Pengikut Blog
Isnin, 8 Mac 2010
Aku Geram
GERAM....GERAM GERAM.....
itulah ungkapan yang dapat aku luahkan sekarang....
memang aku GERAM sangat2...
actually yang membuatkan aku GERAM n NAIK angin ni pasal Markah Ko-Kurikulum nih..
Sedangkan aku yang banyak jawatan dan komitmen yang kuat tut..tut..aku paling rendah dapat markah ko....bengang betol....
Inilah senarai jawatan yang aku pegang masa kat skul :
- PENGERUSI KELAB USAHAWAN MUDA
- NAIB PENGERUSI KPA3
- SETIAUSAHA BADAN DISPLIN
- BIRO MULTIMEDIA (MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 08/09 - MPP)
aku memang tak halal apa yang aku dah buat...korang cam x hargai jer jasa aku...nape la aku dapat markah KO yang paling rendah......WHY...WHY...WHY....
errrr.....TENSION weh...doh la markah Ko ni guna untuk isi u......
tgk ar..aku x halal la sapo wat gini ko aku......TUHAN pasti tunjuk kebenaranNya....
KECIK RAJA LAWAK 4
Dan Raja Lawak musim keempat dimenangi oleh..................KECIK.....Itulah ungkapan yang diberitahu oleh pengacara Raja Lawak Ke-4 iaitu Zizan dan Johan pada Gelanggang Akhir Raja Lawak Musim Keempat di Auditorium MBSA,Shah Alam.
Kemenangan KECIK memang itdak dijangkakan memandangkan pihak juri berpendapat bahawa Alex bakal bergelar Juara Raja Lawak Musim Keempat ini.Ternyata juri tersalah pilih... Yahoo...banggaya aku KECIK menang....memang sempoi ahh...diorang wat lawak...x setengah finalis RL4 tu ada yang over dan poyo jer.....hu2....malas ar aku nak sebut nama...kan x pasal2 aku kena SAMAN kat MAHKAMAH lak.....nt famous tau aku nih...hik2..
KECIK berjaya mengalahkan 2 lagi persaingan iaitu finalis RL4 iaitu Alex dari Sabah dan Idlan dari Kedah.Kumpulan KECIK berjaya memperolehi undian SMS sebanyak 49.5% berbanding Idlan dan Alex.
Kumpulan KECIK dianggotai 2 orang iaitu Mohd Ilham Rusdy atau Achoe, 19 dan Safuan Madeaming atau Wan, 20.Kedua-dua mereka ini berasal daripada SABAH.Kumpulan KECIK memecahkan tradisi kerana inilah Juara Pertama daripada SABAH....wa...congrat ek....Kecik
Pembukaan Gelanggang Raja Lawak musim keempat ini memang happening dan hebat...bangga gua tengok semalam...x rugi....
Persembahan kesemua finalis2 memang hebat-hebat belaka...
Apa-apa pun tahniah KECIK.......
Ahad, 7 Mac 2010
MALAYSIAN TOP HOST 2010 – PENYIARAN KURANG MEMUASKAN

Alhamdulilah bermula 3 Mac 2010 hari Rabu lepas,program reality tv yang mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan & kewartawanan terbitan TV3 telah pun disiarkan buat pertama kalinya selepas menutup tirainya pada tahun 2005 dimana,Juara Malaysia Top Host pertama telah disandang oleh juara pertama wanita iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain.Kejayaan Nurul memberikan keyakinan kepada TV3 untuk memberikan tugasan kepada beliau untuk mengacarakan sebuah program kewanitaan iaitu NONA.Nona merupakan program pertama yang Nurul Syuhada mengcarakan.Setelah itu,Nurul Syuhada memberikan laluan kepada rakan beliau iaitu Siti Asfizawati (Fiza) untuk meneruskan program Nona..dan Akhirnya diberikan kepada Maya Karim untuk Nona 2010.
Berbalik kepada Malaysian Top Host 2010.Memandangkan preview MTH2010 agak besh..membuatkan saya tertarik untuk menyaksikan bakat-bakat baru dalam bidang pengacaraan dan kewartawanan ini.Namun sedikit agak mengecewakan saya dan pasti ramai orang,kerana waktu siaran untuk Malaysian Top Host 2010 agak singkat sekali iaitu hanya 30 minit.itu belum ditambah dengan siaran iklan..agak2 purata dalam 20 or 22 minit sahaja MTH2010 disiarkan setiap Rabu.
Memang rasa tidak puas untuk menyaksikan program selama 30 minit.Malaysian Top Host 2010 ini dibarisi oleh 10 bakat-bakat baru iaitu 5 lelaki dan 5 wanita.Mereka terdiri daripada Faizal,Izkandar,Helmi,Aswad dan Fadhil.Bagi peserta wanita pula ialah terdiri daripada Nabihah,Liyana,Sharliene,Erin dan Diana.
Macam biasa la..setiap minggu nih mesti ada penyingkiran.So kepada sesiapa yang ingin tahu siapa yang tersingkir untuk minggu ini,jangan lupa saksikan MTH2010 pada hari Rabu ini yer….(aku rasa minggu pertama ni takder penyingkiran kot…tekaan aku jer)…Minggu ini mereka buat pertama kalinya akan membaca berita (Buletin Utama)..so korang tgk la…..bagi aku setelah tgk preview iklan sedutan minggu hadapan (peserta yang betul2 gempak Liyana,Fadhil,Helmi)..Memang diorang ada bakat dalam bidang pengacaraan…
Okeylah..malas dah aku nak membebel lagik…membuang masa aku jer..hik2..
Korang tunggu jer la hari Rabu ni..kalau korang nak tgk…kalau xnak…xper..x ada sesiapa pun paksa…..huahuaa…
Byebyebyebye..
label
2010,
Malaysia Top Host 2010,
MTH2010,
TV3
Langgan:
Catatan (Atom)












