Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Ahad, 23 Mei 2010

Shahir menjuarai AF8



Title “JUARA AF8” telah dinobatkan kepada Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir.Pelajar dari Perak ini merupakan pelajar AFMASUK ini telah menjadi kegilaan peminat sehinggakan berjaya menewaskan bekas-bekas pelajar AF8 seperti Shah,Ema,Anum,Alif,Nad,dan Farina dalam AFMASUK.Shahir iaitu antara pelajar yang diminati oleh peminat khususnya wanita berjaya merangkul Juara AF8 sewaktu selesai membuat 2 persembahan ketika berlangsungnya konsert Akhir AF8 di Stadium Putra Bukit Jalil.Shahir juga berjaya menewaskan finalis-finalis AF8 lain iaitu saingan terdekat AFUNDI iaitu Adira.Selain itu,beliau juga mengalahkan Daus,Iwan dan juga Maulana.

Dengan berbekalkan AFUNDI tertinggi setelah talian AFUNDI ditamatkan,Shahir yang menerima undian sms AFUNDI sebanyak 43.19% mendominasi AFUNDI dan sekali gus ditabalkan Juara AF8,diikuti oleh Adira dengan 25.13%,seterusnya Daus dengan 12.47%,Maulana 10% dan terakhir sekali Iwan dengan 9.02%.

Mengimbas kembali persembahan konsert final AF8 sememangnya ramai sudah menjangkakan yang Shahir akan menjadi Juara AF8.Persembahan pembukaan final AF8 telah menampilkan 5 finalis AF8.Persembahan pertama adalah Daus.Daus menyampaikan lagu Doktor Pakar Cinta daripada Yusry KRU.Alhamdulilah Daus berjaya membuat persembahan dengan begitu baik sekali dan berjaya mendapat pujian daripada pengkritik pada malam itu.Antara pengkritik pada malam final iaitu ialah pengkritik tetap AF8 adalah Adlin Aman Ramlie dan Aznil Haji Nawawi.Manakala pengkritik jemputan pula ialah Ning Baizura.

Persembahan pelajar diteruskan dengan pelajar yang bernama Iwan.Iwan yang menampilkan dengan imej baru mempersembahkan lagu Relaku Pujuk yang juga berkolobarasi dengan Tam Spider mendapat sorakan peminat dan pujian pengkritik.Persembahan ketiga pula diteruskan dengan persembahan daripada Maulana.Maulana mempersembahkan lagu baru beliau iaitu lagu yang berentakkan genre “JAZZ” yang bertajuk “RSVP”.Lagu tersebut memang best dan sedap di dengar dengan arrangement music yang bagus dan segar.Persembahan seterusnya diteruskan oleh wakil tunggal pelajar wanita yang layak ke final iaitu Adira.Adira telah menyampaikan lagu “Tiru Macam Saya” daripada Ratu Jazz kita iaitu Dato Shiela Majid.Overall persembahan Adira agak berhati-hati walaupun karakter Lisdawati ditampilkan dalam persembahannya.

Dan saat yang dinantikan oleh semua peminat Shahir,Shahir telah membuat persembahan dengan menyampaikan lagu baru beliau iaitu “Kebahagian Dalam Perpisahan”.Lagu tersebut memang best dan menusuk kalbu dengan bait-bait lirik dan melodi yang meruntun jiwa.Memang sesuai vocal Jantan Shahir ini dengan lagu ini.Secara overall dari persembahan daripada Shahir agak ok Cuma Nampak bersahaja dan pemakaian yang agak ringkas.

BERIKUT PENILAIAN PERSEMBAHAN “ROUND1” :
  1. DAUS
  2. MAULANA
  3. IWAN
  4. SHAHIR
  5. ADIRA

Persembahan Round 2 pula diteruskan dengan Iwan.Iwan telah menyampaikan lagu baru beliau iaitu V.I.P.Lagu ini memang best dan sesuai untuk jiwa anak muda sekarang dan lebih kepada genre “INDIE” memang sesuai sgt dengan vocal mantap Iwan dan berjaya menambat hati jusri dan merasakan lagu ini best dan mungkin hot di radio.Persembahan kedua pula ialah daripada Maulana.Maulana telah mendendangkan lagu daripada Aizat iaitu Susun Silang Kata.Lagu ini telah diubahkan secara Jazz dan sesuai dengan vocal Maulana.Maulana dapat membawa lagu ini dengan baik sekali.Tahniah Maulana.

Persembahan ketiga pula diteruskan dengan Daus.Daus menyampaikan lagu barunya iaitu yang bertajuk “Kenapa”.Lagu ini memang sesuai dengan vocal Daus.Memang persembahan pada malam itu memang best dan tidak pernah mengecewakan dalam setiap persembahan di dalam konsert.Persembahan ke-4 pula diteruskan dengan persembahan Shahir dengan menyampaikan lagu daripada Wings yang bertajuk “Biru Mata Hitamku”.Overall persembahan yang mantap dan best.Dan akhir sekali,persembahan dilakukan oleh Adira.

Persembahan Adira kali ini berjaya memukau dengan vocal yang mantap dengan mempersembahan lagu baru beliau iaitu Ku Ada Kamu.Dengan prop persembahan kanak-kanak,menjadikan persembahan Adira layak bergelar Juara AF8 katanya Adlin Aman Ramlie.

BERIKUT PENILAIAN PERSEMBAHAN “ROUND2” :
  1. ADIRA
  2. DAUS
  3. SHAHIR
  4. MAULANA
  5. IWAN

Dengan kemenangan Shair menjulang AF8 berjaya membawa pulang sebuah kereta Peugeot dan Adira pula selaku naib Juara membawa pulang Satria Neo.Dari segi peratusan AFUNDI memang tidak dinafikan Shahir tidak boleh dikalahkan dengan mana-mana pelajar/finalis AF8.Namun dari segi persembahan saya sebulat suara memilih Daus dan Iwan,manakala dari segi vocal saya memiih Adira dan juga Maulana.

Berakhirlah sudah program reality no.1 Malaysia yang sudah pun masuk musim kelapan.Tidak sabar untuk menunggu AF9 pula….(kalau ada lagi….)…Apa-apa pun good luck to all finalis AF8 dan juga bekas2 pelajar AF8 dan menempuh dugaan menjadi anak seni….

Sekian..terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters