Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Khamis, 19 Februari 2009

Majlis Perpisahan Penolong Ko.Kurikulum & Penyelia Petang

Tarikh : 017/02/2009
Pukul : 07.30 - 8.30pg
Lokasi : Dataran Perhimpunan KERISMA SMKTM2

Pada hari ini iaitu 17 haribulan februari 2009,pihak sekolah (SMKTM2) telah mengadakan satu majlis perpisahan Penolong Kanan Ko-Kurikulum iaitu En.Shukri Bin Jusoh dan Penyelia Petang,Tn.Haji Ismail B.Abas.Majlis tersebut dihadiri semua guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 2.

Majlis tersebut berlangsung pada pukul 7.30pg dan berakhir pada pukul 8.30pg.Majlis tersebut dihadiri oleh ayahnda pengetua Tuan Haji Daud bin Mohamad,barisan pentadbir yang lain iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Tn.Haji Shamuin bin Mustpha,guru-guru kanan,guru-guru cemerlang serta pelajar-pelajar SMKTM2.

Majlis perpisahan itu dimulakan dengan bacaan doa.Kemudian,pengerusi majlis menjemput ayahnda tuan pengetua,Tn.Haji Daud bin Mohamad untuk memberikan sepatah dua kata.Ayahnda berpesan kepada semua agar teruskan komitmen guru-guru dan pelajar agar terus cemerlang di sekolah itu.Ayahnda juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pentabir yang diraikan ke tempat yang baru.Penolong Kanan Ko-Kurikulum iaitu En.Shukri akan bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga,Jeli sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.Bagi penyelia Petang pula,Tn.Haji Ismail bin Abas akan bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ladang Kerilla sebagai Penolong Kanan Pentabdiran.

Setelah ucapan daripada ayahnda,seterusnya ucapan pihak pentadbir yang diraikan iaitu En.Shukri untk memberikan kata-kata terakhir sebelum berangkat ke SMK Bukit Bunga.En.Shukri berpesan kepada seluruh pel;ajar-pelajar agar meneruskan kegiatan ko-kurikulum dan meminta maaf kalau ada sila dan salah.

Seterusnya,ucapan dari penyelia petang,Tn.Haji Ismail bin Abas.Penyelia petang sempat berkhidmat di SMKTM2 selama 10 bulan.Beliau bercakap pasal keserasian kat sekolah hampir dapat,namun atas komitmen yang diberikan terpaksa bertukar ke SMK Ladang Kerilla...

Setelah berkahir ucapan dari pihak yang diraikan,seterusnya majlis diteruskan dengan axara pembahagian hadiah daripada pihak-pihak dan guru-guru.

Setelah itu...majlis pun berakhir....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters