Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Khamis, 23 Oktober 2008

Perkahwinan Mawi & Ekin !!!!


Teks oleh Razif Rosdi

SERI KEMBANGAN, 21 OKT 2008: Walaupun masih merahsiakan jumlah wang hantaran belanja, pasangan Mawi dan Ekin tetap akan melangsungkan perkahwinan mereka secara gah dan besar-besaran di Johor serta Kuala Lumpur.


Mengumumkan perkara ini secara langsung menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses, di sini sebentar tadi, Mawi berkata, majlis itu akan dimulai dengan upacara akad nikah di Masjid Johor Bahru pada sebelah pagi pada 20 Disember 2008.

"Pada sebelah malam (20 Disember), kami akan membuat majlis resepsi untuk keluarga sebelah Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Ia menonjolkan konsep moden kontemporari.

"Kemudian pada 28 Disember, Ahad, majlis resepsi untuk keluarga sebelah saya pula akan diadakan di Dewan Felda Taib Andak. Kami akan bersanding dalam tema Jawa.

"Seterusnya pada 11 Januari 2009, satu lagi majlis resepsi akan diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses dalam tema Arabia," kata Mawi.

Selain itu, Mawi juga akan mengadakan konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis Akademi Fantasia (AF).

Mawi berkata, dia dan Ekin bukan hendak menunjuk-nunjuk dengan mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran.

"Kalau kita buat kecil, orang kata kedekut, kalau kita buat besar, orang kata riak. Apa yang penting saya fikirkan peminat dan orang yang banyak menyokong saya selama ini. Apabila pihak Astro sudi bekerjasama dengan kami, saya rasa bersyukur dan ingin membalas jasa mereka yang banyak membantu saya selama ini," kata Mawi lagi.

Ekin pula berkata, pada satu peringkat, dia hampir-hampir putus atas apabila menerima cemuhan orang ramai yang menuduhnya dengan pelbagai tohmahan selepas intim dengan Mawi.

"Saya hampir-hampir give-up tapi Mawilah memberikan semangat kepada saya untuk terus bertahan. Keluarga juga amat memahami. Saya percaya, kalau kita sudi memaafkan orang, kita tidak akan lagi berdendam. Saya terima semuanya dengan hati yang tabah," kata Ekin dengan tenang.

Turut hadir pada sidang media bersejarah itu adalah Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez.

Tentang fenomena artis kahwin dan bercerai berai sekarang, Mawi akui ia tidak pernah melemahkan semangatnya untuk berumahtangga.

"Saya sudah bersedia untuk berkahwin dan doakanlah yang terbaik untuk kami berdua - janganlah doakan yang tidak baik," katanya.

Mawi berkata, selama mengenali Ekin sejak Februari 2007, dia cukup gembira kerana Ekin begitu memahami kerjaya seninya dan paling penting, Ekin selalu menggembirakan hati ibunya, Puan Ramlah Sarlan.

(kredit form : Murai.com.my)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters