Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Selasa, 8 November 2011

Vikingdom hasil terbaik KRU ???


Selepas penerbitan sebuah filem epik yang hebat " Hikayat Merong Mahawangsa " KRU sekali lagi dibawah pengarah berkaliber iaitu YUSRY KRU bakal mengarah sebuah filem yang dikatakan bakal mencipta sejarah pengarah Melayu yang pertama menggunakan pelakon-pelakon Hollywood yang ternama dan terkenal.Filem yang bertajuk " VIKINGDOM " bakal diarah oleh Yusry KRU dibintangi oleh pelakon Hollywood yang terkenal iaitu Dominic Purcell (Prison Break), Jon Foo (Tekken), Natassia Malthe (Dead or Alive) dan beberapa orang lagi.

First time aku tgk poster dh membuatkan aku ase filem ini dari yang laen..biasa la biler dh citer epik ni jarang sgt org nk tgk..lain la kalu citer tu pasal SERAM...AKSI...KOMEDI..dan byk lagi pasti membuat orang rmai beratur kat pawagam nk tgk cite tu..p kalu EPIK..hurrrmmm...paham2 je la..hahaha..apa-apa pon kita patut bangga dengan kewibawaan pengarah yang berkaliber ini iaitu YUSRY KRU. Bukan calang orang yang boleh arah filem sehebat ini dan menampilkan pelakon yang hebat di dunia.

Filem ini sudah menjalani penggambaran sejak 15 Oktober lalu di sekitar Lembah Klang dan Perak. Antara lokasi menarik itu adalah Puncak Alam, Serdang, Bukit Jalil, Studio Filem Negara Malaysia, Gua Tempurung, Kellie’s Castle.

Klau nk tau lebih lanjut lagi pasal citer ni..korang leh tgk kat youtube search je Vikingdom tu..pastu korang baca je sinopsis kat bwh ni..hehehe..apa-apa pon..bangga dengan karya hebat anak Malaysiaaaa...

SINOPSIS " VIKINGDOM" ::

KISAH filem bermula dengan kemunculan kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai Thor untuk menawan tentera purba sebagai hamba mereka. Thor mesti dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yang boleh menentangnya iaitu Eirick dari Jomberg.

Eirick seorang pemburu yang biasa dengan hidupan lasak. Berita serangan Thor disampaikan Frey kepada Eirick untuk menghalang Thor daripada berjumpa

dengan Horns of Odin dari Gate of Souls.

Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings.

Eirick kemudian diiringi sahabat baiknya, Sven dan Yang iaitu hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudian menentang angkatan tentera Thor.

Nak tau selanjutnya..nantikan VIKINGDOM di pawagam akhir 2012/awal 2013....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters