Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Selasa, 3 Februari 2009

Best Lagu " Di Taman Teman - Datuk Siti Nurhaliza

Ha..kita bersua lagi...

Hari ni Apih nak kongsi keseronokan Apih...Apih berasa bangga sangat kerana penyanyi kegemaran Apih iaitu penyanyi no.1 Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza telah mengeluarkan album terbarunya iaitu Lentera Timur.Album Lentera Timur berkonsepkan irama Malaysia & Etnik Kreatif.Lentera Timur bermaksud Cahaya Timur.



Album Lentera Timur telah selamat dilancarkan baru-baru ni.Kesemua lagu yang ada dalam lagu memang best-best belaka....


Lagu yang berjaya menarik hati Apih adalah lagu yang bertajuk Di Taman Teman.Lagu tersebut ciptaan sepenuhnya oleh Fauzi Marzuki dan lirik oleh Hairul Anuar Harun...



: Lirik Lagu Di Taman Teman :

Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Mersik manja asyik fana

Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hindar purnama
Kau masih setia

*
Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat kujejaki tamanmu
Benar indah
Amat indah

Di kala luka terlalu dalam
Sembuhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Chorus;

Walau jauhku berlari
Walau jenuhku mencari
Tetap sungguh kau temani
Tanpa jemu dan benci

Biarku telan tangismu
Biarku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguh kau di hatiku

Percayalah
Kau inderaloka
Kan kususuri
Bahagiamu teman di taman ini…

Ulang *

Lagu : Fauzi Marzuki (EMI Music Publishing (M) Sdn. Bhd)
Lirik : Hairul Anuar Harun (Ardawalika Sdn Bhd)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters