Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Jumaat, 26 Mac 2010

Telenovela : SHE-WOLF ; The Last Sentinel

Ha...hari ni aku nak update pasal citer terbaru kat TV3 nih.Citer ini telah menggantikan Lalola dalam slot Telenovela iaitu setiap Hari Isnin hingga Khamis pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang di TV3.

Slot ini telah memperkenalkan sebuah drama bersiri baru bagi menggantikan drama Lalola yang telah pun berakhir pada hari Isnin lepas.

Dalam usaha meningkatkan rating penonton untuk terus melekatkan diri menghadap tv nih,TV3 mengambil inisatif untuk menyiarkan sebuah drama yang berkualiti untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan memberikan pengajaran terhadap sesebuah drama yang disiarkan.

Akhirnya TV3 menayangkan sebuah drama daripada Flilipna yang sememangnya menjadi pilihan peminat untuk menyaksikan drama dari negara itu.Drama Filipina merupakan salah satu drama terbaik pilihan penonton selain daripada Drama Indonesia...

Drama Filipina yang dimaksudkan adalah drama bertajuk SHE-WOLF : The Last Sentinel.Drama tersebut adalah terbitan ABS-CBN Broadcasting Corporation membariskan pelakon-pelakon berbakat dari Filipina seperti Angel Locsin, Piolo Pascual, Shaina Magdayao, Ryan Eigenmann, Pilar Pilapil, Agot Isidro dan ramai lagi.

Ekoran sambutan yang luar biasa di Filipina, “SHE – WOLF” telah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Piolo Pascual) di Star Awards for Television 2008. “SHE – WOLF” juga dipilih sebagai program TV yang paling digemari di Anugerah Anak TV Seal 2008 dan dinobatkan Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Gawad Tanglaw 2008. Selain itu, “SHE – WOLF” juga terpilih sebagai Telenovela Terbaik di Festival BANFF World Televisyen 2009 yang merupakan satu-satunya pencalonan drama bersiri dari Filipina yang bertanding dengan 800 pencalonan dari 29 buah negara lain.

Pelakon wanita utamanya, Angel Loscin pula berjaya dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Emmy ke -37.

Drama bersiri selama 60 episod ini mengisahkan tentang Lyka, seorang gadis jelita yang memulakan kerjayanya sebagai pembantu peribadi kepada pereka fesyen yang tersohor, Lady Elle. Noah ialah seorang Leftenan yang bijak dan mahir dalam peperangan. Noah menjalani misi penyamaran sebagai pengawal peribadi kepada Lady Elle untuk menyiasat operasi House of Elle dan organisasi gelap ‘Waya’.

Lyka dan Noah telah bertemu dan jatuh cinta. Namun, takdir mereka bakal memisahkan dua hati muda yang tulus ini. Sebenarnya, Lyka berasal daripada keturunan serigala jadian dan dia akan mengalami transformasi menjelang hari jadi yang ke 21. Malah, Lyka juga perlu akur kepada takdir dan amanat dari keturunannya yang menuntut Lyka sebagai pengawal dan penyelamat kepada keturunan serigala jadian. Noah pula terpaksa menyertai organisasi Luna dalam pelaksanaan misi menghapuskan serigala jadian.

Adakah Lyka dan Noah akan meneruskan percintaan mereka meskipun pelbagai rahsia, pengkhianatan dan kejahatan yang menyelubungi mereka? Sampai bilakah mereka sanggup menghadapi takdir yang ingin memisahkan mereka? Ikuti Telenovela ‘She -Wolf the Last Sentinel’ mulai 23 Mac 2010, setiap Isnin hingga Khamis, 3.00 petang di TV3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters