Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Khamis, 13 Januari 2011

keputusan semester PERTAMA


alhamdulilah..setelah beberapa hari aku x mengePOSkan blog aku ini,so banyak benda yang aku nk share ngan koorang semuaaaa...

fisrtly dh sah2 tajuk kat atas tu pasal keputusan peperiksaan semester PERTAMA aku di UUM.ermmm..seperti yang korang tahu,result sudah pun keluar untuk semua student UUM bagi peperiksaan semester lepas.masing-masing sudah lepas daripada degupan jantung yang tak terhenti2 berdebar sementara menanti jawapan apa yang tersirat nanti.

sama la ngan aku nih...dap dup..dap....aku rasa risau sgt coz masa sem lepas aku main-main dan tak tumpu langsung dalam semster lepas.aku banyak lepak dan main-main.

tapi aku dh nekad untuk baiki dan ubah sikap aku untuk lebih rajin lagi..insyallah

setelah susah payahnya aku nak masuk portal..memang ramia giler la yang berduyung-duyung masuk PORTAL UUM untuk mengCHeckkan diorang punya result..kekadang geram jugak aku....rasa nk bom jer PORTAL tuh.....

last2..aku dapat jugak masuk..punya la terketar-ketar nk check result aku..hahaha...n then nak masukkan NO.MATRIK n PASSWORD punya la takut......pastu..kena tekan lak kat KEPUTUSAN PEPERIKSAAN..waduhhhhhhhhh...takutnya...last2....tekan jer..

jejejengggg....terpampang lah keputusan result aku semester ni....

errrrmmmm...what ??????? only 2.74...aku ingat ada la sasar dlm 3.0 ke atas...cheettt..bencinya aku.....ni gara-gara MATH la puncanya....ngok betul la....ergghhhhhh

Isnin, 10 Januari 2011

tolong ingatkan aku..AJL25



Ha...inilah dier gaya seorang JUARA AJL25 untuk keseluruhannya.Lagu "Tolong Ingatkan Aku" berjaya menarik hati juri dan telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-25 kali ini.Lagu yang telah disampaikan oleh penyanyi baru yang semakin meningkat naik namanya iaitu Ana Raffali telah pun berjaya mengalahkan 13 finalis AJL25 dalam merebut gelaran Juara Lagu 25.

Sememangnya lagu ini ramai yang tak jangka untuk memenangi kategori Juara Lagu,dan ramai yang beranggapan bahawa lagu DRAMA KING bakal menjadi Juara atau HANYUT oleh Faizal Tahir bakal memenangi kategori tersebut.Namun,segala-galanya ditangan juri,keputusan adalah muktamad dan tak leh nk pinda2 dah.

" MENANG buat CARA MENANG...KALAH buat CARA KALAH....."

kepada finalis yang lain,korang cuba la lagi tahun depan yer...hehehe...itupun kalu dapat masuk AJL lagi..insyallah...

okeylah,aku sememangnya menjangkakan DRAMA KING jadi JUARA LAGU,namun lagu tersebut tersandung ketempat kedua/Naib Juara AJL25.manakala lagu tempat ketiga pula dimenangi oleh penyanyi berbakat besar dari program realiti TV Astro,Akademi Fantasia untuk musim kelima iaitu HAFIZ telah pun berjaya membawa lagu Noktah Cinta dan sekali gus menjadi juara tempat ketiga AJL25.Sungguhpun tidak disangka,Hafiz juga berjaya mengalahkan bekas pemenang VOKAL TERBAIK tahun lepas iaitu BLACK menerusi lagu AKU RINDU SAYANG KAMU,untuk merampas kategori VOKAL TERBAIK dan sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi..wah bestnyerrrrr....

Untuk PERSEMBAHAN TERBAIK pula,pada tahun lepas telahpun dimenangi oleh AIZAT,namun pada tahun ini,Aizat tidak berjaya melayakkan diri ke final AJL25 menerusi lagu SUSUN SILANG KATA.Dan pada tahun ini,Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut telah pun berjaya mengondol bagi kategori PERSEMBAHAN TERBAIK untuk AJL kali ini.Memang aku dh prospek lama si Faizal Tahir bakal memenangi kategori ini coz persembahan dier memang mantap doe..memang hebat..siap berenang dlm air lagi..wah2...ganaszzzz tu..xpernah dibuat orang..hehehe..namun..segala usaha & penat lelah duk dalam sangkar n terjun dlm air membuah hasil apabila memenangi wang tunai RM10,000 menerusi kategori PERSEMBAHAN TERBAIK.Cayalah..superman Malaysia....

Mungkin aku nk komen sedikit melalui pengacara pada malam itu,seperti yang kita tahu,tahun lepas pun TIGA ORANG ini juga iaitu FAIZAL ISMAIL,CHEYRL SAMAD dan ALLY ISKANDAR telah pun diamanatkan sebagai pengacara AJL24,AJL25 juga turut mereka lakukan.Namun sedikit kebosanan melihat gelagat mereka,sepatutnya lebih happening sedikit.Bagi aku,aku mahu pengacara diangandingkan diantara FARA FAUZANA,ALLY ISKANDAR & FAIZAL ISMAIL.mungkin hebat kottt..baru hottt....ataupun just panggil pengacara jemputan (bekas2 juara AJL)....okey x cadangan aku..hehehe

Khamis, 6 Januari 2011

exclusive : proton 5 saudara

haa..akhirnya dapat jugak aku posting mengenai proton 5 saudara..errmmm..tentu korang terkejut kan tetiba ada proton 5 saudara..ye lah..mana taknya,proton lum keluarkan kenyataan lagi akan mengeluarkan proton 5 saudara ini,namun aku dengan pantas seperti internet telah menerbitkan contoh-contoh/model kereta 5 saudara.

proton 5 saudara ini terdiri daripada PROTON TUAH,PROTON JEBAT,PROTON LEKIR,PROTON LEKIU & PROTON KASTURI

wah...nama cm dah pahlawan Melayu tuh..mungkin hebat kor dan penjenamaan yang mantap oleh proton.tahniah proton kerana mengekalkan keciri-ciri kemelayuan terhadap nama kereta keluar proton tersebut.

melihat kepada model-model kereta 5 saudara ini,memang agak menarik & membuat aku nk beli kelima-lima buah kerta tersebut..wah....alangkah bagusnya kalau aku ada banyak duit..sure aku beli kelima-lima buah keta tersebut.....terutama PROTON LEKIR...cayalah...kereta SPORT tuhhhh...

okeylah..malas dah aku nak membebel...so korang tgk sendiriklah model-model kereta proton 5 saudara ini yer..dan nilai lah sendirik...


PROTON JEBAT


PROTON LEKIR


PROTON TUAH


PROTON LEKIU


PROTON KASTURI


### BANGGA kalu PROTON dapat keluarkan kesemua kereta tersebut ###

Poster-Poster Finalis AJL25











*** sorry for the group Bukface x sempat nk posting dier punya poster....sorryyy...***

# nak tgk lebih BESAR korang leh klik di WALLPAPER setiap ARTIS itu....

countdown AJL25 : lagu mana yang hebat ???



okeylah..memandangkan..AJL25 tinggal 3 hari lagi sebelum berlangsung anugerah yang berprestij setiap tahun ini.jom kita bergosip-gosip dan bercerita mengenai lagu-lagu yang bakal dipertandingkan nanti di AJL25.

x sabar aku nak tgk AJL25 nanti pada 9hb Januari 2011 yang bakal ditayangkan di TV3 pada pukul 9.00 malam siaran langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil.

jom kita perkatakan lagu-lagu mana yang hebat yang akan berentak di malam final AJL25 nanti.ini hanyalah pandangan aku sendirik ea mengenai lagu yang bakal di pertandingkan.

1. CINTA SEMPURNA by YUNA (8.5/10)
<> lagu ni memang best gileer..iramanya sangat mendayu-dayu dan juga liriknya agak menarik sekali untuk didengar.tambah-tambah lagi apabila si Yuna membawakan lagu ini dengan gitar fav. nanti di pentas AJL25.
<> lagu ini mampu memberikan saingan sengit kepada finalis-finalis lain kerana lagu ini sepenuhhnya ciptaan dirinya sendiri dan seperti tahun lalu beliau juga mengondol anugerah lagu kedua terbaik d AJL24.
<> mampukah Yuna mengulangi kejayaan ini balik pada AJL25 nanti. (mungkin kot....)

2. NOKTAH CINTA by HAFIZ (8/10)
<> wah..this is my fav.song...i like this song
<> lagu ni memang happening giler la..aku suka lagu nih coz arrangement muzik yang berbeza dan sesuai dengan sore si Hafiz ni...gempak ar mamat nih..
<> seperti tahun lalu,AJL24 dimana Hafiz tidak berjaya memenangi sebarang kategori yang dipertandingkan menerusi lagu Masih Jelas,namun pada tahun ini,beliau sekali lagi terpilih untuk ke final AJL25 menerusi lagu Noktah Cinta.
<> kombine pencipta & penulis lirik juga amat menarik dan hebattttt....

3. SELAMAT MALAM by FAIZAL TAHIR (9.5/10)
<> wahhh..mamat ni fav.singer male aku nih
<> setiap ada AJL nih mesti mamat nih sapu punyer kategori yang dipertandingkan.
<> tahun lalu berjaya mengondol kategori TEMPAT KETIGA LAGU TERBAIK
<> tahun ini juga,FAIZAL TAHIR berjaya membawa 2 lagu ke pentas akhir
<> lagu SELAMAT MALAM & HANYUT
<> mampukah FAIZAL TAHIR mengulangi kejayaan sepertti tahun lepas,dan mungkinkah beliau akan menjadi JUARA LAGU AJL25 nanti..sama-sama kita nantikan yerrrr...

4. BERLARI by TOMOK (6/10)
<> lagu ini best bagi aku coz irama yang fast dan kekuatan vokal yang mantap yang ditonjolkan oleh Tomok.
<> lirik yang penuh drama dan sesuai untuk didengar

5. KU ADA KAMU by ADIRA (6/10)
<> yahoo..ada juga wakil student AF8 masuk AJL25 selain SHAHIR
<> lagu ini memang best dan liriknya sangat menarik untuk didengar
<> kedua-dua lagu tersebut memang beshhhh & i like it

6. TOLONG INGATKAN AKU by ANA RAFALI (9/10)
<> pertama kali masuk AJL...
<> aku suka lagu ni coz very simple & nice
<> mungkin bakal menang salah satu kategori kot...
<> saingan sengit YUNA,ADIRA,STACY

7. PELITA by A.P.I (7/10)
<> lagu ni aku x pernah dgr sgt kat corong radio so xleh nk komen byk sgt...
<> maybe menang kot (heheheeh.......)

8. SOFEA JANE by BLACK (8/10)
<> wahh....vokal lelaki yang mantap...
<> pemenang vokal terbaik AJL24
<> mampukah mengulangi kejayaan seperi tahun lepas
<> lagu & kombinasi lirik yang menarik

9. MENCARI KONKLUSI by HUJAN (9/10)
<> lagu fav. aku...
<> band fav.aku..
<> lagu & lirik yang best & memang menarik bagi aku...
<> mampu memberikan saingan sengit kepada peserta lain

10. EXTRAVANGZA by BUNKFACE (8/10)
<> lagu terbaik dari Bunkface
<> memang gempak & happening
<> band mampu memberikan saingan sengit kepada Meet Uncle Hussein,Hujan,& A.P.I

11. DRAMA KING by BLACK ft MEET UNCLE HUSSIEN (10/10)
<> lagu yang bakal disebut2 sebagai juara AJL25
<> kombinasi antara Black & Meets Uncle Hussein yang mantap & terbaik lah...
<> aku sokong 100% menang AJL25 nanti...

12. KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN by SHAHIR (7/10)
<> fav.singer aku nih
<> lagu fav.aku nih....seronoknya leh masuk AJL...hahaaha
<> mampu memberikan saingan sengit & mungkin menang lagu ke-2 or ketiga kot...
<> cayalah SHAHIR...

13. JAHAT by STACY (7/10)
<> persembahan yang sentiasa dinantikan oleh peminat
<> kelincahan dalam membuat persembahan mampu memberikan persembahan terbaik nanti.
<> persembahan & vokal yang terbaik oleh STACY

14. HANYUT by FAIZAL TAHIR (10/10)
<> lagu yang bakal memenangi sama ada kategori JUARA/NAIB JUARA/KETIGA
<> lirik yang penuh bermakna & besttttttt

good luck to all finalis AJL25....buat persembahan theeeee bestttt punyerrrrr...

Negara Pelawat Blog


free counters