Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Khamis, 6 Januari 2011

countdown AJL25 : lagu mana yang hebat ???



okeylah..memandangkan..AJL25 tinggal 3 hari lagi sebelum berlangsung anugerah yang berprestij setiap tahun ini.jom kita bergosip-gosip dan bercerita mengenai lagu-lagu yang bakal dipertandingkan nanti di AJL25.

x sabar aku nak tgk AJL25 nanti pada 9hb Januari 2011 yang bakal ditayangkan di TV3 pada pukul 9.00 malam siaran langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil.

jom kita perkatakan lagu-lagu mana yang hebat yang akan berentak di malam final AJL25 nanti.ini hanyalah pandangan aku sendirik ea mengenai lagu yang bakal di pertandingkan.

1. CINTA SEMPURNA by YUNA (8.5/10)
<> lagu ni memang best gileer..iramanya sangat mendayu-dayu dan juga liriknya agak menarik sekali untuk didengar.tambah-tambah lagi apabila si Yuna membawakan lagu ini dengan gitar fav. nanti di pentas AJL25.
<> lagu ini mampu memberikan saingan sengit kepada finalis-finalis lain kerana lagu ini sepenuhhnya ciptaan dirinya sendiri dan seperti tahun lalu beliau juga mengondol anugerah lagu kedua terbaik d AJL24.
<> mampukah Yuna mengulangi kejayaan ini balik pada AJL25 nanti. (mungkin kot....)

2. NOKTAH CINTA by HAFIZ (8/10)
<> wah..this is my fav.song...i like this song
<> lagu ni memang happening giler la..aku suka lagu nih coz arrangement muzik yang berbeza dan sesuai dengan sore si Hafiz ni...gempak ar mamat nih..
<> seperti tahun lalu,AJL24 dimana Hafiz tidak berjaya memenangi sebarang kategori yang dipertandingkan menerusi lagu Masih Jelas,namun pada tahun ini,beliau sekali lagi terpilih untuk ke final AJL25 menerusi lagu Noktah Cinta.
<> kombine pencipta & penulis lirik juga amat menarik dan hebattttt....

3. SELAMAT MALAM by FAIZAL TAHIR (9.5/10)
<> wahhh..mamat ni fav.singer male aku nih
<> setiap ada AJL nih mesti mamat nih sapu punyer kategori yang dipertandingkan.
<> tahun lalu berjaya mengondol kategori TEMPAT KETIGA LAGU TERBAIK
<> tahun ini juga,FAIZAL TAHIR berjaya membawa 2 lagu ke pentas akhir
<> lagu SELAMAT MALAM & HANYUT
<> mampukah FAIZAL TAHIR mengulangi kejayaan sepertti tahun lepas,dan mungkinkah beliau akan menjadi JUARA LAGU AJL25 nanti..sama-sama kita nantikan yerrrr...

4. BERLARI by TOMOK (6/10)
<> lagu ini best bagi aku coz irama yang fast dan kekuatan vokal yang mantap yang ditonjolkan oleh Tomok.
<> lirik yang penuh drama dan sesuai untuk didengar

5. KU ADA KAMU by ADIRA (6/10)
<> yahoo..ada juga wakil student AF8 masuk AJL25 selain SHAHIR
<> lagu ini memang best dan liriknya sangat menarik untuk didengar
<> kedua-dua lagu tersebut memang beshhhh & i like it

6. TOLONG INGATKAN AKU by ANA RAFALI (9/10)
<> pertama kali masuk AJL...
<> aku suka lagu ni coz very simple & nice
<> mungkin bakal menang salah satu kategori kot...
<> saingan sengit YUNA,ADIRA,STACY

7. PELITA by A.P.I (7/10)
<> lagu ni aku x pernah dgr sgt kat corong radio so xleh nk komen byk sgt...
<> maybe menang kot (heheheeh.......)

8. SOFEA JANE by BLACK (8/10)
<> wahh....vokal lelaki yang mantap...
<> pemenang vokal terbaik AJL24
<> mampukah mengulangi kejayaan seperi tahun lepas
<> lagu & kombinasi lirik yang menarik

9. MENCARI KONKLUSI by HUJAN (9/10)
<> lagu fav. aku...
<> band fav.aku..
<> lagu & lirik yang best & memang menarik bagi aku...
<> mampu memberikan saingan sengit kepada peserta lain

10. EXTRAVANGZA by BUNKFACE (8/10)
<> lagu terbaik dari Bunkface
<> memang gempak & happening
<> band mampu memberikan saingan sengit kepada Meet Uncle Hussein,Hujan,& A.P.I

11. DRAMA KING by BLACK ft MEET UNCLE HUSSIEN (10/10)
<> lagu yang bakal disebut2 sebagai juara AJL25
<> kombinasi antara Black & Meets Uncle Hussein yang mantap & terbaik lah...
<> aku sokong 100% menang AJL25 nanti...

12. KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN by SHAHIR (7/10)
<> fav.singer aku nih
<> lagu fav.aku nih....seronoknya leh masuk AJL...hahaaha
<> mampu memberikan saingan sengit & mungkin menang lagu ke-2 or ketiga kot...
<> cayalah SHAHIR...

13. JAHAT by STACY (7/10)
<> persembahan yang sentiasa dinantikan oleh peminat
<> kelincahan dalam membuat persembahan mampu memberikan persembahan terbaik nanti.
<> persembahan & vokal yang terbaik oleh STACY

14. HANYUT by FAIZAL TAHIR (10/10)
<> lagu yang bakal memenangi sama ada kategori JUARA/NAIB JUARA/KETIGA
<> lirik yang penuh bermakna & besttttttt

good luck to all finalis AJL25....buat persembahan theeeee bestttt punyerrrrr...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters