Sedekah..apa itu sedekah..sedekah itu besar pengertiannya dari segi Islam. Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Arab: صدقة) yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
Adakah kita betul-betul paham dengan sedekah itu ?????
Sedekah umumnya terbahagi dua iaitu sedekah wajib (zakat) dan sedekah sunat. Ditekankan di sini ialah sedekah sunat dipandang ringan sesetengah pihak, tetapi sebenarnya ia memberikan manfaat yang besar, seperti dapat meringankan beban dan penderitaan si penerima, khususnya di kalangan orang fakir, miskin dan anak yatim.
Sekarang hidup kita haruslah sentiasa bersedekah kepada yang kurang berkemampuan dari segi pakaian , makanan atau tempat tinggal . Mereka juga insan yang disayangi oleh Allah SWT. Kita sebagai umat Islam yang sentiasa memohon keredhaan dalam hidup ini memohon agar Allah SWT sentiasa mencurahkan rezeki kita , namun bagaimana pula dengan nasib orang yang miskin atau lain kata orang yang kurang berkemampuan. Mereka tentu sukar untuk hidup terutama bagi yang serba kekurangan. Alhamdulilah dengan kerahmatan dan kemuliaan daripada Allah SWT menguji hambaNya melalui sedekah. Adakah umat Islam lain sanggup bersedekah kepada orang lain demi Allah ???? Itu yang menjadi pertanyaan kita sekarang ini...
Kekadang ada sesetengah orang bersedekah hanya memenuhi syarat sesuatu bukan kerana Allah SWT. Mungkin ini belum menjadi pengajaran bagi beliau dimana bagaimana kalau beliau berada disituasi mereka yang kurang berkemampuan. Mereka yang bersedekah hanya mementingkan nama sahaja bukan kerana keikhlasan terhadap yang diberikan dan bersedekah kerana Allah SWT. Itu hanya sesetengah orang sahaja, saya tidak menjuruskan kepada semua orang.
Bagi yang bersedekah kerana Allah SWT itu,Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT.. semoga Allah sentiasa mencurahkan rezeki terhadapnya. Amin.
Aku tertarik tajuk Sedekah ini kerana sudah lama aku ingin berbicara pasal Sedekah. Okeylah , sekarang kita sudah pun masuk hari ke-19 berpuasa di bulan Ramadan , pada awal Ramadan minggu lepas tentu kita ada menerima sebarang hadiah atau sedekah daripada orang besar atau orang kenamaan. Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT dan moga-moga rezeki hamba itu bertambah..Amin..tapi aku rasa agak terkilan jugak , aku melihat dari sudut pandangan aku. Apabila menerima brg sedekah seperti buah tamar @ kurma daripada org kenamaan/Datuk or sesaper jer , pasti dikotak sesebuah brg sedekah itu dilekatkan sticker . Adakah beliau ingin bersedekah untuk orang lain melihat atau sekadar mengambil nama sahaja. Ye la..apabila orang dapat sesuatu brg. mesti orang puji dan sanjung. Bagi aku kalau nk bersedekah itu haruslah ikhlas , tidak seharusnya perlu lekatkan sebarang nama or sticker. Itu dah cukup nampak yang kita bersedekah untuk hanya nama.
Bukan aku nak komen apa , cuma ase pelik jer..oleh itu seharusnya kita ni lebih arif dan tahu pasal sedekah. Tidak perlu nak mention2 nama or lekatkan sebarang nama/sticker dan sebagai kalau anggap sebagai sedekah.
Ingat Allah SWT tahu apa umatnya buat :)
Amalan bersedekah daripada satu sudut menggambarkan sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi seorang manusia. Oleh itu , bagi yang ingin memberi sedekah , ikhlas dalam pemberian..semoga Allah SWT menerima keikhlasan anda dalam memberi sedekah :)
Sekian,
:: p/s :: bersedekah lah kita di jalan Allah SWT..InsyAllah nescaya Allah akan memberikan lebih banyak lagi rezeki kepada kita..Lakukan dengan ikhlas :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan