Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Sabtu, 16 Julai 2011

Zehra :: Tahajjud Cinta


firstly aku nak ucapkan ribuan tahniah kepada pengarah drama yang semakin meningkat naik iaitu Pn.Erma Fatima kerana berjaya menerbitkan sebuah drama dari yang lain.drama Tahajjud Cinta ini merupakan drama yang terbaik setakat ini.Saya amat memuji kak Erma dalam mengarah drama ini dengan begitu baik sekali termasuklah dari segi pelakon,skrip dan juga semua mengenai teknikal.Apabila aku melihat drama ini,mengingatkan aku tentang drama Nur Kasih....dye punya PENATAAN CAHAYA nampak lebih kurang sama..

sejak episod pertama ag aku dah berkenaan nk tgk citer nih..memang best dan gempak la...i like...aku rasa drama ni lain daripada yang lain..memang hebat..setelah aku baca sinopsis..lagi aku tertarik nak tgk...aku suka sangat2....

ni dye aku letakkan sinopsis pasal drama Tahajjud Cinta utk korang baca bagi yang taktau lagi ek.... :::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.

Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara.

Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solahudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa)."

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

bagi korang yang ingin tahu lebih lanjut lagi tentang drama ni,korang leh tgk sendiri...bukak tv setiap hari Jumaat pukul 9.00mlm di TV3... (cyeh....iklan jappppp.....)

1 ulasan:

  1. jahat nya ustaz shauki.. uhuhu.. heksited na tengok gak ni bile bace sinopsis .. ritu tak mau tengok sebab tengok iklan macam ustaz shauki(orang tua) yang jadi pelakon utama.. ahahaha... tapi skang na tengok balik... :D

    BalasPadam

Negara Pelawat Blog


free counters