Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Ahad, 25 Januari 2009

TANDA KEMATIAN

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
  • Ini adalah petanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh orang-orang yng dikehendakiNya.
  • Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak.
  • Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu asar di mana seluruh tubuh akan merasai getaran seakan-akan mengigil (seperti daging lembu yang baru disembelih yang kelihatan bergerak-gerak).
  • Bagi mereka yang sedar atau terdetik dihati mereka bahawa kemungkinan ini adalah tanda kematian,maka getaran itu secara tiba-tiba akan berhenti atau hilang.Sebenarnya inilah peluang terbaik kita untuk menfaatkan masa yang ada dengan amalan sebagai bekal sesudah mati...

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI

  • Tanda ini juga lazim berlaku selepas asar,dimana bahagian pusat seseorang itu berasa denyut-denyut.
  • Pada waktu ini,helaian daun yang tertulis nama orang berkenaan akan gugur dari pokok yang terletak di atas Arasy Allah Taala.
  • Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan keatas individu terbabit antaranya ialah ia akan mula mengikutinya sepanjang masa.
  • Terjadi juga dimana malaikat ini akan memperlihatkan wajahnya sambil lalu dan jika ini terjadi,mereka yang ternampak akan menjadi bingung seketika.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
  • Tanda ini akan diberikan kepada mereka diuji dengan musibah kesakitan iaitu orang yang ditimpa sakit yang tidak berselera untuk makan tiba-tiba berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI

  • Pada ketika ini,akan terasa denyut dibahagian tengah dahi (antara dari kanan dan kiri).
  • Jika tanda ini dapat dikesan dan disedari,maka sebaiknya-baiknya berpuasa supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis,ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kelak.
  • Ketika ini mata hitam kita tidak lagi bersinar dan bagi orang yang sedang sakit,hidungnya jatuh secara perlahan-lahan dan ini dapat dikesan jika orang tersebut meilhatnya dari bahagian sisi.
  • Begitu juga dengan telinga,kelihatan layu dimana bahagian hujung telinga akan beransur-ansur masuk kedalam.Tapak kaki yang yang terlunjur perlahan-lahan akan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI

  • Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang kawasan ubun-ubun.
  • Ini menandakan kita akan berkesempatan lagi menemui waktu asar pada keesokan harinya.

TANDA TERAKHIR

  • Akan berlaku keadaan dimana seseorang itu akan merasakan suatu keasaan sejuk dibahagian pusat dan akan turun hingga ke pinggang,seterusnya akan naik kebahagian halqum.
  • Pada ketika ini,hendaklah seseorang mengucapkan dua lima syahadah dan apabila lafaz syahadah ini telah terucap maka perlu mendiam diri sementara kedatangan Malaikat Maut untuk mencabut nyawa.
  • Pada waktu ini,peranan keluarga atau orang yang berada disamping orang sakit itu amat penting untuk menolongnya mentalkinkan kalimah syahadah...

Ambil pengajaran diatas dan renungilah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters