Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label SMKTM2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SMKTM2. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2010 - Terima Kasih Cikgu



SELAMAT HARI GURU 2010


" GURU PEMBINA BANGSA - TERIMA KASIH CIKGU "


BUAT SEMUA GURU-GURU YANG MENGAJAR DI SELEURUH MALAYSIA DAN TAK LUPA JUGA BUAT GURU-GURU YANG MENGAJAR DI SMKTM2,SMKTM1,SKTM1..

"Jasamu Tetap Dikenang sampai Biler-Biler"

Isnin, 8 Mac 2010

Aku Geram



GERAM....GERAM GERAM.....

itulah ungkapan yang dapat aku luahkan sekarang....

memang aku GERAM sangat2...

actually yang membuatkan aku GERAM n NAIK angin ni pasal Markah Ko-Kurikulum nih..

Sedangkan aku yang banyak jawatan dan komitmen yang kuat tut..tut..aku paling rendah dapat markah ko....bengang betol....

Inilah senarai jawatan yang aku pegang masa kat skul :
  1. PENGERUSI KELAB USAHAWAN MUDA
  2. NAIB PENGERUSI KPA3
  3. SETIAUSAHA BADAN DISPLIN
  4. BIRO MULTIMEDIA (MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 08/09 - MPP)
Ha...itu jawatan aku....memang x logik la aku dapat markah yang paling rendah..Sedangkan yang x aktif libatkan diri dalam bidang ko-kurikulum dapat tinggi daripada aku....ni buat aku geram nih...naik ANGIN la...

aku memang tak halal apa yang aku dah buat...korang cam x hargai jer jasa aku...nape la aku dapat markah KO yang paling rendah......WHY...WHY...WHY....

errrr.....TENSION weh...doh la markah Ko ni guna untuk isi u......

tgk ar..aku x halal la sapo wat gini ko aku......TUHAN pasti tunjuk kebenaranNya....

Jumaat, 26 Februari 2010

Result STPM


Ha....hari ni tepat kul 1.00 petang aku ketahui keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2009 (STPM)...Alhamdulilah..syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat sama-sama memperolehi keputusan STPM yang cemerlang ini.

Akhirnya...debaran dalam hati aku pun sudah dikeluarkan...wah2....korang nak tahu tak..aku dah hampir seminggu tak lena nak tido....makan tak lalu duk pikir pasal result STPM nih...wisau ar beb...

Alhamdulilah..aku dapat memperolehi keputusan pepepriksaan melalui check SMS...aku check jer..cepat skit...lagipun aku tak leh nak balik coz cuti x approve....So aku leh check melalui MSJ jer la....tut2..aku dpt result tu...berdebar gak masa nak hantar tu n terima mesej tu...

Akhirnya...dapat keputusan STPM;;;;;

Inilah keputusan STPM yang selama ni aku belajar 1 tahun setengah :

PENGAJIAN AM - B+
BAHASA MELAYU - B-
GEOGRAFI - B+
SEJARAH C-
PENGAJIAN PERNIAGAAN - C+


Kira punya kira...akhirnya aku dapat 2.91 jer......okey dah tuh...U dalam gengaman aku skrg nih....Amin....target aku nak g UPSI...tapi........

continue.....

Khamis, 13 Ogos 2009

Main Futsal !!!

Tepat pada pukul 5.00 petang,aku nmy best friend telah gi ke TM FUTSAL TANAH MERAH berhampiran dengan Pasaraya Wan Azizah...Kami main futsal dengan 11 orang dimana aku menjadi rizab bagi group EK..

nILAH kandid yang sempat aku amik masa main futsal tadi...memang enjoy la beb...

Dari Kanan : Haris,Moha,Juan,Alif...alll them is my best friend...

Haris n Juan...sama-sama merah....

lecek ar bola tu...

My best friend,Moha.....siap posing lagik...

Gol tak ?.....

Yahoo.....gol......horeee..........

my best friend (baju merah ) Juan tengah main futsal sama-sama...

Lan....cepat bagi bola kat Syafiq....

Jom main....

Ramai gak yang main futsal ni....

Khamis, 9 Julai 2009

Pesta Kokurikulum Sekolah !!!!

Kandid gambar yang sempat aku amik time masa Pesta Sukan Ko-Kurikulum Kerisma 2009 kat sekolah aku...

Ha...aku sempat lagi bergambar ngan my friend dan yang duk tengah-tengah tu ialah my favourite teacher iaitu Cikgu Asiah...Dier lah cikgu penasihat Kelab Usahawan kami dan guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan Kertas 1.....chaiyok!!!!

Ha...inilah my friend.....diorang ni pantang nak amik gmbr....semua nak berebut....siap posing maut lagi diorang ni...ish2...........

Gerai MPP iaitu Majlis Perwakilan Pelajar 08/09.....Gerai ni semua dihandle oleh budak-budak perempuan...he2...buleh tahan gak diorang menjual...

hA....nilah gerai yang paling happening sekali iaitu Gerai dari budak 6 Atas Pengajian Perniagaan.
MEMANG Kelakar giler la time diorang menjual...Pada masa tu,diorang jual burger,air dan kerepek...kira saingan kat sebelah gerai Kelab aku...

My pekerja-pekerja yang mengusahakan gerai KELAB USAHAWAN MUDA kami semasa berlangsungnya majlis tersebut.....Memang sporting giler la diorang ni...happy bekerja ngan korang semua..

My Club - KELAB USAHAWAN MUDA....Kelab yang paling laku semasa PESTA KO-KURIKULUM....hE2...

Ramai gak yang membeli gerai kami...

My assistant kami iaitu Kak (Roihan) dan Tyrah sedang menggoreng keropok ngan ayam untuk dijual...beruntung ada korang.....

Rabu, 25 Februari 2009

Lawatan Ke Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian

senyum semua...

kenangan bersama

posing lagik

Zetty posing lagik..

bergambar semua..

bergambar kat hotel pelajar usm

pelajar-pelajar lelaki

aku bersama Dilah dan Nor

ni pelajar perempuan n my best friend,Zetty

my friend Hafiz Zaidi,Jedi,Juan n aku..

aku tengah buat penyelidikan tentang DNA..he...

sayalah Prof.Dr.Hairul Hafiz...he2....

my friend Hakam,Sero n Wafie

Pelajar di beri taklimat mengenai Kampus Kesihatan USM

pelajar-pelajar form 6 yg hadir ke Kampus Kesihatan USM

Jumaat, 13 Februari 2009

Besok Ada Kejohanan Merentas Desa SMKTM2 2009

Besok sekolah ku (SMKTM2) akan mengadakan satu kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2009.Kejohanan Merentas Desa akan bermula pada pukul 7.40 hingga 1.20ptg.

Semua guru dan pelajar akan terlibat dalam kejohanan Merentas Desa itu.Kesemua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 akan berlari mengikut laluan yang telah ditetapkan.Bagi pelajar tingkatan 6 pula akan menjadi pegawa-pegawai seperti hakim lorong penamat,penjaga masa,pegawai check point,pegawai keselamatan,pegawai perubatan.

Antara badan uniform yang terlibat untuk kejohanan merentas desa tersebut ialah :

  • Pasukan Kadet Polis Wanita
  • Pasukan Kadet Remaja Sekolah
  • Pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah
Dalam Kejohanan Merentas Desa tersebut akan mempunyai 6 check point.Pelajar perempuan akan menggunakan laluan mereka.Begitu juga dengan pelajar lelaki.Mereka akan menggunakan laluan yang berbeza apabila sampai ke check point keempat.Aku ditugaskan menjadi pegawai check point ke-4.

Pemenang akan diadili berdasarkan siapa yang sampai dahulu dan peraturannya hendaklah diikuti iaitu hendaklah memiliki kad/kupon setiap check point yang dilalui.Barulah dikira pemenang.

Dalam kejohanan ini,ia merangkumi rumah-rumah sukan yang ada.Antara rumah sukan yang ada ialah

  • Rumah Laksamana
  • Rumah Temenggung
  • Rumah Bendahara
  • Rumah Syahbandar
Pada waktu yang sama,kami dari KELAB USAHAWAN MUDA akan mengadakan satu jualan makanan pada hari tersebut.Kami akan menjual pelbagai jenis makanan.Antaranya ialah air minuman,colek buah,keropok lekor,kentng goreng,ayam goreng,dan banyak lagi...

Ahad, 8 Februari 2009

Diari : Kenangan Ke Kem Kepimpinan Kerisma SMKTM2 Di Kem Etnobotani Gua Musang

Episode 1

Hari ni aku dan semua pelajar tingkatan 6 SMKTM2 akan berangkat ke Kem Etnobotani di Gua Musang untuk menyertai Kem Kepimpinan Kerisma SMKTM2 anjuran SMKTM2 dan Persatuan Pelajar Prauniversiti 2009.Kami akan berkehmah di kem tersebut selama 4 hari 3 malam.Kami bertolak dari Tanah Merah menaiki keretapi di stesen keretapi Tanah Merah pada pukul 7.30pg..Kesemua pelajar yang mengikuti kem tersebut adalah 160 orang dan 10 orang guru-guru yang mengiringi.Antara guru-guru yang mengiringi perjalanan kami ke kem tersebut ialah Cikgu Amran,Cikgu Saiful Adli,Pn.Salina,Pn.Surina,Pn.Zuraida..Kesemua guru tersebut akan mengiringi ke kem menaiki keretapi.

Ada juga cikgu yang menaiki kenderaan seperti Ketua Kem Komandan kami Cikgu Syed Arrifin,cikgu Lee Hua Mee,Pn.Chan,Pn.Husnirawati,Pn.Aidah,Pn.Rohana Salleh dan Pn.Rohana Mamat.Kami menaiki keretapi tepat pada pukul 7.45pg..Kami semua berasa gembira kerana pertama kali naik keretapi yang local (yang biasa)..coz selama ni kitorang hanya pernah menaiki keretapi Express Wau jer (kira ada ekon…).Kira ni la pengalaman yang tidak dapat kami lupakan sepanjang hayat kami menaiki keretapi ke Gua Musang.

Ada juga pelajar yang tidak dapat duduk semasa berada dalam keretapi semasa hendak ke Gua Musang…jadi terpaksa ler mereka berdiri selama 4 jam….oh…penat giler la tu..Hampir 4 jam perjalanan diambil untuk sampai di Gua Musang.Kami tiba di Gua Musang pada pukul 11.30pg..Setelah tiba di Stesen Keretapi Gua Musang,kami terus berkumpul di disana untuk pastikan kami tidak tertinggal barang dalam keretapi dan ahli kumpulan kami.Kami telah dibahagikan kumpulan sebelum bertolak ke kem tersebut.Kumpulan tersebut telah dibahagikan seminggu sebelum hari raya cina lagi di sekolah.Sebanyak 15 buah kumpulan yang kami ada untuk ke kem tersebut.Aku berada dalam kumpulan 14.

Seramai 10 orang ahli kumpulan aku iaitu :

• Apih
• Zulftrie
• Akram
• Suhaida
• Salmiza
• Ana
• Esmaliza
• Farah
• Suzi
• Mazni

Setelah kami tiba di stesen keratapi Gua Musang itu,bas telah disediakan untuk mengangkut kami ke Kem Etnobotani dan juga sebuah van.Sementara bas menghantar kumpulan 1,aku Jabal,Juan dan yang lain-lain menikmati juadaha makan tengahhari untuk mengisi perut yang kosong.Aku pada waktu tu sangat lapar dan letih..Rasa macam nak demam jer..tapii nasib baikAku terpaksa pergi menaiki bas kali kedua coz untuk kumpulan 1 sudahpun penuh..Setelah kesemua kami dihantar ke kem tersebut..Kami pun tiba di kem tersebut pada pukul 1ptg…Kami pun berehat seketika untuk melepaskan penat di dewan Kem Etnobotani.Setelah kesemua dihantar ke kem tersebut.cikgu menyuruh kami mencari tempat mendirikan khemah masing-masing mengikut kumpulan.Kami memilih kawasan perkhemahan yang berdekatan dengan dewan dan dibawah pohon yang teduh…

Setelah itu kami diberikan khemah untuk mendirikan sebagai tempat penginapan kami selama 4 hari 3 malam.Kami dibahagikan kawasan perkhemahan diantara kawasan perkhemahan lelaki dan kawasan perkhemaha perempuanKami pun mendirikan khemah tersebut dengan kerjasama ahli kami seperti Shafiq,Serol,Alif,Lan,APih,Juan,jena,Jabal dan ramai lagi..Setelah kami siap mendirikan khemah kami dipanggil untuk diberikan taklimat sepenuhnya pada hari tersebut…

Bersambung……nanti kan episode 2

Kenangan Di Kem Kepimpinan Kerisma SMKTM2 (by Kamera talipon Nokia 5300) - part 2




Negara Pelawat Blog


free counters