Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan

Selasa, 3 Januari 2012

Ombak Rindu.....nice filem



Alhamdulilah , akhirnya berkesempatana jugak aku nk tgk citer OMBAK RINDU..setelah org laen mencanang-canag bahawa citer ni best..hahaha..akhirnya dapat jugak mengeluarkan mata air mata sendiri setelah menyaksikan filem kisah cinta ini..

Habis satu DPP kolej aku duk tgk citer ni..gigihkan duk donload citer ni..semata-mata nk tgk..malas nk g tgk wayang..so amik la kesempatan donload yg pirate..hahaha...p yg penting sokong industri gak ea..dari jauh..hahahaha..

Jumaat, 2 Disember 2011

hangout - Jitra Mall - Misteri Jalan Lama

poster nampak menarik..tapi....

Alhamdulilah..minggu lepas sempat jugak aku menonton filem yang kecoh skrg ni..hasil buah tangan dari pengarah terkenal Malaysia iaitu Afdlin Shauki..Filem yang diberikan nama " MISTERI JALAN LAMA" wahhh..nama pon dh cm best jer..mesti seram kan..huhuhu..

Selasa, 8 November 2011

Vikingdom hasil terbaik KRU ???


Selepas penerbitan sebuah filem epik yang hebat " Hikayat Merong Mahawangsa " KRU sekali lagi dibawah pengarah berkaliber iaitu YUSRY KRU bakal mengarah sebuah filem yang dikatakan bakal mencipta sejarah pengarah Melayu yang pertama menggunakan pelakon-pelakon Hollywood yang ternama dan terkenal.Filem yang bertajuk " VIKINGDOM " bakal diarah oleh Yusry KRU dibintangi oleh pelakon Hollywood yang terkenal iaitu Dominic Purcell (Prison Break), Jon Foo (Tekken), Natassia Malthe (Dead or Alive) dan beberapa orang lagi.

Jumaat, 4 November 2011

Winner Anugerah Skrin 2011 TV3


Hahahaha..akhirnya habis jugak siaran langsung ANUGERAH SKRIN 2011 TV3 yang tleah pon disiarkan d TV3 (mesti la tv3…xkan kat tv2 lak…gong sunggoh mu nih..hahaha) bertempat di PWTC Kuala Lumpur..kelas uolssss…

Khamis, 19 Mei 2011

citer "Kongsi"



perghh...Isnin lepas kitorang (Aku,Wan,Jedy,Zerol,Zack,Zakuan,Hazeem dan May) telah pun g Jitra Mall utk tgk muvie yang terbaru keluaran MetroWEALTH Movie Production...hohoh..namun pulang ngan hampa coz tiket sold out..perghhh..memang laku bebenor la citer nih kat Malaysia....hahaha..so..my fRIend,Zero bg cadangan tgk kat Alor Star..kat City Plaza...so kitorang pun drvie ke Alor Star...hohohhooo...

akhirnya...so dapat jugak aku nak tgk muvie yang dh lama aku nantikan selama nih..hohoho

setelah sampai,kitorang pun terus g beli tiket...tgk kat kaunter..pukul 2.00ptg..pukul 3.00..pukul 4.00ptg ad citer tuh..so memandangkan waktu dah lebih kul 2...so kitorang decide nk tgk citer tu kul 3ptg..so..sebelum tgk muvie..kitorang g makan dulu..hohoh..kat bawah...

hohoh...kena makan coz..lapar doe..hahaha

so..tgk time dh kul 2.30...kitorang decide tuk jalan2 tgk n cuci mata..hahaha..

so,dekat lebih kurang pkul 2.50..so kitorang pun masuk panggung...hohoh

bermulalah..cerita KONGSI....lebih kurang 1 jam lebih....so...4.30ptg kitorang kuar dri panggung..

perghhhh......puas asenya dapat tgk citer tuh..hehehe..

pulang ngan hepyyyyy.....yeayyyyyy

Isnin, 27 Disember 2010

Filem "KHURAFAT" - 13 Januari 2011



“KHURAFAT – Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang berkerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT – Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada Januari 2011.

“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendapatkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)” (Surah Yunus:106)

Allahu wa’lam.

Jumaat, 17 Disember 2010

movie@Janin



Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehilangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.

Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.

Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang orang kampung telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera.

nak tahu dengan lebih lanjut filem Janin ini..korang nantikan di pawagam...eaaaa....

movie@Damping Malam



okeylah..hari ni aku nk citer pasal filem terbaru terbitan Excellent Motion Picture iaitu syarikat kepunyaan pengarah terbaik siapa lagi kalu bukan Ahamd Idham.Filem yang bertajuk "DAMPING MALAM" telah menjadi tajuk utama dalam filem ini.Melihat poster diatas,sudah menampakkan filem ini sememangnya hebat dan agak menyeramkan..itu hanya pandangan aku sahaja.tapi kalau citer x sedap.....i don't know...aku pun x sabar nk menengok citer nih...mesti thriller n seram nih...

ini merupakan kali pertama Ahmad Idham selaku pelakon utama dalam filem ini menjadi hero bersama Amy Mastura.mungin ini kombinasi pelakon yang menarik untuk mengukuhkan lagi cerita ini.

filem ini akan mendamping pawagam 30 DISEMBER 2010..ermmm..tapi sempat x aku nengok nanti..al-maklumlah..kat kelantan xder pawangan lorhhh....terpaksa la aku tgk kat KL nanti..insyallah kalau aku g KL..hohoo....

okeylah..malas dah aku nk membebel lama2 sangat...so..korang baca la sinopsis yang aku sudah copy dari blog lain..heheeh....

semoga korang terhibur dengan filem ini yerrrrr.....jangan lupa saksikan filem ini di pawagam yerrr....serammmmmmm.....

SINOPSIS :

Filem Damping Malam mengisahkan WADI dengan isterinya KU KHALIRA yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.

Kisah bermula semasa minggu orientasi NURAIZA yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat WADI tetapi ada sedikit kebimbangan buat KU KHALIRA yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah NURAIZA. Selama ini NURAIZA tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka NURAIZA jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, HASNI dan SYARIFAH. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu ERNA dan NADIA yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. NURAIZA belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama HASNI dan SYARIFAH. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan ERNA dan NADIA yang mahu mengenakan NURIZA, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka NURAIZA mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.

Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. NURAIZA saja yang nampak dan ia semakin menakutkan NURAIZA sehingga membuatkan NURAIZA histeria. Bagi ERNA pula itu semua lakonan dan tipu helah NURAIZA untuk tarik perhatian. Sehinggalah ERNA dan NADIA sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. WADI dan KU KHALIRA dimaklumkan, mereka datang dan bawa NURAIZA pulang untuk merawatnya. UMI SIAH terlalu menjaga keselamatan NURAIZA maka tegas tidak benarkan NURAIZA ke asrama semula tetapi WADI tidak setuju. KU KHALIRA sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. NURAIZA beritahu apa yang dia nampak tetapi WADI tidak percaya. Apabila NURAIZA sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak NURAIZA ada di sana.

Apabila NURAIZA tidak ada semula di rumah, rumah WADI tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang NURAIZA lalu, juga menganggu penghuni rumah WADI. KU KHALIRA mengesyaki UMI SIAH ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat UMI SIAH, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu RAJA SARAH pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. WADI mula mengesyaki juga UMI SIAH sehingga ada insiden yang berlaku buatkan WADI percaya UMI SIAH mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau UMI SIAH dari rumah. UMI SIAH cuba terangkan keadaan sebenar tetapi WADI tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. USTAZ BAKRI ialah sahabat lama WADI sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. USTAZ BAKRI terasa unsur negatif itu di rumah WADI dan meminta WADI banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila WADI yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM…

Khamis, 9 Disember 2010

Nangkung



alhamdulilah..aku baru sahaja menonton filem Nangkung iaitu filem terbitan METROWEALTH PRODUCTION iaitu arahan Ismail Bob Hashim yang menampilkan pelakon-pelakon yang hebat seperti Shaziey Sam,Azad Jazmin,Angah Raja Lawak,Putri Mardiana,Eira Syazira dan lain-lain lagi.filem ini telah ditayangkan di pawagam pada 25 November 2010 di seluruh pawangan yang berada di Malaysia.

dengar khabar filem ini telah berjaya mengutip kutipan sebanyak RM3.7 juta dalam tempoh 2 minggu tayangan..alhamdulilah.nampaknya sudah ramai yang membuka mata untuk melihat filem seram komedi terbitan daripada hasil tangan anak Malaysia.

apa yang boleh saya katakan,filem ini memang besh dan banyak PENGAJARAN yang boleh kita dapati dalam filem ini.

okeylah..malas dah aku nk membebel...so korang layanlah filem Nangkung kat pawagam or yang sudah DVD yang original..korang tgk la ea....memang gelak sakan..sampai nk pecah perut....

apa-apa pun...NANGKUNG the best...

ini dier sinopsis mengenai filem Nangkung :

Filem ini bermula dengan pemujaan nombor ekor oleh bomoh, Tasnim, dan Wan di hadapan perigi buta. Esoknya, Tasnim kena nombor. Sam (Pemandu lorry) pada mulanya tidak terlibat dengan perbuatan ini, tetapi kerana kesempitan hidup, maka dia pun terlibat. Tasnim, Wan dan Sam telah berjumpa dengan seorang bomoh yang dipanggil pendeta (Lan Pet Pet), untuk meminta nombor ekor. Sewaktu dalam perjalanan pulang, Wan pengsan ketika membuang air kecil ditepi jalan kerana ternampak hantu. Wan masuk hospital. Tasnim beli nombor, tapi tak kena. Sam menghabiskan gajinya untuk beli nombor, dia dalam perjalanan menghantar barang ke Kelantan, kena nombor tapi resit nombor tertinggal kat rumah, resit tersebut dijumpai oleh isterinya, rasanya resit tu dibuang oleh isterinya. Sewaktu balik dari Kelantan, Sam telah terjumpa seorang bomoh handal, agaknya bomoh siam. Sam telah diberikan selendang merah jambu yang tertulis nombor ekor. Hmm, cukuplah sampai kat sini Nal cerita, nanti Mr.David Teo kata Nal bocorkan rahsia. oleh itu, saksikanlah bagaimana Lan Pet Pet menarik telinga hantu. Gelagat Angah Raja Lawak (Wan) diburu Along (ni kes pinjam duit Along untuk beli nombor). Rasai kesedihan Tasnim apabila anak dalam kandungan isterinya hilang. Lihat bagaimana Sam tergamak menampar anaknya, hanya kerana selendang ping punya pasal. Sesiapa yang nak tahu ceritanya lebih lanjut bolehlah ke pawagam yang berhampiran.

Jumaat, 27 Ogos 2010

program tv raya 2010 : media prima

okeylah,memandangkan raya dah nak dekat (lebih kurang 2 minggu lagi) so banyak la program tv raya akan dirakamkan,ada yang tgh shooting sebelum bulan puasa,dalam bulan pose untuk mempamerkan rancangan-rancangan juadah ketika hari raya nanti ini.oleh itu,kumpulan media prima yang terdiri daripada TV3,TV9,8TV,NTV7 telah menayangkan banyak citer-citer yang menarik,antaranya ialah :

Filem :




  • Cicakman 2,
  • Jin Notti,
  • Senario Episod 1,
  • Brainscan,
  • Jangan Pandang Belakang Congkak,
  • Syurga Cinta,
  • I'm Not Single,
  • Jangan Pandang Belakang,
  • Saus Kacang,
  • Chermin
  • Bicara Dari Tuhan.

Sitkom :
  • Senario 003,
  • Bas Raya
  • Hikayat .

Dokumentari :
  • Manikam Kalbu,
  • Madrasah di Pinggir Syurga,
  • Raya Pertamaku,
  • Sepuluh Jari Kecil,
  • Eid Seantero
  • Ketupat Rendang Kopi O.

Rancangan Hiburan :
  • Stylistika Siti,
  • Akustika 2010,
  • Faizal & Friends,
  • Perang Lawak,
  • Di Hati Siti,
  • Alahai Nak Raya,
  • Idola Kecil Idola Besar,
  • Cerita Malam Hantu Raya,
  • Hip TV Raya,
  • Alahai Fafau Beraya,
  • Galaksi Aidilfitri ,
  • Geng Aizat
  • Upin Ipin Raya.

Rancangan bukan Melayu :
  • Nite of Soulful Stars "Cinta",
  • Talian Hayat,
  • Raya Edition,
  • e7 Raya Special,
  • Space Chimps Women's Zone Raya Special,
  • Master of Illusion dan Impossible Magic .
  • Movie Divergence,
  • Mr Funny Bones Strikes Back dan Robin Hood.
  • Prince of Thieves,
  • 2010 MTV Movie Awards,
  • 52nd Annual Grammy Awards,
  • Shout! Awards 2009, 8TV Quickie.
  • Raya Special - the Homecoming,
  • Selamat Quickie Raya
  • dokumentari khas, Muslim in China.
  • Countdown Concert Live in Taiwan 2010,
  • movie Twins Mission,
  • Men Suddenly In Black 2
  • Legend of Star - Bang Bang.
so kepada korang yang malas nk g jalan2 umah saudara time raya nanti,,,korang menghadap jer tv nanti..banyak citer-citer sedap yang akan disajikan untuk anda...jangan lupa..sediakan kuih-kuih banyak n minuman semasa menonton citer nih...selamat menonton...selamat hari raya...

Sabtu, 26 Jun 2010

filem "ZOO"



Zoo merupakan sebuah filem komedi fantasi. Ia mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja.

Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan zoo, Lan secara tidak sengaja telah menyertai satu sesi temuduga yang dikendalikan pengurus zoo, Encik Din. Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itulah bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan. Lan telah diperkenalkan kepada seorang pekerja di situ iaitu Shila.

Menurut Shila, ramal pengawal di zoo telah lari selepas semalaman bekerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita daripada Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawalkannya. Pelbagai insiden lucu berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut.

Lan sendiri melihat haiwan-haiwan seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan. Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara itu kepada Shila dan Encik Din tetapi mereka tidak mempercayainya. Begitu juga dengan Encik Osman yang turut bekerja di zoo tidak mempercayai kata-kata Lan.

Osman pula pandai membodek Encik Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan eksotik.

Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut. Encik Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberikan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan haiwan-haiwan tersebut untuk membuktikannya tidak bersalah.

Menerusi siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di zoo, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar dengan bantuan orang dalaman. Lan telah menamakan beberapa suspek yang dicurigai tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri.

Adakah Lan dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? Adakah tepat dakwaan Lan terhadap suspek-suspek tersebut? Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Lan sendiri dapat membantu antara satu sama lain?

Saksikan Zoo untuk mengetahui kesudahannya…

# SINOPSIS (credit from Budiey.Com...thanks a lot...)

Isnin, 7 Jun 2010

Filem 4 MADU



Ha…inilah filem baru yang akan disiarkan pada Hari Raya Pertama 2010 di setiap pawangan yang tercacak di Malaysia ini….ermm…agak2 ada ker yang g nengok citer time-time raya nih…ish2….

Okeylah ini filem yang akan disiarkan pada Hari Raya nanti ni diberikan judul 4 MADU…wah…nama pun kelaszzz doh..so tak sabar nk beli cd cetak rompak nih..hak2…okeylah..aku nak citer serba sedikit filem nih..Filem 4 MADU ini merupakan filem hak milik Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd manakala Grand Brilliance dan Berjaya Film Producution sebagai penerbit.Genre untuk filem ini pula adalah Romantik Komedi dan juga Drama.So kepada sesiapa yang nak tgk jgn lupa saksikan filem 4 MADU ini di pawagam pada Hari Raya Pertama 2010…jgn lupa tgk non….

Antara pelakon yang membintangi filem 4 MADU ini ialah :
  • Saiful Apek : Azlan / Azrul
  • Fasha Sandha : Ros
  • Sazzy Falak : Jane
  • Rozita Che Wan Ghasidah
  • Almy Nadia : Jaja
  • Rosnah Mat Aris : Suriati
  • Ayu Raudhah : Latifah
  • Bienda : Weena
  • Marsha : Zarra
  • Dato’ Rahim Razali : Dato’ Rahim
  • Alanaaz Jahan : Juju
  • Eidil Putra Alauddin : Budin
  • Pelakon Pembantu
  • Latif Ibrahim : Pak PJ
  • Farid Wari : Ah Long
  • Noor Hosni Kasim : Nooraini
  • Yusmal Ghazali : Mike
  • Zainal Alam Kadir : Kaunselor
  • Alliesha Amir : Wani

Sinopsis Filem 4 Madu :

Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus.

Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.

Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu.Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.

Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ? Apakah syarat-syarat yang seterusnya ? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka..?


Saksikan filem komedi arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen. ‘4 Madu’, bermadu dipawagam, HARI RAYA PERTAMA 2010

Isnin, 9 Februari 2009

Tayangan Hebat di Astro Box-Office Movies (Bulan Februari 2009)

Dendam Kuntilanak (Indonesia Film) - Saluran 953

Desperadas (Hollywood Film) - Saluran 952

Cape No 7 (Korea Film) - Saluran 952

Ghost House (Thailand Film) - Saluran 953

Tali Pocong Pocong Perawan (Indonesia Film) - Saluran 953

Senario The Movie - Episode 1 (Malay Film) - Saluran 952

Singh is King (India Film) - Saluran 952

Velvet Revolution (Hollywood Film) - Saluran 953

Jangan lupa saksikan kesemua filem-filem yang hebat ini..

Eksklusifi hanya di Astro Box Office Movies (Saluran 952 & 953)

Negara Pelawat Blog


free counters