Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Isnin, 8 November 2010

Stairway to Heaven


Telenovela: Stairway To Heaven
Mulai 20 September
Hari : Isnin - Khamis,
Pukul : 3.00petang - 4.00 petang

Pelakon:


Dingdong Dantes - Cholo


Rhian Ramos, - Jodi


TJ Trinidad - Tristan


Glaiza de Castro - Eunice

serba sedikit mengenai drama bersiri "Stairway to Heaven" :

Siri drama Filipina yang mempunyai 30 episod ini mengisahkan perebutan kasih di kalangan adik beradik tiri, saksikan kegigihan Jodi dalam menempuh segala dugaan dalam hidupnya. Jodi dan Cholo saling menyayangi sejak zaman kanak-kanak. Cholo telah melamar kepada Jodi sebelum dia berangkat ke Amerika Syarikat. Jodi amat teruja dan mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang indah bersama Cholo. Namun, ibu tirinya, Maita dan adik tirinya, Eunice yang dengki terhadapnya telah merancang sesuatu bagi memusnahkan hidupnya. Tristan pula menyimpan perasaan terhadap kakak tirinya, Jodi.

Malangnya Jodi telah hilang ingatan selepas suatu kemalangan y ang teruk. Kematian Jodi telah dipalsukan dan Cholo terpaksa menerima hakikat tersebut walaupun perit. Tristan mengambil kesempatan ini untuk memulakan kehidupan baru bersama Jodi yang dikenali sebagai Jenna. Manakala Eunice berusaha memenangi hati Cholo dan akhirnya mereka telah bertunang.

Walaupun begitu, Cholo masih tidak dapat melupakan Jod i kerana cintanya terhadap Jodi begitu mendalam. Takdir telah menemukan semula Cholo dan Jenna. Cholo amat yakin bahawa Jenna ialah Jodi dan dia tidak akan berputus asa untuk membuktikannya. Tiada halangan bagi Cholo untuk membongkar penipuan Maita dan Eunice demi cinta sejatinya. Jangan lepaskan peluang untuk menonton siri drama Filipina yang hebat ini, Stairway To Heaven di slot Telenovela.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters