Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Isnin, 30 Januari 2012

AJL26 milik AWAN NANO

Alhamdulilah akhirnya ANUGERAH JUARA LAGU ke-26 telah pon melabuhkan tirainya dengan kemenangan kepada AWAN NANO selaku LAGU TERBAIK AJL26 kali ini. AWAN NANO telah pon mengalahkan 11 lagu yang lain seperti Beribu Sesalan , Kisah Hati , Sedetik Lebih , Wanita Seluruh Dunia , Cinta Muka Buku , Kalau Berpacaran , Penakut , Gadis Semasa , dan akhir sekali Karma.

Selain itu , HAFIZ juga merangkul 2 tahun berturut-turut selaku VOKAL TERBAIK AJL. Tahun lepas dengan berbekalkan lagu NOKTAH CINTA dan tahun ini sekali lagi menjadi pemenangan VOKAL TERBAIK bagi lagu AWAN NANO. Sememangnya sudah ramai yang menjangkakan kemenangan beliau. Ini kerana kekuatan lagu dan lirik dan juga vokal HAFIZ yang menang tidak dapat dinafikan lagi. AWAN NANO merupakan ciptaan daripada KOMPOSER DATUK M.NASIR dan BUDDI HIEKAYAT selaku PENULIS LIRIK. Apa yang membuatkan lagu AWAN NANO ini menenang adalah disebabkan kekuatan pada liriknya. Lagu ini lain dari yang lain.

Dengan kemenangan itu , HAFIZ membawa pulang sebanyak RM45,000. Bagi pemenang tempat kedua lagu terbaik pula telah pun dimenangi oleh 3 SUARA iaitu JACLYN VICTOR, NING BAIZURA dan SHILA HAMZAH menerusi lagu BERIBU SESALAN. Trio ini membawa pulang hadiah sebanyak RM20,000. Hasil ciptaan daripada KEVIN CHIN.

Bagi pemenang tempat ketiga pula jatuh kepada FAIZAL TAHIR menerusi lagu KARMA. Lagu ini menjadi favourite orang ramai dan ramai yang menjangka akan memenangi AJL namun nasib tidak menyebelahi FAIZAL TAHIR. Ia sekadar menduduki tangga ketiga. Faizal Tahir membawa pulang rm15,000.

Persembahan terbaik pula dimenangi oleh ALYAH menerusi lagu kISAH HATI. Lagu ini memang kegemaran orang ramai namun tidak berjaya menduduki posisi tiga terbaik. Sekadar menduduki PERSMEBAHAN TERBAIK dimana memang wajar beliau memenangi kategori ini kerana costum dan persembahannya memang terbaik dari yang lain. Dengan kemenangan itu , ALYAH membawa pulang sebanyak RM10,000.

AJL26 ini telah bersiaran langsung dari STADIUM PUTRA BUKIT JALIL dan pengacara tidak lain tidak bukan lagi FAIZAL ISMAIL danj uga CHERYL SAMAD.AJL26 ini membawa tema air..memang gempak asenya…dengan pembukaan daripada JAMAL ABDILLAH , AWIE dan juga RATU JAZZ kita iaitu DATUK SHIELA MAJID. Dan akhir AJL26 sebelum pengumuman pemenang , penonton dihiburkan oleh HAZAMA , BLACK dan AZLAN menerusi tribute ALLAHYARHAM DATUK SUDIRMAN dengan membawakan lagu HIDUP SEDERHANA (BASIKAL TUA) , BALIK KAMPUNG , CHOW KIT ROAD dan akhir sekali SALAM TERAKHIR.

AJL26 ini dibawakan khas oleh CELCOM

pesanandarimulut :: suke giler tengok performance ALYAH & HAFIZ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters