Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2012. Papar semua catatan

Khamis, 5 Julai 2012

Cake Boss (TLC)

memang aku x miss r tgk citer nih...Buddy

Alhamdulilah , akhirnya sempat jugak aku update terbaru kat blog aku yang sudah lama berusang nih.Maklumla aku memang x sempat nk menaip kat blog nih..Ada banyak kerja sedikit. Ni dapat update pon rasa bersyukur sangat-sangat kerana diri ini tidak lagi busy..hahaha..Dulu tension kerana assignment , midterm , study week (ni pon tension gak ker...asenya dapat release tension ad la..hahaha) , dan yang memang 100% tension bila nk masuk minggu Final Exam..

Nampaknya sekarang ni tiba masa untuk aku merehatkan minda dengan melayan internet sepuas2nya , tengok tv, movie kat lappy , dan makan byk2 (tpi badan x naek2 pon) hahahaha..

So,aktiviti aku dirumah seperti biasa , makan , tido , makan tido..dah taktahu nk buat apa dalam masa 2 minggu ni sebelum berangkat ke UUM balik..huaaaaa..sedihnya...

Haaa..dah byk aku merepek nih..padahal aku nk citer pasal satu rancangan yang menjadi favourite aku bile tiba aku balik umah..remote sentiasa berada di tangan aku..nilah rancangan kesukaan aku 'CAKE BOSS". Rancangan ni disiarkan di saluran astro TLC..saluran 707..aku pon xtau apa nama full TLC..main tulis je..hahahaha...Aku suka rancangan nih coz rancangan ni memang menarik minat aku untuk tengok , aku suka tengok si Buddy (gmbr kat atas tu) buat kek. Dia buat kek pelbagai jenis..kek haiwan , manusia , benda yang hidup , benda yang tidak hidup dan banyak lagi..hahaha..aku suka tengok diorang decorate kek tu, bukan setakat kek perkahwinan , tetapi kek untuk sesuatu function diorang pon still buat ok..hahaha..hebat...

Bagi korang yang taktau,korang leh tgk citer CAKE BOSS ni pada setiap hari Rabu pukul 7.03 - 8.03 di saluran 707 (TLC)..hahaha..sebelum tu sembahyang maghrib dlu yer sebelum tengok citer nih..hahahahaaa....

Okeylah..aku dah letih menaip dari tadi lagi...nt aku sambung balik yer..dengan isu yang menarik...

Aku chaw dlu yer..assalamualaikum..

Isnin, 18 Jun 2012

Horray Header Baru ^__^

sumer kartun-kartun kegemaran aku..hahahaha

Alhamdulilah akhirnya dapat jugak tukar header setelah sudah lama aku tidak tukar header..hehehe..jgn jelous ek..hihihihi :p

p/s : xtau nk pos ap daaa...yg ni leh jadi bahan post kot..hahahah :)

Jumaat, 8 Jun 2012

18 Ucapan Yang Perlu Ucap..

luahkan apa yang ingin dikata dengan 18 ucapan ini..
1. Terima kasih. Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa. 

2. Saya maafkan awak. Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri. 

3. Saya sayangkan awak. Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan. 

4. Saya sudah salah. Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik. 

5. Awak cantik. Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik. 

6. Tak apa. Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik. 

7. Saya faham. Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.” 

8. Awak selamat. Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya. 

9. Saya mengagumi awak. Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain. 

10. Saya sokong awak. Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya. Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada. 

12. Awaklah orangnya. Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang. 

13. Ini semuanya untuk awak. Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda. 

14. Saya ada di sini untuk awak. Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka. 

15. Kerja yang hebat. Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri. 

16. Saya rindu awak. Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi. 

17. Awak penting. Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa. 

18. Maafkan saya. Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya. 

Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya. Akhir kata, ingatlah; orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya; jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda.

p/s : luahkan utk insan yang tersayang :)

Sabtu, 12 Mei 2012

7 'C' Sebab Suami Benci Isteri

C1. CABAR 

  • Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ... 


C2. CABUL 

  • Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ... 


C3. CELUPAR 

  • Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ... 


C4. COMOT 

  • Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ... 


C5. CEMBURU 

  • Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ... 


C6. CEREWET 

  • Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat 


C7. CINCAI 

  • Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ... 


7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

 Renungkanlah...


p/s : 7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah) 

Sabtu, 21 April 2012

10 Golongan Manusia Yang Di Usir dari Padang Mahsyar


  1. Mereka diusir berupa kera.Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba. 
  2. Mereka diusir berupa babi.Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram. 
  3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah.Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta. 
  4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal.Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong. 
  5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan.Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya. 
  6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka.Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur. 
  7.  Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya.Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran. 
  8. Mereka dihalau dalam keadaan buta.Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum. 
  9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya. 
  10.  Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas.Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

Selasa, 17 April 2012

Terima Kasih Dalam Pelbagai Bahasa


  1. Afrikaans (Africa) – Dankie 
  2. Arabic – Sukran 
  3. Arabic – Shukran Gazillan (Thank you very much) 
  4. Armenian – shur-nur-ah-gah-lem 
  5. Australian – Thoinks, Moite! 
  6. Bengali – Dhannyabad 
  7. Bulgarian – Blagodaria 
  8. Bosnia – Hvala tonese – 
  9. M’goy (sp? — thank you for the service) 
  10. Cantonese – Do jey (sp? — thank you for the gift) 
  11. Chinese (Mandarin) – Xie_Xie (shieh shieh) 
  12. Cook Islander – Kia Manuia 
  13. Croatia – Hvala 
  14. Czech – Djenkuie (deh’-ku-yih) 
  15. Danish – tak (tahg) 
  16. Dutch – dank (dahnk) 
  17. Estonia – AitÃ¥h 
  18. Fijian – Vinaka 
  19. Finnish – kiitos (kee’-toas) 
  20. French – merci (mehr-see’) 
  21. French – Merci Madame – Thanks (to a woman) 
  22. French – Merci Mademoiselle – Thanks (to a young girl) 
  23. French – Merci Monsieur – Thanks (to a man) 
  24. Gambia (Mandinka) – Abarka 
  25. German – Danke (dahn’-kuh) 
  26. German – Danke schoen (literally: nicely thank you, outdated) 
  27. German – Danke sehr (Thank you very much) 
  28. German -Vielen Dank (Many Thanks) 
  29. Greek – Efharisto (ef-har-ris-tou’) 
  30. Greek – Efkaristo poly 
  31. Guarani – Aguije (ah-we-JAY) native indian language of Paraguay and Western Brazil Guinea (Mandinka) – Abarka 
  32. Gujarathi (India) – Aabar Hawaiian – 
  33. Mahalo Hebrew – Toda (toh-dah’) 
  34. Hebrew – Toda raba (thank you very much) Hindi (India National Language) – Dhan-ya-vaad 
  35. Hindi – Syukriya 
  36. Hungarian – Köszönöm (kuh’-suh-nuhm) 
  37. Indonesian – Terima kasih (teh-ri-mah kah-sih) 
  38. Indonesian – Terima Kasih Banyak (Both pronounced bunyuk – Thank you very much) 
  39. Italian – Grazie (grahts’-yeh) Italian – Grazie tanto (many thanks – cordial version) 
  40. Italian – Mille Grazie (a thousand thanks) 
  41. Japanese – Arigato (ah-ree-gah’-toh) or A_Lea_Ga_Tou_Go_Zai_Ma_Su 
  42. Japanese – Domo arrigato Javanese – 
  43. Matur nuwun Jive – Thanks mon – Appropriate only if directed to a male Kannada (India) – Dhan-ya-vaadaa (spoken in S India, in Bangalore, the Silicon Valley of India.) 
  44. Korean – Kamsa hamaida (kam’-sah hum-nee-dah’ ) 
  45. Latvian – Paldis 
  46. Lithuanian – Achu Luganda (Uganda) – Waybale (Thank you) 
  47. Luganda (Uganda) – Waybale Nyo (Thank you very much) 
  48. Macedonia – Hvala 
  49. Malayalam (South Indian Language) – Nandi 
  50. Malayalam (India) – Nani 
  51. Malaysian – Terima Kasih (“Tay ree ma Kaa seh”) 
  52. Mali (Mandinka) – Abarka 
  53. Mandinka – Abarka (language of West Africa; The Gambia, Senegal, Guinea and Mali) 
  54. Maori – Kia Manuia 
  55. New Zealand – Cheers – LOL
  56. New Zealand – Kiaora Koe 
  57. New Zealand – Kiaora Korua 
  58. New Zealand – Kiaora Koto 
  59. New Zealand – Kiaora Tatou 
  60. New Zealand – Maori 
  61. Norwegian – Takk (tahkk) 
  62. Oman – Shakkran Palauan – soolong (Republic of Palau) 
  63. Paraguay (Guarani) – Aguije (ah-we-JAY) 
  64. Persian/Farsi – Mam’noon or Mo’teshake’ram (Spoken in Iran, Afghanistan and other Central Asian countries) 
  65. Philippines Tagalog – Salamat 
  66. Philippines – Maraming Salamat (thank you very much) 
  67. Polish – Dziekuje (dsyehn-koo-yeh) 
  68. Portuguese – Obrigada (Female) 
  69. Portuguese – Obrigado (Male) (oh-bree-gah’-doh) 
  70. Portuguese – Muito Obrigado (Thank you very much) 
  71. Portuguese – Muito Obrigado com Voce (have my personal thanks) 
  72. Punjabi [ Pakistan and India] – Bhala Hove 
  73. Qatar – Shakkran 
  74. Romanian – Multumesc (phonetic: mooltzoomeask) 
  75. Romanian – Va multumim frumos (great thanks) Russian – 
  76. Spasiba (spah-see’-boh) 
  77. Russian – Blagodaryu (a little official) 
  78. Russian – Premnogo blagodaren (my greater thanks – words said to bosses by workers) 
  79. Russian – Spasibo balshoye (big thanks) 
  80. Samoan – Fa’afetai (fah-ah-feh-ta-e – thank you) 
  81. Samoan – Fa’afetai tele lava (Thank you very much) 
  82. Samoan – Talofa 
  83. Saulteaux Indians (Manitoba, Canada) – Miigwech (meegweech) — there are similar Spellings in other native languages such as Cree, etc. 
  84. Senegal (Mandinka) – Abarka 
  85. Serbo – Croat -Hvala 
  86. South Africa – Dankie 
  87. South Africa – Baie Dankie (thanks very much) 
  88. Spanish – Gracias (grah’-syas) 
  89. Spanish – Gracias a todos (Thank you all) 
  90. Sundanese – Nuhun Sunda – Hatur Nuhun 
  91. Swahili – Ahsante (ah-sahn’-teh) 
  92. Swahili – Ahsante Sana (Thank you very much)Google Translate
  93. Swedish – Tack (tahkk) 
  94. Swedish – Tack sÃ¥ mycket 
  95. Tahitian – Maururu 
  96. Tamil (India) – Nandri (“Nun-dry” spoken in South India, Singapore, Malaysia) 
  97. Telungu (South Indian Language)- Manjuthe 
  98. Thai – Kah khun (women) 
  99. Thai – Kap khun (men) 
  100. Thai – Kap Khun Krap (thank you very much) 
  101. Thai – Khap kun kop (more formal and polite) 
  102. Tibetan – Thuk Ji Chhe 
  103. Turkish – Tesekkurler ( teh-sheh-keur eh-deh-rim) 
  104. Turkish – Çok tesekkur ederim (big thanks) 
  105. Turkish – Sa&Mac221;ol (thank you) 
  106. Turkish – Sa&Mac221;olun (thank you – “saol”) 
  107. Turkish – Tesekkurler (thanks – “teshekkyurler”) 
  108. U.S. & Canada – Thank You 
  109. United States (South) – Thanks y’all 
  110. Ukranian – Dyakuyu 
  111. Urudu (India) – Shukria 
  112. Urdu (Pakistan) – Shukria Urdu [Pakistan, India and Bangladesh] – Maherbani 
  113. Vietnamese – Kam ouen 
  114. Xhosa (Africa) – Nkosi 
  115. Yemen – Shakkran 
  116. Yoruba – Modupe 
  117. Yugoslavia – Hvala 
  118. Zulu – Ngiyabonga

Khamis, 12 April 2012

Berita Yang Tak DiDuga

Tadi lebih kurang dlm pukul 5 kot aku dpt panggilan dari kwn aku (Amy Shamira) yang mengatakan kwn kitorang iaitu Umai (Noorain Umairah) mengalami kemalangan jalan raya di Tanjung Karang , dan sekarang di rawat di hospital Sungai Buloh , Selangor. 

Aku tak mampu nk cakap apa-apa sebab terkejut giler biler dpt tau berita ni..siyes aku nak nangis kot biler dpt tau Umai excident. Dye excident dengan adiknya dengan menaiki motorsikal asenya. Dan kwn aku juga ckp yang diorang jadi mangsa kemalangan langgar lari..

Ya Allah..hanya doa kami sentiasa mengiringi sahabat baik kami dan juga adiknya

Aku harap semua ok belaka, dan aku doakan kesihatan Umai dan adiknya baik..Buat keluarga Umai tabahkan hati yer dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT..Insyallah semua akan baik..Doa kami disini sentiasa mengiringi Umai dan adiknya

Semoga cepat sembuh yer...

Rabu, 11 April 2012

Nur Hidayahtul Arisya


Alhamdulilah, nampaknya aku dapat lagi post kat blog aku yang sudah lama terabai ini..maklum la..aku xde msa kot nk update bende yang latest2 nih.hahaha

Okeylah..aku malas nk citer byk2.just hari ni nk citer psal ni ha..anak buah aku yang pertama iaitu Nur Hidayahtul Arisya..wah..cantik kan nama dye n tuan dye skali..hehehe..Arisya ni dilahirkan pada 27 Februari 2012 kat Hospital Tanah Merah,Mujur semua selamat termasuk la my sister Hidayah..

Sekarang dapat jugak aku lepaskan rindu kat Arisya nih..ye la..selama aku duk kat U just tgk gmbr je..last2 balik kg dpt pangku n dodoi si Arisya ni..miss giler anak buah aku nih..hehehe..

Apa-apa pun, Pak Ngah doakan Arisya cepat sihat yer... :)

Khamis, 29 Mac 2012

Mac 2012 Bulan Paling Sibuk


Alhamdulilah , akhirnya dapat jugak aku post kat blog rasmi aku nih..Dah hampir nk msuk 1 bulan aku tak post sebarang info kat blog aku nih..Maklum la..aku bussy ckit n then tiada masa nk bukak blog..Kalau bukak FB tu memang dh bernasib kot sebab aku memang siyelsy takde masa nk type n then idea padahal byk nk citer p cuma masa je tidak mengizinkan..huhuhu

Sorry yer sumer..hehehe..t ad msa aku post kat FB ni tau...muahhh..syg korang

Selasa, 14 Februari 2012

KPO SRM 2012

Alhamdulilah,akhirnya dapat lagi aku meneruskan dalam penulisan blog aku ini.Sudah lama aku tidak postkan benda kat cni..maklum la..aku kan busy..hahaha..minggu lepas baru sahaja balik dari Kuala Lumpur..Aku g sna pon coz g umah kakak aku yang tengah sarat mengandung..maybe akhir bulan ni akan melahirkan anak..hehehe.wah x sabar nk jadik bapa saudara.hehehe..

Okey, skrg ni tepat pada pukul 9.47PM aku sedang menaip dengan lajunya di SME BANK..iaitu DPP yang famous kat KACHI..hahaha...DPP SME BANK ni salah satu DPP UUM..selain SME BANK, BANK RAKYAT juga menjadi DPP KACHI..hahaha..kira DPP ni luar kampus...x mcm MAS , TNB, TRADEWIND , EON , PROTON n yang lain-lain duk dalam kampus..So skrg aku terpaksa bermalam kat sni kerana pagi esok (15/02/2012) aku akan bergerak ke KUALA NERANG tuk KURSUS JATI DIRI (KPO) SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA..

Aku sebagai KETUA EXCO RAKAN SIBER telah dipilih tuk ke KPO HEP UUM , namun aku terpaksa menolak mentah-mentah..ye la..dh la 10 hari kot kat UUM..n cmpur lagi BTN Kat Pulau Pinang asenya..hahaha..xmo aku..aku dh alami masa semester kedua bru ni.hahaha..x snggup aku nk hadapi kali kedua..hahaha.

Aku dan EXCO lain termasuk MT SRM UUM 2012/2013 akan bergerak ke KUALA NERANG esok tuk kursus Jati Diri tersebut..ermmm..mcm mna la nasib esok ek..hehehe..neves2..hahaha..

Okeylah..t aku akan update citer-citer yg menarik kat sna yer..hahaha.jgn lupa teruskan follow blog aku ea...syunk korangg....

Salam..

potpet :: teringat KEM KARISMA kat KEM ETNOBOTANI , Gua Musang...

Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


Saya disini ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah buat semua seluruh umat Islam didunia dan terutama pengikut blog saya ini dan friend kat Facebook. InsyAllah harap-harap apa yang kita lakukan supaya diberkati oleh Allah SWT..AMIN..

potpet :: best sangat dengar lagu zikir HasbiAllah dari Ustaz Dzulkarnain..sayu asenya..

Muzik-Muzik 27

Akhirnya berkesempatan jugak aku nk update pasal rancangan tv yang memang dh famous dan ketahui orang laen iaitu MUZIK-MUZIK. Muzik-Muzik telah pon dah masuk musim ke-27 dah.Wah.sudah lama Muzik-Muzik ini di ke udara yer..ish2... (saje je....)

Sabtu lepas , aku berkesempatan tuk tengok first episod Muzik-Muzik ke-27. Aku dah tau pengacara baru diorang sebab si FBI (Faizal Bin Ismail) ad update status kat FB yang dye ckp dye dh x amik port sbg pengacara Muzik-Muzik dan diberikan kepada orang lain. Dan kali ini Cheryl Samad juga tidak menjadi pengacara Muzik-Muzik. Ia digantikan dengan pengacara baru iaitu Faiz dan juga Chad.

Anyway banyak kot dye ubah format program ni , ye la dulu satu jam diorang berON air tapi sekarang ni dah setengah jam sudaahhh...hahaha..cm best je..xdela lama-lama sgt..Manakala pencalonan muzik pula just sekejap je diorang nyanyi..hahaha..mantoppp..

Selain itu, byk jugak infor-info menarik yang ditunjuk dalam Muzik-Muzik 27 yang ditayangkan selama setengah jam itu.Memang menarik gak..pengacara pon buleh tahan..hehehe..

Apa-apa pon..teruskan enjoy setia melekat kat tv3 yer tuk tengok MUZIK-MUZIK 27 nih.. :)

Setiap Sabtu , pukul 5.00ptg-5.30ptg di TV3

potpet :: teringin nk tengok Fara Fauzana dan Ally Iskandar jadi pengacara Muzik-Muzik :0

Jumaat, 3 Februari 2012

ON AIR

Alhamdulilah hari ni dapat jugak aku update walaupon sekarang ni mood bercuti.honeymoon setelah hampir 5 bulan berada di UNIVERSITI untuk menghabiskan pelajaran di semester ketiga. Akhirnya dapat jugak aku mengUPDATE blog ini.

Hari ni aku tertarik nk citer pasal sebuah program realiti tv terbitan ASTRO iaitu ON AIR. ON AIR ini akan membuka tirai episodnya pada 25 Januari 2012 nanti di ASTRO RIA. Ia adalah sebuah program realiti tv dimana mencari bakat dalam bidang pengacaraan. Seperti yang kita tahu , sudah banyak pihak stesen televisyen mahupun syarikat yang berkenaan menerbitkan sebuah program realiti yang berbentuk nyanyian , lakonan , menari , dan lawak. Kali ini , ASTRO dengan nafas baru menerbitkan sebuah program realiti yang mampu menarik minat penonton untuk menonton ON AIR ini.

Seperti yang kita tahu , besar kemungkinan hos untuk ON AIR pula adalah pengacara no.1 di MALAYSIA iaitu AZNIL HAJI NAWAWI dan juga pengacara tv/talkshow yang hebat iaitu SUHAIMI SULAIMAN. Sebut je nama PAKNIL mesti orang ramai tahu , ini bermakna kehebatan PAKNIL dalam bidang pengacaraan menang tidak asing lagi dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Oleh itu , dengan adanya program ON AIR ini boleh mencari bakat-bakat baru dalam bidang penyiaran mahupun pengacaraan.

ASTRO akan mencari bakat baru untuk melahirkan pengacara yang hebat

So jangan lupa saksikan program realiti yang hebat ini di ASTRO RIA...

potpet :: teringin nk masuk TV..hahaha..berangan je la jwbnya

Khamis, 2 Februari 2012

Coming Soon " Endless Love "

nak tau cerita apa ini..nantikan update yang seterusnya...tunggu.. :)

potpet : bakal menggantikan salah satu slot di TV3

Isnin, 30 Januari 2012

AJL26 milik AWAN NANO

Alhamdulilah akhirnya ANUGERAH JUARA LAGU ke-26 telah pon melabuhkan tirainya dengan kemenangan kepada AWAN NANO selaku LAGU TERBAIK AJL26 kali ini. AWAN NANO telah pon mengalahkan 11 lagu yang lain seperti Beribu Sesalan , Kisah Hati , Sedetik Lebih , Wanita Seluruh Dunia , Cinta Muka Buku , Kalau Berpacaran , Penakut , Gadis Semasa , dan akhir sekali Karma.

Selain itu , HAFIZ juga merangkul 2 tahun berturut-turut selaku VOKAL TERBAIK AJL. Tahun lepas dengan berbekalkan lagu NOKTAH CINTA dan tahun ini sekali lagi menjadi pemenangan VOKAL TERBAIK bagi lagu AWAN NANO. Sememangnya sudah ramai yang menjangkakan kemenangan beliau. Ini kerana kekuatan lagu dan lirik dan juga vokal HAFIZ yang menang tidak dapat dinafikan lagi. AWAN NANO merupakan ciptaan daripada KOMPOSER DATUK M.NASIR dan BUDDI HIEKAYAT selaku PENULIS LIRIK. Apa yang membuatkan lagu AWAN NANO ini menenang adalah disebabkan kekuatan pada liriknya. Lagu ini lain dari yang lain.

Dengan kemenangan itu , HAFIZ membawa pulang sebanyak RM45,000. Bagi pemenang tempat kedua lagu terbaik pula telah pun dimenangi oleh 3 SUARA iaitu JACLYN VICTOR, NING BAIZURA dan SHILA HAMZAH menerusi lagu BERIBU SESALAN. Trio ini membawa pulang hadiah sebanyak RM20,000. Hasil ciptaan daripada KEVIN CHIN.

Bagi pemenang tempat ketiga pula jatuh kepada FAIZAL TAHIR menerusi lagu KARMA. Lagu ini menjadi favourite orang ramai dan ramai yang menjangka akan memenangi AJL namun nasib tidak menyebelahi FAIZAL TAHIR. Ia sekadar menduduki tangga ketiga. Faizal Tahir membawa pulang rm15,000.

Persembahan terbaik pula dimenangi oleh ALYAH menerusi lagu kISAH HATI. Lagu ini memang kegemaran orang ramai namun tidak berjaya menduduki posisi tiga terbaik. Sekadar menduduki PERSMEBAHAN TERBAIK dimana memang wajar beliau memenangi kategori ini kerana costum dan persembahannya memang terbaik dari yang lain. Dengan kemenangan itu , ALYAH membawa pulang sebanyak RM10,000.

AJL26 ini telah bersiaran langsung dari STADIUM PUTRA BUKIT JALIL dan pengacara tidak lain tidak bukan lagi FAIZAL ISMAIL danj uga CHERYL SAMAD.AJL26 ini membawa tema air..memang gempak asenya…dengan pembukaan daripada JAMAL ABDILLAH , AWIE dan juga RATU JAZZ kita iaitu DATUK SHIELA MAJID. Dan akhir AJL26 sebelum pengumuman pemenang , penonton dihiburkan oleh HAZAMA , BLACK dan AZLAN menerusi tribute ALLAHYARHAM DATUK SUDIRMAN dengan membawakan lagu HIDUP SEDERHANA (BASIKAL TUA) , BALIK KAMPUNG , CHOW KIT ROAD dan akhir sekali SALAM TERAKHIR.

AJL26 ini dibawakan khas oleh CELCOM

pesanandarimulut :: suke giler tengok performance ALYAH & HAFIZ

Khamis, 26 Januari 2012

Kenangan Semester 3 - AGM SRM 2012

kenangan sewaktu ANNUAL GRAND DINNER SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2012 di EDC Hotel , UUM

Selasa, 24 Januari 2012

Vanilla Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah , akhirnya ad msa gak tuk aku posting terbaru kat blog aku nih..Ermm..mlm ni aku nk citer pasal drama slot LESTARY kat TV3 tu...ala citer yg tajuk VANILLA COKLAT..ermm..bunyi cm sedapkan..p jalan citer dye lagi best asenya..memang menarik kot aku rasanya....(padahal baru 1 episod tengok....) hahaha..dah pandai buat andaian...

Okeylah , nk dijadikan citer , aku tengah bengang kot nk tgk ASTRO..dh la kena cuttt....tension gue asenya..biler ASTRO dh kena CUT..semua jadi lumpuh..xleh tengok citer lainnn...wuaaaaaaa :( nk tengok RIA , PRIMA n yg laen pon xpat..huk2..sedih..xperlah..hopely esok technician dtg baiki aku punya ASTRO..asyik rosak je..hahaha..

asal aku melalut nih..okeylah..meh aku nk citer serba ringkas pasal VANILLA COKLAT..ermm..citer ni cm citer komedi cinta yang lain..cm pasangan kekasih dipaksa berkahwin tidak rela , bergaduh , last2 akhir nk bersama gak..hahaha..aku dh pham dh plot citer cmne..hahaha..

aku suka nengok heroin dye..kelakar kot..selama ni tengok asyik bwk watak agresif je.;.ha..amek ko jdi watak agresif gak p bercinta dengan lelaki yg xsuka..hahaha..

apa-apa pon..hopely korang enjoy ea tgk citer nih..hahaha..aku enjoy giler2..hahaha

pesanandarimulut :: teringat Lestary " Cinta Elyssa " x sempat nk tengok akhir episod :(

Isnin, 23 Januari 2012

Al-Fatihah


Al-Fatihah

Salam takziah buat keluarga Khairil Izwan Pilus atau dikenali sebagai Izwan Pilus diatas pemergian anak tersayangnya IZWAN PILUS ke rahmatullah. Allahyarham Izwan Pilus menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6.20 petang pada 20 Januari 2012 di Hospital Ampang. Beliau yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection).

Jenazah selamat dikebumikan di kampung kedua ibubapanya di Melaka

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Amin...

Jumaat, 20 Januari 2012

Cuti Semester Ketiga....

Alhamdulilah...akhirnya cuti semester ketiga telah pon bermula..dah nampaknya dah 3 semester aku meneruskan pengajian aku d Universiti Utara Malaysia ini. Aku bersyukur ke hadirat illahi kerana dengan limpahNya dapat lagi meneruskan hidup dan menjadi khalifah di muka bumi Allah ini :)

Nampaknya , apabila tibanya exam..masing-masing busykan diri utk study..pastu bila tibanya akhir exam, masing-masing segera busyKAN diri untuk kemaskan dan balik bercuti..hehehe..sama la cm aku nih..sebelum nak balik tu aku trus je packing dan kemas2 simpan barang dalam storr..hahaha...memang best kot..x sabar asenya nk balik umah..nk keje ngan ayah..dapat duit leh berjoli kan..ish2..x baek tau berjoli..hahaha..

Aku telah pon tempah tiket ngan POKSU TRAVEL...aku memang suka kot naik bus POKSU TRAVEL ni coz bus dye bus baru n lagipon waktu timing dye memang sharp gilerrr..jarang kot nk tgk bus catar yang sharp cmni..hehehhee...apa-apa pon janji smpai umahhhh..

okeylah, sebelum nk undur diri ini , aku ingin memohon maaf utk semua yer...sepanjang aku kenal korang semester ini...

aku nk chow dulu..tido ngtok..penattttt...

Assalamualaikum..

pesanandarihati :: cuti paling best dalam hidup???

Ahad, 1 Januari 2012

Happy New Year 2012



to all my reader....Happy New Year 2012....

luv you korangggg....

Negara Pelawat Blog


free counters