Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Isnin, 10 Januari 2011

tolong ingatkan aku..AJL25



Ha...inilah dier gaya seorang JUARA AJL25 untuk keseluruhannya.Lagu "Tolong Ingatkan Aku" berjaya menarik hati juri dan telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-25 kali ini.Lagu yang telah disampaikan oleh penyanyi baru yang semakin meningkat naik namanya iaitu Ana Raffali telah pun berjaya mengalahkan 13 finalis AJL25 dalam merebut gelaran Juara Lagu 25.

Sememangnya lagu ini ramai yang tak jangka untuk memenangi kategori Juara Lagu,dan ramai yang beranggapan bahawa lagu DRAMA KING bakal menjadi Juara atau HANYUT oleh Faizal Tahir bakal memenangi kategori tersebut.Namun,segala-galanya ditangan juri,keputusan adalah muktamad dan tak leh nk pinda2 dah.

" MENANG buat CARA MENANG...KALAH buat CARA KALAH....."

kepada finalis yang lain,korang cuba la lagi tahun depan yer...hehehe...itupun kalu dapat masuk AJL lagi..insyallah...

okeylah,aku sememangnya menjangkakan DRAMA KING jadi JUARA LAGU,namun lagu tersebut tersandung ketempat kedua/Naib Juara AJL25.manakala lagu tempat ketiga pula dimenangi oleh penyanyi berbakat besar dari program realiti TV Astro,Akademi Fantasia untuk musim kelima iaitu HAFIZ telah pun berjaya membawa lagu Noktah Cinta dan sekali gus menjadi juara tempat ketiga AJL25.Sungguhpun tidak disangka,Hafiz juga berjaya mengalahkan bekas pemenang VOKAL TERBAIK tahun lepas iaitu BLACK menerusi lagu AKU RINDU SAYANG KAMU,untuk merampas kategori VOKAL TERBAIK dan sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi..wah bestnyerrrrr....

Untuk PERSEMBAHAN TERBAIK pula,pada tahun lepas telahpun dimenangi oleh AIZAT,namun pada tahun ini,Aizat tidak berjaya melayakkan diri ke final AJL25 menerusi lagu SUSUN SILANG KATA.Dan pada tahun ini,Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut telah pun berjaya mengondol bagi kategori PERSEMBAHAN TERBAIK untuk AJL kali ini.Memang aku dh prospek lama si Faizal Tahir bakal memenangi kategori ini coz persembahan dier memang mantap doe..memang hebat..siap berenang dlm air lagi..wah2...ganaszzzz tu..xpernah dibuat orang..hehehe..namun..segala usaha & penat lelah duk dalam sangkar n terjun dlm air membuah hasil apabila memenangi wang tunai RM10,000 menerusi kategori PERSEMBAHAN TERBAIK.Cayalah..superman Malaysia....

Mungkin aku nk komen sedikit melalui pengacara pada malam itu,seperti yang kita tahu,tahun lepas pun TIGA ORANG ini juga iaitu FAIZAL ISMAIL,CHEYRL SAMAD dan ALLY ISKANDAR telah pun diamanatkan sebagai pengacara AJL24,AJL25 juga turut mereka lakukan.Namun sedikit kebosanan melihat gelagat mereka,sepatutnya lebih happening sedikit.Bagi aku,aku mahu pengacara diangandingkan diantara FARA FAUZANA,ALLY ISKANDAR & FAIZAL ISMAIL.mungkin hebat kottt..baru hottt....ataupun just panggil pengacara jemputan (bekas2 juara AJL)....okey x cadangan aku..hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters