Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Rabu, 7 April 2010

Dato Siti Nurhaliza - Bintang Palling Popular 2009

Bintang Paling Popular 2009 ABPBH2009 jatuh kepada Dato Siti Nurhaliza

Itulah ungkapan daripada dua pengacara yang happening dalam majlis berprestij itu iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 yang telah selamat berlangsung pada hari Ahad lepas iaitu 04.04.2010 di Arena Of Stars of Genting Highlands.Majlis gilang gemilang itu dihadiri beribu-ribu artis dan peminat untuk menyaksikan anugerah tersebut.

Kejayaan Dato Sti juga meraihkan Penyanyi Wanita Popular untuk kali ke-13 berturut-turut sehinggakan Dato Siti menyatakan hasrat ABPBH2009 ini adalah anugerah yang terakhir yang akan beliau sertai.Hahaha….sampaikan Dato Siti pun taknak dah anugerah2 nih..dah berlambak dah kat umah dier….ermm….bugs2…Dato Sti…leh bagi peluang kat orang lain lak ek….

Selain kejayaan Dato Siti,ramai juga yang pemenang mememangi kategori masing-masing,antaranya ialah Hero & Heroin drama bersiri paling popular di Malaysia iaitu Nur Kasih dimana heronya Remy Ishak dan Tiz Zaqiah telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki TV Paling Popular dan Pelakon Wanita TV Paling Popular sekali gus berjaya mengalahkan persaingan yang lain.

Manakala Que Haidar dan pasangan heroinnya dalam citer Duhai Si Pari-Pari iaitu Liyana Jasmay telah memenangi kategori Pelakon Lelaki Filem Popular dan Pelakon Wanita Filem Popular.

Seperti yang sudah dijangka Bunkface dan kumpulan Rabbani telah mengengam trofi bagi kategori masing-masing.Seperti Bunkface telah memenangi kategori Duo/Berkumpulan Paling Popular dan Rabbani pula telah mengulangi kejayaan memenangi kategori Vokal Nasyid Paling Popular.

Raja SMS kita,Mawi telah berjaya dikalahkan oleh penyanyi yang semakin meningkat naik namanya Aizat.Aizat berjaya mengalahkan Mawi untuk merampas kategori tersebut.Ermmmmmm….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Negara Pelawat Blog


free counters