Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Khamis, 17 September 2009

Assalammualaikum....

Kepada semua MEMBER yang dirahmati Allah hendaknya...

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas:

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan seribu kemaafan atas salah dan silap saya yang tersirat dan tersurat...semoga dengan kemaafan ini dapat kita membersihkan hati dan nurani agar terbuka pintu rahmat untuk kita semua..........

Selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga dan org tersayang...

Kepada yang balik kampung tu...... berhati2lah memandu......

Biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi yang dituju............

Pisang emas di bawa beraya
Masak sebiji di Puduraya
Hutang duit sebelum raya
Masa nak bayar selepas raya

Pisang emas di bawa beraya
Masak sebiji di Balairaya
Semua hutang nak sambut raya
Tauke kedai juga yang kaya raya

Tinggi tinggi si hantu raya
Anak kerbau mati tak sempat raya
Main mercun di tepi jalanraya
Langsung tak ingat nak sembahyang raya

Dua tiga kucing beraya
Mana nak sama si badak raya
emapt lima hari lagi nak beraya
banyaklah berita kemalangan jaranraya

Dua tiga kucing pendakwaraya
manakan sama kucing rimba raya
dodol , lemang , rendang dan kuih raya
budak budak tetap nak duit raya

Gendang gendut tali rapia
kenyang perut makan kuih raya

Kura kura dalam paya
SELAMAT HARI RAYA..............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters