Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Sabtu, 14 Mac 2009

Pengetua AF7 ?

Salam sejahtera semua..

Apa khabar semua..hope sihat-sihat belaka ek.Ok.hari ni aku nak update pasal progam realiti tv no.1 di Malaysia kalu lain tidak bukan AF.AF nama singkatannya yang sebenarnya Akademi Fantasia.Akademi Fantasia sudah pun masuk musim ke-7 dan sudah 6 juara AF telah dinobatkan bermula dengan Vince yang merupakan
  • Vince Juara AF1,
  • Zahid Juara AF2,
  • Mawi Juara A3,
  • Faizal AF4,
  • Mila Juara AF5,
  • Stacy Juara AF6

....Dan siapakah bakal menjuarai utuk AF7 nanti ?...adakah kaumwanita sekali lagi mendominasi dalam AF kali selepas menobatkan Mila selaku Juara AF wanita yang pertama pada musim ke5 dan Stacy untuk musim ke-6.

Ok.setelah teka teki siapakah yang bakal menerajui sebagai pengetua AF7 telah pun terjawab dalma diari AF7 minggu pertama hari pertama baru ini.Selaku pengetua AF7 kali ini adalah Datin Seri Tiara Jacquelina.Datin Seri Tiara merupakan pengetua wanita yang pertama dalam AF kali ini.Mungkin Datin Tiara akan melakukan satu perubahan atau transformasi seperti yang dikatakan atau tagline untuk AF7 kali ini "Transformasi Bakal Berlaku".Ramai pihak yang tidak begitu setuju dengan kehadiran Datin Seri Tiara sebagai pengetua AF7.Hal ini kerana mereka berkata Datin Seri Tiara hanya menonjol sebagai dunia lakonan sahaja malah dalam dunia nynayian hanya biasa sahaja.Mereka mengatakan untuk menjadi pengetua hanya orang yang layak pegang jawatan itu adalah orang yang benar-benar mengetahui dunia muzik sahaja..

Saya agak tidak setuju dengan pandangan mereka.Mereka tidak boleh menilai Datin Seri Tiara begitu walaupun Tiara hanya sering melibatkan diri dalam dunia lakonan,teater.Untuk jawatan pengetua,bukan sahaja dalam bidang muzik,malah bidang lain juga harus dititikberatkan juga seperti Datin Tiara walaupun dia hanya melibatkan diri dalam dunia lakonan teater,filem,dia juga melibatkan dalam dunia nyanyian dimana beliau begitu popular dengan lagu tema Puteri Gunung Ledang "Asmaradana".Malah Datin Tiara juga terlibat dalam bidang penerbitan & pengarah teater,drama,filem dan juga bussines yang lain.Hal ini mengukuhkan lagi status Datin Tiara sebagai usahawan or bussinesswoman.Ini dapat kita lihat dalam penerbitan Puteri Gunung Ledang Musical.Malah dalam penerbitan itu,beliau berjaya membawa Puteri Gunung Ledang Musical ke luar negara seperti Singapura dan mendapat sambutan.

Apa-apa pun,syabas saya ucapkan kepada Datin Seri TIara kerana berjaya memegang jawatan Pengetua AF7 dan saya berharap dengan pengubahsuaian yang berlainan bakal terjadi dalam AF7 nanti...Gud Luck Datin Seri Tiara...

AF7....Best...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters