Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label Realiti TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Realiti TV. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Februari 2012

ON AIR

Alhamdulilah hari ni dapat jugak aku update walaupon sekarang ni mood bercuti.honeymoon setelah hampir 5 bulan berada di UNIVERSITI untuk menghabiskan pelajaran di semester ketiga. Akhirnya dapat jugak aku mengUPDATE blog ini.

Hari ni aku tertarik nk citer pasal sebuah program realiti tv terbitan ASTRO iaitu ON AIR. ON AIR ini akan membuka tirai episodnya pada 25 Januari 2012 nanti di ASTRO RIA. Ia adalah sebuah program realiti tv dimana mencari bakat dalam bidang pengacaraan. Seperti yang kita tahu , sudah banyak pihak stesen televisyen mahupun syarikat yang berkenaan menerbitkan sebuah program realiti yang berbentuk nyanyian , lakonan , menari , dan lawak. Kali ini , ASTRO dengan nafas baru menerbitkan sebuah program realiti yang mampu menarik minat penonton untuk menonton ON AIR ini.

Seperti yang kita tahu , besar kemungkinan hos untuk ON AIR pula adalah pengacara no.1 di MALAYSIA iaitu AZNIL HAJI NAWAWI dan juga pengacara tv/talkshow yang hebat iaitu SUHAIMI SULAIMAN. Sebut je nama PAKNIL mesti orang ramai tahu , ini bermakna kehebatan PAKNIL dalam bidang pengacaraan menang tidak asing lagi dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Oleh itu , dengan adanya program ON AIR ini boleh mencari bakat-bakat baru dalam bidang penyiaran mahupun pengacaraan.

ASTRO akan mencari bakat baru untuk melahirkan pengacara yang hebat

So jangan lupa saksikan program realiti yang hebat ini di ASTRO RIA...

potpet :: teringin nk masuk TV..hahaha..berangan je la jwbnya

Ahad, 13 Jun 2010

Ayim Tersingkir - Adi & Mohd Ke Separuh Akhir Mentor 4

Wah...sungguh mengejutkan...mana tidaknya..ramai yang beranggapan (termasuklah aku) yang mengatakan bahawa Ayim akan melangkah ke final Mentor 4 dan sekali gus akan menjuarai Mentor musim ke-4 ini.Namun..anggapan itu telah berkecai dan musnah apabila nama Ayim tersingkir daripada meneruskan perjuangan ke Separuh Akhir Mentor musim ke-4.

Mohd & Adi telah melayakkan diri ke Semi final Mentor 4 apabila mereka berjaya mengatasi markah yang dimiliki oleh Ayim.Mohd mendapat markah yang terbanyak pada konsert ketiga ini iaitu dengan markah 41 markah diikuti Adi dengan 30 markah dan Ayim dengan 28 markah..Keseluruhan markah adalah seperti berikut :

AYIM = 98 MARKAH
MOHD = 104 MARKAH
ADI = 100 MARKAH


Inilah membuktikan bahawa Adi & Mohd layak ke Semi final Mentor berdasarkan kutipan markah yang tertinggi.

Apa-apa pun,tahniah buat Ayim kerana berjaya sampai ke tahap ini dan seharusnya bangga kerana memperolehi Mentor seperti Mus (May) mengajar beliau dalam teknik nyanyian dengan betul dan membuat persembahan yang mantap..

Ahad, 6 Jun 2010

Mentor 4 : Ila & Nani ke Separuh Akhir

akhirnya nama Ila dan Nani disebut untuk ke peringkat Separuh Akhir mentor musim ke=4.Ila protege kepada Joe Flizzow manakala Nani pula protege kepada Azmeer.Ini bermakna Shaq iaitu protege kepada Mas Idayu tidak berjaya melangkah ke Separuh Akhir.Shaq terpaksa akur dengan keputusan juri,sms penonton & juri awam dimana Shaq hanya mendapat 27 markah di konsert ketiga berbanding Nani menjuarai konsert ketiga dengan mendapat 38 markah dan Ila pula berjaya mendapat 33 markah.

Jumlah keseluruhan pula ialah :

(KONSERT PERTAMA + KONSERT KEDUA + KONSERT KETIGA)
  1. ILA : 105 MARKAH
  2. NANI : 99 MARKAH
  3. SHAQ : 96 MARKAH

Sudah ramai yang menganggarkan bahawa Ila protege kepada Joe Flizzow akan melangkah ke Separuh Akhir,namun bagi saya vokal yang terbaik dan unik pernah saya dengar adalah Nani.Kerana Vokal Nani ini seakan-akan serak2 basah (ala-ala suara Azharina Azhar)..Bagi saya Nani lebih hebat berbanding Ila.Tapi kedua-dua protege itu berjaya melangkah ke Separuh Akhir Mentor 4.

Bagi Shaq pula,prestasi pada konsert kedua merosot sedikit kerana kegagalan beliau menyampaikan vokal dengan baik.Ini juga terjadi kepada konsert ketiga,namun overall persembahan mantap yang dilakukan oleh Shaq.Syabas Shaq berjaya sampai ke tahap ini.Namun rezeki sampai disini keran tidak berjaya ke Separuh Akhir.

Apa-apa pun,persembahan pasti sengit di antara Ila dan juga Nani pada konsert Separuh AKhir Mentor nanti.Siapakah yang bakla ke final Mentor 4...anda juga layak memilih kerana 30 peratus adalah datangnya daripada SMS yang selebihnya daripada pengkrtik dan juri awam.

Bagi saya,saya memilih NANI.....

aLL the Best Nani...you can do it...

Ahad, 23 Mei 2010

Shahir menjuarai AF8



Title “JUARA AF8” telah dinobatkan kepada Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir.Pelajar dari Perak ini merupakan pelajar AFMASUK ini telah menjadi kegilaan peminat sehinggakan berjaya menewaskan bekas-bekas pelajar AF8 seperti Shah,Ema,Anum,Alif,Nad,dan Farina dalam AFMASUK.Shahir iaitu antara pelajar yang diminati oleh peminat khususnya wanita berjaya merangkul Juara AF8 sewaktu selesai membuat 2 persembahan ketika berlangsungnya konsert Akhir AF8 di Stadium Putra Bukit Jalil.Shahir juga berjaya menewaskan finalis-finalis AF8 lain iaitu saingan terdekat AFUNDI iaitu Adira.Selain itu,beliau juga mengalahkan Daus,Iwan dan juga Maulana.

Dengan berbekalkan AFUNDI tertinggi setelah talian AFUNDI ditamatkan,Shahir yang menerima undian sms AFUNDI sebanyak 43.19% mendominasi AFUNDI dan sekali gus ditabalkan Juara AF8,diikuti oleh Adira dengan 25.13%,seterusnya Daus dengan 12.47%,Maulana 10% dan terakhir sekali Iwan dengan 9.02%.

Mengimbas kembali persembahan konsert final AF8 sememangnya ramai sudah menjangkakan yang Shahir akan menjadi Juara AF8.Persembahan pembukaan final AF8 telah menampilkan 5 finalis AF8.Persembahan pertama adalah Daus.Daus menyampaikan lagu Doktor Pakar Cinta daripada Yusry KRU.Alhamdulilah Daus berjaya membuat persembahan dengan begitu baik sekali dan berjaya mendapat pujian daripada pengkritik pada malam itu.Antara pengkritik pada malam final iaitu ialah pengkritik tetap AF8 adalah Adlin Aman Ramlie dan Aznil Haji Nawawi.Manakala pengkritik jemputan pula ialah Ning Baizura.

Persembahan pelajar diteruskan dengan pelajar yang bernama Iwan.Iwan yang menampilkan dengan imej baru mempersembahkan lagu Relaku Pujuk yang juga berkolobarasi dengan Tam Spider mendapat sorakan peminat dan pujian pengkritik.Persembahan ketiga pula diteruskan dengan persembahan daripada Maulana.Maulana mempersembahkan lagu baru beliau iaitu lagu yang berentakkan genre “JAZZ” yang bertajuk “RSVP”.Lagu tersebut memang best dan sedap di dengar dengan arrangement music yang bagus dan segar.Persembahan seterusnya diteruskan oleh wakil tunggal pelajar wanita yang layak ke final iaitu Adira.Adira telah menyampaikan lagu “Tiru Macam Saya” daripada Ratu Jazz kita iaitu Dato Shiela Majid.Overall persembahan Adira agak berhati-hati walaupun karakter Lisdawati ditampilkan dalam persembahannya.

Dan saat yang dinantikan oleh semua peminat Shahir,Shahir telah membuat persembahan dengan menyampaikan lagu baru beliau iaitu “Kebahagian Dalam Perpisahan”.Lagu tersebut memang best dan menusuk kalbu dengan bait-bait lirik dan melodi yang meruntun jiwa.Memang sesuai vocal Jantan Shahir ini dengan lagu ini.Secara overall dari persembahan daripada Shahir agak ok Cuma Nampak bersahaja dan pemakaian yang agak ringkas.

BERIKUT PENILAIAN PERSEMBAHAN “ROUND1” :
  1. DAUS
  2. MAULANA
  3. IWAN
  4. SHAHIR
  5. ADIRA

Persembahan Round 2 pula diteruskan dengan Iwan.Iwan telah menyampaikan lagu baru beliau iaitu V.I.P.Lagu ini memang best dan sesuai untuk jiwa anak muda sekarang dan lebih kepada genre “INDIE” memang sesuai sgt dengan vocal mantap Iwan dan berjaya menambat hati jusri dan merasakan lagu ini best dan mungkin hot di radio.Persembahan kedua pula ialah daripada Maulana.Maulana telah mendendangkan lagu daripada Aizat iaitu Susun Silang Kata.Lagu ini telah diubahkan secara Jazz dan sesuai dengan vocal Maulana.Maulana dapat membawa lagu ini dengan baik sekali.Tahniah Maulana.

Persembahan ketiga pula diteruskan dengan Daus.Daus menyampaikan lagu barunya iaitu yang bertajuk “Kenapa”.Lagu ini memang sesuai dengan vocal Daus.Memang persembahan pada malam itu memang best dan tidak pernah mengecewakan dalam setiap persembahan di dalam konsert.Persembahan ke-4 pula diteruskan dengan persembahan Shahir dengan menyampaikan lagu daripada Wings yang bertajuk “Biru Mata Hitamku”.Overall persembahan yang mantap dan best.Dan akhir sekali,persembahan dilakukan oleh Adira.

Persembahan Adira kali ini berjaya memukau dengan vocal yang mantap dengan mempersembahan lagu baru beliau iaitu Ku Ada Kamu.Dengan prop persembahan kanak-kanak,menjadikan persembahan Adira layak bergelar Juara AF8 katanya Adlin Aman Ramlie.

BERIKUT PENILAIAN PERSEMBAHAN “ROUND2” :
  1. ADIRA
  2. DAUS
  3. SHAHIR
  4. MAULANA
  5. IWAN

Dengan kemenangan Shair menjulang AF8 berjaya membawa pulang sebuah kereta Peugeot dan Adira pula selaku naib Juara membawa pulang Satria Neo.Dari segi peratusan AFUNDI memang tidak dinafikan Shahir tidak boleh dikalahkan dengan mana-mana pelajar/finalis AF8.Namun dari segi persembahan saya sebulat suara memilih Daus dan Iwan,manakala dari segi vocal saya memiih Adira dan juga Maulana.

Berakhirlah sudah program reality no.1 Malaysia yang sudah pun masuk musim kelapan.Tidak sabar untuk menunggu AF9 pula….(kalau ada lagi….)…Apa-apa pun good luck to all finalis AF8 dan juga bekas2 pelajar AF8 dan menempuh dugaan menjadi anak seni….

Sekian..terima kasih

Ahad, 16 Mei 2010

Ain Tersingkir & Iwan,Shahir,Maulana,Adira,Daus ke Final


Ain - Tersingkir

Akhirnya Ain atau nama sebenarnya Nadiawati Ainul Bashir pelajar yang berasal dari Sabah akhirnya akur dengan keputusan peminat apabila diumumkan tersingkir untuk minggu kesembilan dalam program DEBARAN AF8 tadi.Sarimah menyebut nama Ain untuk pelajar yang tersingkir dan seterusnya lima pelajar lain ke konsert akhir AF8.Nampaknya pada musim ini,hanya seorang pelajar wanita sahaja yang layak ke final AF8 sama seperti musim lepas iaitu dimana Isma ke final AF7.

Perjuangan Ain nampaknya terhenti disini,dan tidak layak ke final..Namun Ain haruslah membuktikan yang beliau akan menjadi seorang penyanyi yang hebat di luar nanti setelah keluar daripada AF nanti..



Manakala pelajar yang layak ke final ialah IWAN,MAULANA,SHAHIR,DAUS dan ADIRA. Nampaknya sudah ramai yang menjangkakan bahawa Shahir dan juga Adira layak ke final setelah Sarimah terlebih dahulu menyebut nama Shahir iaitu pelajar yang pertama layak ke final dan seterusnya nama Adira pelajar wanita yang pertama layak ke final AF8.Selepas itu,nama Daus pula disebut ke final,seterusnya Iwan.dan satu tempat lagi adalah Maulana.

Wah..nampaknya persaingan sengit akan berlaku la pada konsert akhir AF8 nanti.pasti diorang akan diberikan dengan lagu-lagu yang gempak dan best2…tidak sabar untuk aku menyaksikan konsert AKHIR AF8 pada 22hb Mei ini di astro ria…

Yang penting aku MAHU si Shahir menjadi Juara AF8,Naib Juara Adira dan Tempat Ke-3 adalah Iwan…

Jumaat, 7 Mei 2010

Lagu Tugasan Minggu Kelapan AF8

Minggu ini pelajar2 yang masih tinggal dalam Akademi Fantasia 8 meneruskan cabaran beliau sehingga ke peringkat akhir pada 22hb ni,Minggu kelapan ini,pelajar-pelajar telah diberikan tugasan dimana lagu-lagu yang diberikan ini akan menguji kekuatan vocal mereka.Untuk minggu ini,para pelajar telah diberikan lagu :
  • Lihat Cara Dia Memandang (BRE)
  • Gerimis (VISA)
  • Putus Saja Pacarmu (P.U.S.P.A) (ST12)
  • Suci Dalam Debu (IKLIM)
  • Kitalah Bintang(ELLA)
  • Selanjur Bercinta (AISYAH)
-------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk minggu ini,lagu Lihat Cara Dia Memandang telah diberikan kepada Iwan kerana lagu tersebut merupakan lagu yang sesuai dengan kekuatan vocal Iwan dan juga gaya persembahan yang sentiasa menjadi tumpuan dalam setiap konsert.Iwan bagaimanapun haruslah menjaga kualiti vocal beliau dan diharap akan terus cemerlang dalam konsert pada minggu ini dan berjaya mendapatkan 3 lampu hijau sekali lagi.Lagu Lihat Cara Dia Memandang merupakan lagu daripada band BRE.Band ini berasal daripada Indonesia dan lagu ini agak famous dan lagu ini juga berentak relax n sempoi jer ketika menyanyi.Tapi mampukan Iwan mengalas cabaran dengan membawa lagu ini?????.Nantikan konsert kelapan AF8 hari Sabtu ini di Dewan Sri Putra Bukit Jalil.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Minggu ini,Maulana telah diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu Dalam Gerimis nyanyian kumpulan Visa.Lagu ini merupakan lagu Balada Cuma telah diubahkan kepada bervariasi pop.So Maulana sudah tentu bakal membuat persembahan terbaik pada malam itu.Maulana haruslah sentiasa konsisten dalam segi persembahan dan ciptakan kelainan dalam persembahan beliau sehinggakan orang Berjaya menghayati lagu itu…
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Daus pula,pada minggu ini diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu daripada kumpulan dari Indonesia iaitu ST12 dengan lagu yang bertajuk “PUSPA” atau Putus Saja Pacarmu.Lagu ini bergenre kan relax dan tidak perlu menjerit2…so mungkin Daus dapat membawa lagu ini dan menjadikan lagu ini makanan beliau.Apa-apa pun,segala2nya akan terjawab apabila persembahan beliau akan ditunjukkan pada konsert sabtu ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Suci Dalam Debu merupakan lagu famous satu ketika dahulu,namun kali ini Ain selaku pelajar yang bertuah dapat membawa lagu ini pada konsert kelapan nanti.Ain diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu daripada kumpulan yang sewaktu ketika dahulu dan sehingga sekarang famous iaitu kumpulan Iklim dengan lagu yang bertajuk “Suci Dalam Debu”.Lagu ini mungkin Ain berasa agak kekok,namun beliau harus membuatkan persembahan yang terbaik seperti mana2 konsert sebelum ini,Ain bagaimanapun graf persembahan setiap konsert snetiasa berubah2..kekadang bagus kekadang buruk..namun kualiti vocal Ain memang patut dipuji kerana jarang ada vocal semantap Ain.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Adira minggu ini diuji dengan lagu daripada penyanyi atau ratu rock Malaysia iaitu Ella.Lagu yang bertajuk Kitalah Bintang akan didendangkan oleh Adira sewaktu berlangsungnya konsert minggu kelapan ini.Bagaimanapun,kemampuan dan kehebatan vocal Adira akan terlaksana apabila jika Aidra Berjaya membawa lagu ini dengan versinya tersendiri.Bagaimanapun,dari sudut persembahan setiap minggu Adira merupakan pelajar perempuan yang sentiasa konssiten dalam setiap persembahan,namun Adira haruslah menguasai dengan lebih mantap dan ok lagik untuk menjadikan beliau sebagai Juara AF8 itupun jika peminat merasakan beliau sememangnya layak untuk bergelar Juara AF8…
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Farina pada minggu ini akan diberikan tugasan dengan menyampaikan lagu daripada Aishah yang bertajuk Selanjur Bercinta.Lagu ini memang best namun Farina haruslah membawakan lagu ini dengan versinya tersendiri dan biar dan jadikan persembahan beliau terbaik pada malam itu,kalau tidak peminat akan tidak teragak2 akan tidak mengundi dan seterusnya beliau akan mengikut jejak langkah rakan2 atau pelajar2 yang sudah tersingkir…
-------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin, 3 Mei 2010

SHAHIR AF8 Kecundang Minggu Ketujuh AF8

SHAHIR akhirnya kecundang di minggu ketujuh setelah diumumkan tersingkir pada Konsert AF8 minggu ketujuh.Shahir nampaknya tidak Berjaya menarik ramai peminatnya untuk mengundi beliau sehinggakan tersingkir apabila Sarimah selaku pengacara DEBARAN AKADEMI FANTASIA 8 mengumumkan namanya.Antara pelajar yang turut berada dalam zon bahaya (bottom3) ialah Maulana dan juga Farina.

Apabila Sarimah mengumumkan nama Farina ketika berada dalam zon bahaya,ramai peminat dalam dewan menyorak dan menjangkakan bahawa si Farina akan tersingkir pada minggu ini,namun tidak..Shahir juga yang telah membawa beg keramat AF untuk minggu ini.Shahir bagaimanapun sentiasa konsisten dalam persembahan pada setiap konsert namun gagal pada minggu ini untuk menarik lebih ramai peminat mengundinya…

Kita imbas kembali perjalanan Shahir dalam AF8 :
  • Shahir telah menyampaikan lagu daripada M.Nasir yang bertajuk Andalusia pada konsert pembukaan AF8 (Konsert Tirai),namun dikritik kerana lagu tersebut kurang sesuai dengannya dan agak besar sangat…
  • Pada minggu pertama,konsert pertama,Shahir diuji dengan membawa lagu daripada 6ixth Sense yang bertajuk Khatimah Cinta,persembahan yang bersahaja namun menarik.
  • Pada konsert kedua pula,Shahir diberikan tugasan dengan menyampaikan lagu daripada Aliff Satar yang bertajuk “Jangan Nakal”,namun keupayaan dan sikap malu Shahir jelas ketara dalam lagu ini,beliau tidak Berjaya memainkan emosi dalam lagu ini…
  • Pada konsert ketiga pula,Shahir diberikan lagu Always Be My Baby,persembahan yang bagus
  • Pada konsert keempat pula,Shahir diberikan lagu …………………….(tak ingat)………………
  • Pada konsert kelima,Shahir ditugaskan menyanyikan lagu ……………….(tak ingat)………………..
  • Pada konsert keenam,Shahir diberikan tugasan dengan menyampaikan lagu …….(tak ingat)…….
  • Pada konsert ketujuh pula,Shahir diberikan lagu Tiara daripada kumpulan Kris,persembahan yang mantap namun perlu diperbaiki lagi
Namun,dari segi persembahan dan vocal Shahir telah Berjaya meningkatkan mutu persembahannya.Beliau juga turut tersenarai antara pelajar yang hebat dan prestasinya meningkat.

Tahniah Shahir….

Ahad, 11 April 2010

Penilaian Persembahan - Konsert Minggu Ke-4 AF8



Alhamdulilah,semalam persembahan kebanyakan pelajar semakin meningkat dan ada yang semakin down..

Ermm…aku pun tidak tahu apa dah nak jadi ngan pelajar-pelajar AF8 yang masih berada dalam akademi untuk meneruskan pengajian,semakin hari semakin nosan aku nengok gelagat mereka,bukannya serius nak belajar menyanyi ker tarian ker…

ermmmmm…maybe bosan kot duk dlm tu..kalau bosan.cakap awl2..leh kitorang semua tak yah undi…..hak2

Ermmm…okeylah,malas aku nak membebel panjang-panjang..so aku akan nilai persembahan pelajar malam tadi di KOnsert AF8 Minggu Keempat :


Nad (Realiti Dewi)
  • Alhamdulilah,akhirnya Nad berjaya membuat persembahan yang terbaik pada malam tadi
  • Kesungguhan beliau menyampaikan lagu Realiti Dewi agak berjaya
  • Penilaian : 7/10


Alif (Hanya Di Radio)
  • Persembahan bersahaja Cuma element dangdut menyebabkan lagu itu best
  • Penilaian : 4/10


Ain (Kawan)
  • Ain merupakan fav.student af8 bagi aku coz sore yang besh dan mantap
  • Tahniah Ain kerana berjaya membuat persembahan yang terbaik semalam
  • Tahniah kerana berjaya mendapat 2 lampu hijau
  • Penilaian : 8/10


Shahir (Always Be My Baby)
  • Ermm.okay gak si Shahir ni bawak lagu omputih
  • Cuma kena jaga key yang rendah ek..
  • Overall persembahan okay…
  • Penilaian : 5/10


Farina (Teruskanlah)
  • Minggu ini Farina okay n berjaya jugak bawa lagu itu
  • Vokal yang mantap
  • Berjaya memperolehi 1 lampu hijau
  • Penilaian : 6/10


Iwan (Kekasih Gelapku)
  • Persembahan paling kureng pada malam itu
  • Wake up Iwan….you can do it….next song
  • I hope you stay on akademi….
  • Penilaian : 4/10


Adira (Biarlah)
  • Persembahan Adira yang bagus dan memukaa
  • Penggunaan pentas yang bagus
  • Penilaian : 7/10


Daus (Mirage)
  • Persembahan yang bertenaga daripada Daus
  • Pelajar pertama yang berjaya memperolehi lampu Hijau daripada Adlin
  • Memperolehi 2 lampu hijau
  • Persembahan yang mantap
  • Penilaian : 9/10


Maulana (Biarkan)
  • Persembahan pelajar lelaki terbaik malam itu
  • Vokal semakin mantap
  • Persembahan pentas yang bagus
  • Penilaian : 10/10

Ranking Top Persembahan Konsert Keempat :
  1. Maulana
  2. Daus
  3. Ain
  4. Adira
  5. Nad
  6. Farina
  7. Shahir
  8. Iwan
  9. Alif

***** picture konsert AF8 - Minggu Ke-4 ****** thanks to Akmal Adli.....

Jumaat, 9 April 2010

Penilaian Persembahan - Konsert Minggu Ketiga AF8

Alif (Sesuatu Janji)
  • Minggu ni Alif berjaya membuatkan permulaan persembahan konsert menjadi mantap dan hebat
  • Beliau juga berjaya memperolehi 2 lampu hijau daripada Julidza Adlizan & Aznil Haji Nawawi
  • Penilaian : 8/10

Ain (Cinta Antara Benua)
  • Alhamdulilah minggu ini Ain berjaya membawakan lagu berentap balada daripada Arni Nazira
  • Cuma masa part chorus itu agak kasar skit,namun overall okay
  • Ain hanya berjaya mendapat 1 lampu hijau sahaja daripada Aznil Haji Nawawi
  • Penilaian : 7/10

Farina (Cantik)
  • Persembahan agak kurang minggu ini,Cuma ada sedikit peningkatan
  • Berjaya memperolehi 1 lampu hijau sahaja
  • Penilaian : 5/10

Shahir (Derita Cinta)
  • Lagu yang dibawakan si Shahir ini agak kemiripan penyanyi asal “Jamal Abdillah”.
  • Semasa Shahir membawakan lagu ini,banyak originality penyanyi asal.
  • Berjaya memperolehi 1 lampu hijau
  • Penilaian : 6/10

Iwan (Permaisuriku)
  • Minggu ini Iwan macam malas sangat nak menyanyi,cam orang lepas demam jer…
  • Iwan menghampakan semua juri pada malam itu
  • Penilaian : 5/10

Nad (Bulan Cinta)
  • Persembahan yang biasa sahaja,tiada apa yang menarik
  • Penilaian : 5/10

Maulana (So Sick)
  • Persembahan yang biasa namun tidak mengecewakan
  • Boleh diperbaguskan lagik
  • Penilaian : 7/10

Adira (Kini)
  • Persembahan yang biasa,seolah-olah Adira tidak dapat nak menguasai vocal beliau dengan lagu ini
  • Boleh dipertingkatkan lagik
  • Penilaian : 6/10

Daus (Separuh Jiwaku Pergi)
  • Persembahan yang mantap oleh pelajar lelaki pada malam itu
  • Bertambah2 dengan prop Intan Ladyana..hik2
  • Persembahan overall bagus…best
  • Penilaian : 8/10

Anum (Kau Atau Aku – Main Tarik Tali)
  • Persembahan yang mantap daripada pelajar wanita pada malam itu
  • Berjaya memperolehi 2 lampu hijau daripada Adlin dan Aznil
  • Penilaian : 9/10

Rabu, 7 April 2010

Lagu Tugasan Minggu Keempat - Konsert AF8

  1. DAUS - Mirage (Pesawat)
  2. IWAN - Kekasih Gelapku (Ungu)
  3. SHAHIR - Always be My Baby (David Cook)
  4. ALIF - Hanya Di Radio (Headwind)
  5. MAULANA - Biarkan (Vince)
  6. NAD - Realiti Dewi (Alyah)
  7. AIN - Kawan (Ruhil Amani)
  8. FARINA - Teruskanlah (Agnes Monica)
  9. ADIRA - Biarlah (Nidji)

Sabtu, 3 April 2010

Sesi Raptai Pelajar AF8 Menuju Konsert Ketiga AF8

ADIRA – Kini (Feminin)
Nampak tidak selesa. Kurang berinteraksi dengan kawan-kawan. Tarian dan nyanyian bersepah
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA

AIN – Cinta Antara Benua (Arni Nazira)
Seperti ada yang tidak kena di akhir persembahan. Emosi sudah ada tapi perlu kawalan. Agak bermasalah sewaktu nota rendah
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

ALIF – Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
Persembahan baik, tetapi nafas semput dan nampak kaku. Espresi muka tidak mencukupi Vokal ok dan tepat dan pandai bermain dengan kamera. Perlu nampak lebih gembira
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

ANUM – Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) (Elyana)
Pergerakan masih terlalu lemah cermat..
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA

DAUS – Separuh Jiwaku Pergi (Anang)
Espresi muka yang baik. Cuma nyanyian ada sumbang sedikit
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

FARINA – Cantik (Nikki)
Permulaan bagus tetapi tidak konsisten dan terlupa lirik. Tarian tidak meyakinkan tetapi sudah banyak peningkatan daripada minggu-minggu terdahulu. Nampak macam masih menyimpan
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA

IWAN – Permaisuriku (Jay Jay)
Nyanyian kurang menarik tetapi Iwan kata dia mahu menjaga suara. Mata tak bermain dengan kamera
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

MAULANA – So Sick (Ne-Yo)
Tempo lagu kena perlu sentiasa ada dalam diri dan perlu lebih menjiwai
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

NAD – Bulan Cinta (Eva)
Tidak cukup seksi!
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA

SHAHIR – Derita Cinta (Jamal Abdillah)
Penghayatan hanya wujud di saat akhir. Sepanjang persembahan mata tak digunakan sepenuhnya. Suara OK, cuma…
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA

Ahad, 28 Mac 2010

EMA tersingkir Konsert MInggu ke-2

EMA atau nama sebenarnya ................................ daripada Sabah juga merupakan kakak kepada pelajar AF8 juga iaitu Adira telah meninggalkan AF8 setelah beliau gagal menarik pengundi untuk mengundi beliau.Beliau tersingkir apabila mendapat undian paling terendah bersana dengan 2 orang kawan lagik iaitu Ain dan juga Maulana.Namun nasib tidak menyebelahi Ema kerana tidak ramai yang mengundi beliau.

Kita imbas kembali detik Ema semasa berada dalam akademi dan persembahan dalam konsert.Pada pembukaan konsert akademi fantasia 8 iaitu konsert Tirai AF8 Ema telah memberanikan diri membawa lagu Tiada Lagi Tangisan iaitu daripada penyanyi lama kita Aishah.Namun Ema dikritik kerana lagu tersebut kurang menyerlah kehebatan vokalnya.

Dan pada konsert pertama Ema telah diberikan tugasan dengan menyanyikan lagu daripada Marsha iaitu Yang Terbaik.Ema bagaimanapun dapat membawakan lagu tersebut,Cuma kekadang terdengar suara2 yang seakan2 mirip penyanyi asal…ermmm….

Pada minggu kedua pula Ema telah diberikan tugasan untuk membawa lagu Pakai Buang daripada JUARA AF6 iaitu Stacy.Dari segi tarian ok la…Cuma pernafasan dan vocal haruslah diperbaiki lagi untuk memperhebatkan lagi persembahannya.

Namun Ema juga dkritik hebat pada malam itu.

Apa-apa pun peminat sudah membuat keputusan yang Ema tidak layak untuk berada lagik di akademi dan meneruskan pengajiannya disana….

Jumaat, 26 Mac 2010

komen : LAGU KONSERT KEDUA AF8

**********************************************

Shahir - JANGAN NAKAL (Alif Sattar)

Iwan - MENCARI KONKLUSI (Hujan)
Daus - MENATAP MATAMU (Aril AF
Alif -
Maulana -
Ema - PAKAI BUANG (Stacy AF6)
Nad - AKU WANITA BIASA (Krisdayanti)
Adira - KU PERCAYA ADA CINTA (Siti Nurhaliza)
Farina - KETENTUAN (Ramlah Ram)
Anum - SEKADAR DI PINGGIRAN (Francisca Peter)
Ain – LAGU HAPPY (Amy Mastura)

***********************************************


Berikut adalah senarai lagu yang akan dibawa oleh 11 pelajar AF8 untuk konsert kedua AF8 nanti.

Wow..itulah yang dapat aku katakan kerana kesemua lagu sedap-sedap didengari n latest belaka..Tahniah n thanks pihak pengurusan Astro kerana bagi lagu yang terbaik ini kepada semua pelajar.

Aku akan komen skit mengenai lagu yang diberikan oleh setiap pelajar pelajar AF8 untuk konsert minggu kedua ini.

Kita akan memulakan dengan pelajar lelaki dahulu.

SHAHIR (JANGAN NAKAL)
– Minggu ini Shahir telah diberikan lagu yang lain sedikit dari genre yang biasa kita dengar Shahir nyanyi.Berbeza dengan genre lagu yang disampaikan masa konsert TIRAI AF8 dan juga konsert pertama AF8 minggu lepas.Pada kali ini,lagu yang diberikan oleh cg berbeza sedikit dri genre seperti yang dibawakan oleh Shahir.Kali ini Shahir akan menyanyikan lagu yang dipoularkan oleh ALif Satar.Lagu yang menjadi siulan remaja sekarang iaitu Jangan Nakal sememangnya lagu yang bergenre Pop. Mampukah Shahir membawakan lagu Jangan Nakal ini dengan versi beliau sendirik.Nantikan konsert pada minggu depan ini….

IWAN (MENCARI KONKLUSI)
– Tahniah Iwan kerana menjadi pelajar terbaik pilihan tenaga pengajar.Iwan sememangnya pelajar yang Berjaya membuatkan persembahannya sentiasa konsisten dan menjaga suaranya dengan baik sekali.Kita imbas balik,Iwan telah menyanyikan lagu Coba nyanyian Faizal Tahir semasa konsert Tirai AF8 dan Berjaya menarik hati semua peminat dan hati juri untuk memberikan komen yang terbaik untuknya.Tidak terlalu over mengatakan yang beliau pelajar lelaki yang paling menyerlah semasa konsert TIRAI AF8 itu.Pada konsert pertama AF8 pula,beliau telah diberikan lagu Inggeris yang bertajuk Havent Met You Yet nyanyian Michael Buble.Memang persembahan yang mantap sehinggakan ramai yang meramalkan Iwan bakal melangkah ke final walaupun tinggal 9 konsert lagik.Begitu juga Edrie Abdul Halim yang mengatakan kepada Iwan supaya meminta Iwan mintak MC dengan doctor dan dating perform masa final nanti…hik2….wow..satu pujian yang hebat tuh…Pada konsert kedua ini,Iwan telah diberikan cabaran untuk membawakan lagu Mencari Konklusi nyanyian band indie yang popular kat Malaysia ini iaitu Hujan.Ramai yang dan anggar yang Iwan mungkin akan membawakan lagu Mencari Konklusi kerana suaranya sesuai untuk bawak lagu tersebut,namun mampukah Iwan mengalas tugas ini.Harap-harap dapat…biar dapat persembahan terbaik pula….

DAUS (MENATAP MATAMU)
– Ha..inilah salah seorang pelajar AF8 dari Sarawak…kitak Sarawak nok…hak2…Daus ni merupakan salah seorang pelajar yang pemalu…diam jer dalam kelas ketika siaran Diari Harian AF8 yang disiarkan dalam astro Ria tuh.Daus telah melakukan percaturan yang kurang berkesan ketika mendendangkan lagu Bye Bye Bye daripada kumpulan Inggeris yang popular ketika dahulu iaitu Nysnc.Lagu itu tidak matching dengan suara beliau kerana lagu itu terlalu rancak dan keadaan vocal Daus pula agak slow sedikit.Ini sekali gus mencacat cela kan lagu tersebut sehinggakan barisan pengkritik mengkritik persembahannya dan merasakan Daus salah memilih lagu tersebut.Untuk konsert pertama pula,Daus telah diberikan tugas untuk membawa lagu Cari Jodoh daripada band popular di Malaysia dan juga Indonesia iaitu Wali Band.Lagu Cari Jodoh tersebut telah menjadi siulan ramai remaja sekarang terutama kanak-kanak yang semakin ingat part bahagian “ ibu-ibu bapak bapak……”errmmm..Namun persembahan Daus pada malam itu agak biasa sahaja tiada apa yang menarik.Ramai yang beranggap mungkin Daus akan membuat yang terbaik dengan lagu tersebut,namun dengan bantuan penari2 pelajar lelaki dalam persembahan tersebut kurang Berjaya untuk membuatkan Daus melakukan persembahan yang hebat.Untuk minggu kedua pula,Daus telah diberikan lagu daripada pemenang tempat ketiga AF7 dan juga pengacara TREK SELEBERITI yang baru iaitu Aril dengan lagu Menatap Matamu.Lagu ini agak besh..dan melodinya sangat bagus..namun mampukah Daus membawakan lagu ini pada konsert kedua nanti…Atau lagu ini juga akan menjadi mangsa seperti lagu Cari Jodoh..apa-apa pun saksikan nanti konsert kedua AF8 yang akan dsiarkan siaran langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil.

ALIF (????????)
- Minggu ini Alif akan mendendangkan lagu inggeris..tapi gue xtahu tajuk per…sorry ek untuk fanAlif AF8.Pada minggu lepas,Alif telah mendendangkan lagu Kau Aku daripada Aizat.Beliau dapat membawakan lagu tersebut dengan baik sekali,namun sikap Alif apabila berada di akademi dan di pentas mungkin tidak Nampak seperti Jantan tulen (ermmm.paham2 je la apa yang aku cakap tu ek..kang cakap lebih2 lak…nt kena sound…hahahaaa…) Apa-apa pun..gud luck Alif…Tapi yang aku x suka about Alif ni coz dier buat2 jer sore dier time nyanyi……

MAULANA (??????)
– Akhirnya Maulana akan mendendangkan lagu favourite ibunya..Haaa…pasti korang ternanti2 persembahan beliau.Pada minggu lepas,Maulana telah memberikan persembahan yang mantap dengan mendendangkan lagu daripada band Indie iaitu Bunkface dengan tajuk lagu “Extravaganza”.

Berbalik pula kepada pelajar perempuan :::

ADIRA (KU PERCAYA ADA CINTA)
– Ha…pada minggu lepas,Adira telah mendapat pelajar terbaik bersama Iwan.Beliau dapat memberikan persembahan yang mantap dan hebat.Adira telah membawa lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal oleh Jaclyn Victor dengan begitu baik sekali..tetapi kekadang time dier jerit..tu high pitch yang tinggi..cam menjerit lak aku nengoknya…bukannya menyanyi… hhahaa…apa-apa pun minggu ini,Adira akan diberikan tugasan untuk membawa lagu daripada diva no.1 Malaysia dan juga penyanyi no.1 Malaysia iaitu Dato’Siti Nurhaliza dengan lagu Ku Percaya Ada Cinta.Lagu tersebut memang best apabila kita menghayati baris-baris lirik dan elemen muzik yang diciptakan..Namun mampukah Adira membawakan lagu tersebut dengan versinya tersendirik..Apa-apa pun..jangan ikut suara Dato Ct dah ler….jangan ikut gaya Dato Siti k…

AIN (LAGU HAPPY)
– Ain bagaimanapun telah mengecewakan saya dan peminat-peminatnya pada minggu lepas kerana persembahan yang kureng best dalam konsert lepas,Ain yang telah membawakan lagu Hey Ladies dalam konsert pertama tidak Berjaya menarik hati peminat untuk mengundi beliau dan juga hati juri untuk memberikan komen yang terbaik.Sekali gus telah menghampakan semua orang yang mana beranggapan yang Ain akan membuat persembahan yang terbaik pada minggu lepas.Mungkin Ain tidak suka lagu yang terlampau rancak dan fast…So..kawalan sore dier agak lemah sekali time menyanyikan lagu tersebut.Namun pada minggu ini,Ain sekali lagi diberikan tugasan dengan lagu yang agak fast juga daripada penyanyi kecil molek iaitu Amy Mastura dengan lagu Lagu Happy.Lagu Happy merupakan lagu yang sangat fast n best kalau kita dengar betul2…lagu yang memang betul2 happy….memang sesuai la dengan tajuk lagunya itu….Apa-apapun.Good Luck Ain….

ANUM (SEKADAR DI PINGGIRAN)
– Ha……minat bersuara rock ini akan mendendangkan lagu daripada penyanyi popular 90’an iaitu Fransisca Peter dengan lagu hitsnya “Sekadar Di Pinggiran”.Anum telah Berjaya mendendangkan lagu Aku Tak Percaya Cinta daripada Liyana Jasmay,namun Anum masih lagi boleh belajar untuk cara mengawal suara agar tidak sumbang time nyanyi….

EMA (PAKAI BUANG)
– Kali ini,Ema diberikan lagu fast iaitu lagu daripada Juara AF6 iaitu Stacy dengan lagu “Pakai Buang”.Lagu Pakai Buang memang fast n tempo yang laju …so mampukah Ema mendendangkan lagu Pakai Buang itu pada konsert kedua nanti…kita sama-sama saksikan yer..kalau Berjaya.. alhamdulilah..kalau tak..so tadah la telinga dengan kritikan pedas juri tuh…Minggu lepas,Ema telah mendendangkan lagu daripada Marsha yang bertajuk Yang Terbaik.Overall persembahan yang baik la..Cuma sesekali tu dengan suara cam penyanyi asal jugak….

FARINA (KETENTUAN)
– Kasihan Farina pada minggu lepas kerana dihentam dengan kritikan yang agak pedas daripada Adlin Aman Ramlli….memang kesian aku nengoknya..namun betul juga apa yang dicakapkan oleh Adlin tu,persembahan Farina pada malam itu agak lemah dan tidak Berjaya..Beliau seolah2 tidak menghayati dengan betul-betul lagu tersebut.Farina pada minggu lepas telah mendendangkan lagu hot n latest daripada penyanyi sohor Barat iaitu Lady Gaga dengan lagu Paparazzi.Sayangnya..lagu sedap..Cuma penyanyi yang mendendangkan pada malam itu kureng…hik2..sorry for fan Farina…..Pada minggu ini pula,Farina telah diberikan tugasan untuk membawakan lagu Ketentuan daripada Ramlah Ram..Memang lagu nih favourite aku nih..sedap nak dgr…..sayang ar kalau beri bad performance pada malam tu…hopely…good performance lak ek….

NAD (AKU WANITA BIASA)
– Nad juga dikritik hebat oleh barisan juri pada minggu lepas setelah mendendangkan lagu daripada Farah Asyikin yang bertajuk ERT.Lagu tersebut merupakan lagu soundtrack daripada filem Pisau Cukur.Namun,kegagalan Nad bermain dan menunjukkan watak mengoda dalam persembahan beliau itulah dikritik hebat oleh juri terutama Adlin.Adlin merasakan yang Nad agak tidak sesuai mendendangkan lagu tersebut jika dibandingkan dengan perwatakan yang sedikit tomboy itu,Namun minggu ini,Nad diberi tugasan untuk mendendangkan lagu yang very-very famous sekarang iaitu Aku Wanita Biasa dendangan asal daripada Kris Dayanti.Lagu tersebut memang slow melodynya…namun..mampukah Nad membawa lagu ini dengan versinya tersendiri..nantikan konsert kedua nanti…

always support Iwan AF8 - AFUNDI IWAN


always support IWAN ek.....n buat peminat...jangan lupa jom borak kat FB Iwan dan juga blog rasmi Iwan..

Rabu, 17 Mac 2010

Eksklusif Menuju Konsert Pertama AF8


Pelajar : Alif
Lagu : Kau Aku
Penyanyi Asal : Aizat


Pelajar : Daus
Lagu : Cari Codoh
Penyanyi Asal : Wali Band


Pelajar : Iwan
Lagu : Havent Met You Yet
Penyanyi Asal : Michael Bubble


Pelajar : Maulana
Lagu : Ekstravangza
Penyanyi Asal : Bunkface


Pelajar : Shah
Lagu : Bengang
Penyanyi Asal : Akim AF7


Pelajar : Shahir
Lagu : Khatimah Cinta
Penyanyi Asal : 6ixth Sense


Pelajar : Adira
Lagu : Bertamu di Kalbu
Penyanyi Asal : Jaclyn Victor


Pelajar : Ain
Lagu : Hey Ladies
Penyanyi Asal : Rossa


Pelajar : Anum
Lagu :Aku Tak Percaya Cinta
Penyanyi Asal : Liyana Jasmay


Pelajar : Ema
Lagu : Yang Terbaik
Penyanyi Asal : Marsha


Pelajar : Farina
Lagu : Paparazzi
Penyanyi Asal : Lady Gaga


Pelajar : Nad
Lagu : ERT
Penyanyi Asal : Farah Asyikin

Selasa, 16 Mac 2010

Tugasan Pelajar di Konsert Pertama AF8

Ha..hari ni sempat aku laying Diari AF8 episod ke-2 nih…Kul 7.30 ptg tadik…Seronok gak tengok si Jimmy Shanley ni mengacarakan program tersebut..Memang sesuai gitu…Overall okay semua..

Dalam sedutan diari hari ini iaitu bersamaan Hari Selasa bertarikh 16/03/2010 pelajar-pelajar telah diberikan lagu-lagu yang akan mereka dendangkan pada KOnsert Pertama Akademi Fantasia musim kelapan nanti.Mereka akan mendendangkan lagu masing-masing yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Astro dan telah disampaikan oleh Pengetua af8 iaitu Norman Abdul Halim disamping tenaga pengajar yang lain.

Sebanyak 12 lagu telah diberikan kepada seluruh pelajar-pelajar AF8 untuk didendangkan pada konsert pertama nanti dan satu lagu bonus yang akan didendangkan pada program “DEBARAN AF8”.Berikut adalah lagu-lagu yang akan didendangkan oleh setiap pelajar pada konsert pertama nanti :

LELAKI
  1. SHAH – Bengang (Akim)
  2. ALIF - Kau Aku (Aizat)
  3. SHAHIR – Khatimah Cinta (6ixth Sense)
  4. IWAN – Havent Met You Yet (Micheal Buble)
  5. MAULANA – Extravaganza (Bunkface)
  6. DAUS – Cari Jodoh (Wali)
WANITA
  1. AIN – Hey Ladies (Rossa)
  2. FARINA – Paparazzi (Lady Gaga)
  3. ANUM – Aku Tak Percaya Cinta (Liyana Jasmay)
  4. NAD – ERT (Farah Asyikin)
  5. EMA – Yang Terbaik (Marsha)
  6. ADIRA – Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

LAGU BONUS : Jangan Ada Benci (CaseY) – Semua Pelajar AF8

Isnin, 15 Mac 2010

Profil Pelajar AF8 - Iwan


AFUNDI IWAN

Nama Penuh: Emirza Azwan B. Zulazrin Chew

Tarikh Lahir: 21 April 1990

Tempat Lahir: Hospital Besar, Seremban

Umur : 20 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Melayu

Agama: Islam

Tinggi : 170cm Berat : 55kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Menganggur

Pendidikan Tertinggi: SPM

Adik Beradik: 4 orang (kedua)

Hobi: Menyanyi, berjalan bersama kawan, makan.

Gambar Peribadi: Pemalu, ceria dan kadang kala agak membosankan bila dalam masalah.

Profil Pelajar AF8 - Ain


AFUNDI AIN

Nama Penuh : Nadiawati Ainul Basir

Tarikh Lahir: 25 Jun 1986

Tempat Lahir: Hospital Duchest of Kent, Sandakan

Umur : 23 tahun

Jantina: Perempuan

Bangsa : Suluk/Dusun

Agama: Islam

Tinggi : 161cm Berat : 45kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Beautician (On Job Training), Luyang, Kota Kinabalu

Pendidikan Tertinggi: SPM

Adik Beradik: 8 orang (kedua)

Hobi: Menyanyi, main gitar, karaoke, mekap dan melukis

Gambar Peribadi: Mudah bergaul dan suka menyakat orang.

AIN & IWAN : Pelajar Menyerlah Konsert Pembukaan Tirai AF8

Alhamdulilah nampaknya Ain dan Iwan berjaya menambat hatiku dalam konsert pembuka tirai AF8 yang telah berlangsung pada hari Sabtu lepas (13/03/2010).Kesemua pelajar AF8 telah diperkenalkan pada konsert tirai AF8 itu.Antara pelajar yang membuat persembahan pada malam itu adalah Farina,Shah, Anum,Daus,Ema,Maulana, Adira,Alif ,Nad ,Iwan, Shahir dan akhir sekali Ain.

Memang tak dinafikan permulaan konsert yang agak hambar sedikit kerana nyanyian pelajar agak kureng sedap didengari kat telingaku ini.

Namun bila si Shah membuat persembahan pada malam itu iaitu persembahan kedua selepas Farina yang membawa lagu Drama King nyanyian asal daripada Black & Meet Uncle Hussein agak menakjubkan. Memang tak asing la dalam AF,seseorang yang berbadan kuit-miut mesti masuk AF…Kira berbadan besar nih memang mantop ar sore-sore dier.Cam Bob dari AF2,Shahri dari AF1,Stanly dari AF6,Aizat dari AF5.Kira vocal diorang memang mantop sekali…..wazzzzzz….



Namun selepas itu,pelajr lain membuat persembahan kureng balik….hik2….cam bosan jah aku dgr nyanyian selepas itu.Namun masuk jer pelajar Maulana dari Johor itu tiba-tiba aku terdetik nak dgr sore si mamat ni.Memang besh…kira suara Jantan mamat ni kuar ar..kata si pengkritik tetap AF8 iaitu Aznil Haji Nawawi.namun perlu diperbaiki lagi vocal dan pitching si Maulana ni.Maulana telah membawa lagu Tekad nyanyian daripada Hazami..Percubaan yang Berjaya dan menarik.Kira ok gak la…



Saat yang aku tunggu telah pun tiba,maka giliran si Iwan dari Seremban pun membuat persembahan pada malam itu.Actually si Iwan dan Ain dan juga Maulana merupakan top student pilihan aku sebelum konsert tirai AF8 lagik…AKu dah Nampak kehebatan vocal diorang masing2…Okaylah..berbalik kepada Iwan.Iwan merupakan anak kacukan iaitu mak dier orang Melayu dan ayahnya pula berbangsa Cina..so kacukan Melayu-Cina..tu Nampak cute ar gak si Mamat Iwan nih….Iwan telah pun membawa lagu yang agak popular kat Malaysian yang penyanyi asalnya ialah si Faizal Tahir iaitu lagu Coba.Lagu Coba sememangnnya hebat ditambah pula dengan sorakan peminat Iwan terhadapnya menjadikan Iwan sebagai pelajar yang Berjaya menawan hati peminatnya pada malam itu dan hati juri juga.Kira Iwan ni mempunyai vocal hebat jugak…dan maybe akan menandingi kehebatan Akim.Hafiz dan juga Aril..kata Pak Nil pada malam itu…Aku pun berpendapat cam tue gak....kalahkan mereka semua…Go Iwan…aku sokong ko…..Nanti ko wat la persembahan yang mantop ek…Dengan kehebatan beliau itulah,menjadikan beliau pelajar yang menungguli no.1 AFUNDI…cayalah……kepada peminat IWAN teruskan mengundi Iwan….k..AFUNDI IWAN ke 32999….(aku siap promote lagik nih…)



Dan pelajar yang kedua pilihan aku ialah AIN.Ain merupakan pelajar yang last membuat performance pada TIRAI AF8 pada Sabtu lepas.Ain yang berasal dari Sandakan,Sabah itu membawakan lagu The Climb nyanyian Miley Cyrus.Memang first time aku nengok minah ni memang memang leh g jauh bertambah pula dengan vocal yang mantap…Memang sedap dengar ar sore dier…jarang sore dier ada kat market muzik sekarang ini.Ain mendapat tepukan gemuruh daripada peminat dia dan juga sorakan…Memang beliau layak mendapat sorakan dan tepukan itu,sampaikan si Adlin tak der apa-apa nak cakap…dier Cuma cakap “Okay….tunggu minggu depan lak….sambil suka….”..Ning juga memuji kehebatan vocal si Ain dan tak lupa juga Pak Nil yang juga turut suka dengan persembahan Ain…Ain aku akan sokong ko dari belakang…teruskan perjuangan dan kehebatan mu….K….you go Girl…

Okaylah…setakat ini sajalah komen dan kritikan yang aku dapat simpulkan setelah melihat konsert prelude “tirai af8” sabtu lepas….nanti aku akan update lagik story about AF8….k….

Negara Pelawat Blog


free counters