Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Jumaat, 7 Mei 2010

Lagu Tugasan Minggu Kelapan AF8

Minggu ini pelajar2 yang masih tinggal dalam Akademi Fantasia 8 meneruskan cabaran beliau sehingga ke peringkat akhir pada 22hb ni,Minggu kelapan ini,pelajar-pelajar telah diberikan tugasan dimana lagu-lagu yang diberikan ini akan menguji kekuatan vocal mereka.Untuk minggu ini,para pelajar telah diberikan lagu :
  • Lihat Cara Dia Memandang (BRE)
  • Gerimis (VISA)
  • Putus Saja Pacarmu (P.U.S.P.A) (ST12)
  • Suci Dalam Debu (IKLIM)
  • Kitalah Bintang(ELLA)
  • Selanjur Bercinta (AISYAH)
-------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk minggu ini,lagu Lihat Cara Dia Memandang telah diberikan kepada Iwan kerana lagu tersebut merupakan lagu yang sesuai dengan kekuatan vocal Iwan dan juga gaya persembahan yang sentiasa menjadi tumpuan dalam setiap konsert.Iwan bagaimanapun haruslah menjaga kualiti vocal beliau dan diharap akan terus cemerlang dalam konsert pada minggu ini dan berjaya mendapatkan 3 lampu hijau sekali lagi.Lagu Lihat Cara Dia Memandang merupakan lagu daripada band BRE.Band ini berasal daripada Indonesia dan lagu ini agak famous dan lagu ini juga berentak relax n sempoi jer ketika menyanyi.Tapi mampukan Iwan mengalas cabaran dengan membawa lagu ini?????.Nantikan konsert kelapan AF8 hari Sabtu ini di Dewan Sri Putra Bukit Jalil.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Minggu ini,Maulana telah diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu Dalam Gerimis nyanyian kumpulan Visa.Lagu ini merupakan lagu Balada Cuma telah diubahkan kepada bervariasi pop.So Maulana sudah tentu bakal membuat persembahan terbaik pada malam itu.Maulana haruslah sentiasa konsisten dalam segi persembahan dan ciptakan kelainan dalam persembahan beliau sehinggakan orang Berjaya menghayati lagu itu
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Daus pula,pada minggu ini diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu daripada kumpulan dari Indonesia iaitu ST12 dengan lagu yang bertajuk “PUSPA” atau Putus Saja Pacarmu.Lagu ini bergenre kan relax dan tidak perlu menjerit2…so mungkin Daus dapat membawa lagu ini dan menjadikan lagu ini makanan beliau.Apa-apa pun,segala2nya akan terjawab apabila persembahan beliau akan ditunjukkan pada konsert sabtu ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Suci Dalam Debu merupakan lagu famous satu ketika dahulu,namun kali ini Ain selaku pelajar yang bertuah dapat membawa lagu ini pada konsert kelapan nanti.Ain diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu daripada kumpulan yang sewaktu ketika dahulu dan sehingga sekarang famous iaitu kumpulan Iklim dengan lagu yang bertajuk “Suci Dalam Debu”.Lagu ini mungkin Ain berasa agak kekok,namun beliau harus membuatkan persembahan yang terbaik seperti mana2 konsert sebelum ini,Ain bagaimanapun graf persembahan setiap konsert snetiasa berubah2..kekadang bagus kekadang buruk..namun kualiti vocal Ain memang patut dipuji kerana jarang ada vocal semantap Ain.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Adira minggu ini diuji dengan lagu daripada penyanyi atau ratu rock Malaysia iaitu Ella.Lagu yang bertajuk Kitalah Bintang akan didendangkan oleh Adira sewaktu berlangsungnya konsert minggu kelapan ini.Bagaimanapun,kemampuan dan kehebatan vocal Adira akan terlaksana apabila jika Aidra Berjaya membawa lagu ini dengan versinya tersendiri.Bagaimanapun,dari sudut persembahan setiap minggu Adira merupakan pelajar perempuan yang sentiasa konssiten dalam setiap persembahan,namun Adira haruslah menguasai dengan lebih mantap dan ok lagik untuk menjadikan beliau sebagai Juara AF8 itupun jika peminat merasakan beliau sememangnya layak untuk bergelar Juara AF8…
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Farina pada minggu ini akan diberikan tugasan dengan menyampaikan lagu daripada Aishah yang bertajuk Selanjur Bercinta.Lagu ini memang best namun Farina haruslah membawakan lagu ini dengan versinya tersendiri dan biar dan jadikan persembahan beliau terbaik pada malam itu,kalau tidak peminat akan tidak teragak2 akan tidak mengundi dan seterusnya beliau akan mengikut jejak langkah rakan2 atau pelajar2 yang sudah tersingkir
-------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters