Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Isnin, 12 Januari 2009

AJL23 - ILLUMINASI MUZIK



Illuminasi Muzik

Itulah tema untuk Anugerah Juara Lagu Ke-23 yang bakal berlangsung pada 18 Januari 2009 nanti di Stadium Putra Bukit Jalil,Kuala Lumpur.AJL23 Kali ini mempertandingkan 14 buah lagu iaitu :

Irama Malaysia
  • Doa Dalam Lagu - Zahid & Helliza
  • Persoalan Cinta - Farahwahida
  • Dusta Berkalang - Aiman
Balada
  • Lagu Kita - Aizat
  • Coba - Faizal Tahir
  • Dingin - Ziana Zain
  • Sampai Syurga - Faizal Tahir
  • Hanya Dimercu - Ayu OIAM2
  • Bila Nak Saksi - Spider
Pop Rock
  • Aku Stacy - Stacy
  • Bukan Disini - Sofaz
  • Kalis Rindu - ELyana
  • Yang Pernah - Estraged
  • Laguku Untukmu - Meets Uncle Hussien
Secara keseluruhan 14 buah lagu yang bakal bertanding merebut kategori berikut :
  • ANUGERAH JUARA LAGU KE-23
  • AJL23 - Kategori Irama Malaysia
  • AJL23 - Kategori Balada
  • AJL23 - Kategori Pop Rock
  • Vokal Terbaik
  • Persembahan Terbaik
Penyertaan AJL23 bagi kategori Irama Malaysia agak merosot sedikit berbanding tahun lepas.Tahun ini,hanya 3 buah lagu sahaja yang layak ke AJL23.

Bagi pendapat saya dan tekaan AJL23 saya ialah :

------------------------------------------------------------------------

ANUGERAH JUARA LAGU KE-23
Tajuk Lagu : Lagu Kita
Penyanyi : Aizat

- Saya memilih lagu ini kerana lagu ini mempunyai melodi yang sangat unik dan lirik yang sangat best.Hasil ciptaan sepenuhnya dari bekas pelajar AF5 iaitu Aizat bernai menceburi bidang penulisan lirik dan lagu sehingga beliau melayakkan bertanding di dalam AJL23 bagi kategori Balada memang tidak dinafikan lagu.Aizat mempunyai suara yang sangat merdu dan bakatnya sangat besar dalam industri muzik kita.

Persaingan sengit : Hanya Dimercu (Ayu),Laguku Untukmu (Meets Uncle Hussien) & Sampai Syurga (Faizal Tahir)

------------------------------------------------------------------------

AJL23 - KATEGORI IRAMA MALAYSIA
Tajuk Lagu : Doa Dalam Lagu
Penyanyi : Zahid ft Heliza

- Saya menjangka lagu Doa Dalam Lagu bakal mendominasi bagi kategori ini.Hal ini kerana,lagu tersebut mempunyai melodi dan lirik yang sangat unik untuk kita dengar.

Persaingan sengit : Dusta Berkalang (Aiman)

------------------------------------------------------------------------

AJL23 - KATEGORI BALADA
Tajuk Lagu : Lagu Kita
Penyanyi : Aizat

- Memang patut menang pun...sorry ek...komen kat sini ringkas ek...tapi lagu ni memang best....

Persaingan Sengit : Sampai Syurga (Faizal Tahir),Hanya DiMercu (Ayu)

------------------------------------------------------------------------

AJL23 - KATEGORI POP ROCK
Tajuk Lagu : Aku Stacy
Penyanyi : Stacy

- Melodi dan lirik yang best dan rancak dan sesuai untuk menang bagi kategori ni..

Persaingan sengit : Yang Pernah (Estranged),Laguku Untukmu (Meets Uncle Hussien) & Kalis Rindu (Elyana)

------------------------------------------------------------------------

Jangan lupa saksikan
Malam Kemuncak ANUGERAH JUARA LAGU KE-23
pada 18 Januari 2009
Hari Ahad
pukul 9.00 Malam
di TV3.....


AJL23 - illuminasi muzik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters