Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Selasa, 9 Ogos 2011

Resepi :: Tart Nenas

Ha..nampaknya sudah pun masuk hari kesembilan kita berpuasa,tinggal 21 hari lagi untuk kita menghabiskan puasa untuk tahun ini.Sudah pasti bagi ibu-ibu sibuk mengsiapkan juadah untuk berbuka setiap hari dan ada juga sibuk mensiapkan tempahan biskut raya.Haa..bercakap pasal biskut raya ni,menu yang wajib ada setiap hari raya coz orang dtg nk beraya nk makan per..hahaha..so,terciptalah biskut raya untuk dimakan pada hari raya nanti.

so,bagi kau biskut raya yang paling best dan favourite aku ialah TART NENAS. Tart Nenas merupakan biskut kegemaran aku dulu dan selama-lamanya. Aku memang suka giler biskut ni coz terasa gebu bila makan...nyummmmm..sedap ooo...setiap kali menjelang raya, aku mesti buat punya biskut ni, mula-mula buat memang tak jadi sangat coz keras la,x jadi cm tart la..xpat nk gulung la..hahaha..macam2..pastu lama-lama dh jadi dah...

so,seminggu nk raya aku buat la biskut raya ni...hehehe..aku teror tau..jangan pandang sebelah mata denganku..haahahaha :p

okeylah..kat sni aku nk share ngan korang resepi biskut raya TART NENAS untuk korang cuba dan bagi yang sudah cuba mesti best kan korang buat hehehehehe...

t dah buat pos la kat aku ckit..hehehehe...

==============================================================


Bahan-bahan ::
  • 250 gm butter
  • 30 gm gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 340 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung jagung
  • jem nanas secukupnya untuk inti (digentel siap-siap)

Untuk glaze di atasnya ::
  • 1 kuning telur
  • 1 sudu teh susu pekat
  • sedikit garam halus
  • sedikit air
  • (semua bahan glaze disebatikan)

Cara membuatnya ::

1. Pukul butter bersama gula aising 3 minit
2. Masukkan garam dan vanilla seterusnya tepung.
3. Gaul sebati dengan kuning telur yang dipukul terlebih dahulu.
4. Masukkan dalam acuan nastar paipkan memanjang secara terbalik(yang
bunganya sebelah bawah dan yg bahagian rata sebelah atas)
5. Isikan inti jem ,gulung dan potong.
6. Aturkan potongan tat ini ke dalam petitin yang dah disapu minyak/butter.
7. Bila nak bakar barulah sapukan glaze (terlebih dahulu panaskan ketuhar)


==============================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters