Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Jumaat, 26 Mac 2010

komen : LAGU KONSERT KEDUA AF8

**********************************************

Shahir - JANGAN NAKAL (Alif Sattar)

Iwan - MENCARI KONKLUSI (Hujan)
Daus - MENATAP MATAMU (Aril AF
Alif -
Maulana -
Ema - PAKAI BUANG (Stacy AF6)
Nad - AKU WANITA BIASA (Krisdayanti)
Adira - KU PERCAYA ADA CINTA (Siti Nurhaliza)
Farina - KETENTUAN (Ramlah Ram)
Anum - SEKADAR DI PINGGIRAN (Francisca Peter)
Ain – LAGU HAPPY (Amy Mastura)

***********************************************


Berikut adalah senarai lagu yang akan dibawa oleh 11 pelajar AF8 untuk konsert kedua AF8 nanti.

Wow..itulah yang dapat aku katakan kerana kesemua lagu sedap-sedap didengari n latest belaka..Tahniah n thanks pihak pengurusan Astro kerana bagi lagu yang terbaik ini kepada semua pelajar.

Aku akan komen skit mengenai lagu yang diberikan oleh setiap pelajar pelajar AF8 untuk konsert minggu kedua ini.

Kita akan memulakan dengan pelajar lelaki dahulu.

SHAHIR (JANGAN NAKAL)
– Minggu ini Shahir telah diberikan lagu yang lain sedikit dari genre yang biasa kita dengar Shahir nyanyi.Berbeza dengan genre lagu yang disampaikan masa konsert TIRAI AF8 dan juga konsert pertama AF8 minggu lepas.Pada kali ini,lagu yang diberikan oleh cg berbeza sedikit dri genre seperti yang dibawakan oleh Shahir.Kali ini Shahir akan menyanyikan lagu yang dipoularkan oleh ALif Satar.Lagu yang menjadi siulan remaja sekarang iaitu Jangan Nakal sememangnya lagu yang bergenre Pop. Mampukah Shahir membawakan lagu Jangan Nakal ini dengan versi beliau sendirik.Nantikan konsert pada minggu depan ini….

IWAN (MENCARI KONKLUSI)
– Tahniah Iwan kerana menjadi pelajar terbaik pilihan tenaga pengajar.Iwan sememangnya pelajar yang Berjaya membuatkan persembahannya sentiasa konsisten dan menjaga suaranya dengan baik sekali.Kita imbas balik,Iwan telah menyanyikan lagu Coba nyanyian Faizal Tahir semasa konsert Tirai AF8 dan Berjaya menarik hati semua peminat dan hati juri untuk memberikan komen yang terbaik untuknya.Tidak terlalu over mengatakan yang beliau pelajar lelaki yang paling menyerlah semasa konsert TIRAI AF8 itu.Pada konsert pertama AF8 pula,beliau telah diberikan lagu Inggeris yang bertajuk Havent Met You Yet nyanyian Michael Buble.Memang persembahan yang mantap sehinggakan ramai yang meramalkan Iwan bakal melangkah ke final walaupun tinggal 9 konsert lagik.Begitu juga Edrie Abdul Halim yang mengatakan kepada Iwan supaya meminta Iwan mintak MC dengan doctor dan dating perform masa final nanti…hik2….wow..satu pujian yang hebat tuh…Pada konsert kedua ini,Iwan telah diberikan cabaran untuk membawakan lagu Mencari Konklusi nyanyian band indie yang popular kat Malaysia ini iaitu Hujan.Ramai yang dan anggar yang Iwan mungkin akan membawakan lagu Mencari Konklusi kerana suaranya sesuai untuk bawak lagu tersebut,namun mampukah Iwan mengalas tugas ini.Harap-harap dapat…biar dapat persembahan terbaik pula….

DAUS (MENATAP MATAMU)
– Ha..inilah salah seorang pelajar AF8 dari Sarawak…kitak Sarawak nok…hak2…Daus ni merupakan salah seorang pelajar yang pemalu…diam jer dalam kelas ketika siaran Diari Harian AF8 yang disiarkan dalam astro Ria tuh.Daus telah melakukan percaturan yang kurang berkesan ketika mendendangkan lagu Bye Bye Bye daripada kumpulan Inggeris yang popular ketika dahulu iaitu Nysnc.Lagu itu tidak matching dengan suara beliau kerana lagu itu terlalu rancak dan keadaan vocal Daus pula agak slow sedikit.Ini sekali gus mencacat cela kan lagu tersebut sehinggakan barisan pengkritik mengkritik persembahannya dan merasakan Daus salah memilih lagu tersebut.Untuk konsert pertama pula,Daus telah diberikan tugas untuk membawa lagu Cari Jodoh daripada band popular di Malaysia dan juga Indonesia iaitu Wali Band.Lagu Cari Jodoh tersebut telah menjadi siulan ramai remaja sekarang terutama kanak-kanak yang semakin ingat part bahagian “ ibu-ibu bapak bapak……”errmmm..Namun persembahan Daus pada malam itu agak biasa sahaja tiada apa yang menarik.Ramai yang beranggap mungkin Daus akan membuat yang terbaik dengan lagu tersebut,namun dengan bantuan penari2 pelajar lelaki dalam persembahan tersebut kurang Berjaya untuk membuatkan Daus melakukan persembahan yang hebat.Untuk minggu kedua pula,Daus telah diberikan lagu daripada pemenang tempat ketiga AF7 dan juga pengacara TREK SELEBERITI yang baru iaitu Aril dengan lagu Menatap Matamu.Lagu ini agak besh..dan melodinya sangat bagus..namun mampukah Daus membawakan lagu ini pada konsert kedua nanti…Atau lagu ini juga akan menjadi mangsa seperti lagu Cari Jodoh..apa-apa pun saksikan nanti konsert kedua AF8 yang akan dsiarkan siaran langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil.

ALIF (????????)
- Minggu ini Alif akan mendendangkan lagu inggeris..tapi gue xtahu tajuk per…sorry ek untuk fanAlif AF8.Pada minggu lepas,Alif telah mendendangkan lagu Kau Aku daripada Aizat.Beliau dapat membawakan lagu tersebut dengan baik sekali,namun sikap Alif apabila berada di akademi dan di pentas mungkin tidak Nampak seperti Jantan tulen (ermmm.paham2 je la apa yang aku cakap tu ek..kang cakap lebih2 lak…nt kena sound…hahahaaa…) Apa-apa pun..gud luck Alif…Tapi yang aku x suka about Alif ni coz dier buat2 jer sore dier time nyanyi……

MAULANA (??????)
– Akhirnya Maulana akan mendendangkan lagu favourite ibunya..Haaa…pasti korang ternanti2 persembahan beliau.Pada minggu lepas,Maulana telah memberikan persembahan yang mantap dengan mendendangkan lagu daripada band Indie iaitu Bunkface dengan tajuk lagu “Extravaganza”.

Berbalik pula kepada pelajar perempuan :::

ADIRA (KU PERCAYA ADA CINTA)
– Ha…pada minggu lepas,Adira telah mendapat pelajar terbaik bersama Iwan.Beliau dapat memberikan persembahan yang mantap dan hebat.Adira telah membawa lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal oleh Jaclyn Victor dengan begitu baik sekali..tetapi kekadang time dier jerit..tu high pitch yang tinggi..cam menjerit lak aku nengoknya…bukannya menyanyi… hhahaa…apa-apa pun minggu ini,Adira akan diberikan tugasan untuk membawa lagu daripada diva no.1 Malaysia dan juga penyanyi no.1 Malaysia iaitu Dato’Siti Nurhaliza dengan lagu Ku Percaya Ada Cinta.Lagu tersebut memang best apabila kita menghayati baris-baris lirik dan elemen muzik yang diciptakan..Namun mampukah Adira membawakan lagu tersebut dengan versinya tersendirik..Apa-apa pun..jangan ikut suara Dato Ct dah ler….jangan ikut gaya Dato Siti k

AIN (LAGU HAPPY)
– Ain bagaimanapun telah mengecewakan saya dan peminat-peminatnya pada minggu lepas kerana persembahan yang kureng best dalam konsert lepas,Ain yang telah membawakan lagu Hey Ladies dalam konsert pertama tidak Berjaya menarik hati peminat untuk mengundi beliau dan juga hati juri untuk memberikan komen yang terbaik.Sekali gus telah menghampakan semua orang yang mana beranggapan yang Ain akan membuat persembahan yang terbaik pada minggu lepas.Mungkin Ain tidak suka lagu yang terlampau rancak dan fast…So..kawalan sore dier agak lemah sekali time menyanyikan lagu tersebut.Namun pada minggu ini,Ain sekali lagi diberikan tugasan dengan lagu yang agak fast juga daripada penyanyi kecil molek iaitu Amy Mastura dengan lagu Lagu Happy.Lagu Happy merupakan lagu yang sangat fast n best kalau kita dengar betul2…lagu yang memang betul2 happy….memang sesuai la dengan tajuk lagunya itu….Apa-apapun.Good Luck Ain….

ANUM (SEKADAR DI PINGGIRAN)
– Ha……minat bersuara rock ini akan mendendangkan lagu daripada penyanyi popular 90’an iaitu Fransisca Peter dengan lagu hitsnya “Sekadar Di Pinggiran”.Anum telah Berjaya mendendangkan lagu Aku Tak Percaya Cinta daripada Liyana Jasmay,namun Anum masih lagi boleh belajar untuk cara mengawal suara agar tidak sumbang time nyanyi….

EMA (PAKAI BUANG)
– Kali ini,Ema diberikan lagu fast iaitu lagu daripada Juara AF6 iaitu Stacy dengan lagu “Pakai Buang”.Lagu Pakai Buang memang fast n tempo yang laju …so mampukah Ema mendendangkan lagu Pakai Buang itu pada konsert kedua nanti…kita sama-sama saksikan yer..kalau Berjaya.. alhamdulilah..kalau tak..so tadah la telinga dengan kritikan pedas juri tuh…Minggu lepas,Ema telah mendendangkan lagu daripada Marsha yang bertajuk Yang Terbaik.Overall persembahan yang baik la..Cuma sesekali tu dengan suara cam penyanyi asal jugak….

FARINA (KETENTUAN)
– Kasihan Farina pada minggu lepas kerana dihentam dengan kritikan yang agak pedas daripada Adlin Aman Ramlli….memang kesian aku nengoknya..namun betul juga apa yang dicakapkan oleh Adlin tu,persembahan Farina pada malam itu agak lemah dan tidak Berjaya..Beliau seolah2 tidak menghayati dengan betul-betul lagu tersebut.Farina pada minggu lepas telah mendendangkan lagu hot n latest daripada penyanyi sohor Barat iaitu Lady Gaga dengan lagu Paparazzi.Sayangnya..lagu sedap..Cuma penyanyi yang mendendangkan pada malam itu kureng…hik2..sorry for fan Farina…..Pada minggu ini pula,Farina telah diberikan tugasan untuk membawakan lagu Ketentuan daripada Ramlah Ram..Memang lagu nih favourite aku nih..sedap nak dgr…..sayang ar kalau beri bad performance pada malam tu…hopely…good performance lak ek….

NAD (AKU WANITA BIASA)
– Nad juga dikritik hebat oleh barisan juri pada minggu lepas setelah mendendangkan lagu daripada Farah Asyikin yang bertajuk ERT.Lagu tersebut merupakan lagu soundtrack daripada filem Pisau Cukur.Namun,kegagalan Nad bermain dan menunjukkan watak mengoda dalam persembahan beliau itulah dikritik hebat oleh juri terutama Adlin.Adlin merasakan yang Nad agak tidak sesuai mendendangkan lagu tersebut jika dibandingkan dengan perwatakan yang sedikit tomboy itu,Namun minggu ini,Nad diberi tugasan untuk mendendangkan lagu yang very-very famous sekarang iaitu Aku Wanita Biasa dendangan asal daripada Kris Dayanti.Lagu tersebut memang slow melodynya…namun..mampukah Nad membawa lagu ini dengan versinya tersendiri..nantikan konsert kedua nanti…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters