Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Jumaat, 13 Februari 2009

Besok Ada Kejohanan Merentas Desa SMKTM2 2009

Besok sekolah ku (SMKTM2) akan mengadakan satu kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2009.Kejohanan Merentas Desa akan bermula pada pukul 7.40 hingga 1.20ptg.

Semua guru dan pelajar akan terlibat dalam kejohanan Merentas Desa itu.Kesemua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 akan berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan.Bagi pelajar tingkatan 6 pula akan menjadi pegawa-pegawai seperti hakim lorong penamat,penjaga masa,pegawai check point,pegawai keselamatan,pegawai perubatan.

Antara badan uniform yang terlibat untuk kejohanan merentas desa tersebut ialah :

  • Pasukan Kadet Polis Wanita
  • Pasukan Kadet Remaja Sekolah
  • Pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah
Dalam Kejohanan Merentas Desa tersebut akan mempunyai 6 check point.Pelajar perempuan akan menggunakan laluan mereka.Begitu juga dengan pelajar lelaki.Mereka akan menggunakan laluan yang berbeza apabila sampai ke check point keempat.Aku ditugaskan menjadi pegawai check point ke-4.

Pemenang akan diadili berdasarkan siapa yang sampai dahulu dan peraturannya hendaklah diikuti iaitu hendaklah memiliki kad/kupon setiap check point yang dilalui.Barulah dikira pemenang.

Dalam kejohanan ini,ia merangkumi rumah-rumah sukan yang ada.Antara rumah sukan yang ada ialah

  • Rumah Laksamana
  • Rumah Temenggung
  • Rumah Bendahara
  • Rumah Syahbandar
Pada waktu yang sama,kami dari KELAB USAHAWAN MUDA akan mengadakan satu jualan makanan pada hari tersebut.Kami akan menjual pelbagai jenis makanan.Antaranya ialah air minuman,colek buah,keropok lekor,kentng goreng,ayam goreng,dan banyak lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters