Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Ahad, 21 Mac 2010

REVIEW@KONSERT PERTAMA AF8

Alhamdulilah setelah satu jam 30 minit bertapa di depan TV untuk menyaksikan siaran langsung KONSERT PERTAMA AKADEMI FANTASIA 8 akhir Berjaya…

Ermm…..nampaknya secara keseluruhan agak hambar gak la..cam konsert TIRAI AF8 minggu lepas..Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang Berjaya menambat hati juri semasa membuat persembahan di konsert tersebut.

Okeylah.aku akan memulakan proses kritik n komen aku pasal persembahan pelajar ini :

MAULANA (Extravaganza)
  • Maulana telah diberikan tugas agak berat gak untuk membawakan lagu daripada indie band kita iaitu Bunkface.Maulana telah pun membawa lagu Extravangza ini dengan baik sekali.Permulaan yang agak bagus,namun setelah masuk part bahagian tengah,seolah-olah Maulana sudah hilang arah,namun pergerakan permulaan persembahan agak kureng sedikit.Sepatutnya Maulana harus bijak menguasai pentas dan tarian…jangan hanya duk lompat-lompat jer…Apa-apa pun pembukaan konsert AF8 ini besh gak…
  • PENILAIAN : 6/10

ADIRA (Bertamu Di Kalbu)
  • Adira sememangnya mempunyai vocal yang agak mantap jugak dalam kalangan pelajar perempuan AF kali ini.Adira seolah-olah Berjaya menarik hati juri untuk memberikan kritikan yang agak baik n sedap di dengar.Mungkin ketika part nyanyian yang ditarik n teriak selalu itu membuatkan bulu roma pengkritik kita meremang…Apa-apa pun aku suka dengan persembahan Adira malam ini kerana berjaya membuatkan aku terpegun dengan vocalnya
  • PENILAIAN : 9/10

SHAHIR (Khatimah Cinta)
  • Shahir bermula agak besh la…aku dgr cam suka n sedih lak dgr time Shahir nyanyi lagi daripada 6ixth Sense nih..Permulaan yang agak menarik..kira Shahir berdrama dalam lagu..perghh..memang syahdu giler dgr lagu nih…suka…tapi masapart baling mic stand tu aku x berapa berkenan sgt la…..Sama ar seperti Adlin cakap..ko jangan baling la mic stand tu..ko budak baru lagik…ermmm
  • PENILAIAN : 7/10

NAD (Ert)
  • Aku kasihan tengok si Nad menyanyi lagu nih…dier seolah2 tidak enjoy dengan persembahannya ini.Aku merasakan karakter yang ditunjukkan dalam persembahan Nad ini tidak bersesuaian dengan lagu.Aku rasa Nad perlu lebih gedik dan cathy lagik dengan pergerakannya itu.Mungkin dengan persembahan yang biasa telah membunuh dan mencacatkan persembahan beliau.Apa-apa pun Nad sudah memberikan komtimen untuk menyampaikan lagu tersebut..Namun..Gagal..Sorry Nad..
  • PENILAIAN : 4/10

ALIF (Kau Aku)
  • Kali ini aku nengok si Alif ni agak enjoy dengan lagu yang diberikan oleh pengetua itu,namun aku merasakan vocal dan suaranya agak lain ketika dier bercakap.Kalau bercakap bunyi lain,kalau menyanyi bunyinya lain…ermmm..agak x sedap didengar la…macam suara iklan kata Pak Nil kita…Aku kureng sangat ngan vocal ALif nih…..jarang aku dgr sore besar camnih...
  • PENILAIAN : 5/10

FARINA (Paparazzi)
  • Inilah persembahan yang paling kurang baik dalam persembahan Konsert AF8 malam ini.Farina sudah pun gagal membawakan lagu ini dengan baik kerana beliau sememangnya tidak matching perwatakan dan juga vocal untuk membawa lagu ini.Lagu yang dibawakan oleh Farina pada malam itu adalah lagu daripada penyanyi kontroversi “LADY GAGA”. Yang bertajuk Paparazzi.Mungkin dengan karakter Farina yang agak lemah lembut itulah mebuatkan persembahannya gagal terus….memang kurang la malam itu Farina..Sampaikan Si Adlin cakap ni lagu Paparazzi ker lagu Cindai..baik nyanyi lagu Cindai…ermmm
  • PENILAIAN : 3/10

DAUS (Cari Jodoh)
  • Lagu yang diberikan oleh pelajar yang bernama Daus sememangnya hot di MALAYSIA.Lagu Cari Codoh merupakan lagu famous ar..sampaikan budak kecik pun thu nak menyanyi.Maybe dengan perwatakan Daus yang agak biasa dan vocal yang disampaikan menerusi lagu tersebut agak mengecewakan..Dengan dibantu oleh kawan-kawan mereka dalam menarik lagu itu,Daus agak kurang berkesan dan agak mengecewakan semua juri..Agak menyedihkan kerana lagu yang popular dan menjadi siulan orang ramai ini berharap agar ada kejutan yang luar biasa yang ditunjukkan dalam persembahan Daus,namun tiada yang istimewa dalam persembahan itu.Biasa…
  • PENILAIAN : 5/10

ANUM (Aku Tak Percaya Cinta)
  • Maybe dengan berbekalkan sore yang rock mungkin agak tidak sesuai la si Anum ini menyanyikan lagu dari Liyan Jasmay ini.Lagu ini merupakan lagu cathy dan rancak..namun pergerakan Anum haruslah dipuji kerana beliau dapat buat dengan terbaik Cuma dari segi vocal agak biasa sahaja
  • PENILAIAN : 7/10

AIN (Hey Ladies)
  • Ain bagaimanapun agak mengecewakan ramai peminat-peminatnya kerana persembahan yang tidak konssiten dalam nyanyian tersebut.Seperti yang kita tahu,lagu Hey Ladies ini merupakan lagu yang agak rancak,namun kehebatan vocal Ain bagaimanapun tercalar sedkit kerana beliau sememangnya agak kurang selesa sangat dengan lagu Hey Ladies itu.Ain agak mengecewakan semua juri dimana persembahan Ain minggu lepas adalah lebih baik daripada persembahan ini
  • PENILAIAN : 6/10

SHAH (Bengang)
  • Biasa sahaja………(x sempat nak komen apa-apa) coz aku tak dpt nengok persmebahan Shah..Apa-apa pun Shah dah buat yang terbaik…
  • PENILAIAN : 6/10

EMA (Yang Terbaik)
  • Permulaan agak baik si Ema ketika menyanyikan lagu Yang Terbaik daripada Marsha.Lagu ini agak biasa jer..namun…persembahan Ema mungkin sedikit terganggu apabila Shah digandingkan atau kira prop untuk persembahan si Ema itu…nyanyian semakin baik
  • PENILAIAN : 6/10

IWAN (Havent Met You Yet)
  • Iwan menjadi pelajar terakhir membuat persembahan.Namun persembahan Iwan agak biasa sahaja pada minggu ini.Iwan masih lagi berasa malu di atas pentas,sepatutnya beliau haruslah buang sifat tersebut jika mahu membuat persembahan yang terbaik.Dari segi vocal memang tak dinafikan memang sedap…dan antara terbaik dalam kalangan pelajar lelaki..Iwan membuat persembahan yang agak baik juga sehinggakan si Edrie Abdul Halim mengatakan suruh Iwan amik MC dari doctor n dating masa final n perform…wahh…..
  • PENILAIAN : 8/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters