Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Khamis, 10 Disember 2009

UPIN IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA



Ha..tentu korang terkejut nape la aku duk posting poster terbaek ni...

UPIN IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA...

Ha...kalau korang nak tahu filem animasi yang terbaek yang pernah dihasilkan di MALAYSIA ini akan ditayangkan di TV.....

Kalau anda dah tahu...xer..kalau yang belum tahu lagik...okey aku nak bagitahu info kat korang..

Filem UPIN IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA akan ditayangkan pada 10hb Disember 2009 di saluran yang terkenal dengan trademark " DEKAT DIHATI"....iaitu TV9..

TV9 menjadi penyiar rasmi bagi filem tersebut..Nampaknya Las Copaque memberikan kepercayaan kepada TV9 untuk menayangkan filem tersebut...Nampaknya rating TV9 akan naik mendadak ler...

Bagi peminat UPIN IPIN,memang tak dinafikan TV9 telah menjadi penyiar rasmi bagi kartun kegemaran sekarang UPIN & IPIN...He2...Setiap hari Isnin hingga Jumaat,TV9 akan menyiarkan selama 5 minit kartun UPIN IPIN & Geng....

Pelbagai aksi dan telatah yang disampaikan oleh UPIN & IPIN dalam siaran tersebut...

UPIN IPIN menjadi satu fenomena yang ketara di MALAYSIA kerana keunikan suara dan animasi yang dihasilkan memang kelas tinggi tu..cam kartun kat Hollywood lak pulak....ermm

Okeylah...berbalik kepada Filem UPIN IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA...

Sinopsisnya :

Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.

Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.

Jom kita kenali watak-watak yang ada dalam filem UPIN & IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA :

Badrol
Seorang budak yang bersahaja dan gemar bersenang-senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani. Sewaktu kecil dia berdiam dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah bersamanya ke bandaraya. Setelah lama berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung. Gara-gara suatu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui sewaktu dahulu, Badrol merahsiakan rasa takutnya terhadap katak dan kodok.

Lim
Budak yang paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan dan perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tetapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia kerap membawa alatan yang tidak perlu. Ini juga menjadikan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.

Rajoo (Kannan a/l Rajan)
Budak kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya Sapy. Dia gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain-lain amat meraguinya.

Ros
Dialah yang dilaungkan sebagai gadis paling jelita di kampung tetapi dia tidak selurus yang disangka. Dia perlu membantu neneknya menjual snek sambil mengawasi adik-adiknya yang sering melibatkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering memarahkannya. Dia gemar menonton drama Melayu lama serta berlakon seperti salah seorang watak drama sedemikian.

Upin dan Ipin (Nur Fathiah Diaz)
Adik-beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan kaki ayam, sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana sahaja mereka ada. Mereka sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi mereka tidak lupa membawa pistol mainan. Upinlah yang lebih tua dan ada sehelai rambut pada kepalanya yang menjadikannya bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi “s”.

oKEYlah....korang jangan lupa ek saksikan filem animasi yang terbaek pernah dihasilkan oleh hasil tangan Las Copaque iaitu :

UPIN & IPIN
GENG PENGEMBARAAN BERMULA

pada hari Khamis

bertarikh 10hb Disember 2009

pada pukul 9.30 malam

di slauran Dekat Dihati

TV9

Selamat Menonton....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters