Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Ahad, 17 Mei 2009

Hafiz Juara AF7 !!!!

Salam semua...

Apa khaabr di hujung minggu ini,hopely korang semua sihat-sihat sejahtera ek...Maaf lambat posting blog yang terbaru.Aku baru je nak posting blog mengenai konsert Akhir AF7 yang telah pun berakhir semalam.Aku terpaksa posting lepas balik sekolah kerana hari ni hari sekolah seperti biasa dan telah diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah aku.

Mengenai konsert Akhir Akademi Fantasia 7 semalam,agat biasa jer...Ramai jangkaan yang kita dapat terima daripada orang ramai mengenai siapa yang bakal merebut gelaran juara AF untuk musim ketujuh ini..Ada yang mengatakan Hafiz yang sememangnya berbakat..Ada juga yang memilih Akim kerana prestasi dan persembahan setiap minggu sentiasa mendapat pujian dan yang best dan Ada juga mengatakan seorang Ibu yang pertama kali melangkah ke final dalam sejarah AF iaitu Isma kerana Isma merupakan pelajar favourite dan mendapat undian SMS yang begitu banyak...

Namun,detik pukul 12 malam tadi..pengacara AF7 iaitu AC Mizal telah mengumumkan bahawa yang menjadi Juara AF7 adalah Hafiz.Hafiz merupakan Juara AF yang pertama dari Sarawak.Mengikut negeri Juara AF tahun sebelum ini ialah
  • VINCE - Juara AF1 (Kuala Lumpur)
  • ZAHID - Juara AF2 (Kuala Lumpur)
  • MAWI - Juara AF3 (Johor)
  • FAIZAL - Juara AF4 (Terengganu)
  • MILA - Juara AF5 (Pulau Pinang)
  • STACY - Juara AF6 (Sabah)
  • HAFIZ - Juara AF7 (Sarawak)
nampaknya sudah merebak ke negeri-negeri untuk juara AF kali ni,namun kita tunggu dari Negeri Kelantan,Kedah,Perlis,Perak,Melaka,N.Sembilan,Pahang.

Berbalik kepada Hafiz semalam.Beliau telah menyampaikan dengan begitu baik sekali kedua-dua buah lagu iaitu Lagu Tugasan yang bertajuk Kau Bunga Cntaku iaitu nyanyian Anuar Zain dan lagu baru beliau sendiri iaitu Masih Jelas iaitu ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh AD Samad.Untuk lagu baru beliau semalam iaitu Masih Jelas agak best sekali daripada mana-mana lagu baru pelajar AF7 semalam.Dimana Akim (Bengang),Aril (Toksik),Isma (Bisikan...Godaan),Yazid (Ya Papa)...

Kesemua mereka membawa lagu dengan baik sekali...

Mengenai undian semalam :

Sebelum Konsert

Hafiz 44%
Aril 22%
Yazid .....
Akim ......
Isma ......

Lepas Undian Ditutup :

Hafiz 46%
Aril 22%
Akim 18%
Yazid 9%
Isma 5%

Hadiah yang dimenangi oleh Hafiz adalah :

- kereta Honda Accord (2.0) tajaan Honda Malaysia,
- pakej percutian ke New York untuk dua orang tajaan Maybelline New York,
- Aktif bersama Hotlink selama setahun,
- Arezzo Hoffman (5.1 Home Theatre System),
- kamera U1030 tajaan Olympus, Hyundai Air Purifier tajaan MSP Advance,
- jam tangan tajaan Hugo Boss,
- Brand’s InnerShine tajaan Cerebos untuk dinikmati setahun,
- telefon bimbit Nokia 5730 XpressMusic tajaan Nokia dan
- wang tunai RM20,000 tajaan Astro.

Hadiah yang dimenangi oleh Aril selaku Naib Johan AF7 :

- baucar percutian bernilai RM3,000 tajaan Maybelline New York,
- kamera U1030 tajaan Olympus,
- Arez-zo Hoffman Karaoke Set tajaan Areezo,
- Hyundai Air Purifier tajaan MSP Advance,
- jam tangan tajaan Hugo Boss dan
- wang tunai sebanyak RM10,000 tajaan Astro.

Hadiah yan dimenangi oleh Akim (tempat ketiga) AF7 :

- baucar percutian bernilai RM2,000 tajaan Maybelline New York,
- kamera FE320 tajaan Olympus dan
- wang tunai sebanyak RM8,000 tajaan Astro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters