Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Isnin, 9 Februari 2009

Episod 2 : Kem Kepimpinan Kerisma SMKTM2 2009

Episode 2

Setelah siap mendirikan khemah kami dipanggil untuk ke dewan Kem untuk diberikan taklimat sepanjang kem tersebut berlangsung.Cikgu yang bertanggungjawab yang memberikan taklimat adalah Ketua Kem Komandan kami iaitu En.Syed Muhd Arrifin dan juga kaunselor sekolah kami iaitu En.Amiran.

Kami diberikan fail dan juga name tag untuk digunakan semasa berlangsung kem tersebut.Kami semua diminta beratur mengikut kumpulan masing-masing.

Setelah diberikan taklimat selama sejam,kami diarahkan setiap kumpulan untuk mencari tempat aktiviti memasak bagi setiap kumpulan.Setiap kumpulan hendaklah mencari tempat utnuk memasak sepanjang kem tersebut berlangsung.Kumpulan aku memilih kawasan memasak berdekatan dengan mussala dan juga tapak perkhemahan pelajar perempuan.Kami segera menyediakan bahan makanan untuk dihidangkan dan untuk dimakan bagi makan malam.

Hari pertama menu bagi kumpulan kami iaitu Nasi dan lauk ayam pedas masak kicap.Oh yer…berkenaan dengan ayam…setiap kumpulan akan diberikan seekor ayam untuk dimasak setiap ahli kumpulan.Ayam tersebut telah pun dikerat oleh cikgu di dewan kantin dan setiap ketua kumpulan hendaklah pergi mengambil ayam tersebut mengikut bilangan ahli kumpulan mereka.Setelah itu,mereka juga hendaklah mengambil nasi yang telah pun dimasak oleh guru.Berkenaan dengan beras.hampir semua kumpulan membawa beras untuk dimakan.Cikgu meminta kami semua menghimpunkan semua beras untuk cikgu memasak.Pelajar-pelajar hanya dating mengambil nasi yang telah pun dimasak.

Pada pukul 5.30 kesemua kumpulan memulakan masakan tersebut.Ada yang merebus air untuk diminum,membasuh ayammemotong sayur dan banyak lagi.Ada juga yang mencari kayu api untuk memasak.Ada juga yang menyiapkan khemah yang belum siap lagi..Aku sempat menolong ahli kumpulan aku menyediakan tempat utnuk memasak.Pada hari pertama Suzi dan yang lain-lain memasak untuk juadah makan malam.Setelah siap aku dan semua ahli kumpulan menjamu masakan yang telah pun dimasak oleh mereka…Memang sedap…

Semasa kami tengah makan,cikgu Chan dan cikgu Rohimah datang ke tempat kami makan dan bertanyakan tentang lauk yang kami masak.Cikgu Chan puji dengan masakan kami……best nyer….

Setelah siap makan,kami segera bersiap untuk menunaikan solat maghrib berjemaah.Aku dan kawan-kawanku segera ke bilik air utnuk mandi dan bersiap untuk solat...

Nantikan sambungan...episod 3......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters