Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label AF8. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AF8. Papar semua catatan

Rabu, 18 Ogos 2010

kebahagian dalam perpisahan



hari ni aku nak posting pasal lagu favourite aku dulu sampai sekarang.ye lar..lagu ni memang menjadi sebutan dan nyanyian orang ramai sekarang.lagu kebahagian dalam perpisahan nyanyian shahir yang juga juara AF8 sememangnya memang sedap giler (macam mee sedap pulak.....hahaha)

lagu ni memang syahdu giler bila dengar baik-baik...hehehe..maklumlah aku kan sekarang ni ANGAU bercinta..hehehe

apa-apa pun..korang layanlah lagu KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN ini....

Khamis, 3 Jun 2010

Bilangan Fan Club FB Pelajar AF8


Bilangan Peminat Suka : 23,653
Link Shahir Fan Page : KLIK DISINI


Bilangan Peminat : 10,206
Link Maulana Fan Page : KLIK DISINI


Bilangan Peminat : 18,122
Link Iwan Fan Page : KLIK DISINI


Bilangan Peminat : 20,617
Link Daus Fan Page : KLIK DISINI


Bilangan Peminat : 5008
Link Ain Fan Page : KLIK DISINI


Bilangan Peminat : 25,804
Link Adira Fan Page : KLIK DISINI


* BILANGAN PEMINAT AKAN SENTIASA BERTAMBAH.SO INI BUKANLAH JUMLAH YANG SEBENARNYA..INI JUMLAH YANG SAYA LIHAT SETAKAT HARI INI (11.51PM -3/06/2010)

Rabu, 26 Mei 2010

Shahir - Kegilaan Orang Ramai



Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi iaitu Juara AF8 sekarang menjadi kegilaan orang ramai terutama gadis-gadis.Ini kerana Shahir yang berbekalkan sikap pemalu dan di tambah pula dengan wajah yang cute dapat menarik ramai meminati beliau.Bukan sahaja dari segi bakat,namun Shahir juga berjaya diminati seperti yang terjadi kepada Juara AF3 dahulu iaitu Mawi.Mungkin Shahir ini bakal pencetus Mawi kedua…Hee..he..he..Namun sikap kedua-dua juara AF tersebut mungkin sama dimana Shahir merupakan budak yang kuat agama dan sentiasa menunjukkan peribadi yang baik ketika dalam akademi begitu juga dengan Mawi yang mempunyai karakter yang sama.Begitu juga perwatakan lawak yang ditunjukkan oleh Mawi dan juga Shahir dalam Akademi tersebut.

Tidak kisah la apa pun,janji Shahir layak memenangi program reality tersebut kerana beliau mempunyai ramai peminat dan sehingga kini berjaya menarik ramai lagi peminat beliau.Mana tidaknya dalam fanpage dalam FB beliau sahaja sudah mencapai 18389...mungkin akan smpai 50000.insyallah...jom kita pakat sokong Shahir

Tak lupa juga kepada lagu yang menjadi tuah kepada Shahir iaitu lagu “Kebahagian Dalam Perpisahan”.Lagu dan lirik dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU ini diberikan kepada Shahir utk menjadikan lagu ini sebagai single beliau sendiri.Lagu ini memang sesuai sekali dengan suara Jantan Shahir dan juga melodi yang memang mengasyikkan sekali.Sekarang di corong-corong radio telah memutarkan lagu tersebut sehinggakan membuatkan orang asyik mendengar lagu yang syahdu itu.Apa-apa pun tahniah Shahir dan diharap dapat membawa imej baik dan kekalkan sikap peribadi..Jangan biarkan apa-apa merosakkan masa depan anda sebagai penghiburr..

All The Best Shahir…

Selasa, 25 Mei 2010

Single Pelajar AF8


Adira - Ku Ada Kamu


Ain - Penanggung Sepi


Alif - Bangun Semula


Anum - Berakhir Sebelum Bermula


Daus - Kenapa


Ema - Hati-Hati


Farina - Hujung Minggu


Iwan - V.I.P


Maulana - RSVP


Nad - Aku Sudah Merdeka


Shah - Bernafas Lagi


Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan

V.I.P - Iwan AF8



Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diri ku yang tak luangkan masa
masa bercengkerama bersama mu

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Biar pitih hatiku

Mungkin ku tak arif memahamkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar cara ku tidak cukup mesra
Masa bercengkerama bersama mu

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Biar pitih hatiku 2x

Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku 3x

Kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Biar pitih hatiku 2x

Lagu & Lirik : Edry Abdul Halim (KRU Publishing)

Ku Ada Kamu- Adira AF8



Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


Lirik & Lagu : Edry Abdul Halim (KRU Publishing)

RSVP - Maulana AF8



Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu (2 kali)

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran (2 kali)

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

Lirik & Lagu : Edry Abdul Halim (KRU Publishing)

Kenapa - Daus AF8



Tubuhku menggeletar… Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Lirik & Lagu : Edry Abdul Halim (KRU Publishing & Astro Entertaiment)

Isnin, 24 Mei 2010

Juara AF Pilihan Anda

Utk musim pertama hinggalah kelapan ASTRO telah melahirkan 7 juara daripada program reality tv no.1 Malaysia iaitu Akademi Fantasia.Kesemuaanya juara ini dipilih dan diundi 100% oleh peminat melalui AFUNDI.

Jom kita berkenalan dengan Juara-Juara AF dari musim pertama hinggalah musim kelapan.


VINCE (AF1) – 2003
  • Berjaya memenangi Juara AF utk musim pertama
  • Juara pertama bangsa Cina
  • Berjaya mengalahkan finalis lain seperti Khai,Azizi,Liza dan Nija
  • Mempunyai beberapa album
  • Antara lagu hit : mengapa harus cinta,biarkan dan sebagainya


ZAHID (AF2) – 2004
  • Juara AF bagi musim kedua
  • Mengalahkan finalis seperti Linda,Adam,Farah,Bob dan Kaer
  • Mempunyai beberapa album
  • Terkenal dengan trademark “acuuunyah!!!!”
  • Lagu hit : Milikku,Warkah Buat Laila dan sebagainya


MAWI (AF3) – 2005
  • Memenangi Juara AF utk musim ketiga
  • Berjaya mengalahkan finalis lain spt Felix,Amylea,dan Marsha
  • Terkenal dgn trademark “world” – world2 jugak..akhirat jgn lupa
  • Mempunyai beberapa album
  • Terkenal dengan RAJA SMS
  • Mencipta fenomena TSUMAWI
  • Menjadi BINTANG PALING POPULAR dalm ABPBH utk tahun 2005,2006,2007 dan mengunguli PENYANYI LELAKI PALING POPULAR
  • Antara lagu hit : Aduh Saleha,Kian,Langitmu Lebih Biru,Cinta Hakiki,Al-Janaah dan terbaru Sujud


FAIZAL (AF4) – 2006
  • Memenangi juara AF utk musim ke-4
  • Juara pertama dari Terengganu
  • Berjaya mengalahkan Lotter,Farhan,Velvet,dan Haziq
  • Terkenal dengan trademark “senyum sokmolah”
  • Lagu hit : Datanglah


MILA (AF5) – 2007
  • Memenangi juara AF utk musim ke-5
  • Juara AF wanita pertama dlm sejarah AF
  • Berjaya mengalahkan finalis lain spt Ebi,Heliza,Candy,dan Aswad
  • Terkenal dengan trademark “wazzup-wazzup”
  • Lagu hit : Persis mutiara,aku lebih tahu,dan sbgnya


STACY (AF6) – 2008
  • Memenangi juara AF utk musim ke-6
  • Juara pertama dari Sabah
  • Terkenal dgn trademark “alamak terlebih sudah”
  • Berjaya mengalahkan finalis lain spt Riz,Nubhan,Nadia dan Toi
  • Lagu hit : Aku Stacy,Pakai Buang,Mengegar Dunia,Kisah Kita dan sebagainya


HAFIZ (AF7) – 2009
  • Memenangi juara AF utk musim ke-7
  • Berjaya mengalahkan finalis spt Aril,Akim,Isma dan Yazid
  • Juara pertama dari Sarawak
  • Lagu hit : Masih Jelas,Noktah Cinta,Nano dan sbgnya.


SHAHIR (AF8) – 2010
  • Memenangi juara AF utk musim ke-8
  • Berjaya mengalahkan finalis lain spt Adira,Daus,Maulana dan Iwan
  • Lagu hit : Kebahagian Dalam Perpisahan.

Kedudukan AFUNDI Konsert Final AF8

  1. SHAHIR – 43.19%
  2. ADIRA – 25.13%
  3. DAUS – 12.47%
  4. MAULANA – 10%
  5. IWAN – 9.02%

Ahad, 23 Mei 2010

Shahir menjuarai AF8



Title “JUARA AF8” telah dinobatkan kepada Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir.Pelajar dari Perak ini merupakan pelajar AFMASUK ini telah menjadi kegilaan peminat sehinggakan berjaya menewaskan bekas-bekas pelajar AF8 seperti Shah,Ema,Anum,Alif,Nad,dan Farina dalam AFMASUK.Shahir iaitu antara pelajar yang diminati oleh peminat khususnya wanita berjaya merangkul Juara AF8 sewaktu selesai membuat 2 persembahan ketika berlangsungnya konsert Akhir AF8 di Stadium Putra Bukit Jalil.Shahir juga berjaya menewaskan finalis-finalis AF8 lain iaitu saingan terdekat AFUNDI iaitu Adira.Selain itu,beliau juga mengalahkan Daus,Iwan dan juga Maulana.

Dengan berbekalkan AFUNDI tertinggi setelah talian AFUNDI ditamatkan,Shahir yang menerima undian sms AFUNDI sebanyak 43.19% mendominasi AFUNDI dan sekali gus ditabalkan Juara AF8,diikuti oleh Adira dengan 25.13%,seterusnya Daus dengan 12.47%,Maulana 10% dan terakhir sekali Iwan dengan 9.02%.

Mengimbas kembali persembahan konsert final AF8 sememangnya ramai sudah menjangkakan yang Shahir akan menjadi Juara AF8.Persembahan pembukaan final AF8 telah menampilkan 5 finalis AF8.Persembahan pertama adalah Daus.Daus menyampaikan lagu Doktor Pakar Cinta daripada Yusry KRU.Alhamdulilah Daus berjaya membuat persembahan dengan begitu baik sekali dan berjaya mendapat pujian daripada pengkritik pada malam itu.Antara pengkritik pada malam final iaitu ialah pengkritik tetap AF8 adalah Adlin Aman Ramlie dan Aznil Haji Nawawi.Manakala pengkritik jemputan pula ialah Ning Baizura.

Persembahan pelajar diteruskan dengan pelajar yang bernama Iwan.Iwan yang menampilkan dengan imej baru mempersembahkan lagu Relaku Pujuk yang juga berkolobarasi dengan Tam Spider mendapat sorakan peminat dan pujian pengkritik.Persembahan ketiga pula diteruskan dengan persembahan daripada Maulana.Maulana mempersembahkan lagu baru beliau iaitu lagu yang berentakkan genre “JAZZ” yang bertajuk “RSVP”.Lagu tersebut memang best dan sedap di dengar dengan arrangement music yang bagus dan segar.Persembahan seterusnya diteruskan oleh wakil tunggal pelajar wanita yang layak ke final iaitu Adira.Adira telah menyampaikan lagu “Tiru Macam Saya” daripada Ratu Jazz kita iaitu Dato Shiela Majid.Overall persembahan Adira agak berhati-hati walaupun karakter Lisdawati ditampilkan dalam persembahannya.

Dan saat yang dinantikan oleh semua peminat Shahir,Shahir telah membuat persembahan dengan menyampaikan lagu baru beliau iaitu “Kebahagian Dalam Perpisahan”.Lagu tersebut memang best dan menusuk kalbu dengan bait-bait lirik dan melodi yang meruntun jiwa.Memang sesuai vocal Jantan Shahir ini dengan lagu ini.Secara overall dari persembahan daripada Shahir agak ok Cuma Nampak bersahaja dan pemakaian yang agak ringkas.

BERIKUT PENILAIAN PERSEMBAHAN “ROUND1” :
  1. DAUS
  2. MAULANA
  3. IWAN
  4. SHAHIR
  5. ADIRA

Persembahan Round 2 pula diteruskan dengan Iwan.Iwan telah menyampaikan lagu baru beliau iaitu V.I.P.Lagu ini memang best dan sesuai untuk jiwa anak muda sekarang dan lebih kepada genre “INDIE” memang sesuai sgt dengan vocal mantap Iwan dan berjaya menambat hati jusri dan merasakan lagu ini best dan mungkin hot di radio.Persembahan kedua pula ialah daripada Maulana.Maulana telah mendendangkan lagu daripada Aizat iaitu Susun Silang Kata.Lagu ini telah diubahkan secara Jazz dan sesuai dengan vocal Maulana.Maulana dapat membawa lagu ini dengan baik sekali.Tahniah Maulana.

Persembahan ketiga pula diteruskan dengan Daus.Daus menyampaikan lagu barunya iaitu yang bertajuk “Kenapa”.Lagu ini memang sesuai dengan vocal Daus.Memang persembahan pada malam itu memang best dan tidak pernah mengecewakan dalam setiap persembahan di dalam konsert.Persembahan ke-4 pula diteruskan dengan persembahan Shahir dengan menyampaikan lagu daripada Wings yang bertajuk “Biru Mata Hitamku”.Overall persembahan yang mantap dan best.Dan akhir sekali,persembahan dilakukan oleh Adira.

Persembahan Adira kali ini berjaya memukau dengan vocal yang mantap dengan mempersembahan lagu baru beliau iaitu Ku Ada Kamu.Dengan prop persembahan kanak-kanak,menjadikan persembahan Adira layak bergelar Juara AF8 katanya Adlin Aman Ramlie.

BERIKUT PENILAIAN PERSEMBAHAN “ROUND2” :
  1. ADIRA
  2. DAUS
  3. SHAHIR
  4. MAULANA
  5. IWAN

Dengan kemenangan Shair menjulang AF8 berjaya membawa pulang sebuah kereta Peugeot dan Adira pula selaku naib Juara membawa pulang Satria Neo.Dari segi peratusan AFUNDI memang tidak dinafikan Shahir tidak boleh dikalahkan dengan mana-mana pelajar/finalis AF8.Namun dari segi persembahan saya sebulat suara memilih Daus dan Iwan,manakala dari segi vocal saya memiih Adira dan juga Maulana.

Berakhirlah sudah program reality no.1 Malaysia yang sudah pun masuk musim kelapan.Tidak sabar untuk menunggu AF9 pula….(kalau ada lagi….)…Apa-apa pun good luck to all finalis AF8 dan juga bekas2 pelajar AF8 dan menempuh dugaan menjadi anak seni….

Sekian..terima kasih

Ahad, 16 Mei 2010

Ain Tersingkir & Iwan,Shahir,Maulana,Adira,Daus ke Final


Ain - Tersingkir

Akhirnya Ain atau nama sebenarnya Nadiawati Ainul Bashir pelajar yang berasal dari Sabah akhirnya akur dengan keputusan peminat apabila diumumkan tersingkir untuk minggu kesembilan dalam program DEBARAN AF8 tadi.Sarimah menyebut nama Ain untuk pelajar yang tersingkir dan seterusnya lima pelajar lain ke konsert akhir AF8.Nampaknya pada musim ini,hanya seorang pelajar wanita sahaja yang layak ke final AF8 sama seperti musim lepas iaitu dimana Isma ke final AF7.

Perjuangan Ain nampaknya terhenti disini,dan tidak layak ke final..Namun Ain haruslah membuktikan yang beliau akan menjadi seorang penyanyi yang hebat di luar nanti setelah keluar daripada AF nanti..



Manakala pelajar yang layak ke final ialah IWAN,MAULANA,SHAHIR,DAUS dan ADIRA. Nampaknya sudah ramai yang menjangkakan bahawa Shahir dan juga Adira layak ke final setelah Sarimah terlebih dahulu menyebut nama Shahir iaitu pelajar yang pertama layak ke final dan seterusnya nama Adira pelajar wanita yang pertama layak ke final AF8.Selepas itu,nama Daus pula disebut ke final,seterusnya Iwan.dan satu tempat lagi adalah Maulana.

Wah..nampaknya persaingan sengit akan berlaku la pada konsert akhir AF8 nanti.pasti diorang akan diberikan dengan lagu-lagu yang gempak dan best2…tidak sabar untuk aku menyaksikan konsert AKHIR AF8 pada 22hb Mei ini di astro ria…

Yang penting aku MAHU si Shahir menjadi Juara AF8,Naib Juara Adira dan Tempat Ke-3 adalah Iwan…

Sabtu, 15 Mei 2010

Shahir Terbaik Konsert Kesembilan AF8

Alhamdulilah tadi sempat jugak lyn konsert AF8 minggu ke-9..wah…hanya beberapa pelajar yang yang terbaik membuat persembahan pada malam ini.Antaranya ialah Shahir,Iwan,dan Daus.Ketiga-tiga mereka berjaya membuat persembahan yang terbaik dan hebat dan layak ke final.Wahhh..so korang jangan lah lupa AFUNDI banyak2 favourite student tu ek..Bagi aku,aku stay mahu tgk Iwan,Shahir dan Adira ke final nanti…diorang memang besh….Pengkiritik pada malam itu pula ialah Adlin Aman Ramlie,Adibah Noor dan Aznil Haji Nawawi.Keseluruhan persembahan biasa dan menarik untuk ditengok…

Berikut analisis yang dapat aku lakukan setelah menonton konsert tadi :

ADIRA (Mercy & Dua)
  • Lagu pertama agak sesuai dengan karakter Adira dan vocal yang bagus…tiada masalah dengan lagu itu,Cuma lagu kedua tidak berjaya membawakan lagu itu.Lagu Dua bagaimanapun tidak memberikan klimaks dan persembahan yang terbaik pada malam ini bagi Adira.
  • Penilaian : 6/10

MAULANA (Betterman & Inilah Cinta)
  • Lagu pertama memang best dan persembahan terbaik Maulana pada mala mini,Cuma lagu kedua tidak berjaya…kurang berkesan…
  • Penilaian : 5/10

DAUS (Mission Impossible & Masa)
  • Energy persembahan yang bertenaga daripada Daus dan hebat..Cuma perlu baiki vocal lagi…
  • Penilaian : 8/10

AIN (Luka diLukai & Faling For You)
  • Persembahan yang pertama iaitu lagu Luka Dilukai berjaya Cuma persembahan kedua kureng dan gagal…
  • Penilaian : 7/10

IWAN (21Guns & Berlari)
  • Persembahan yang hebat daripada Iwan..kedua2 lagu dibawa dengan mantap dan baik..Cuma perlu versatile lagi dengan suara dan persembahan…Overall hebat..
  • Penilaian : 9/10

SHAHIR (Tak mungkin Berpaling & Tamal Limaak)
  • Antara persembahan pelajar yang terbaik pada mala mini,Cuma persembahan pertama iaitu lagu Tak Mungkin Berpaling terkuncil sedikit dan persembahan kedua berjaya menutup semua kesalahan itu.dan berjaya mendapat 2 lampu hijau daripada Adibah Noor dan Aznil Haji Nawawi.
  • Penilaian : 10/10


KEDUDUKAN PERSEMBAHAN TERBAIK PADA MALAM INI (KONSERT KESEMBILAN AF8)
  1. SHAHIR (10/10)
  2. IWAN (9/10)
  3. DAUS (8/10)
  4. AIN (7/10)
  5. ADIRA (6/10)
  6. MAULANA (5/10)

Rabu, 12 Mei 2010

Tugasan Konsert Kesembilan AF8

Berikut adalah lagu-lagu yang bakal dinyanyikan oleh 6 pelajar yang masih stay dalam akademi dan menempatkan diri ke final nanti.Minggu kesembilan ini,pelajar diarahkan membawa dua lagu secara medley..so mampukah mereka membawakan lagu-lagu tersebut.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

ADIRA
  • Dua(KRU)
  • Mercy (Duffy)
Minggu ini,Adira telah diberikan lagu Dua daripada KRU.Lagu ini aku tidak pernah dengar so aku takleh nak komen byk2…kita dengar semasa latihan nanti yer…Lagu kedua pula,Adira diberikan lagu Mercy oleh Duffy.Lagu ini bersifat comel dan nakal coz penyanyi lagu ini seakan2 mirip sore Adira..hehehe…pasti sure dpt bawak dengan best…
-----------------------------------------------------------------------------------------------

AIN
  • Luka Dilukai (Shima)
  • Falling For You (Colbie Caillat)
Minggu ini Ain mendapat lagu makanannya.Lagu pertama yang bakal dibawakan adalah lagu Luka diLuka oleh Shima.Lagu ini agak matching dengan sorenya..so Ain mampu membawa lagu ini dengan mantap,Ain patut mendendangkan lagu ini dengan gitarnya..pasti lagi best persembahannya…Bagi lagu kedua pula,Ain diberikan tugasan lagu daripada Colbie Caillat yang bertajuk Falling For You.Lagu ini juga agak menarik dan sesuai untuk Ain dibawakan.Apa-apa pun segala-galanya bakal berlaku pada konsert minggu ini,so nantikan lah persembahan Ain…
-----------------------------------------------------------------------------------------------

DAUS
  • Masa (Estranged)
  • Take A Look Around (Limp Bizkit)
Minggu ini Daus diberikan lagu daripada Estranged yang bertajuk Masa..ermm..lagu ini memang rancak..tapi agak kurang sesuai sangat diberikan kepada Daus.Lagu kedua pula lagu inggeris iaitu lagu Take A Look Around daripada Limp Bizkit..lagu ini memang rock dan fast…..so mampukah Daus membawa dengan bagus dan mantap atau terkuncil nanti…..sama-sama kita tgk…
-----------------------------------------------------------------------------------------------

IWAN
  • Berlari (Tomok)
  • 21 Guns (Greenday)
Minggu ini pula,Iwan diuji dengan membawa lagu daripada Tomok yang bertajuk “Berlari”.Lagu ini memang best dan fast song dan agak sesuai dengan vocal Iwan yang mantap dan serak2 itu.Dari segi persembahan memang tak dinafikan Iwan mampu dan menyerlah…Lagu kedua pula adalah lagu yang semakin famous di corong2 radio yang bertajuk 21 Guns oleh Green Day.Lagu ini juga menunjukkan karakter Iwan dan agak sesuai.Namun mampukah Iwan menggalas cabaran pada minggu ini.So kita nantikan pada konsert kesembilan nanti yer…All the Best Iwan…
-----------------------------------------------------------------------------------------------

MAULANA
  • Inilah Cinta (Akim)
  • Better Man (Robbie Williams)
Minggu ini Maulana telah diberikan tugasan dengan menyampaikan lagu daripada Akim yang terbaru yang bertajuk Inilah Cinta.Lagu ini memang besh dan mungkin SESUAI kot dengan karakter Maulana dan lagu kedua pula ialah lagu Better Man daripada Robbie William.Kedua-dua lagu best dan mampu memberikan saingan sengit nanti…
-----------------------------------------------------------------------------------------------

SHAHIR
  • Tak Mungkin Berpaling (Mawi)
  • Tamaly Maak (Amr Diab)
Minggu ini,Shahir diuji dengan lagu yang mungkin sesuai dengan sore Shahir dan boleh dikatakan makanan dier…Lagu Tak Mungkin Berpaling daripada Mawi ini agak best dan sesuai kot dengan vocal Shahir..dan lagu kedua pula lagu Arab daripada Amr Diab yang bertajuk Tamaly Maak…wahh..Shahir dpt lagu Arab..confirm dpt bwk nih…
-----------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU BONUS
  • Konsert - Dari Sini Ke Bintang-Bintang (Farah Asyikin)
  • Debaran - Salam Terakhir (Sudirman)
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin, 10 Mei 2010

SHAHIR menjadi pelajar AFMASUK



Alhamdulilah,Shahir telah menjadi pelajar kegemaran untuk AFMASUK dimana satu talian AFMASUK telah diadakan bagi memilih pelajar yang sudah tersingkir pada konsert-konsert lepas berentap bersama-sama dengan lima lagi pelajar AF8 yang masih tinggal dalam AF8 ini.Antara mereka yang masih berada dalam akademi ini ialah Iwan,Maulana,Daus,Ain,dan juga Adira.Kesemua mereka ini berjaya membuatkan pengundi memilih mereka untuk menetap lagi dalam akademi.Shahir telah diumumkan masuk kembali dalam perjuangan AF8 dalam program DEBARAN AKADEMI FANTASIA 8 yang telah disiarkan secara langsung oleh Astro Ria dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil.

Namun,pada minggu hadapan pula,iaitu konsert kesembilan,diadakan pula satu penyingkiran iaitu hanya 5 sahaja yang layak ke final KONSERT AKADEMI FANTASIA 8 dan merebut gelaran Juara AF8 ini.Namun mampukah Shahir mengalas tugas yang telah diberikan kepada pengundi setelah pengundi memilih beliau untuk beraksi dalam konsert Sembilan nanti dan mampukah Shahir menarik minat orang lagik untuk mengundi beliau dan tersenarai antara pelajar yang layak ke final AF8 pada 22hb nanti.

Shahir berjaya mengalahkan pelajar2 yang telah tersingkir seperti dan juga Anum,Nad,Ema, Alif,Shah,Farina.Nampaknya,pengetua Norman begitu berbangga sekali kerana Shahir merupakan pelajar target untuk ke final…

Wahh..hopely Shahir terus kekal dalam AF8 sampai ke final..Insyallah…

Sabtu, 8 Mei 2010

KONSERT KELAPAN PENUH KEJUTAN

Alhamdulilah..tadi selesai tgk konsert AF8 minggu kelapan..Ermmm......pelbagai kejutan yang diadakan sepanjang konsert yang berlaku.

Mana tidaknya pembukaan konsert AF8 minggu kelapan di serikan dengan nyanyian daripada persembahan pelajar2 AF8 yang masih tinggal menyanyikan lagu PERTEMUAN dan bersama pengkritik tetap kita iaitu ERRA FAZIRA.

Seterusnya pembukaan konsert juga diteruskan dengan pembukaan persembahan daripada Adam dengan lagu “TENSION”.Hebat dan mantap…

Okeylah..jom kita nilai persembahan pada mala mini :

DAUS (P.U.S.P.A)
  • Alhamdulilah Daus dapat membuat persembahan yang kelakar dan hebat
  • Mantap daripada segi karakter
  • Cuma vocal perlu diperbaiki lagi
  • Mendapat 2 lampu hijau
  • PENILAIAN : 7/10
AIN (SUCI DALAM DEBU)
  • Persembahan yang bertenaga daripada Ain
  • Vokal yang bagus
  • Cuma perlu lebihkan gaya dan perwatakan yang menarik dan mainkan emosi
  • Mendapat 2 lampu hijau
  • PENILAIAN : 8/10
IWAN (LIHAT CARA DIA MEMANDANGKU)
  • Persembahan yang ok
  • Cuma perlu lebih menarik semasa introduction
  • Mendapat 1 lampu hijau
  • PENILAIAN : 7/10
ADIRA (KITALAH BINTANG)
  • Persembahan yang penuh enegernetik
  • Bertenaga
  • Cuma vocal yang terlampau lantang
  • Mendapat 1 lampu hijau
  • PENILAIAN : 7/10
FARINA (SELANJUR BERCINTA)
  • Ok jer..
  • Persembahan bersahaja
  • Perlu mendalami perasaan lagu ini
  • Tiada lampu hijau
  • PENILAIAN : 6/10
MAULANA (DALAM GERIMIS)
  • Persembahan biasa
  • Arrangement music yang tidak sesuai
  • Vokal ok
  • Tiada lampu hijau
  • PENILAIAN : 7/10

Setelah berakhirnya persembahan Maulana,dan Sarimah dan Jimmy mengumumkan bahawa Farina tersingkir dalam saingan ke minggu hadapan AF8 kerana mendapat undian terendah….

NAMUN……

Farina masih bernasib baik lagi kerana beliau diberi peluang bersama dengan 7 pelajar yang sudah tersingkir merebut satu tempat dalam saingan minggu hadapan.Maka talian AFMASUK diadakan…

Antara pelajar yang tersingkir minggu lepas2 ialah Shah,Ema,Anum,Alif,Nad,Shahir,dan Farina..So korang yang menggatal nak adakan AFMASUK ..haaaa..ambik ar..pilih la pelajar kegemaran korang tuh…apa-apa pun jangan lupa AFUNDI ADIRA dan IWAN…..

Jumaat, 7 Mei 2010

Lagu Tugasan Minggu Kelapan AF8

Minggu ini pelajar2 yang masih tinggal dalam Akademi Fantasia 8 meneruskan cabaran beliau sehingga ke peringkat akhir pada 22hb ni,Minggu kelapan ini,pelajar-pelajar telah diberikan tugasan dimana lagu-lagu yang diberikan ini akan menguji kekuatan vocal mereka.Untuk minggu ini,para pelajar telah diberikan lagu :
  • Lihat Cara Dia Memandang (BRE)
  • Gerimis (VISA)
  • Putus Saja Pacarmu (P.U.S.P.A) (ST12)
  • Suci Dalam Debu (IKLIM)
  • Kitalah Bintang(ELLA)
  • Selanjur Bercinta (AISYAH)
-------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk minggu ini,lagu Lihat Cara Dia Memandang telah diberikan kepada Iwan kerana lagu tersebut merupakan lagu yang sesuai dengan kekuatan vocal Iwan dan juga gaya persembahan yang sentiasa menjadi tumpuan dalam setiap konsert.Iwan bagaimanapun haruslah menjaga kualiti vocal beliau dan diharap akan terus cemerlang dalam konsert pada minggu ini dan berjaya mendapatkan 3 lampu hijau sekali lagi.Lagu Lihat Cara Dia Memandang merupakan lagu daripada band BRE.Band ini berasal daripada Indonesia dan lagu ini agak famous dan lagu ini juga berentak relax n sempoi jer ketika menyanyi.Tapi mampukan Iwan mengalas cabaran dengan membawa lagu ini?????.Nantikan konsert kelapan AF8 hari Sabtu ini di Dewan Sri Putra Bukit Jalil.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Minggu ini,Maulana telah diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu Dalam Gerimis nyanyian kumpulan Visa.Lagu ini merupakan lagu Balada Cuma telah diubahkan kepada bervariasi pop.So Maulana sudah tentu bakal membuat persembahan terbaik pada malam itu.Maulana haruslah sentiasa konsisten dalam segi persembahan dan ciptakan kelainan dalam persembahan beliau sehinggakan orang Berjaya menghayati lagu itu…
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Daus pula,pada minggu ini diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu daripada kumpulan dari Indonesia iaitu ST12 dengan lagu yang bertajuk “PUSPA” atau Putus Saja Pacarmu.Lagu ini bergenre kan relax dan tidak perlu menjerit2…so mungkin Daus dapat membawa lagu ini dan menjadikan lagu ini makanan beliau.Apa-apa pun,segala2nya akan terjawab apabila persembahan beliau akan ditunjukkan pada konsert sabtu ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Suci Dalam Debu merupakan lagu famous satu ketika dahulu,namun kali ini Ain selaku pelajar yang bertuah dapat membawa lagu ini pada konsert kelapan nanti.Ain diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu daripada kumpulan yang sewaktu ketika dahulu dan sehingga sekarang famous iaitu kumpulan Iklim dengan lagu yang bertajuk “Suci Dalam Debu”.Lagu ini mungkin Ain berasa agak kekok,namun beliau harus membuatkan persembahan yang terbaik seperti mana2 konsert sebelum ini,Ain bagaimanapun graf persembahan setiap konsert snetiasa berubah2..kekadang bagus kekadang buruk..namun kualiti vocal Ain memang patut dipuji kerana jarang ada vocal semantap Ain.
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Adira minggu ini diuji dengan lagu daripada penyanyi atau ratu rock Malaysia iaitu Ella.Lagu yang bertajuk Kitalah Bintang akan didendangkan oleh Adira sewaktu berlangsungnya konsert minggu kelapan ini.Bagaimanapun,kemampuan dan kehebatan vocal Adira akan terlaksana apabila jika Aidra Berjaya membawa lagu ini dengan versinya tersendiri.Bagaimanapun,dari sudut persembahan setiap minggu Adira merupakan pelajar perempuan yang sentiasa konssiten dalam setiap persembahan,namun Adira haruslah menguasai dengan lebih mantap dan ok lagik untuk menjadikan beliau sebagai Juara AF8 itupun jika peminat merasakan beliau sememangnya layak untuk bergelar Juara AF8…
-------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------
Farina pada minggu ini akan diberikan tugasan dengan menyampaikan lagu daripada Aishah yang bertajuk Selanjur Bercinta.Lagu ini memang best namun Farina haruslah membawakan lagu ini dengan versinya tersendiri dan biar dan jadikan persembahan beliau terbaik pada malam itu,kalau tidak peminat akan tidak teragak2 akan tidak mengundi dan seterusnya beliau akan mengikut jejak langkah rakan2 atau pelajar2 yang sudah tersingkir…
-------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin, 3 Mei 2010

SHAHIR AF8 Kecundang Minggu Ketujuh AF8

SHAHIR akhirnya kecundang di minggu ketujuh setelah diumumkan tersingkir pada Konsert AF8 minggu ketujuh.Shahir nampaknya tidak Berjaya menarik ramai peminatnya untuk mengundi beliau sehinggakan tersingkir apabila Sarimah selaku pengacara DEBARAN AKADEMI FANTASIA 8 mengumumkan namanya.Antara pelajar yang turut berada dalam zon bahaya (bottom3) ialah Maulana dan juga Farina.

Apabila Sarimah mengumumkan nama Farina ketika berada dalam zon bahaya,ramai peminat dalam dewan menyorak dan menjangkakan bahawa si Farina akan tersingkir pada minggu ini,namun tidak..Shahir juga yang telah membawa beg keramat AF untuk minggu ini.Shahir bagaimanapun sentiasa konsisten dalam persembahan pada setiap konsert namun gagal pada minggu ini untuk menarik lebih ramai peminat mengundinya…

Kita imbas kembali perjalanan Shahir dalam AF8 :
  • Shahir telah menyampaikan lagu daripada M.Nasir yang bertajuk Andalusia pada konsert pembukaan AF8 (Konsert Tirai),namun dikritik kerana lagu tersebut kurang sesuai dengannya dan agak besar sangat…
  • Pada minggu pertama,konsert pertama,Shahir diuji dengan membawa lagu daripada 6ixth Sense yang bertajuk Khatimah Cinta,persembahan yang bersahaja namun menarik.
  • Pada konsert kedua pula,Shahir diberikan tugasan dengan menyampaikan lagu daripada Aliff Satar yang bertajuk “Jangan Nakal”,namun keupayaan dan sikap malu Shahir jelas ketara dalam lagu ini,beliau tidak Berjaya memainkan emosi dalam lagu ini…
  • Pada konsert ketiga pula,Shahir diberikan lagu Always Be My Baby,persembahan yang bagus
  • Pada konsert keempat pula,Shahir diberikan lagu …………………….(tak ingat)………………
  • Pada konsert kelima,Shahir ditugaskan menyanyikan lagu ……………….(tak ingat)………………..
  • Pada konsert keenam,Shahir diberikan tugasan dengan menyampaikan lagu …….(tak ingat)…….
  • Pada konsert ketujuh pula,Shahir diberikan lagu Tiara daripada kumpulan Kris,persembahan yang mantap namun perlu diperbaiki lagi
Namun,dari segi persembahan dan vocal Shahir telah Berjaya meningkatkan mutu persembahannya.Beliau juga turut tersenarai antara pelajar yang hebat dan prestasinya meningkat.

Tahniah Shahir….

Ahad, 11 April 2010

Penilaian Persembahan - Konsert Minggu Ke-4 AF8



Alhamdulilah,semalam persembahan kebanyakan pelajar semakin meningkat dan ada yang semakin down..

Ermm…aku pun tidak tahu apa dah nak jadi ngan pelajar-pelajar AF8 yang masih berada dalam akademi untuk meneruskan pengajian,semakin hari semakin nosan aku nengok gelagat mereka,bukannya serius nak belajar menyanyi ker tarian ker…

ermmmmm…maybe bosan kot duk dlm tu..kalau bosan.cakap awl2..leh kitorang semua tak yah undi…..hak2

Ermmm…okeylah,malas aku nak membebel panjang-panjang..so aku akan nilai persembahan pelajar malam tadi di KOnsert AF8 Minggu Keempat :


Nad (Realiti Dewi)
  • Alhamdulilah,akhirnya Nad berjaya membuat persembahan yang terbaik pada malam tadi
  • Kesungguhan beliau menyampaikan lagu Realiti Dewi agak berjaya
  • Penilaian : 7/10


Alif (Hanya Di Radio)
  • Persembahan bersahaja Cuma element dangdut menyebabkan lagu itu best
  • Penilaian : 4/10


Ain (Kawan)
  • Ain merupakan fav.student af8 bagi aku coz sore yang besh dan mantap
  • Tahniah Ain kerana berjaya membuat persembahan yang terbaik semalam
  • Tahniah kerana berjaya mendapat 2 lampu hijau
  • Penilaian : 8/10


Shahir (Always Be My Baby)
  • Ermm.okay gak si Shahir ni bawak lagu omputih
  • Cuma kena jaga key yang rendah ek..
  • Overall persembahan okay…
  • Penilaian : 5/10


Farina (Teruskanlah)
  • Minggu ini Farina okay n berjaya jugak bawa lagu itu
  • Vokal yang mantap
  • Berjaya memperolehi 1 lampu hijau
  • Penilaian : 6/10


Iwan (Kekasih Gelapku)
  • Persembahan paling kureng pada malam itu
  • Wake up Iwan….you can do it….next song
  • I hope you stay on akademi….
  • Penilaian : 4/10


Adira (Biarlah)
  • Persembahan Adira yang bagus dan memukaa
  • Penggunaan pentas yang bagus
  • Penilaian : 7/10


Daus (Mirage)
  • Persembahan yang bertenaga daripada Daus
  • Pelajar pertama yang berjaya memperolehi lampu Hijau daripada Adlin
  • Memperolehi 2 lampu hijau
  • Persembahan yang mantap
  • Penilaian : 9/10


Maulana (Biarkan)
  • Persembahan pelajar lelaki terbaik malam itu
  • Vokal semakin mantap
  • Persembahan pentas yang bagus
  • Penilaian : 10/10

Ranking Top Persembahan Konsert Keempat :
  1. Maulana
  2. Daus
  3. Ain
  4. Adira
  5. Nad
  6. Farina
  7. Shahir
  8. Iwan
  9. Alif

***** picture konsert AF8 - Minggu Ke-4 ****** thanks to Akmal Adli.....

Negara Pelawat Blog


free counters