Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Rabu, 25 Mac 2009

SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Tanggal 23 Mac 2009,SMKTM2 telah mengadakan sambutan hari Maulidur Rasul peringkat sekolah.Semua guru dan kakitangan sekolah mengambil bahagian dalam sambutan ini.Pada hari tersebut,para pelajar dan guru telah disajikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Tn.Haji Hanafi b.Mohamed.Pihak sekolah juga telah menjemput penceramah khas sempena sambutan hari Maulidur Rasul ini iaitu Ustaz Norlizan b.Ab Rahman.Beliau telah menyampaikan ceramah dengan begitu bersemangat.

My friend Ceraf n Syafiq tengah menjamu selera
Pihak sekolah juga menyediakan jamuan bersempena dengan sambutan kali ini.Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan untuk disajikan kepada para pelajar dan guru-guru.

Cikgu Zul sedang sibuk memasak

Guru-guru lelaki sedang sibuk melapah daging

Sebelum jamuan diadakan,para pelajar dapat menikmati persembahan daripada pelajar tingkatan 6 iaitu persembahan nasyid dan sketsa.Sebanyak dua buah lagu diperdengarkan.

Sibuk betul guru-guru lelaki yang sedang melapah daging lembu yang telah dikorbankan pagi tadi

Guru-guru yang sibuk memasak

Sambutan pada kali ini amat meriah kerana para pelajar dan guru-guru saling bekerjasama bagi menjayakan sambutan hari Maulidur Rasul ini.Pada hari tersebut juga,para pelajar mengenakan pakaian yang sangat cantik dan berseri-seri di mana pelajar perempuan memakai baju kurung dan pelajar lelaki pula memakai baju melayu berserta sampin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters