nampaknya belum sempat masuk bulan yang dinantikan seluruh umat Islam iaitu bulan Ramadan yang penuh berkat, pihak stesen TV3 telah pun menyajikan drama-drama berunsur keinsafan sempena kedatangan bulan Ramadan kali ini. Drama yang diberikan tajuk " RAMADAN TERAKHIR " ini telah pun disiarkan setelah drama " ANISSA" telah pun berakhir episodnya.Giliran drama " RAMADAN TERAKHIR " pula mengisi slot SAMARINDA.
Drama Ramadan Terakhir ini merupakan arahan sulung Ungku Ismail dan dibintangi oleh beberapa artis seperti Esma Daniel, Fazlina Ahmad , Tasha Shilla Aeril Zafril, Anzalna Nasir, Eyka Farhana (Juvana) dan ramai lagi.

Okeylah,MYAPIH nak kongsikan sedikit sinopsis " Ramadan Terakhir " utk korang paham jalan cerita ini yerrr...t jangan lupa saksikan drama tersebut yang disiarkan dalam slot SAMARINDA setiap hari Selasa hingga Khamis pada pukul 10.30mlm di TV3
Cerita Ramadan Terakhir ini mengisahkan tenang Hisham iaitu seorang usahawan yang berjaya. Hisham juga di dapati diri dia telah dijangkiti HIV positif. Penyakit kronik yang membawa maut yang mampu bertahan selama beberapa bulan sahaja untuk dia hidup. Manakala isteri dan anaknya terumbang ambing dik kerana duniawi.
Cerita Hisham dalam drama Ramadan Terakhir adalah mengenai suami yang bertekad untuk memperbetulkan semula haluan hidup dia yang telah tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Manakala Isterinya Mazni memandang suaminya Hisham bergitu sinis sekali kerana alpa dibuai keenakan dan keseronokan dunia. Yang menyedihkan lagi anaknya Daniel turut terhanyut dalam duniawi yang penuh dosa. Arak dan parti serta pergaulan bebas menjadikan mereka hidup dalam kebiasaan. Hisham bertekad untuk memulihkan kembali isteri dan anak-anaknya.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?
P/S : bagi aku ni sebuah drama keinsafan yang menarik hati aku tengok episod pertama lagi. Ia sebuah drama yang hebat daripada producer Shahrulezad (i like all your drama's) :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan