Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Rabu, 3 Ogos 2011

PROGRAM TV RAYA 2011 ASTRO


Alhamdulilah,nampaknya kita sudah pun memasuki bulan Ramadan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini. Hari ni sudah masuk hari pertama kita menghadapi puasa pertama , insyAllah diharap kita dapat menyempurnakan sebulan puasa di bulan Ramadan ini. Okkeylah hari ni MyAPIH nak citer pasal program tv Raya 2011 oleh Astro. So,bila time raya,macam2 la program tv raya diadakan untuk menarik orang rmai duduk di depan tv sambil makan kuih raya, makan ketupat,rendang dan juga melayan tetamu yang datang. Astro tidak ketinggalan dalam menyiarkan program TV Raya 2011.Disini saya sertakan info yang menarik untuk dikongsikan senarai program TV/Drama/Filem mahupun Muzikal sepanjang menjelang tiba Syawal hinggalah Raya kelapan nanti.

Jangan lupa saksikan drama/filem dan muzikal menarik daripada Astro tuk korang sumer yer…enjoy di hari lebaran…..

----------------------------------------------------------------------------------------
MALAM RAYA (29/08/2011)


FILEM ZOO
ASTRO RIA (104)
9.00MLM-11.00MLM
Sinopsis : Filem ini mengisahkan seorang penjaga zoo yang boleh bercakap denganhaiwan dan menghalang daripada berlaku kekecohan merompak haiwan lain.Jangan lupa saksikan kami dalam filem ZOO ya ! Saksikan juga aksi nakal Lisa Surihani , Bob Lokman dan juga Lan Pet Pet.

KONSERT REUNION AKHIR AF
ASTRO RIA (104)
11.00-1.00PAGI
Sinopsis : Konsert reunion terakhir ini mengembalikan nostalgia anda dengan kehadiran alumni-alumni daripada Akademi Fantasia 1 hingga 9

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA PERTAMA (30/08/2011)

XIAN ISTIMEWA RAMADAN SYAWAL
ASTRO OASIS (106)
10.30PAGI
Sinopsis : Ayuh terbang ke Xian bersama Farah dan rasai sendiri kemariahan Ramadan dan Syawal di sana.

SILAT FUTSAL
ASTRO RIA (104)
10.00 PAGI
Sinopsis : Apakah strategi yg digunakan anggota Senario dalam kejohana futsal ? Berjayakah mereka menjuarai kejohanan tersebut dan berhari raya dengan hadiah kemenangan ?

FANTASTIKA RAYA IMPIAN
ASTRO RIA (104)
12.00TGHARI
Sinopsis : Sebuah drama muzikal berkonsep raya di kampong yang menggabungkan alumni-alumni Akademi Fantasia 1 hingga 9


FILEM MAGIKA
ASTRO CITRA (131)
1.00PTG
Sinopsis : Sebuah filem muzikal pertama yang menggabungkan artis-artis yang hebat di Malaysia seperti Mawi,Ziana Zian,Ning Baizura,Adibah Noor,M.Nasir dan ramai lagi serta temui watak-watak mitos dan lagenda yang dilakukan oleh para pelakon dalam filem Magika ini.

KIAH BERAYA SOLO
ASTRO WARNA (132)
4.00PTG
Sinopsis : Saksikan bagaimana Kiah lakonan Rozita Che Wan berhari raya secara solo ???? kenapa ???

IMAM MUDA RAYA
ASTRO OASIS (106)
3.00PTG
Sinopsis : Raikan kejayaan Ramadan yang berlalu dengan episode khas Imam Muda di Hari Raya ini


FILEM EVOLUSI KL DRIFT 2
ASTRO RIA (104)
9.00MLM
Sinopsis : Saksikan kesinambungan filem Evolusi KL Drift lakonan hebat dari Syamsul Yusof,Farid Kamil,Scha Al Yahya dan ramai lagi

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KEDUA (31/08/2011)

BALIK KAMPUNG
ASTRO RIA (104)
10.00PG
Sinopsis : Kesinambungan telefilem Silat Futsal..Kali ini mereka telah berjaya dalam kejohanan futsal tetapi berhadapan masalah kehabisan tiket balik kampunglah pula…Kasihan…

ASTANA AIDILFITRI 2011
ASTRO RIA (104)
12.00TGHHARI
Sinopsis : Sebuah program menerjah rumah-rumah atau kediaman mewah edisi raya bersama dengan pengacara Anita Sarawak

MARI BERDANSA AIDILFITRI
ASTRO RIA (104)
5.00PTG
Sinopsis: Dari Sehati Berdansa ke Mari Menari, bertemu Awal dan Lisa serta para peserta di lantai tari. Memang tidak sempurna lebaran ini , andai tidak menonton Mari Berdansa AidilFitri

OPOCOT!
ASTRO RIA (104)
4.00PTG
Sinopsis : Rancangan ini menghimpunkan golongan selebriti “kaki latah” bersama pengacara anda AC MIZAL dan dibantu oleh kumpulan Jambu “Apa pun tak boleh ! “

RAYA SAKAN NABIL
ASTRO RIA (104)
6.00PTG
Sinopsis : Ayuh beraya bersama dengan Nabil. Anda hanya perlu mencuba permainan yang disediakan..Abang Bil akan berikan anda duit raya sebagai habuan ! “ Best Bro ! “


FILEM SEMERAH CINTA STILLETO
ASTRO RIA (104)
9.00MLM
Sinopsis : Filem hebat lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KETIGA (01/09/2011)

SAYA TAHU APA AWAK BUAT RAYA LALU
ASTRO RIA (104)
10.00PG
Sinopsis : Perjalanan pulang sekumpulan pemuda ke kampong halaman untuk menyambut lebaran terganggu oleh kejadian misteri menggeletek hati

STYLISTA RAYA SI MANJA
ASTRO RIA (104)
4.00TG
Sinopsis : Bagaiamanakah busana AidilFitri si cilik hasil gabungan idea selebriti dan pereka fesyen terkenal ?


KONSERT ATAS NAMA CINTA..ROSSA
ASTRO RIA (104)
5.00PTG
Sinopsis : Saksikan konsert hebat dari penyanyi dari seberang sana iaitu Rossa dengan mendendangkan lagu-lagu menarik dan juga berduet bersama arits undangannya…jangan lupa saksikan yerrr..cutenya..Rossa… :p

SUDIR DI MATA AZNIL
ASTRO RIA (104)
6.00PTG
Sinopsis : Dir, meskipun pergimu tidak kembali..Namun tidak sesekali kami lupakan gemersik suaramu. Imbau moment-moment indah itu bersama Aznil dan selebriti tempatan


FILEM V3 SAMSENG JALANAN
ASTRO RIA (104)
9.00MLM
Sinopsis : Saksikan kehebatan lakonan Farid Kamil,aQAsha ,Intan Ladyana,Lisa Surihani dan ramai lagi dalam file mini.Filem ini bergenre aksi pasti hebat punya

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KEEMPAT (02/09/2011)

MAHARAJA LAWAK RAYA
ASTRO WARNA (132)
3.00PTG
Sinopsis : Semarakkan hari raya keempat lebaran dengan jenaka tak kering gusi dairpada peserta Maharaja Lawak seperti SEPAH,NABIL,JOZAN,JAMBU,dan ramai lagi

AKUSTIK RAYA 2011
ASTRO RIA (104)
6.00PTG
Sinopsis : Saksikan kehebatan akustik daripada penyanyi tempatan untuk hiburan anda di hari lebaran ini


FILEM PENUNGGU ISTANA
ASTRO CITRA (131)
11.00MLM
Sinopsis : Jejak misteri yang terdapat di Istana Bilah,istana tua yang terbiar di Perak

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KEENAM (04/09/2011)


FILEM NGANGKUNG
ASTRO CITRA (131)
9.00MLM
Sinopsis : Apakah kejadian yang menimpa tiga suami yang taksub dengan aktivit Ngangkung ???

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KETUJUH (05/09/2011)


FILEM MUALAF
ASTRO RIA (104)
9.00mlm
Sinopsis : Sebuah filem hebat dari pengarah hebat Allahyarham Yasmin Ahmad

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KELAPAN (06/09/2011)


DUA HATI SATU JIWA
ASTRO RIA (104)
4.00PTG
Sinopsis : Kisah pasangan kembar siam iaitu Lana dan Lina yang mengambil keputusan melakukan pembedahan memisahkan anggota badan yang tercantum

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KESEMBILAN (07/09/2011)


FILEM TALENTIME
ASTRO RIA (104)
7.00MLM
Sinopsis : Sebuah filem hebat dari pengarah hebat Allahyarham Yasmin Ahmad

----------------------------------------------------------------------------------------

RAYA KESEPULUH(08/09/2011)


FILEM LAGENDA BUDAK SETAN
ASTRO RIA (104)
9.00MLM
Sinopsis : Sebuah filem hebat lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani yang diadaptasi daripada novel “Lagenda Budak Setan”

----------------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters