Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Khamis, 23 Oktober 2008

Aura Nubhan Vs Aura Stacy

Nubhan

Stacy


Tajuk diatas memang mengejutkan semua pembaca blog apih ini.tetapi itu hanya pandangan saya sahaja.Seperti yang kita tahu Nubhan merupakan pemenang tempat ke-3 dan Stacy merupakan juara AF musim ke enam seklai gus mengulangi kejayaan Mila pada musim lepas.Stacy merupakan juara AF yang pertama di Sabah.



Berbalik kepada Nubhan,Nubhan yang kita tahu tidak sampai 3 minggu keluar daripada AF,beliau telah disambar oleh syarikat rakamanan artis yang dimiliki oleh penyanyi soprano Malaysia iaitu Ning Baizura iaitu AUR (Artist United Record).Nubhan agak bertuah kerana beliau merupakan pelajar AF6 yang pertama disambar oleh syarikat rakaman Ning Baizura.

Ia juga sebagai buah tangan kepada Nubhan kerana Ning Baizura sudi mengajar dan membuatkan Nubhan menjadi seorang penyanyi paling top dan popular..Insyallah…

Dalam pada itu juga.Ning Baizura kira beruntung dapat menyambar Nubhan sebelum syarikat rakaman lain menyambarnnya kerana Nubhan mempunyai bakat yang sangat unik dan juga suara yang tidak ada lagi dalam marketing entertainment di Malaysia.Suara Nubhan dikatakan serak-serak basah dan beliau juga dikatakan mempunyai sura sebijik cam Ariel (Peter Pan) dan vocal-vokal Band yang popular di Indonesia seperti Letto,dan ramai lagi.


Ning Baizura telah melihat bakat Nubhan dan patut digilap lagi semasa Nubhan menyanyikan lagu Ruang Rindu pada konsert pertama dan telah mendapat pujian daripada Ning Baizura dan Kak Ogy.Nubhan pada ketika itu telah menarik hati juri kerana beliau telah menyanyikan dengan baik lagu tersebut dan juga bersuara sera-serak basah ketika menyanyikan lagu tersebut.

Berbalik aura Nubhan..Saya merupakan ahli Nubies dan setiap hari saya surf internet dan laman web Nubhan F (nubhanfc.forumotion.com).Apa saya melihat di jadual harian Nubhan agak padat.Kira popular gak Nubhan ni.Hampir setiap radio telah menemuramahnya termasuk Era,Hot Fm,Suria Fm,dan X-fresh Fm.Tak luppa juga dijemput oleh penerbit MHI untuk membuat persembahan di MHI sebagai artis undangan.Baru-baru ni Nubhan pun telah dicalonkan dalam satu program besar TV3 iaitu Muzik-Muzik dan Nubhan telah pun dicalonkan bagi lagu Ada Untukmu (jangan lupa Undi yer,………..)

Baru-baru ni saya ada terbaca dalam blog Vern….(Vernon Kedit Jolil)..Oh ya bercerita pasal Nubhan dan Mr.Vernon or Mr.Vern. merupakan pengurus peribadi Nubhan.Selain itu Mr.Vern juga pengurus peribadi kepada Ning Baizura,Yanie dan juga Nikki.Dalam blog itu,beliau telah update sebarang aktiviti mengenai Nubhan.

PERSEMBAHAN DIHADAPAN SULTAN
Ternyata banyak gak aktiviti yang Nubhan lakukan,antaranya ialah Nubhan dijemput untuk membuat persembahan di Majlis Perkhawinan DiRaja (kalu nak tahu dengan lebih lanjut sila klik : mrmanager.blogspot.com).Nubhan membuat persembahan dengan menyanyikan beberapa buah lagu di hadapan Sultan-Sultan (Kedah,Kelantan,Perak).Wow terernya si Nubhan ni…Belum apa-apa dah buat perseembahan di hadapan Sultan tu..

NUBHAN + STACY = ADA CINTA DI HARI RAYA
Nubhan juga telah berlakon sebuah drama bagi tayangan semasa Aidilfitir baru-baru ini.Drama yang mengisahkan kehidupannya dan juga percintaan bersama Stacy yang juga selaku heroin dalam drama tersebut.Drama tersebut adalah Ada Cinta Di Hari Raya.Nubhan juga merakamkan satu lagu saecara duet bersama Stacy yang bertajuk Indera yang juga merupakan OST bagi drama muzikal tersebut.Sesuai sangat Nubhan berlakon ni….Hope pengarah-pengarah drama or filem leh ar nak amik Nubhan berlakon….Insyallah mesti box-office punyer…

DUBBING SUARA DALMA NINJA TURTLE THE MOVIE
Nubhan juga terlbiat dalam dubbing sura dalam siri alih bahasa bagi sebuah projek mega dalam sebuah movie “Ninja Turtle The Movie.Selain Nubhan,Riz juga terlibat dalma pendduingan tersebut.Selain itu juga,antara artis yang terlibat Mawi,Sarimah,Syawal dan juga Aznil Haji Nawawi….so korang jangan lupa dengar suara Nubhan yang telah didubbing untuk NTMT……

Sekarang ni Nubhan sibuk berlatih vocal dan sibuk masuk studio untuk proses album sulung beliau dibawah syarikat Ning Baizura.

Betul lah apa yang saya katakana pada tajuk diatas iaitu Aura Nubhan mengatasi Aura Stacy….

Apa-apa pun saya ingin mengucapkan gud luck kepada Nubhan…teruskan perjuangan anda..jangan lupa kepada peminat anda di sini….tanpa peminat anda tidak akan ada disini…..Go Nubhan……Nubhan.cayalah………..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters