Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2009. Papar semua catatan

Selasa, 2 November 2010

Kelate - Juara Baru



alhamdulilah..akhirnya skuad The Red Warrior (Pahlawan Merah) berjaya menghapuskan badi selama 40 tahun untuk merangkul PIALA MALAYSIA untuk edisi kali ini.Skuad The Red Warrior berjaya mengalahkan musuh tradisi yang sememangnya pernah memegang gelaran Juara Piala Malaysia pada tahun 2009 iaitu Negeri Sembilan.Kelantan berjaya mengalahkan Negeri Sembilan iaitu skuad yang terkenal dengan Skuad Rusa dengan 2-1.

Akhirnya Kelantan berjaya membalas dendam terhadap Negeri Sembilan dimana Negeri Sembilan pernah mengalahkan Kelantan di final dengan 3-1 di Stadium Putra Bukit Jalil pada tahun 2009.Namun skuad Kijang berjaya mengalahkan Juara Piala Malaysia yang lepas iaitu Skuad Rusa.

Pujian harus diberikan kepada jurulatih skuad Kijang iaitu B.Sathianthan yang banyak membantu pasukan Kelantan merangkul Piala Malaysia ini.

Dan tak lupa juga kepada berpuluh-puluh ribuan penyokong yang menyokong skuad kijang ini..memang suka nengok kalu ada aksi skuad Kelantan berlawan coz..bermandikan lautan MERAH..

Khamis, 10 Disember 2009

UPIN IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA



Ha..tentu korang terkejut nape la aku duk posting poster terbaek ni...

UPIN IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA...

Ha...kalau korang nak tahu filem animasi yang terbaek yang pernah dihasilkan di MALAYSIA ini akan ditayangkan di TV.....

Kalau anda dah tahu...xer..kalau yang belum tahu lagik...okey aku nak bagitahu info kat korang..

Filem UPIN IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA akan ditayangkan pada 10hb Disember 2009 di saluran yang terkenal dengan trademark " DEKAT DIHATI"....iaitu TV9..

TV9 menjadi penyiar rasmi bagi filem tersebut..Nampaknya Las Copaque memberikan kepercayaan kepada TV9 untuk menayangkan filem tersebut...Nampaknya rating TV9 akan naik mendadak ler...

Bagi peminat UPIN IPIN,memang tak dinafikan TV9 telah menjadi penyiar rasmi bagi kartun kegemaran sekarang UPIN & IPIN...He2...Setiap hari Isnin hingga Jumaat,TV9 akan menyiarkan selama 5 minit kartun UPIN IPIN & Geng....

Pelbagai aksi dan telatah yang disampaikan oleh UPIN & IPIN dalam siaran tersebut...

UPIN IPIN menjadi satu fenomena yang ketara di MALAYSIA kerana keunikan suara dan animasi yang dihasilkan memang kelas tinggi tu..cam kartun kat Hollywood lak pulak....ermm

Okeylah...berbalik kepada Filem UPIN IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA...

Sinopsisnya :

Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.

Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.

Jom kita kenali watak-watak yang ada dalam filem UPIN & IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA :

Badrol
Seorang budak yang bersahaja dan gemar bersenang-senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani. Sewaktu kecil dia berdiam dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah bersamanya ke bandaraya. Setelah lama berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung. Gara-gara suatu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui sewaktu dahulu, Badrol merahsiakan rasa takutnya terhadap katak dan kodok.

Lim
Budak yang paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan dan perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tetapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia kerap membawa alatan yang tidak perlu. Ini juga menjadikan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.

Rajoo (Kannan a/l Rajan)
Budak kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya Sapy. Dia gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain-lain amat meraguinya.

Ros
Dialah yang dilaungkan sebagai gadis paling jelita di kampung tetapi dia tidak selurus yang disangka. Dia perlu membantu neneknya menjual snek sambil mengawasi adik-adiknya yang sering melibatkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering memarahkannya. Dia gemar menonton drama Melayu lama serta berlakon seperti salah seorang watak drama sedemikian.

Upin dan Ipin (Nur Fathiah Diaz)
Adik-beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan kaki ayam, sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana sahaja mereka ada. Mereka sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi mereka tidak lupa membawa pistol mainan. Upinlah yang lebih tua dan ada sehelai rambut pada kepalanya yang menjadikannya bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi “s”.

oKEYlah....korang jangan lupa ek saksikan filem animasi yang terbaek pernah dihasilkan oleh hasil tangan Las Copaque iaitu :

UPIN & IPIN
GENG PENGEMBARAAN BERMULA

pada hari Khamis

bertarikh 10hb Disember 2009

pada pukul 9.30 malam

di slauran Dekat Dihati

TV9

Selamat Menonton....

Khamis, 29 Oktober 2009

esok buat party...

alhamdulilah..syukur....ke hadirat illahi..hari ni genaplah sebulan aku bekerja di AGROBANK sbg JUNIOR EXECUTIVE....he2....genap sebulan..bermakna dapat ler gaji he2....actuallly aku dapat rm1350 gaji...he2...

sempena first gaji,aku sudah berjanji dengan kengkawan aku or classmate aku dulu 6AEK/2009 untuk belanja makan or wat makan..

Aku akan menunaikan janji aku tu..dah mengambil keputusan untuk membuat party or jamuan kesyukuran sikit...

Aku sudah pikir untuk menu untuk esok....

Menunya ialah :
  • SATE (400 cucuk)
  • ROTI JALA (160 biji)
  • BIHUN GORENG
  • AGAR-AGAR
  • BUAH-BUAHAN
ermm...sedapnyer...he2...

aku dah ajak semua friend2 aku.....actually diorang akan datang lepas solat Jumaat besok...

wa tak sabar rasanya nak temui korang....coz dah lama tak jumpa...rindu ler...

jumpa sok ye....

Khamis, 15 Oktober 2009

yE....yE.....yE......Cuti

Ye...Ye..Ye....Ye..

Sukanyer aku...coz mulai ini hari ini.....aku dah start cuti........just for 3 hari.....bermula esok sampai hari Ahad ni....best gileerr....


Aku pun amik keputusan nak chow gi Shah Alam.....nak gi berehat jap sambil menjamu mata......he2...

Jangan marah yer...

Aku akan bertolak ke Shah Alam ngan bus Sani Express mlm ni...Lebih tepat pukul 9.30 (tapi taktahu la pukul berapa bas sampai kat Tanaha Merah...kekadang lewat gak bas ni,.,,,,,

Tapi apa yang penting....aku nak tido puas-puas dlm bas malam ni...coz penat sehari aku bekrja...penat giler.....hhe2......naik pulak bas Bussiness Clas......he2....

Ni first time aku naik SANI EXPRESS....Cam berdebar lak rasanya.....

Ha2.....

Selasa, 25 Ogos 2009

AstroView Edisi Raya Dah Sampai...

Yahoo...Akhirnya dah sampai AstroView untuk bulan September..Aku sudah lama menanti kedatangan buku ini coz dalam ini menyiarkan siaran-siaran yang bakal disiarkan pada Hari Raya nanti di saluran ASTRO.


Untuk ASTROVIEW edisi Raya ini menampilkan Pengacara No.1 Paling Popular di Malaysia iaitu Aznil Haji Nawawi..Wow memang hebat ar Uncle Aznil coz dapat jadi cover majalah Astroview kali ini..Memang mantop la...



Memang kulit cover untuk bulan September pun cantik beb...

Warna hijau..sempena AidilFitri yang bakal tiba nanti...

Wa...tak sabar rasa nak sambut Raya ni......happening..

Dalam Astroviwe untuk edisi kali ini akan menyiarkan senarai-senarai program TV yang bakal disiarkan untuk santapan Hari Raya anda di Astro nanti...

Selain itu.cerita hangat oleh Bintang Popular kita iaitu Mawi juga turut dimuatkan dalam edisi Astorview raya ni.

Dalam Astroview itu menceritakan suasana yang bakal disambut oleh Mawi disamping bersama dengan ister tercintanya iaitu Ekin dan juga di rumah baru beliau...

Memang best ar Astroview kali ini.......thanks Astro...

Okeylah....aku nak chow dulu ler..selamat berpose yer...pose penuh tau...jangan ponteng pose....berdosa....he2.....Assalamualaikum.....

p/s : nanti aku posting senarai rancangan yang bakal disiarkan oleh ASTRO pada hari raya nanti....tunggu tau....dengar kata banyak citer-citer yang gila-gila dan happening tak kurang juga filem-filem hebat dan cerita sedih...nantikan....

Ahad, 19 Julai 2009

Keputusan Muktamad APM 2009

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)
Aizat (Hanya Kau Yang Mampu)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)-
Ayu (Hanya Di Mercu)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik)
Kotak (Masih Cinta)

Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu
Lagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq

Artis Lelaki Terbaik
Afgan (Confession No. 1)

Artis Wanita Terbaik
Bunga Citra Lestari (Tentang Kamu)

Duo/ Kumpulan Terbaik
Yovie & Nuno (The Special One)

Lagu Terbaik
Laskar Pelangi
(Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring)


Album Terbaik
Confession No. 1 oleh artis, Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka

Artis Singapura Paling Popular (berdasarkan SMS)
Taufik Batisah

Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! (berdasarkan SMS)
Datuk Siti Nurhaliza

Artis Indonesia Paling Popular (berdasarkan SMS)
Yovie & Nuno

Artis Serantau Paling Popular (berdasarkan SMS)
Datuk Siti Nurhaliza

Lagu Paling Popular (Singapura) (berdasarkan SMS)
Impianku (Didicazli)

Lagu Paling Popular (Malaysia) (berdasarkan jumlah muat turun)
Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)

Lagu Paling Popular (Indonesia) (berdasarkan jumlah muat turun)
Kul Cinta (Slank)

Anugerah Cinta Planet Muzik
Dik Doank

Anugerah Khas Planet Muzik
Band Gigi

Khamis, 9 Julai 2009

Pesta Kokurikulum Sekolah !!!!

Kandid gambar yang sempat aku amik time masa Pesta Sukan Ko-Kurikulum Kerisma 2009 kat sekolah aku...

Ha...aku sempat lagi bergambar ngan my friend dan yang duk tengah-tengah tu ialah my favourite teacher iaitu Cikgu Asiah...Dier lah cikgu penasihat Kelab Usahawan kami dan guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan Kertas 1.....chaiyok!!!!

Ha...inilah my friend.....diorang ni pantang nak amik gmbr....semua nak berebut....siap posing maut lagi diorang ni...ish2...........

Gerai MPP iaitu Majlis Perwakilan Pelajar 08/09.....Gerai ni semua dihandle oleh budak-budak perempuan...he2...buleh tahan gak diorang menjual...

hA....nilah gerai yang paling happening sekali iaitu Gerai dari budak 6 Atas Pengajian Perniagaan.
MEMANG Kelakar giler la time diorang menjual...Pada masa tu,diorang jual burger,air dan kerepek...kira saingan kat sebelah gerai Kelab aku...

My pekerja-pekerja yang mengusahakan gerai KELAB USAHAWAN MUDA kami semasa berlangsungnya majlis tersebut.....Memang sporting giler la diorang ni...happy bekerja ngan korang semua..

My Club - KELAB USAHAWAN MUDA....Kelab yang paling laku semasa PESTA KO-KURIKULUM....hE2...

Ramai gak yang membeli gerai kami...

My assistant kami iaitu Kak (Roihan) dan Tyrah sedang menggoreng keropok ngan ayam untuk dijual...beruntung ada korang.....

Jumaat, 13 Februari 2009

Besok Ada Kejohanan Merentas Desa SMKTM2 2009

Besok sekolah ku (SMKTM2) akan mengadakan satu kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2009.Kejohanan Merentas Desa akan bermula pada pukul 7.40 hingga 1.20ptg.

Semua guru dan pelajar akan terlibat dalam kejohanan Merentas Desa itu.Kesemua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 akan berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan.Bagi pelajar tingkatan 6 pula akan menjadi pegawa-pegawai seperti hakim lorong penamat,penjaga masa,pegawai check point,pegawai keselamatan,pegawai perubatan.

Antara badan uniform yang terlibat untuk kejohanan merentas desa tersebut ialah :

  • Pasukan Kadet Polis Wanita
  • Pasukan Kadet Remaja Sekolah
  • Pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah
Dalam Kejohanan Merentas Desa tersebut akan mempunyai 6 check point.Pelajar perempuan akan menggunakan laluan mereka.Begitu juga dengan pelajar lelaki.Mereka akan menggunakan laluan yang berbeza apabila sampai ke check point keempat.Aku ditugaskan menjadi pegawai check point ke-4.

Pemenang akan diadili berdasarkan siapa yang sampai dahulu dan peraturannya hendaklah diikuti iaitu hendaklah memiliki kad/kupon setiap check point yang dilalui.Barulah dikira pemenang.

Dalam kejohanan ini,ia merangkumi rumah-rumah sukan yang ada.Antara rumah sukan yang ada ialah

  • Rumah Laksamana
  • Rumah Temenggung
  • Rumah Bendahara
  • Rumah Syahbandar
Pada waktu yang sama,kami dari KELAB USAHAWAN MUDA akan mengadakan satu jualan makanan pada hari tersebut.Kami akan menjual pelbagai jenis makanan.Antaranya ialah air minuman,colek buah,keropok lekor,kentng goreng,ayam goreng,dan banyak lagi...

Selasa, 10 Februari 2009

Senarai Tenaga Pengajar Akademi Fantasia musim ke-7


Alhamdulilah...sekejap tadi saya telah masuk ke ruangan Murai.com...Murai merupakan sebuah portal hiburan yang paling gempak yang penuh dengan hiburan eksklusif sama ada dalam negara mahupun luar negara.Sambil saya melayari laman web itu.saya terlihat la satu ruangan mengenai pengumuman Senarai Tenaga Pengajar bagi Akademi Fantasia musim ke-7...Saya amat terkejut dan terus membaca sampai habis artikel tersebut..Ternyata memang penuh dengan kejutan bagi tenaga pengajar.Ia menggabungkan element tenaga pengajar yang lama dan yang baru.

Antara tenaga pengajar yang bakal mengendalikan Akademi Fantasia musim ke-7 ini ialah :

Pengetua :..................................... (tidak tahu siapa yang bakal memegang jawatan ini)....tunggu
Pengarah Pemuzik : Acis @ Hashridz Murshim
Guru Drama : Ida Nerina
Guru Vokal : Cikgu Shafi (tak tahu betul ke tidak jawatan yang dipegang nanti...teka jer)....
Guru Tarian : A Aris Kadir
Guru Teknikal Vokal : Cikgu Siti Hajar (" ").....
Guru Bahasa Inggeris : Cikgu Fatimah Abu Bakar
Pakar Motivasi :.....

Selain itu...tagline bagi AF7 ialah

Kombinasi Pengajar Baru dan Lama
Bakal Cetus Transformasi Luar Biasa

Negara Pelawat Blog


free counters