssss….

Negara Pelawat Blog


free counters