Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Khamis, 13 Mei 2010

Malaysia Mengalahkan Denmark 3-2



Alhamdulilah skuad badminton Negara menewaskan skuad Denmark dengan mata 3-2..Mata yang pertama disumbangkan oleh pemain badminton kebanggaan kita iaitu Datuk Lee Chong Wei menewaskan Peter Honsen Gade dengan straight sets 21-17 dan 21-17.Memang dijangka dari awal lagi yang DatuK Lee Chong Wei akan menewaskan Peter Gade..tahniah buat Lee Chong Wei.

Mata kedua pula disumbangkan oleh skuad beregu no.1 dunia iaitu Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong.Skuad ini baru sahaja menumpaskan pasukan Jepun semalam dan hari ni juga menewaskan pasukan beregu Denmark dengan straight sets 21-17,21-18.

Namun pada perseorangan kedua iaitu perlawanan Wong Choo Han terpaksa akur dengan kehebatan pemain peseorangan Denmark (entah nama per)….dengan rubber sets…(x ingat…..)…
Bagi perlawanan keempat pula,beregu kedua pilihan Negara iaitu Zakry Abdul Latif digandingkan dengan Hoon juga terpaksa akur dengan kehebatan daripada beregu Denmark dengan rubber sets (x ingat)…

Bagi menentukan siapa yang menang,Hafiz Hashim selaku pemain perseorangan diturunkan dan terpaksa berlawan dengan pemain perseorangan Denmark dan menewaskan dengan straight sets (21-17,21-?)…Kemenangan Hafiz Hashim itu membuatkan Malaysia mendahului dengan 3-2 dan berjaya mengalahkan Denmark.Ini bermakna Malaysia akan bertemu China di peringkat Separuh Akhir…

Wahh.ini lagi mendebarkan..hopely Malaysia dapat mengalahkan China sekurang2nya 3-2 pun xper dah….Rampas balik Piala Thomas yang sudah menjangkau 14tahun kita tidak berjaya mengondol piala tersebut…All the best team Malaysia….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters