Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label Update. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Update. Papar semua catatan

Isnin, 18 Jun 2012

Horray Header Baru ^__^

sumer kartun-kartun kegemaran aku..hahahaha

Alhamdulilah akhirnya dapat jugak tukar header setelah sudah lama aku tidak tukar header..hehehe..jgn jelous ek..hihihihi :p

p/s : xtau nk pos ap daaa...yg ni leh jadi bahan post kot..hahahah :)

Jumaat, 8 Jun 2012

18 Ucapan Yang Perlu Ucap..

luahkan apa yang ingin dikata dengan 18 ucapan ini..
1. Terima kasih. Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa. 

2. Saya maafkan awak. Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri. 

3. Saya sayangkan awak. Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan. 

4. Saya sudah salah. Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik. 

5. Awak cantik. Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik. 

6. Tak apa. Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik. 

7. Saya faham. Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.” 

8. Awak selamat. Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya. 

9. Saya mengagumi awak. Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain. 

10. Saya sokong awak. Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya. Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada. 

12. Awaklah orangnya. Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang. 

13. Ini semuanya untuk awak. Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda. 

14. Saya ada di sini untuk awak. Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka. 

15. Kerja yang hebat. Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri. 

16. Saya rindu awak. Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi. 

17. Awak penting. Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa. 

18. Maafkan saya. Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya. 

Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya. Akhir kata, ingatlah; orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya; jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda.

p/s : luahkan utk insan yang tersayang :)

Ahad, 3 Jun 2012

Saya Rindukan Awak

saya rindu my sayang :(

saya terlalu rindukan awak..

Sabtu, 12 Mei 2012

7 'C' Sebab Suami Benci Isteri

C1. CABAR 

  • Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ... 


C2. CABUL 

  • Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ... 


C3. CELUPAR 

  • Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ... 


C4. COMOT 

  • Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ... 


C5. CEMBURU 

  • Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ... 


C6. CEREWET 

  • Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat 


C7. CINCAI 

  • Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ... 


7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

 Renungkanlah...


p/s : 7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah) 

Selasa, 8 Mei 2012

Bukak Blog Bersawang

Alhamdulilah , akhirnya sempat lagi aku meneruskan coretan dalam blog peribadi aku ini.hurmmm..memang hampir  sebulan aku tidak mencoretkan dan mengupdate dalam blog aku ni..hahaha..maklum la aku busy orgnya..

Akhirnya aku bebas lega buat sementara sekarang kerana program yang aku handle sudah pun berlangsung , program yang aku hendak masuk pun dh go on..skrg midterm pun beransur2 nk habis dah..tunggu nk submit beberapa project paper n presentation je lagi..huhuhu..Sungguh ku tidak sabar untuk mengakhiri zaman semeter 4 ini..tinggal tiga minggu lebih lagi nk habiskan dan menghadapi final exam..hahaah..cuak seyh...

Aku taktau apa yang aku belajar selama aku berada semester 4 ni..memang aku terlalu busykan diri kot..smpai pelajaran aku lupa..p skrg au dh ulangi tabiat lama iaitu memoteng kelas.hahaha..sengalll..takpe tu dh jadi adat budak u tuk ponteng sekali sekala kelas..jangan poteng selalu sudah la..hahaha..kalu tak sampai la surat BAR tidak dapat hadir ke final EXAM..urghhh..tidak..sia2 je aku lepaskan peluang semester 4 ni..hahaha

Memandangkan program pun dh xde nk join sbb nk akhir sem sebelum final..hahaha...lega aku...

Okeylah..malas dh aku nk coret..t lain kali aku nk coret...n tungg kandid
  •  EON NITE FESTIVE FILM 2012
  • MALAM MESRA ANAK TANAH MERAH 2012
memang gempakkkk syehhhhhh...

Ahad, 1 Januari 2012

Minggu Exam [A111]

Alhamdulilah,akhirnya dapat jugak aku mengUPDATE blog ini setelah lama sudah aku tidak UPDATE..biasa la aku busy sgt kot dengan assignment..minggu study week n skrg pon tengah menghadapi FINAL exam.so aku tidak dapat sangat nk update dalam blog ini.

Khamis, 8 Disember 2011

horrayy..midterm dh habis



horrayy..akhirnya saat yang aku nantikan telah pon tiba..mana taknya...aku dh lama nk hidup bebas..so...berakhir sudah midterm MANDRIN..so leh aku relax ckit sementara menanti FINAL EXAM tuk sem nih..hahaha..aku bersyukur sangat kerana dapat habiskan MIDTERM dengan baik..cuma result je xtau agg...hehehehe..ergggrrrrr...takut la kalu dpt result rendahhh..haiyyyoooooo....

Sabtu, 26 November 2011

luahan dari hati aku...

Saat ini ketika ini saya memang benar-benar rasa dalam kesedihan. Tak tahu kenapa hati ini terasa begitu sayu. Seolah-olah seperti orang yang putus cinta lagaknya. Cinta yang dihampakan oleh seseorang. Hati pulak suka nak melayan perasaan macam ni katika ini.

Kenapa hati ini tidak gembira seperti pasangan yang bercinta. Penuh dengan bunga-bunga. Sentiasa tersenyum dan ceria sepanjang hari. Bagaikan tak sabar untuk berjumpa sang kekasih hati. Hidup dalam penuh keceriaan. Bergurau senda, senyum tawa, merajuk dan pujuk memujuk. Tetntunya hati sang dara terasa bahagia sekali kan...

Bagaimana untuk saya melenyapkan perasaan murung saya ni???Dari dulu lagi memang sifat saya yang satu ni tak boleh saya hilangkan. Akan ada masa dan ketikanya saya akan berasa sedih, dan rasa macam nak menangis. Seorang sahabat berkata pada saya, saya ni terlalu memendam sampai satu tahap inilah yang akan berlaku. Bila mana sesuatu itu tak dapat ditahan lagi maka airmata sahaja yang akan keluar. Betul ke??? Entah la saya pun kurang pasti. Mungkin ada benarnya...Mungkin hati saya tak cukup kuat untuk menghadapi segala dugaan yang Allah berikan. Mungkin juga saya dah jauh dariNYA...

Ya Allah....ampunkan dosaku... :(

Rabu, 2 November 2011

Blog Terkubur....Ko Ada ????

hahahaha..kelas ko Jah..tajuk pon dh giler...hahaha..ye la..mana taknya aku dah hampir 2 bulan aku x posting kat blog nih..maklumlah..aku busy kot nk update sbb byk tugas yang perlu aku siap kat Universiti Utara Malaysia tu...biasa la kehidupan sebagai mahasiswa la katakan..hehehe

ASSIGNMENT + PRESENTATION + QUIZ + MID-TERM + FINAL EXAM

ko tak tgk ke Jah gmbr aku tuh..hahahaa..kelas kan..kununnya stdy kat Library..hampehhh..g photoshoot je...nk baca hahahaa..lambat ag kot kalu xde asgment aku xkan g punya PSB...(Perpustakaan Sultanah Bahiyah)

harap je pustaka besar..tapi nk cari buku punya la susah..sampaikan aku dah dua sem pon x jumpa2 buku yang aku nk tuk buat assigment..so biler tak jumpa..paham2 je la..malas dh nk masuk PSB nih...kekadang lalu je depan PSB coz nk g kuliah kan..so..terpaksa lalu..walaupun tersegam indah dalam UUM..hahaha..sekarang nih baru je siap Perpustakaan Tun Dr.Mahathir..hahaha..lagi besar kot dri PSB..katanya tu perpustakaan kedua UUM.hurrrmmm...yang pSB tu pon dh x pergi ni kan pula perpustakaan Tun dR.mahathir..hahahaaa...

okeylah..memandangkan aku skrg ni sedang bercuti..so aku berasa bebas..bebas konon..hahaha..berlambak asgiment yang perlu aku siapkan sebelum akhir bulan ni..ye la...lepas je bukak cuti mid sem ni..trus je exam midterm..waaaaaa...aku x baca apa benda lagi pon..tensionnya aku..hahaha...

so,aku nk manfaatkan sebaik-baiknya masa yang ada...ko ad..hahaahha..

aku xtau la nape begitu rajin hari ni aku update blog..sebab aku bosan kot..maklumlah..jauh dengan yang tersayang....hahaha..sayang i love u....hahahaha...kalu ad sayang konfirm aku bermanja dengan dye kan..hahaha.. (apa la aku merepek nihhhh....)

soo.......aku dh malas nk mencarut nih..so aku nk undur diri yer...t aku update lagi..jangan risau..blog ini akan kembali ceria seperti dahulu......

teruskan sokongan anda ke blog ini...terima kasih semua....

salam..

Isnin, 20 Jun 2011

BE C.I.N.T.A ????

sebut jer pasal cinta tentu korang suka kan..hahaha.biasa la saper x suka kan..hohoho..

CINTA itu buleh buat korang jadi ANGAU, TAK TENTU ARAH, GILA dan macam-macam ag..hehehe...

CINTA ini pelik,sekali kita terjerat,kita akan terperangkap.

Ambooiiii..aku nih cam doktor CINTA (dr.LOVE) lak,hahaha...kununnya..okaylah..hari ni aku nak citer ckit pasal BECINTA..hahaha..tentu korang ingat lagi FAIZAL TAHIR..hahaha..ada KAITAN jugak kot..hohoh...BENCI + CINTA = BECINTA

Dalam BECINTA..biasa la..adat CEMBURU,GADUH,MERAJUK,MARAH dan macam-macam ag..tentu setiap pasangan akan lalui perkara tersebut...kekadang dengan situasi itu,membuatkan kita lagi sayang akan pasangan kita.

Sebagai contoh,CEMBURU,kalu kita cemburu,itu bermakna kita sayang sangat kepada pasangan kita kerana tak mau orang lain rapat dan rampas kita punya.

Bagi GADUH lak,itu perkara biasa jer,maklumlah GADUH manja,tapi jangan smpai GADUH besar lak..hahaha..t jadi lain lak dalam perhubungan..hohohoho...

MERAJUK..ermmm..yang ni mesti ad dalam setiap percintaan, MERAJUK mayBE no.1 in percintaan yang perlu ada...ye la..bila pasangan kita mERAJUK kita haruslah pujuk dier...kena pujuk tau...kalu x pujuk tentu dye kecewa,marah dan anggap kita x sayang dye..so pandai-pandai la pujuk...p kalu MERAJUK tu,jangan la OVERDOSE sgt lak..t menyampah lak kepada pasangan anda...hehehe..selamat memujuk k..

bagi MARAH lak,setiap orang ada perasaan MARAH,pelik la kalu manusia tu takder sifat MARAH..hahaha..bukan manusia,hantu,alien,jin pun marah..hahaha...kan....merapu dah...hahaha..MARAH tu jangan la MARAH betul..kira MARAH2 sayang..hahahaah......jangan terlampau EMOSI sangat...hahahaha...okay..

ermmm.bagi aku,aku sangat mencintai dan menyayangi pasangan aku ini,aku berharap hubungan aku ngan dye kekal selama-lamanya...Amin...aku nak sngat jaga dye..nk dye happy ngan aku...aku terlalu sayang dye...siyes..dye la pelengkap hidup aku...always be my baby..hohohoho...

ermmm..malas dh aku nak merapu nih..so..aku nk out dah nih..hehehe..t aku update ag ea...bubbbyyyyeeeeee.....mmmmmuuuuaaaahhhhhhh..love u korang...

Rabu, 15 Jun 2011

m.a.l.a.s !!!!!



perghhhh...M.A.L.A.S bebenor sejah akhir-akhir ni aku nak update blog..aku pun xtahu kenapa..why..why..apa dh jadi ngan diriku ini..kenapa diriku malas (?????????)

actually memang aku malas sangat nk update blog ni coz maybe xde masa kot..al-maklumlah..aku kan orang sentiasa dilihat sebagai orang yang busy,...hohohoho...

memang siyes...aku malas sgt nk update blog nih....dulu aku bukan main rajin lagi..p sekarang dh jadi hangat-hangat tahi kambing dah..memang malas bebenor nih...hohohoo...

okeylah..bagi merelaxkkan minda nih..t aku update dulu ea...t ad masa kau akan update blog tentang celebration my buffday together with my buffday younger sister Eriqa Qistina..hohoho..t aku update kalu ada masa k...hohoh..jangan marah..

aku mintak maap ek kat follower..tentu korang tertunggu aapa yang aku nak update buat masa sekarang..so..t ad masa..entah esok,lusa,mlm ni or apa-apa aku akan update k...tunggu..kemuculan update post dariku..hihihihi

Jumaat, 27 Mei 2011

yes..sukernyer..

yahooo..heppynya asenya..hehehe...aku akhirnya dapat jugak mengUPDATEkan button SHARE n LIKE kat blog aku nih..hehehe

sudah lama aku mengimpikan cam blog orang lain..

perghhh..penat giler asenya nk mencari code html nih n nk paste sekali..hohoho..penat den asonya..heehehehe...

tapi akhirnya dapat jugak aku siapkan..sekarang cantikkan blog aku..hihihhii

ok...chow lu...assalamualaikum....

kalau berpacaran.....

ermmm.kalau berpacaran memang banyak pantang laranggg....jaga tata susila....ermmm

kekadang betul gak apa yang lirik "KALAU BERPACARAN" nyanyian Suhaimi Meor Hassan ngan Ana Rafali tu..ada betul gak..

ye la..semasa berpacaran macam-macam boleh jadi..so kita kena pandai2 jaga diri dan elak lah buat perkara yang terkutuk (cyehhhh..baiknyer aku nih..heheheeh)

paham2 je la..bila berdua-duaan macam2 leh jadikan..entah2..lepas 2..3 bulan terus dapat anak...(oppppsssss...lazerrrnya....apa tak lazernya...dh perkara yang betul...errmmm)..ye la..mula la ase xtenteram kalu tau M########...so...nk buat tu pikir dahulu semasak2nya...

kalu dh mengandung tu..mula lah..nk gugurkan bayi..ermmmm..so korang pikir la..bayi lam perut korang tu x berdosa...dh buat..pandai2 la tanggung...aku cuma nasihat jer..so korang sendiri la yang pikir ea....

pastu.buang anak sana..sini..situ..ermmm..berdosa la korang nih..dh la buat perkara yang terkutuk..pastu buang anak merata-rata....xsuka la...

Selasa, 24 Mei 2011

merdeka...abisss sudahhhh



yeayyyy..merdeka sudah...
bebas cam burung diatas...

hehehe..tentu korang tekejutkan tetibe jer mamat nih cakap merdeka..padahal merdeka 31 ogos lambat ag kan..hehehe..excited nk sambut awal kononnya..hehehe..kan...padahal merdeka lain la..merdeka ni bukan tuk merdeka 31 ogos jer..tetapi merdeka setelah abis final exam utk semester kedua...

okeylah..tanggal 21hb Mei 2011..kertas Prinsip Ekonomi merupakan kertas terakhir aku duduki setelah hampir 4 bulan aku meneruskan pengajian aku di semester kedua..hehehe..aku harap aku akan dapat result yang gempak dan terbaik punyer utk sem ni...aku berdoa sangat2...aku berharap aku akan capai 2.9 or 3.0..hehehe...insyallah..

yelah...mana taknya..siang malam duk mengadap buku (buku la sangat..padahal..FB je kejenya) hehehe... utk menelaaah subjek yg amik sem ni tuk jawab lam exam..kan x baca xleh jawab lak..hahaha...

hehehe..akhirnya aku bebas juga dari sangkar UNIVERSITI UTARA MALAYSIA..hehehe..so cuti 3 bulan nih..aku nk keje..nk cari duit ckit..hehehe..nk buat belanja sem depan..hohoho...

okeylah..setakat ni dulu la aku mencarut ek...t aku update lagik..hihihi...choww dulu...bye2..

Jumaat, 29 April 2011

tukar layout

hehehe...hari ni aku sudah tukar layout blog aku.. ermmm. maklumlah.. kekadang bosan tgk yang lama jer...naik BORING & BOSAN kan..hehehe

tema blog aku sekarang ada bersifat NATURE or SEMULA JADI..ermmm. korang tgk la..semua ada cam daun-daun n burung yang berterbangan.. hehehe..jiwang lak blog aku nih..

mana tak nya...warna purple ala-ala PINK gtu..hehehe...comelkan.. hehehe..

semuaaku dah tukar yer...

hopely korang sume terhibur dan suka dengan keadaan blog terbaru aku ni ek...hehehe..happy2 tau..xmo2 tensen..hehehe

Isnin, 18 April 2011

no time

no time

itulah yang dapat aku perkatakan sekarang ni kerana aku sudah tidak sempat lagi untuk mengPOSTkan kat blog saya ini

saya ingin memohon maaf coz kerana sudah lama follower blog ini ingin mengenai tahu apa yang sedang berlaku sekarang ini.

al-maklumlah..aku kan busy..hik2...busy la sangat2...

seriously..memang sem ni memang busy sgt2 kerana banyak hal yang hendak perlu disettlekan seperti midterm sem ni,assignment, projek dpp, dan pelbagai.

insyallah dalam minggu ini,aku akan berjanji akan sedaya upaya akan mengUPDATEkan blog dalam minggu ini mengenai apa aktiviti yang aku lakukan pada sebelum-sebelum ini

nak tahu apa yang aku buat minggu lepas..hehehe..nantikan UPDATE yang seterusnya...hohohoo

Ahad, 13 Februari 2011

update : Sabtu (12/02/2011)

alhamdulilah..akhirnya ada jugak masa untuk aqu posting n update pasal blog aku nih..al-maklumlah aqu baru sahaja sampai di MADAGASKAR SINTOK,UUM nih..hehehe...aqu baru shaja sampai pada hari Sabtu kelmarin kul 7.30pg.Perghh..lama gila bas tu bwk bas..dh lama berhenti rehat lama nak mampus....tak pasal-pasal aqu kena rest kat lam bilik sementara menanti untuk g ko-k kejap jer...adussss....

setelah aqu smpai di UUM,hati ini asenya cm nak blik semula jer kat kg...wuuuuaaaaaa...tolong lah..aqu nak blik kg....x mau duk UUM...

hahaha...macam-macamlah ragam aqu nih..hahaha..okeylah..hari ni dengan semangatnya aqu g ko-k CAK LEMPONG...ermmm.apa itu CAK LEMPONG...kalu korang nak tahu..korang surf sendiri la meaning CAK LEMPONG itu apa..malas aqu nak citer kat sini...(actually malu......paham2 je la..kalu yang dh paham apa itu CAK LEMPONG)....ermmm..kitorang cam biasa la g ko-k..cuma hari ni kena g awal ckit ke ko-k coz nk g COP suratp perlepasan kuliah coz kitorang x hadir masa ko-k minggu lepas disebabkan ada event Explorace Estetika masa karnival 3K...ermmm..al-maklumlah..semuanya busy.....

okeylah...so..perjalanan kuliah ko-k hari ni cam biasa ler..ketuk-ketuk Gereteh,Sawa,dan Tingkah n termasuklah Gendang....hohohoo...abis jer kul 12.30tghhahri kitorang blaaaaa...hahaha...

ha..itu je la sempat aqu nak citer pasal aktiviti yang aqu dh buat pada hari Sabtu kelmarin...

t..aqu update lagi yer pasal aqu kat kampus...wahahahaha...

k...bubybyebyebyebeyebyeeeeee...

Ahad, 19 Oktober 2008

My Friend Kat Skolah

Mat Le ngan Hapih Jiwa

Pose dari sek dio lagi

Serol ngan Amin

Pose dari my friend

My best friend...Pok Wa

Sabtu, 11 Oktober 2008

Aktiviti Belia (Kat Pantai Damai Beach Resort) part 3

Semua peserta kem belia komuniti 2008

Pose dari kami semua

Picture 2

Cantik tak istana kami yang kami buat

Amboi mesranya yang baju merah dan merah kuning

Apa la yang aku duk termenung kan tu

Aku je yang pose gambar kat sini..

Cantik tak istana pasir kitorang

Siap bergambar di tepi awek Datuk Mahmud

Amboi mesra gitu

Khamis, 9 Oktober 2008

Kenangan Kem Belia 2008 (part 1)

Aku yang pakai baju kemeja polo yang pakai beg tu...
Tengah action dan pose kat kamera jap...

ni aku ngan asyraff di dewan kuliah di Kem Damai Beach Resort

Ni aku dengan Wafie di Bilik Urusetia

Masa ni kitaorang tengah rehat jap...

Wow...perasaan lak kitorang ni bergaya di hadpaan kereta yang menjadi perhatian di Kem tersebut

Ni kawanku yang perasan dan banyak cakap Zainal Abdin
Yang dibelakang pula Wafie

Masa ni kitorang tengah minum malam di Kaantin di Kem Damai Beach Resort

Pose kat dewan kuliah jap..

Ni aku dengan asyraff

Wow....cam dalam kuliah kat U la pulak...

Negara Pelawat Blog


free counters