Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Jumaat, 15 Mei 2009

Minggu Orientasi Pelajar 6 Rendah 2009


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Apa khabar...aku disini sihat sejahtera di samping keluarga..dan aku berharap korang juga semua sihat-sihat disamping keluarga yer....

Hari ni aku nak update pasal Minggu Orientasi 6 Rendah 2009.Pada 12 hingga 14 Mei lepas,kami MPP iaitu Majlis Perwakilan Pelajar 08/09 SMKTM2 telah menguruskan satu minggu khas untuk pelajar tingkatan 6 rendah/bawah.Minggu tersebut telah dikendalikan semua ahli MPP08/09 dan dibantu oleh guru-guru tingkatan 6 juga.

Banyak aktiviti yang dijalankan semasa berlangsungnya minggu orientasi itu.Antaranya ialah :
  • Penerangan tentang pembelajaran & pengjaran Kuliah & Tutorial
  • Penerangan tentang MPP
  • Penerangan tentang mata pelajaran
  • Aktiviti LDK
  • Pembahagian Kumpulan
  • Aktiviti Explorace....

Untuk pelajar 6 rendah trsebut kami telah membahagikan sebanyak 15 kumpulan yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekolah TM1,TM2,Alor Pasir dan lain-lain lagi.

Pada hari prtama :

Alif selaku YDP kami untuk MPP telah membahagikan dan memberitahu nama kepada pelajar yang mana perlu masuk ke dalam kumpulan masing-masing.Aktiviti tersebut dipanggil Ice Breaking..Mereka akan diaturkan berdasarkan pemilihan secara rawak.Manakala setiap kumpulan tersebut akan memperolehi 2 orang fasilitator iaitu terdiri daripada ahli-ahli MPP08/09 .Mereka ditugaskan untuk memberikan sebarang penerangan tentang masalah yang berlaku dan aktiviti yang dilakukan.

Pada hari kedua :

Kami telah melakukan aktiviti yang dipanggil sebagai Boom bOOM Boom...Permainan tersbut amat menarik sekali.Hal ini kerana ia memerlukan kerjasama daripada setiap kumpulan untuk menguatkan dan menghalang daripada dibom oleh kumpulan lain.Selepas itu,kami juga bermain permainan Goreng Pisang...Unuk goreng pisang ini,mereka (setiap kumpulan) haruslah menyambungkan ayat yang telah diberikan oleh setiap kumpulan.Permainan ini amat best kerana ia dapat melahirkan pelajar-plajar dalam setiap kumpulan berfikiran kreatif..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters