Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Ahad, 16 Mei 2010

China Rangkul Thomas & Korea Uber



Nampaknya penguasaan China dalam Piala Thomas memang tidak dapat ditandingi kerana berjaya mengekalkan kejuaraan yang berturut-turut untuk edisi kali ini.China berjaya menewaskan Indonesia di peringkat akhir untuk Piala Thomas edisi 2010.Memang dari awal lagi,China merupakan pilihan pertama untuk memenangi kejohana Piala Thomas untuk edisi kali ini.China berjaya menewaskan Indonesia dengan 3-0.

Kejayaan China hasil daripada mata kemenangan daripada pemain no.2 dunia iaitu pemain pilihan pertama China Lin Dan menewaskan pemain utama pilihan Indonesia iaitu Taufik Hidayat dengan straight sets dengan 21-7 & 21-14.Lin Dan berjaya menandingi kehebatan Taufik Hidayat pada final ini.

Mata kedua pula disumbangkan oleh beregu utama China iaitu Chai Yun & Fu Hai Feng.Mereka terpaksa bermain rubber game kerana Markis Kido & Hendra Setiawan iaitu beregu utama Indonesia berjaya mengikat kemenangan pada game kedua.Chai Yun & Fu Hai Feng berjaya mengikat kembali Markis Kido & Hendra Setiawan untuk game ketiga.Dan sekali gus memberikan mata kedua buat China.

Mata ketiga China pula disumbangkan oleh pemain kedua pilihan China iaitu Chen Ji.Chen Ji terpaksa berhempas pulas sebelum menang ketika permainan diajak ke rubber game.Pada game pertama China dikejutkan dengan kalah kepada pemain kedua Indonesia iaitu Simon Santoso dan game kedua Chen Ji bangkit dan untuk game ketiga pula,Chen Jin tak melepaskan peluang membenamkan Simon untuk menang.

Nampaknya tembok besar China sukar untuk dirobohkan untuk merangkul Piala Thomas.. Namun Malaysia harus meningkatkan kegandaan berusaha merampas balik Piala Thomas & Uber pada musim seterusnya..

So jumpa pada tahun 2012….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters