Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Jumaat, 29 Januari 2010

Jom Heboh di Kota Bahru ?


Bulan lepas (Disember 2009) pihak TV3 menyatakan hasrat untuk membawa Karnival Jom Heboh TV3 ke Kota Bharu. Hasrat itu dinyatakan kepada Dato’ Hj. Takiyuddin Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan.

Mungkin kerana melihat kejayaan TV9 mengadakan karnival Suarasa pertengahan tahun lalu, TV3 seperti tidak menyangka bahawa Kelantan membenarkan program seperti itu.

Mereka terlebih dahulu menyatakan acara konsert ditiadakan. Mereka sekali lagi seperti tiada maklumat, bahawa Kelantan tidak menyekat aktiviti hiburan, mahu pun konsert asal ia bertepatan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan.

Karnival Jom Heboh yang pernah difatwakan haram oleh Mufti Perak kerana terdapat aktiviti-aktiviti mungkar dalam persembahan konsert, dijangka bakal bertandang ke Kota Bharu pada Febuari depan.

Kita mengharapkan akan terbit idea bagaimana untuk mengislamisasikan program tersebut dengan menekankan elemen-elemen dakwah dan Islam daripada sudut objektif dan falsafah Jom Heboh Kota Bahru.

Kerajaan perlu mewujudkan suatu kumpulan (task force) yang memantau perjalanan program tersebut secara berterusan. Kumpulan sukarelawan juga boleh digerakkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti ke arah dakwah dan mendorong pengunjung agar tidak terlibat dengan aktiviti yang membawa unsur kemaksiatan. Kumpulan sukarelawan ini diberi suatu khemah khusus yang membolehkan mereka juga melaksanakan aktiviti sisipan seperti mini pameran, acara interaktif dan penyebaran risalah.

Landskap Jom Heboh Kota Bahru boleh dijelmakan dalam bentuk sebuah perkampungan karnival Islam dengan merekabentuk khemah dan dekorasi yang mengangkat seni serta syiar Islam.

Sebuah khemah besar yang menempatkan ruang solat perlu diwujudkan. Kalau boleh ia tidak terlalu disudutkan dan berada di tengah lapangan karnival. Lantik imam dan bilal khusus untuk mengetuai waktu solat dan kuliah (jika ada).

Suatu maskot boleh dicipta dengan menampilkan ikon yang memakai kostum watak sinbad atau aladdin. Ia pasti akan mengamit pengunjung terutama kanak-kanak dengan pemberian halawa (gula-gula) dan sebagainya.


p/s : copy paste form :ansru.wordpres....(thanks ek...)

komen aku pasal tajuk ni :

pergh...ni lah first time Kota Bharu menerima kedatangan JOM HEBOH...aku sure ramai yang akan bertandang nanti....ha2...gempak la kali ni....tak sabar nak pergi n nak tahu pengumuman tarikh kat Kota Bharu...hu2..

1 ulasan:

  1. mungkin perlu beberapa syarat yg mesti dilaksanakan antara:-
    1) perniagaan dihentikan 15 sebaik sahaja masuk waktu solat.
    2) konsert yg berlandaskan Islam (xde penyanyi wanita, x campur penonton lelaki wanita)
    3) peniaga/ pembuka booth menutup aurat (cm apa khabar orang kampung).

    BalasPadam

Negara Pelawat Blog


free counters