Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Ahad, 12 Julai 2009

Fuh..Lega Rasanya !!!

Fuh....Lega Rasanya !!!

Memang lega la....Ha...hari ni aku baru sahaja lepas ujian temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir (Pengkeranian/OperasI) di Wisma Persekutuan Kota Bharu di Jalan Bayam.Alhamdulilah akhirnya aku dapat sempurnakan tugasku tadi setelah ditemuduga oleh 2 orang iaitu Pegawai dari SPR dan Pegawai Jabatan.Memang agak gugup gak aku ni walaupun dah masuk kali kedua selepas ditemuduga.Kali pertama aku kena temuduga bagi SPA ialah bagi jawatan Pembantu Farmasi Pelatih di Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh..Memang perasaan gementar dan gugup tak dapat dielakkan.

Aku ke Wisma Persektuan ngan my lovely mum..Aku dah bagitahu kat my mum yang kena gi awal sikit takut-takut leh nombor yang last-last.Aku taknak jadi cam temuduga kat Pasir Puteh u,aku datang pagi,alik petang baru leh kena temuduga...Em....memang meletihkan.....penat beb....sehari suntuk tunggu giliran untuk ditemuduga...Fuh....

Lepas tu,setelah aku bersiap dalam lebih kurang pukul 7.00 pagi aku n my mum bertolak dari rumah ke KB untu ke Wisma tersebut.Aku dah rancang perjalanan awal sedikit untuk mengelak berlakunya "jem" jalan..biasalah time pagi-pagi ni...ada yang hantar anak ke sekolah,pergi keje,beli makanan dan banyak lagi...

Lepas tu,lebih kurang pukul 8.00 pagi aku pun sampai kat Wisma dengan drvie kereta kancil milik my mum...Aku segera pariking kereta dalam kawasan Wisma tersebut dan masuk ke dalam bangunan wisma tersebut..Aku nak kenalpasti kat mana tempat temuduga,so aku terus pergi kat kaunter n tanyakan tempat untuk temuduga bagi jawatan ni.So..Pn kat situ pun bagitahu kat aku tempat yang sepatutnya aku pergi dan memastikan semua salinan haruslah dicopkan dan disahkan oleh ketua jabatan mahupun ketua kampung..Aku tekrejut dengan pernyataan puan tersebut...Sedangkan dalam borang takde pulok yang tulis suruh disahkan dan dicopkan...em.....memang kalut ar aku masa tu...masa nak gi cari ketua pengarah yang berjawatan tinggi untuk mengesahkan jawatan ni...ermm.....

Lalu PN.tersebut segera menyuruh aku naik ke tingkat 12 ke Jabatan Perhilitan Awam untuk segera disahkan salinan yang aku bawak untuk ditemuduga...erm..aku tanpa melengahkan masa lagi terus jer pergi ke tingkat tersebut menaiki lif bersama dengan my mum....Memang kekalutan la masa tu,..dah la aku nak kejar no.untuk giliran temuduga....ermmm..

Lepas tu,aku segera menyuruh kakak yang berada dalam jabatan tersebut untuk mengcopkan salinan yang aku bawa dan disahkan oleh KETUA PENGARAH PERHILITAN NEGERI KELANTAN iaitu Pazli Abdul Fatah...(Thanks banyak-banyak coz sudi mengesahkan borang-borang yang saya berikan)..Lepas selesai beliau mengesahkan dan copkan borang tersebut aku segera turun ke ke tingkat 7 n daftar...

Tut tut...aku dapat no.14 untuk ditemuduga....wa...bencinya aku ....terpaksa menunggu lama untuk ditemuduga......geram weh !!!!...Namun aku terpaksa menunggu juga.....

Memang meletihkan....menunggu....namun aku tetap bersabar.....ingat SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAM....Amin.....

Tepat pukul 11.20pg,aku dipanggil masuk untuk ditemuduga....so..aku masuk ler...lepas tu bermulah temuduga.....

Lepas tu aku keluar dengan perasaan senang hati.....n terus pulang ke rumah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters