Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label Shah Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shah Alam. Papar semua catatan

Isnin, 20 Disember 2010

Part Time (Short Semester)

Ermm.nampaknya cuti semester pertama aku sudah pun bermula..cuti short sem ni akan berakhir pada 14hb Januari 2011..so lambat lagi la..heheehe..leh aku duk rumah puas2...al-maklumlah..dah lama aku duk UUM n menghadap buku untuk final exam baru nih..tapi nervous still ada lagi dalam diri nih coz result untuk semester pertama ni xtahu la mcm mana nanti..risaunya aku...aku harap2 sangat dapat result yang baik.impian aku nk dapat 2.8 or 2.9 ke atas itu pun dh kira bersyukur sangat2...tapi dapat lebih lagi..lagi aku bersyukur kepada Allah SWT...aminnnn.....

Okeylah..memandangkan cuti short sem ni aku telah pun buat keputusan untuk bekerja PART TIME di S.ALAM.baru-baru ni,aku dibagitahu oleh mak cik saudara aku di S.Alam,dimana ada kerja PART TIME tempatnya.Mak cik aku ni keje sebagai kerani di SD CARD yang terletak di seksyen 15,Shah Alam.dier bagi tahu dekat aku yang company ada buat PART TIME untuk simcard..bayaran yang dibayar adalah :

1k simcard = RM30

So..memang lumayan..tapi bayangkan nk ciapkan 1k simcard tuh...waduhhh...penat seyh..namun aku go on jugak,mana x nya,baik aku teruskan,daripada aku x kerja,baik kerja..dapat la jugak duit top4 nanti untuk aku beli brg untuk semester kedua nanti...ehmmmm...

So..aku pun dh sampai S.ALAM..so kerja PART TIME telah pun bermula pada hari pertama lagik..waduhh..penat pun lum hilang lagik..dah suruh kerja..xper..nanti income masuk..hik2..
Aku telah diajar oleh makcik aku untuk starter pack untuk TUNETALK..ermm..sebanyak 500 keping.banyaknyer...so makcik aku suh aku buat cepat2 siap n dier nk dalam pukul 3.00ptg.so aku pun buat la seperti mana yang dier ajar dekat aku.....so aku pun bekerja la dengan keras sekerasnya...

Lebih 3 jam lebih..adusss sakitnyer pinggang aku..memang letih gak ek wat card nih..hehehe..xper...aku pikir pasal income..letih tolak ketepi dulu..hehehe..apa-apa pun dalam lebih kurang pukul 2.00 petang,semua dh siap simcard tersebut dan makcik aku pun ambil card yang telah disiapkan itu...so kerja aku sudah beres....

Penatnyerrrrr.........

Ok..aku sambung esk lak ea...bububuyeeeee...

Isnin, 8 November 2010

Separuh Akhir Muzik-Muzik 25

nampaknya Anugerah Juara Lagu ke-25 bakal menjelma tidak lama lagi..mana taknya..sekarang Separuh Akhir Muzik-Muzik akan berlangsung pada 8,15 dan 22hb November ini.Sebanyak 30 buah lagu akan dipertandingkan..ermm..nampaknya format AJL25 still masih kekal,di mana,AJL25 tidak akan menggunakan kategori-kategori seperti AJL23 yang lepas.Sebanyak 30 lagu pelbagai genre yang bakal dipertandingkan dan siapakah yang bakal berentap di pentas utama AJL25 nanti..sama-sama kita saksikan..Separuh Akhir Muzik-Muzik ini akan berlangsung pada tarikh yang telah diberitahu diatas (sila tgk diatas...x nampak ker)...dan lokasi pula seperti biasalah iaitu di Studio Sri Pentas 2,Plaza Alam Sentral Shah Alam,Hanya 12 lagu sahaja yang layak berentap di final AJL25 nanti (errmmm....ye ker..selalunya gimik jer 12 tu..entah2 14 lagu cam tahun lepas)...

Berikut saya listkan senarai lagu dan kedudukan persembahan lagu yang berjaya masuk ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 untuk tiga peringkat.

8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an :
1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
2. Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
4. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
5. Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
6. Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
8. Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
9. Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
10. Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
11. Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
12. Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

15 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 90an :
1. Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
2. Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
3. Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
4. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
5. Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
6. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
7. Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
8. Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
9. Cinta Kosmik – The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
10. Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
11. Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
12. Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

22 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema Milennium :
1. Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
2. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
3. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
4. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
5. Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
6. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

gud luck to all artis yang bertanding....all the best...


p/s : sokong - Shahir,Faizal Tahir,Stacy,Black,Aizat.

Jumaat, 5 November 2010

lepak kat i-City

Wah..inilah first time au dtg ke i-City..YES...akhir makbul jugak permintaan aku nk g sini..hehehe..alangkah gembiranya hati ni....i-City merupakan bandar teknologi pertama di Malaysia.i-City terletak di bandar Shah Alam di seksyen 7 berdekatan dengan UiTM Shah Alam.
So..aku dan member aku iaitu Syed telah pergi ke i-City semalam dengan menaiki motor..kitorang pergi dengan motor kerana tak perlu bayar utk masuk.Bagi yang nk pergi dengan kereta.dier kena bayar RM5..so..utk motor xyah bayar.....

Kami pergi pun lebih kurang dalam pukul 11.00 malam..masa nilah seronok tgk lampu..dan bandar yang bermandikan cahaya..memang menarik dan first time aku tgk bandar yang penuh dengan aneka lampu warna-warni...wah..memang cntik giler...

Tak sah kalu x amik gmbr..aku kan jenis suka bergambar..so kitorang pun bergambar n berposing la kat ctu...

Kat sini aku letak gmbr yang sempat aku amik tuh..bg yg nk dtg...jom..dtg i-ciTY











Negara Pelawat Blog


free counters